FEEL FREE TO CLICK MY NUFFNANG YER...TQVM :)

Apr 27, 2011

Menginjak usia 30

Assalamualaikum

Ehehe. Tersengih sekejap, nnt saya update yer...


Lately so bz. Baru balik kursus n keje menimbun.


Tata n sori...

Apr 21, 2011

Jumaat...

Assalamualaikum...

Haipppppppppppp...

Bukan malam jumaat yer. Pelangkung kang. Hehe. Gatey yer.

Pagi esok bersama si comel.

Naik 'belon'...

Nak jumpa papayanye lah

Satu minggu dah xbersua. On phone jerk. Tupun by HG. HG? Bukan 3G ker? hahah.

HG tu gapo dio?





Handsfree jek dek non.

Haha...

Winduuuuuuuu *wink²*

Doakan kami selamat pergi dan pulang ke destinasi yer.

('_-)'... saya kepelikan kelmarin - part 2

Assalamualaikum...


amboi... berpart2 plak dah kan kata ko dek non. kelesssss mak.


takdelah kan. dah sorang my follower asked me pasal kesudahan kepelikkan tersebut, so cam best plak kan nak berpart2 bagai.


hehe... thanks en maszmadi sudi calit comment. iye?


so kesudahan dari entry tersebut (sila klik di sini ye) adalah...


kami berdua pas lunch sempat lagi membuat 'ketupat' pasal kakak tadi. haha, siap gelak aku. yelah dah opismate pun x sangka yang saya terperasan pasal soalan beliau tadi.


dahlah sudah terang lagi bersuluh yang my opismate muda laie. aikkk, chup eak, not me lah nak bodek2 tanpa pemeriksaan lanjut derrr.


haiya, ini wolang pun ada ka? haiyo... sudah penin kapla maaa... sudah mengantok juga ada...


krohhhhhhhhh...

Apr 20, 2011

('_-)'... saya kepelikan kelmarin

Assalamualaikum

On lunch yesterday

Lunch bersama sorang opismate kat tempat kursus.

Datang seorang berpangkat kakak ke meja kami bersama hidangannya.

Tetiba...

"Oh, tidak dot com eak?",. Saya sedang menyuap nasi (kantoi diet nasi aku sepanjang 3 hari berkursus) sedikit tersentap. Mujur cepat dpt recall balik.

"Aha, ye", balas saya. (B4 kami kuar makan, seorang peserta suggest that link to us if ade sesapa yang sangat berminat untuk tahu mende² yang weird dan menarik di situ. Trylah akses)

Then tengah makan, si kakak ajak berjejak kasih dengan opismate saya.

Syok borak, tetiba jugak si kakak bertanya tahun lahir opismate saya. Saya dah start confuse. Bagi saya... bagi saya ye tp bukan bagi kita n if bagi saya adalah serupa dengan kamu, meh kita sep tangan sesama. Yelah, jika somebody tanye tahun lahir bila, for sure si bertanya akan bajet umurnya lebih muda dari si anu yang akan menjawab kan. Btol x? Xbtol sila abaikan.

My opismate menjawab tahun 1976 (ke 1973, saya lupe, saya lupe)... haha.

"Oh, 12 tahun lah beza. Saya darjah 6, awok masih baby lagilah time tuh",... memek muka takyah cakaplah. Korang imagine sendirilah eak. Saya on that time *tau xpe*.

Last² habeh mamam. Dalam kelas, si kakak nih xhabeh² berjejak kasih ngan saya.

"Macam pernah nampaklah muka awok?", ahhhhhhh sudah. Apakah?!!!

1st time tengok mcm dah pelik tp baru saya ingat si kakak neh ada dalam FB saya (bukan twitter)... tp siapa add siapa, tak perlu ditanya. Coz saya pun xnak amik tahu...

Apr 18, 2011

Course Week

Assalamualaikum...

I am sorry dear...

No new entry for a while (bajet cam bagus je penulisan mak yerk)

I am not around here

Somewhere i love to be a part (btol ke weh)

Minggu ini n next week adalah minggu saya sedang syok berkursus.

Di mana?

Utara, selatan, timur, barat?

Nnt sy hupdate if berkesempatanlah

Tata...

u

xoxo (org xoxo kita pun xoxo tp entah tau ke idak iyer? hehe)

Apr 14, 2011

Showdown 2011 - B.A.T.T.L.E

Hai² n bye².

