FEEL FREE TO CLICK MY NUFFNANG YER...TQVM :)

Jan 30, 2013

Hye guyssssssssss

 Assalamualaikum wbt semuaaaaaaaaaaaaaaaa uolssssssssssss.


Lamanye mak tak jenguk blog mak. Eh, tipu, jenguk tatap mak jenguk tp nak buang sawang tuh tak menyempat. Saya datang menjenguk sekali traffic lite ngan my sweeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeet enemy lah sangat!. Huh. Annoying. Tak maaf kang, baru tau.

Well, saya adalah bz bebenor sangat. Ke wat bz? Btw, memang many thing I've should do such as...
  • Report tahunan - lagi separuh perlu siapkan
  • SKT 2013 - alhamdulillah, done n siap printing, binding lagi n tunggu nak submit jerk
  • Segala mcm jadual. Jadual selenggaralah, jadual utk audit ISO lagi
  • FM? alhamdulillah dah siap since 2009, tp kena printing blk, sebab... sebab? tak perlu bersebab sangat.
  • Aplikasi - sistem e-diary, alhamdulillah dah siap. 90% student praktikal siapkan lagi 10% saya kena semak, konfigurasi dan lain² yang perlu. Wey, ko just 10 percent? how come, Nad? Mana acikan. Wowowowo, ni sape penilai senanya ni, u ke i? i kan, so sila ikut perintah. Haha. Actually, we should learn from the past ek, which mean, semua pernah jd pelatih industri kan atau dengan kata lain student praktikal atau dengan perkataan lain lagi best student, eh tak, tak... tak kelakar. Ini adalah pengalaman membina utk diorang. So, just praktik apa yang telah dibelajar n sama-sama berkongsi ilmu, pengalaman utk masa hadapan di tempat anda praktikal dan apa yang jelas, mudah dan get ready bila dah betol² bekerja nanti. Tak semestinya orang macam saya yang dah bekerjaya ni dah cukup ilmu, cukup pengalamankan. Once, dah ada student praktikal ni, better kita kongsi pengetahuan yang dah lama berkerak n amik masa nak recall balik ni dengan diaorang. Btw, in progress adalah sistem untuk pemuliharaan. Wish us luck eak.
  • Portal dah update tapi portal baru perlu dibina. Maybe using Liferay? Doakan eak guysss
  • Then, settle minit meeting, surat-menyurat n so on. Fuh...
Vavavava... manyak kelija ma, ni curi masa mencelah kejap.

Ok, dah... sambung keje. 



Pstttttttttt... jgn asyik blogwalking sajork tapi keje tak siap.












Yang benar, benar dan benar-benar, benar... 
♥♥♥ T.E.F.i.N ♥♥♥

Jan 15, 2013

BACA

 Assalamualaikum wbt


Suka membaca? Suka? Baca buku apa? Buku teks? Mana aci. Atau suke baca blog sweet enemy anda? haha. Tak payahlah nak sweet enemy sangat ek. Tak semua hundred percent kita ni betol dalam segala hal. Tapi yakin itu perlu tapi jgn sampai terlalu poyo yakin. Kadang-kadang kena kena tengok tang mana silap kita jugak. Tapi jangan jadi PAKAR di dalam mencari kesalahan seseorang. 


Allah swt tak cipta semua makhluknya adalah pandai. Bayangkan semuanya pandai n semua pekerjaan bagus². Rumah semua bagai istana. Nak semua benda semegah bangsa. Mana menarik kan. Tak variasi. So, kita kena berusaha untuk menjadi pandai. Kena banyak usaha camne nak jadi pandai. Kena banyak membaca sebab membaca itu jambatan ilmu.

Sebut pasal BACA ni, baca pun merangkumi pelbagai aspek, ada yang suka baca buku. Baca buku plak pelbagai kategori buku. Ada buku seram, ade komik, ade yang suka n addicted ngan novel, majalah, akhbar, baca blog, baca ruangan gossip dan paling tak boleh blah baca kesalahan setiap orang sehinggakan mana² yang tidak kenal kita akan menganggap kita adalah insan yang suke mencetuskan kontroversi dan sentiasa melakukan silap. Takde yang betol melainkan yang benar belaka. haha. aku dah gilos.

