Haha. Alhamdulillah ade feedback terbaik dari kengkawan YPM pasal entry 1st berkenaan Kisah Semasa YPM - Part 1.
So, hari ini saya dapat komen satu lagi peristiwa terbaekkkkkk punya melibatkan saya dan Mieyn antara Cda n Andik. Komen tersebut adalah (di bawah) n meh saya cerita... cecita, cecita...

Peristiwa di Library YPM
Makanya, ligatlah kepala kami plan nak membeli apa. Termasuk saya. Eizan and saya decide nak beli sebuah kamera. hehe. Yelah, kami semuakan kaki outing. Pantang ada sale, pantang ada duit masyuk, lagilah mak melompat. Kata org perempuan kan. hehe.
Al-kisahnya, saya, Cda, Andik n Mieyn if malas nak menapak ke rumah, kami melepaklah kat library. Tingkat dua je pun. Lagilah malas nak balik umah if petang karang tu plak ade kelas. So, better ulangkaji, discussion pe yang patot kan. Cari bahan wat assignment ke bagai. Cuci² mata ke kan. Haahaa. Mak sukeee. Elleh, korang pun kan? Jangan x ngaku.
Tapi time tu, Mieyn mana ntah lesap, saya lupa. Sementara nak take mood nak study n what so ever, we all berboraklah dulu pasal loan n plan shopping neh. Perbualan pun bermula. Eh, sebelum saya terlupa, Cda ni sound trouble sket, hehe Sori Cda.
Cda : "Hah, ko nak beli apa Nad?", soal Cda kehairanan.
Saya : "Kamera, kamera Olympus. Kan sekarang org dok sebok nak snap 1 kamera mcm ni". Terang saya bersungguh-sungguh tanpa menyedari camera disebut KAMERA secara Melayu bakunya. Tika ini Cda sudah jelas mendengar KAMERA sebagai IKAN MERAH.
Andik : "Ko nak watpe ngan ikan merah, Nad. Lagipun mana nak dapat?", dahi Andik berkerut.
Saya : "Mana nak dapat? La korang xtau ker. Low Yatt kan banyak. Takkan korang xtau?".
Andik dan Cda berpandangan each others.
Cda : "Ikan Merah nak dapat kat Low Yatt?". Tetiba aku plak yang heran bin ajaib.
Saya : "Ikan Merah mende plak neh, Cda, Andik? Bila masa plak aku cakap aku nak beli ikan merah weh?".
Cda : "Habis tu td bukan ke ko sebut ikan merah ke tadi?".
Andik : "Ntah. xnak ngaku plak. Ikan merah sah² kat laut Olympus je ada, takpun kat laut merah".
Saya : "Aku sebut KAMERA lah, CAMERA (sila sebut slang mat salleh yer). Camera Olympus", serentak kami bantai gelak.
Cda : "Next time, cakap biar terang weh", gelak masih berbaki.
Andik : "Ntah ko ni Nad. Melayu btol. Kitorg dengar tau ko cam sebut ikan merah. Lagilah ada laut nama Olympus. Haha".
Saya : "Alah, salah sebut jek".
Peristiwa Jual Beli Buku
Semasa as student di YPM, pantang ada member bagitau ada lecturer jual buku, terus kami sepantas kilat membeli. Sapa beli dulu, yang kurang duit, mintak pinjam nak fotokopi. Murah sket tp jgnlah amalkan. Kesian publisher.
Cerita jual beli ni berlaku antara Sir Izmi Shahidul Azim, Mieyn n Cda. Andik xtau tang mana. Maka, sesi dialog jual beli tercetus. Lebih kurang camnilah kisahnya.
Mieyn : "Saya nak 1 sir ".
Sir : "Jap yer". Cda sekadar memerhati. Kendian, Sir Izmi menghulurkan buku tersebut pada Mieyn.
Mieyn : "So, bayarannya camne sir. Nak bayar selalu ker?", soal Mieyn penuh serius sambil pantas mencari fulus. Tang tu jugak muka Sir Izmi bertukar wajah. Hairan. plus bingung. Selalu?. Saya dan Cda dok tahan gelak. Mieyn memandang kami.
Mieyn : "Btol lah kan, bayar selalu?". Cda yg dok belakang Mieyn pun leh gelak.. apa dah minah ni...selalu ke benda nyer.. nak bayar skrg ler
Saya : "Bayar terus lah weh", saya terus perbetolkan pe yang patot. Lupalah, saya or Cda yang perbetolkan n Sir Izmi leh plak tersengih. Maybe itu fenomena biasa bg Sir Izmi. Yelah, of course ini bukan kali pertama Sir berhadapan student yang mempunyai masalah biasa macam kami ni. hehe. Bantai gelak saya bila dapat komen dari Cda berkenaan Kisah Semasa YPM - Part 1.
p/s : Mieyn, jangan marah tau.