Assalamualaikum semua.

Dek kerana Selasa kami adalah cuti berdating, so bila Rabu start keje balik, seakan berasakan hr Rabu adalah hari Ahad.

Siang tuh dah plan pe nak wat malam tu kan? Nak kemas umah sket, lipat baju sket. Susun baju Qisya sket². Xmoh bersepah bagaikan. Me not loike.

Otw blk umah, Mr Hubyy ajak makan kat Restoran Al-Edrus. nasi Arab Ya habibi Ya maulana. Shedapppppppp. Sepinggan RM 14.00 for me. Nasi + ayam. Ayam separuh punyelah penuh pinggan. Ayam belanda ke pe besor bagai neh. Pe nama ntah my meal. Lupo mak. Mr Hubby take yg RM 11.00 nyer. Pe lagi if bukan kambing. X shukeeeeeee.

Dek kerana diet nasi, so harus dibahagi bersama ngan ratanye with my daughterlah kan. harus di situ. Tapi, bila disuap ke dalam mulut, mak aiiiiiii... sedap gilosss... lupa dah diet. Mujur iman kuat sket (sket jek? hehe) kontrol tangan dr mencapai saki baki nasi anak. Siap paksa Mr Hubby habiskan yang anak punyer. Sayang weh. Berbaloi lah kata kau makan kat sini. Shedappppppp. As usuall, gambo xsnap. So sila imagine sendiri yer. Nasi punyelah lembut. Ayam, masak rata plak tuh. Adowooow... siap tertelan lagi ayaq liuq mak time menaip neh. Sedap sgt. maybe diorng guna beras basmathi kot kan. " Panjangggggg ", ingat dialog tuh?. Hehe.

Habeh mamam, kitorg blk lah.

Malam tu pe saya plan menjadi lah nak mengemas semua kan. Mr hubby nak tido awal, skali student tuisyennye datang. hehe. So, malam tadi English time. Saya sambung mengemas n melipat kain. Dalam pada bizi melipat tuh, kepala hotak ligat mengingati sesuatu. Cite pe eak malam neh. Mcm ada rancangan bestlah. tapi lupe n biarkan sajork.

Siap solat Isyak, Mr Hubby menjerit kecil dr hall umah. " Sayang, showdownlah malam ni ". Saya kurang jelas. Then terus keluar bilik. " Pe dia bang? ". Asked me. Mata terus menatap tv. " Eh, showdown lah ". " Tulah, abang cakap tadi ". Hehe. Ini yg saya lupe yer.

Dahlah malam tadi B.A.T.T.L.E round punyer. Di mana, dua crew akan battling sesama mereka. Crew yang kami nantikan ialah, JB Brecker Crew, L33l33sm Crew, HMC Phlow Crew and Elacoldxhot. Stepholic pun best. Ada 1 nama crew yang unik. HIYNEMES bila diterbalikkan jadik SEMENYIH. Creative. Dah tau crew dr mana kan?

Okeh. JB Brecker Crew terdiri daripada 2 orang kanak-kanak n 3 orang lelaki belasan tahun lagak gayanye. Sementara L33l33sm Crew dikelilingi oleh 5/6 orang kanak² sekolah rendah dan sorang budak lelaki. Dua crew ni battling sesama mereka dan layak ke M.E.L.T.D.O.W.N adalah JB Brecker Crew. Terer dancing budak kecik 2 orang tuh. Dedua crew ni dancing kemas, xprovoke each other, individu dance pun ade, teamwork pun ade. Juri siap puji lagi. Yelah, kalah crew senior yang performed. Ade setengah crew tu, provoke pihak lawan bukan main lagi. Last² kena sound dek juri (if bukan juri yang sound, i am sorry. Coz dah tengok sekerat jalan. Ayat cover). Tapi, L33l33sm Crew pun best n masih ade chance nak ke M.E.L.T.D.O.W.N.

Ni otai nye crew. Sangat best n power. Hehe, For me lah kan. HMC Phlow Crew and Elecoldxhot. X silap dedua crew ni battling sesama mereka. Yang layak ke peringkat seterusnya yakni M.E.L.T.D.O.W.N adalah Elecoldxhot (btol ke spelling neh. Lupe mak). Both this crew sgt profesional. Juga xprovoke. Ending nye sgt cantik. Siap gimik nak gaduh lagi kan. We all dah mcm biar betik lah kan. Last, siap salam² n peluk² tanda persahabatan kan. Thumbssssss up lah.