Malah ade yang memilih bahan bacaan hanya merujuk kepada penulis dan penerbit. Macam saya, zaman kanak-kanak menggemari karya penyiasatan Enid Blyton, #bajet kanak-kanak hot coz leh bace in English. Whatever is, my mom yang beli. 1 set. Tapi ke mana ntah menghilang bila dah pindah-randah. Tak sempat nak berkongsi dengan cucu. ehe. Zaman mudo mudi dolu² plak lebih suke dengan penulis Ahadiat Akashah, then meningkat pertengahan remaja, lebih memilih koleksi Alaf Baru dan terkini bila dah menjadi mak² orang ni, suke yang berkonsepkan santai dan related dengan persekitaran saya seperti Badrul Hisham Shari penulis kat majalah Anis dan  juga Saiful Islam dot com dll. Tapi semua depend pada minat masing² kan. Ada yang minat Sidney Sheldon, so terpulang. Tapi biar ia mendatangkan manfaat buat kita, pengajaran dan panduan untuk kita menjadi lebih baik. 

But well, pernah baca tak atau pernah kenal dengan pakar yang suka membaca kesalahan orang sehingga berjaya menutup kesalahan sendiri. Pernah? Tipulah tak pernah kan. Tepuk dahilah kalau tak pernah.

Sampaikan semua kesalahan orang dia tahu. Dulu saya jarang berdepan dengan orang macamni sehinggakan tertanya² apa yang korang akan dapat bila berbuat demikian? Adakah dapat piala? dapat emas berguni? dapat naik pangkat, naik gaji? ow memang bangsa kaki kipas. Kipas lipas. Haha. Dapat dosa free adalah n orang yg korang bahankan tu berganda² dapat pahala dari-Nya. 

Huh, ntahlah. Kekadang saya mengambil inisiatif untuk berdiam diri sehinggalah sampai satu tahap saya menjawab. Lepas menjawab, lepas terlajak kata, baru saya menyesal. Menyesal kenapa? Sebab terlebih ajar. Aduh, nape lah aku menjawab. Geram ok. Tp, jgn di amalkan sebab tu keja setan. Yang menghasut menyuruh kita menjawab atau membalas blk dengan kata sinis dan sindiran juga. Tau nggak?

Kalau pe yang dikatakan itu betol tidak mengapa, ini tidak, mencanang, menambah² lebih sudu dari kuah. What the heck. Kalau btol, no wonderlah, kita terima dengan open minded, kalau salah n setiap kali itu kita dihentam, mau tak kesabaran hilang. 

Takpe, orang yang sabar ni, Allah swt sayang tau. Hehe. ok². Sabar².

Pepun, sebelum anda menghina orang lain, alangkah baiknya anda bercerminlah dahulu. Sudah sempurnakah kita sehingga kita dengan lancangnya menghina orang lain yang belum tentu lebih buruk dari kita.

Tapi kalau sudah maklum pakar yang suka memBACA kesalahan orang itu pernah membuat silap, janganlah kita mengikut plak kesilapan tersebut sampaikan terkeluar statement, "eh, dia bleh buat, kenapa saya tak boleh plak?". Tidakpun, "kalau semua kesalahan dia korang terima kenapa tidak kesalahan aku?". Ngerti?.

Dah tau salah, lagi mahu mengikut. Tak paham aku.

Dahhhhhhhhhhh.



sumber : kawanlah.com







Yang benar, benar dan benar-benar, benar... 
♥♥♥ T.E.F.i.N ♥♥♥

Jan 7, 2013

AJL 27 paling saya suke...

As salam semua.

Senanya saya hampir terlupa AJL mlm tadi. Sampai je umah mr hubby terus remindkan setelah saya meletakkan lauk pauk yang dibeli. Wah, jimat masa masak nih. Bole tgk AJL dengan tenang setenang air di sungai belakang umah. Cik abang cuti sebab tlg saya tengokkan anak yang ada demam sket n muntah². Musim sekarangkan.  Gilir² cuti.