So, next week, jgn lupa sesama nonton eak. Maybe crew wanita plak yang perform.

Btw, ni saya selitkan info pasal nasi arab td kan.
Ok, dahhhhhhh...

Apr 13, 2011

Hye Orang PJ

Assalamualaikum orang PJ



Lama x g PJ.

Umah bapak sedara.

Thanks orang PJ sudi jengah blog saya. Blog Picisan jek.

Tinggal lah jejak or komen ke kan? *memaksa plak kan*

Malas lak announce visitor dr PJ ni. Hehe.

And i will put it as my secret, ssshhhhhhh!

Next time sudilah singgah lagi yer...

Jasamu dikenang...

*lambai²*

Lama x g Dating...

Assalamualaikum...

Ehem. Kelmarin adalah cuti. Cuti!. Paham? Amik cuti. Semata-mata mencari taska untuk anak kami, Qisya. Saya dah pening bila pengasuh Qisya dah bagi hint utk stop asuh Qisya. Huh, menangis gue. Btol. Xcaya sudah. Then, bagai disorongkan bantal, opismate suh menerai hantar kat PASTI. So, time minum pagi tuh kami berdua g lah mencelah bertanya. Bla².

Malam terus balik bersolat hajatkan. Bersungguh² pohon petunjuk Allah. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui mana yang terbaik buat setiap umatnya. Kan?

Alhamdulillah pagi tuh, opismate call bgtau, Kak Nora aka owner PASTI mtk sy dtg petang pas keje on Monday. Then plan ngan Mr Hubby, so jumpalah. N ada tempoh percubaan. So nak taknak, saya n Mr Hubby kena backup cr lain nyer Taska. Yelah, buat Qisya menanges the whole day, tak ke naya? Ada yang wat nursery kat opis ni karang. Lagipun kesian kat Kak Nora, coz dah ramai n takut xmenang tangan. Pe yang best, bila anak² dah menjangkau 4 tahun terus diserap ke alam PASTI untuk belajar semua perkara yang PATUT diajar dan dipelajari ye. Bukan yang merepek, meraban. Paham?

Nak xnak, we all berdua take a leave on Tuesday. Pepagi bangun, basuh kain jap n sidai. Around 9.30++ camtu, kuar umah n take a breakfast. Pas breakfast terus g PERMATA. Betol² dekat umahlah. PERMATA? Alah, tempat asuhan kanak² di bawah naungan Yang Amat Berbahagia, Datin Paduka Seri Rosmah Mansor tuh.

Masuk jek, wah terus cam best. Sampai saya sendiri kalau bleh nak dok situ. Staff kat situ, okey n bagus. Macam dah dilatih untuk mengasuh kanak².

Memula tanya², pengambilan on Oktober. Tapi bila dah sembang lama, terus kami diminta menghantar borang before 6 May ni. Ayok... napa in. Hehe. Sure syarat utama, umah parents harus dekat. Insya-Allah, doakan kami dapat yer. Risau neh. If PASTI n PERMATA dapat, camno eah? Ponen mak dek non.

Takpe kita berusaha then tawakkal pohon dari Allah kan?

Pas settle semua, terus g bengkel jap coz distributer keta cam prob. Dahlah next week Mr Hubby g KL. The next after next week, turn saya plak. hehe. So, terus hantar Qisya ke umah pengasuh. B4 tuh, Mr Hubby bgtau awal kat our daughter nak g somewhere. Yelah panas kan, kut demam plak kan.

" Aisya, papa nak g dating ngan mama jap, Aisya dok umah umi jap eak". Saya sekadar tersenyum. Hehe. Shuke lah mak.
" Aaaaaaaaa?", balas Qisya. Tu jelah mampu ditanya. Hehe. Tapi dia faham. Anak² if cakap lelok, dia mudah paham. Btol kan para parents di luar sana?

Then pas berborak jap ngan pengasuh anak, kami bergerak. Time tu around 12.00++ tengahari.

Settle pe patot disettle. G KWSP, CIMB, singgah Mydin Mall jap,topup brg dapo yg dah berbaki, gi KFC jap beli famous bowl coz asal iklan jek, Qisya dok nak, nak, nak.Makannye idok pun. G wat medical check up (hah, watpe tuh. Keje baru ke? Tetttttttt. Rahshiaaaa)Haha.

"If ada wayang kat sini, mau je nonton jap", luah Mr Hubby. Alah, kata dating kan? Berpegang tangan lagi u ollsss... hehe. Pegang tangan jek? Eah, suke hatilah nak pegang pepun. Haha, statement lucah di situ. Sila abaikan otak kuneng anda yer. Saya pun macam keciwa sket, yelah, if tak, sure lagi mesraaaaaaaa kan if menonton bersama. Berdua seketika lebih baik. Hehe.

Pas medical baliklah n fetch our daughter around 3.00++pm camtuh. Hehe. Terus ke airport. tukar size baju my father @ FOC n verify flight tiket to London next month. Absolutely with MAS lah.











Nape, terkejut? ingat we all xmampu ke? Elleh... lalalala.








Haha. Macam megah je kan? Ate, kamu ingat mak ni anak datok, nak ke London mcm nak ke sebelah umah je khojenye? Manyak duit hang? Haha. Saje g bercuti. Adowwwwwwwww... ayat xhengat katako. Bercuti? Yelah, dah serata Malaysia we all dah pergi. Hoho... sila cepuk kepala saya di situ. Berragak yer. SURPRISEEEEEEE...

Taklah, g kursus jek. Kat Bangi. Nak spy? Nak ikut? Nak jumpa? Jumpa watpe? nak gadoh? haha. gurau jek.

Pas we all dating, balik umah lah. Melantak. Lapo. haha, dating bajet kata ko. X g minum pun kat kedai. Haha(asyik hahaha jek ye). Bukan pe, breakfast dah berat. Kata diet (bukan saya yang kata, korang yang kata). So, dah take away KF dan C tadi, so mkn kat umahlah. Dating ngan anak plak kan. Nak masak, so penat. lagipun, Mr Hubby dah kasik green lite ckp tak payah masak. Pe cer?

Tugas suri ghumah pun bermula...

Tata...

p/s : sape kate dah kawen xleh dating? datinglah nak mesraaaaaaaa lagi kan? Insya-Allah, hubungan lagi rapat n 'intim'. ehe. Macam mudo² dolu.

Apr 11, 2011

Tanggungjawab SUAMI dan Doa Untuk Mendapat Suami Yang Soleh...ehem

Assalamualaikum...

Ehem, sure para anak dara begitu teruja dengan entry ini. Eceh, berperasantan plak saya ye. Astaghfirullah... takabbur di situ. Sila insap ye. Meh sesama kita bermuhasabah bersama. Khas untuk para lelaki yang bergelar SUAMI, ISTERI, muslimin dan muslimat di luar sana. Istimewa untuk diri saya dan suami tercintaku. Dah, sila baca yer.


Suami yang bijak dan peka adalah pemimpin rumah tangga yang seharusnya sentiasa berusaha sekreatif yang mungkin untuk mencorak rumahtangga yang harmoni dalam mendidik seorang insan yang bergelar isteri. Kejadian Allah yang amat unik dan terperinci membekalkan sesuatu yang amat istimewa kepada kaum lelaki dimana dianugerahkan kekuatan akal yang rasional, tidak terlalu mudah untuk beremosi atau tidak mudah didorong oleh perasaan.

Oleh sebab itulah kenapa Allah menciptakan lelaki dgn sembilan akal dan satu nafsu. Jika kekuatan akal yang dikurniakan ini dapat digunakan sebaik-baiknya, ditambah dengan kekuatan ilmu dan kesabaran yang disertai dengan kekuatan jasmani dalam mencari nafkah keluarga, maka suami akan menjadi tunjang kepada lahirnya sebuah keluarga yang harmoni seterusnya menjadi pelindung dan pendidik yang berwibawa kepada keluarga yang bahagia.

Keteguhan iman dan ketakwaan kepada Allah disertakan dengan usaha dan doa yang tidak putus- putus kepada illahi memberikan suami semangat untuk melayani karenah dan ragam isteri saban hari. Sepertimana yang difirmankan oleh Allah SWT yang bermaksud: "Lelaki adalah pemimpin(pembela dan pelindung) bagi wanita, kerana Tuhan telah melebihkan yang satu dari yang lainnya, dan kerana suami telah menafkahkan sebahagian daripada hartanya."