So, semua tengok AJL 27 semalam?

 
Best kan. Rugi tak tengok. Saya suke² (sila sebut mcm Mei Mei, Upin Ipin yeah). Semua mcm wahhhhhhhhhh. Terlopong mulut aku. Paling best tengok performance akak Ziana Zain kite. Sy kureng sket lagu dia tapi tang persembahan animation 3D dia tu, mcm wallah. Terus imagine dalam kepala hotak how to make like that. Diorang wat camne eak. Kena banyak study n learn lagi nih. Misha Omar saya just tengok in the middle jek. Intan Ladyana lagi gempak. Terima a bouquet of roses from Faizal Tahir. Like the real one.

Paling memukau bagi saya tatkala host FBI n Cheryl menyebut setiap lagu yang bakal dipertandingkan dengan pelbagai efek 3D yang sangat mengagumkan. Orang yang tak berjiwa seni memang 100% takkan setuju dengan pe saya ckp #berlagak. Pe lagi yang tak bercelak mata dengan IT. Hahha. Jgn mare. Seni sangatkah jiwa ku ini? Biasalahkan, rumah dah siap sure ada pahat yang berbunyi. Kletung, kletang. Cuba ko handle, confirm bleh ke acara berprestij camtu?

Saya suke bila tenaga kerja AJL bertungkus lumus untuk menjadikan AJL sentiasa terbaik. Promo setiap lagu ada cara tersendiri. Like last year, berkonsepkan air pun menarik. Tak sabar nak tunggu tahun depan. Berkonsepkan apa plak. Semalam ade terlintas n teringin nak tengok AJL buat konsep sebagaimana yang diangankan tp pagi ni bleh lupa plak. #perasan konsep leh pakai.

Well, saya tak target sesapa pun yang menang. Patah 1000? Emm, performance Shila mcm ada yg tak kena. Maybe Shila kepenatan kot. Ulang alik from China to Malaysia. Mandarin pun dah ok. (Bajet Mandarin aku ok, even dah bertahun tinggal bahasa tersebut). Saya teruja tengok Aizat. Patotlah Aizat dok pegang mug merah. Ingatkan nak wat iklan nescafe ajok. Rupanya tengah minum secara maya dengan Yuna yek. Akhirnya ending muncul jugak wajah Yuna. Ending yang best tu. Alis (panggilan Aizat pada Yunalis) siap lambai². Menarik. Hehe.

Melodi Terukir di Bintang adalah tersendiri yang menggamit kita pada era 60-an. Terbaik. Inilah 1st time saya tengok pengganti lagu yang amat konsisten. B4 this (yang pernah saya tengok, yang tak pernah saya tengok, saya tak tahu eak) sesapa yang mengganti penyanyi utk sesebuah pertandingan bagaikan melepaskan batuk di tangga. Sure Yuna ckp, "I know, you can do it, Aizat". Good job Aizat. Persembahan yang bersahaja dan santai. Proud of u. Memegang amanah yang dipertanggungjawabkan dengan sebaik mungkin. Bukan senang nak bawa n pikul kepercayaan orang terhadap kita. So, kena buat bebetol tanpa rasa busuk hati + iri hati + tak puas hati tak menentu. Semuanya dari HATI kan. 


Ingatlah semua rezeki di tangan Tuhan. Jangan sesekali ada yang busuk hati cuba menyekat rezeki orang dengan twist setiap cerita sehingga berjaya memburukkan orang. Tak baik. Even jodoh + maut pun. Jangan pertikai setiap hukum alam. Memang takdir di tangan tuhan sebab Allah swt akan bagi apa yang kita nak. Semua atas kita. Like Aizat, kalau dia ikhlas nak bantu Yuna dan usahanya lebih, maka Allah swt permudahkan urusannya. Kalau dia perlekehkan, for sure kemenangan tidak berada di tangannya. Sesungguhnya kita sendiri yang mencipta takdir kita sendiri dan Allah swt tahu apa yang berada di dalam hati kita. Samada yang baik apatah lagi yang buruk. Sebab Allah swt bagi kita akal untuk berfikir. Kalau dah tahu benda tu akan mendatangkan keburukan kepada kita kenapa kita nak teruskan? Kan. Pepatah pun ada mengatakan, usaha tangga kejayaan dan terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata dan perbuatan buruk padahnya. #Propa jerk.

Fuh, gaya menaip mcm banyak sangat pengalaman. Haha, Well, terpulang coz tiada insan suci tanpa dosa masa lalu dan tiada insan yg berdosa gelap masa depannya. Ecewah. Setia Hujung Nyawa gitu. Sempat promote lagi. Even tak tengok mana pun citenye.


 

Tiba tang lagu Ombak rindu. Aha. Mr hubby dah tau² dah sure ade gimik. Sekali muncul wajah Am. Terus si anak yang pada mulanya nak start tido di atas riba saya dan membelakangi tv terus pusing mengadap Am. Am katanya. Hehe. Am nangis.

So, Adira n Hafiz mulakan nyanyian. Wah, mulus, gebu n melepaknya kulit Adira. Penangan Beutskin Essence (BE) + SNE Capsule + Tea. Maklumat lanjut di sini n macam nak try. Nnt saya collect duit dulu eak. Semua benda kau nak try Nad.

Ending Ombak rindu tu tetiba muncul kelibat Haris aka Am naik ke pentas. Dan tetiba jugak si Haris ni mendekati Adira n Adira di pangku untuk di bawa menuruni pentas. Wahhhhhhhhh, mana aci, kataku.

" Cey, Adira mcm malu² je Aaron pangku", kata my hubby.
" Haih, kalau sayang, sayang pun nak. Tapi, sure belum sempat Aaron nak pangku dan bergegar pentas. Haha ", saya gelak. Bila saya dah hampir nak stop gelak, mr hubby, saya perasan bergoncang badan. Gelak ke.
" Nape abang, oooooooo, gelakkan sayang eak". Bahunya saya tepuk.
" Bukan setakat bergegar pentas, runtuh pentas adalah", hahaha. Kami bantai gelak. Hampeh tol. Kutuk bini depan². Kakaka.

Whatever is, tahniah kepada semua pemenang dan peserta. You're the best guys. Great wall job.



p/s : Alhamdulillah, anak saya dah sembuh dari demam dan muntah. Syukur kat Allah swt. Aminnn.






Yang benar, benar dan benar-benar, benar... 
♥♥♥ T.E.F.i.N ♥♥♥

Jan 3, 2013

That i am pregnant?

Assalamualaikum wbt...

Aha, jom ucap congrats reramai kat i. Ehe. Mana idoknya, 2nd day of Jan 2013, early in the morning, i woke up at 4.30am. Felt so dizzy n i'll try to be cool but no to longlah.

Senanya, saya tak solat Isyak lagi time tu so plan nak bgn awal pagi n solatlah. Dah ngantok sgt. Tapi time tido tak serehat mana coz kepala dok asyik pk yg bebukan. Dahlah pening esok paginya nak inform apa kat Pengarah. Yelah ada perjumpaan dengan Pengarah. So, excited punye pasal tido pun tak semengah. Moral of the story is, b4 tido even ko nak nap ke ape, tunai lah solat dulu. Tido pun asyik terjaga n otak tak rest sepenuhnya sbb tanggungajawab kat Yang Maha Esa tertangguh lagi.

Tepat 4.30 pagi bangun n tunai solat Isyak. Then tengok jam awal lagi, mcm nak sambung tido blk coz kepala dah start berpusing. Tu pun lepas layan sudoku jap kat henset my hubby sambil mengecas. Tak tau nak wat pe n nak msk breakfast awal sgt plus takut tercongok makhluk seram kat tingkap dapur terus saya sambung tido. Dasa penakut. Pusing sana, pusing sini cuba lelap tp taknak n last² bgn jam 5.30 or 5.45 camtu n terus wat sarapan nasi goreng ikan bilis kegemaran anak. Boleh my FIL sarapan sekali.