Dalam mewujudkan suasana yang tenteram dan aman damai diantara suami dan isteri, perlunya wujud suatu pro dan kontra antara suami isteri ini. Sekiranya si isteri sedang berduka, suami perlulah bijak dalam bertindak selaku pengemudi kepada sang isteri untuk mewujudkan perasaan gembira di dada isteri yang sedang berduka. Dengarlah segala rintihan hati isteri dengan penuh rasa bertanggungjawab dan minat dalam mendengar perasaan hatinya. Di sinilah lelaki hendaklah menggunakan daya fikir yang dikurniakan oleh Allah dalam menghadapi wanita.

Jika dibandingkan dengan kaum lelaki, memang benar wanita dikurniakan dengan sembilan nafsu dan satu akal. Apa yang dimaksud bukanlah nafsu seks semata-mata, tetapi nafsu yang mendorong seseorang itu mudah berprasangak buruk, pemarah, pemboros dalam berbelanja dan sebagainya. Hasil dorongan nafsu itulah yang melahirkan pelbagai sifat dan perasaan di dalam dada para wanita. Di sebabkan wujudnya benda-benda seperti itu,maka atas dasar inilah wanita harus diberi bimbingan dan panduan untuk mengawal segala tingkah lakunya supaya tidak melepasi sempadan sebagai seorang wanita.

Dalam mendidik isteri, kaum lelaki haruslah sentiasa bersiap sedia dalam menghadapi pelbagai dugaan yang ditimbulkan oleh isteri ini. Didiklah dengan penuh rasa tanggungjawab dan kasih sayang yang tidak putus-putus walaupun kadangkala didikan yang harus diberi itu memakan masa yang cukup panjang. Janganlah jemu dalam memberi sifat tanggungjawab ini kerana tugas dalam melaksanakan segala perihal ini memang menjadi tanggungjawab suami.

Kadangkala, kita sering terlupa akan hal ini, dimana Allah menjadikan lelaki@suami untuk mendidik isteri dan keluarganya tetapi apabila berhadapan dengan kaum perempuan yang pendek akal fikirannya, kaum lelaki lebih mudah naik angin. Tanpa kita semua sedari, memang tidak dapat dinafikan ada masa dan waktunya, kaum perempuan memerlukan masa yang lebih untuk memahami sesuatu perkara itu dan oleh sebab itulah lelaki mestilah memahami bahawa kaum perempuan ini sediakala lemah pemikirannya.

Ingatlah kita wahai kaum lelaki, Rasulullah SAW juga pernah berhadapan dengan pelbagai karenah daripada perempuan yang suka berleter. Taktala mendengar leteran daripada kaum perempuan ini, Rasullulah SAW tidak menjawab satu patah pun sehinggalah leteran oleh perempuan itu berakhir. Rasullulah memberi peluang kepada perempuan itu untuk meluahkan segala rasa ketidakpuasan hati yang melanda diri perempuan itu. Apabila segala yang diluahkan itu berakhir, barulah Rasulullah memberi penjelasan atau pun memaafkan saja dan melupakan perkara tersebut.

Rasullullah SAW juga bersabda yang bermaksud: "Dunia adalah hiasan dan hiasan yang terbaik ialah memiliki isteri yang solehah." Apabila didikan yang sempurna diberikan kepada wanita ini, maka disinilah segalanya bermula. Kebaikan daripada seorang wanita yang menerima didikan yang betul mampu melahirkan kebaikan kepada seluruh umat yang dicorakkan oleh tangan wanita ini.

Seluruh alam dan isinya akan berbahagia andainya tangan yang lembut dan kehalusan belaian tangan ini datangnya daripada seorang yang bergelar wanita yang solehah. Sepertimana yang dapat disenaraikan disini beberapa sifat-sifat isteri yang solehah dan andaikata apa yang disenaraikan tidak ada pada seorang wanita itu, maka tidaklah boleh dijadikan alasan untuk tidak berkahwin, salah satu sifat lelaki yang sejati dan bertimbang rasa ialah bersabar dan menerima kelemahan isteri dengan hati yang terbuka.