Sedia itu ini sambil wat tak layan dengan kepeningan yang tahap melampau teruslah start menumis. Bila dah kecenggggggggggg n bau ketumisan itu menyerlah dan tidak semena, terasa loya di tekak. Menggila loyanya. Tutup api dapur terus ke toilet dan uwekkkkkkkkkkkkk. Tak kuar apa. Huh, sambung blk masak. Mr hubby dah tersengih n tanye kenapa i muntah. Uhu, surprise². 

Selesai masak, masuk blk toilet untuk bersihkan diri, sekali lagi saya termuntah. Just kuar air n bendasing. Huh, pening usah cakaplah. Pas siap Subuh semua, terus fitam atas katil. Ditambah kesejukan dan mintak simpati mr hubby tolong urutkan kepala.

Dalam dok pening dah terlupa nak text ketua sektor utk maklum mc. Just sempat bgtau anak buah jek. Tupun takleh nak wakilkan saya utk masuk meeting tersebut. Nasib badan. Memang takleh nak wat ape. 

Try baring n nak tidurkan diri tap still cannot. Around 10.30 pagi camtu perut memulas. Alah, dia nak start dah ceriesberies. Fuh. Tak tahan text my hubby n siap² terus ke klinik. 

Klinik pertama tu ramai org. 2nd alhamdulillah, tggl sorang dua jek. Bila nama dipanggil, terus bgtau simptom yang melanda yakni muntah dan pening². Soalan pertama yang diajukan kpd saya adalah... awak pregnant ker? Saya tersenyum n jawab eh, taklah. Doktor mcm tkt tersalah bg ubat terus check my last period n saya bgtau mungkin saya tersilap makan coz tetiba jek termuntah kan. Kalau preggy ni lain sket simptom² dia. Dan doktor check temperature. Katanya saya demam. Oh, demam ke. Biasa bila dah temperature dah 40, barulah sy perasan yang saya adalah demam. Then check kerongkong n aaaaaaaaaaa, wahhhhhhh, banyaknye tonsil. Gulp. No wonderlah, 2 days b4 tekak saya dah rase lain macam. Ke arah ke'Ella'an gitu. Bgtau juga doktor yang perut memulas n ceriesberies semua so i got 5 days mc eh just 1 day mc.

So, resultnya saya adalah food poisoning. Blom rezeki Aisya nak dapat adik. Doakan ek. Thanks. 1st time kena camni.

So, blk umah telan ubat n get rest. Makan pun still nak termuntah n ceriesberies. Uh, tengah menaip ni pun sekejap stop coz hr ni dah jadi penghuni tegar jamban 404. Ahaks.

Well, tata from now. Happy weekend.

Oklah, tadi gi maxis center jap utk silau pe yg patot. Heheh. Nnt kita story mory lagik.






Yang benar, benar dan benar-benar, benar... 
♥♥♥ T.E.F.i.N ♥♥♥


Yang benar, benar dan benar-benar, benar... ♥♥♥ T.E.F.i.N ♥♥♥

Jan 1, 2013

Zaman 90an...

Assalamualaikum semuaaaaaaaaaaaaaaaaa


Happy New Year 2013... Alhamdulillah, kita masih diberi peluang oleh Allah swt utk menghirup udara segar nan indah kurniaan-Nya.

Btw, permulaan saya pada tahun baru ini, alhamdulillah berjalan dengan baik dan dipermudahkan. Happy sangat. Herm...

Dan, pulang dari kerja petang kelmarin, masuk jek keta, panaskan enjin, layan radio, cuba semua channel n alih² sebagaimana biasa setia melekat dengan Suriafm. Wah, surprise for me bila Dj Linda off Linda Onn memperdengarkan lagu² yang popular di sekitar 90an. Wahhhhhhhh, tangkap leleh katanya. Kala zaman saya dan teman sedang meningkat remaja gittuw.

Saya pun apa laie, dengan hujan masih setia membasahi bumi ikut menyanyi walaupun tahu dan sedar bahawasanya backup singer seperti saya hanya menjadikan tahap kebanjiran yang melimpah ganda. Haha. Suara tak sedap, hujan makin lebat ken. 

Time tu, lagu bakal di ke udarakan sebanyak 100++ dan saya sedang mendengar Hadirlah Kasih dendangan KGB tangga ke 75 ke tak silap. Wah, hafal tu lirik. Berbuih di mulut. Cubalah menghafal or kamitkan bibir mungel mu itu Nad dengan benda berfaedah sketkan.

Ehe. Dahlah jame, so layankan jerk. Perlahan je pandu keta. Asalkan boleh dengar semua lagu dek zaman itu. 

Wahhhhhhhhhhh, menggamit memorinya...

Lagu² zaman sekarang just take a easy jek. Dengar banyak kali belum tentu leh ingat lirik. Kalau dulu, puitisnya dan indahnya bahasa seakan membuai perasaannn. Huish, lagho tu. Haha. 

Well, thanks Suriafm. Especially my lovely dj ever after forever, credit to DJ Linda Onn... clap². Good effort.














Yang benar, benar dan benar-benar, benar... 
♥♥♥ T.E.F.i.N ♥♥♥

Makluman Kepada DISTURBER yang gemar ANNOYING.

Penafian @ Pemberitahuan...

Makluman kepada semua

PEMBACA SETIA saya (kalau adalah. Hehe) n also my SILENT READER (yelah dah xboleh nak ganggu i guna anonymous kat commentkan, so terpaksalah DECIDE jd silent reader jek, huhu... so good luck too lah yer. Selagi rase panjang umur nak mengganggu hidup orang. OBSERVElah selagi MAMPU n jgn sampai bahankan saya. So, sure x takutkan jika diri anda xsempat pohon MAAF) n also yang menganggap diri kerdil saya ni sebagai MUSUH kepada diri anda sendiri, yang bahawasanya…

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di Bukan lagi Finger Note's - kini notapuan – nad Blog ini tidak boleh ditiru mahupun diplagiat, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada Tuan Empunyer Bukan lagi Finger Note's - kini notapuan - nad.

Juga dimaklumkan dan diperingatkan sekali lagi bahawa apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi seperti mencanang perkara yang tidak baik, buruk, memalukan, mengaibkan berkenaan perihal diri saya juga seluruh keluarga kaum kerabat saya di blog kepunyaan anda (termasuk laman sosial yang lain), sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik (media elektronik) termasuk di media massa, adalah melakukan suatu kesalahan, TINDAKAN BOLEH DIAMBIL mengikut akta

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998. If terasa DIVA n BERKUASA sgt nak menganggu n mencuba sesuatu yang membuatkan saya tak akan sesekali menimbangtara untuk mengambil TINDAKAN terhadap anda, dipersilakan. If you are PLAYING FOR KEEPS, so, pleased. I will do a same thing. So, good luck!

Sesungguhnya, setiap gerak geri buruk anda yang cuba bersikap

PENGGANGGU boleh dikesan secara terus. Harap Maklum n beware.

\('c*)v :: Peace no war n

u ollsss.

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

BAHAGIAN X - AM Bab 2 - Kesalahan Dan Penalti Tambahan

Seksyen 233. Penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian, dll.

(1) Seseorang yang—

(a) dengan menggunakan mana-mana kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi secara sedar—

(i) membuat, mewujudkan atau meminta-minta; dan

(ii) memulakan penghantaran,

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau

(b) memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik,

adalah melakukan suatu kesalahan—

(2) Seseorang yang secara sedar—

(a) dengan menggunakan suatu perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi memberikan apa-apa komunikasi lucah bagi maksud komersial kepada mana-mana orang; atau

(b) membenarkan suatu perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi di bawah kawalan orang itu untuk digunakan bagi suatu aktiviti yang diperihalkan dalam perenggan (a),

adalah melakukan suatu kesalahan.

(3) Seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen ini apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan hendaklah juga boleh didenda selanjutnya satu ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

sumber rujukan dari http://www.skmm.gov.my/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...