Sifat-sifat isteri solehah:

  1. Mentaati perintah Allah SWT dengan mengerjakan segala perintah suami selagi tidak melanggar hukum Allah SWT.
  2. Sentiasa menjaga hati suami dengan bercakap dengan perkataan yang lembut-lembut.
  3. Hendaklah mendiamkan diri ketika suami berkata- kata.
  4. Hendaklah sentiasa menyerahkan diri kepada suami apabila diperlukan - ehem
  5. Menghiasi diri dengan wangi-wangian dan (bersolek)
  6. Tidak berhias dan memakai wangi-wangian apabila semasa ketiadaan suami.
  7. Memelihara mulut daripada bau-bauan yang tidak menyenangkan suami.
  8. Tidak curang dan mengkhianati suami apabila ketiadaanya dirumah.
  9. Hendaklah sentiasa menghormati keluarga suami.
  10. Mensyukuri apa yang disediakan oleh suami.
  11. Sentiasa rela dan bersedia apabila disentuh suami bila sahaja dikehendakinya.
  12. Tidak melakukan puasa sunat tanpa keizinan suami.
  13. Tidak keluar rumah tanpa keizinan suami.
Doa Untuk Mendapat Suami Yang Soleh :-


sumber : juga seperti biasa, email yang diforward padaku.

Kak Jem Butuh Bantuan Loh... Bisa Ya Nolong In...

Assalamualaikum kalian...

Pagi ini, saya mohon kalian LIKE this entry. Bukan entry saya dong mas. Entry Kak Jem kita dong. Sila kok kamu semua LIKE ya. Waduh, apa salahnya kalian membantu Kak Jem kita loh. Dia buntuh bantuan kita dong. Bisa ya kamu semua nolong in yah...
Makasih kalian semua. Saya cukup gembira kerna bantuan kamu yang ikhlas itu. Insya-Allah, jasa baik kalian semua, Allah akan balas yah.

Tetiba gue bicara Indon. Yah, kerna, entry Kak Jem adalah mengenai percutian ke Bandung. Bukan air bandung bisa kamu LIKE yah. Enggak.

Ini entry nya...

Minta Tolong LIKE page en.Laloque di IMASTRAVEL
Salam... nak cakap terus je ni. malas nak simpang-simpang. Nak mintak tolong korang Klik LIKE kat page ni. Klik sini ye


cara nak tekan LIKE. korang kena baca dulu sampai bawah. tapi kalau malas nak baca. scroll terus nampak butang LIKE tu. Klik situ ek.


terima kasih korang.... muahhhhhhhhhhhh

tarikh akhir adalah 14 april. sebab baru hegeh2 hari ni join, tu pasal kalut suh LIKE tu. jgn lupa KLIK tau...

http://mastraveller.com/WhatsNew/IMASTravel/Blogs/Malaysia/2011/04/10/Percutian-Keluarga-Bandung-Indonesia-2011/515/


p/s: klik la LIKE or share entry ni kalau korang nak bantu promote sekali ek.
tengkiuuuuuuuu korang


p/s : hah, tengok, kalian semua diberesen dengan kucupan muahhhhhhhhhhhh lagi dr kaka jem kita. Bisa yah nolong in. Waduh, makasih...

Apr 7, 2011

Showdown 2011

Assalamualaikum


Malam td tgk showdown @ 708.

Wah... teruja tgk diorang perform.

Bebudak pun ada. Suke tgk crew yang chinese perform tuh. Yang mana salah sorang ahli diorang peserta So You Think You Can Dance. Kalah di tangan Alam kan?

Kemas n teratur lah dance korang. Keep it up. Tahun lepas Wakaka Crew yang menangkan? Crew Alam gak.

Juri pun best. Joe Flizzow n seorang judges perempuan. Chinese. Style cam Syafinaz. Relax jek. Saya suke.

Ada satu crew terdiri dr bebudak perempuan standard 4-5. Alololo. Dahlah comel, pandai menari plak tuh. Tak silap ahlinya 5 / 6 perempuan n sorang lelaki.

2 crew neh le ke pusingan seterusnya that we call 'B.A.T.T.L.E'.

For more info, feel free to click this link Showdown 2011

Apr 6, 2011

Jiwa Kosong tidak kacau

Assalamualaikum

Tika ini aku seakan berada di tepian pantai...
Menikmati hembusan bayu yang seakan mengerti gelora di jiwa
Keluhan lembut dilepaskan
Kenapa dan mengapa dunia punya manusia sebegini
Kenapa diri ini suka diperkotak katik kan sebegitu rupa
Kenapa
Salah ke jika niat ingin menjadikan sesuatu itu bertambah molek
Tapi disalah ertikan sehingga sanggup mencanang cerita yang kadangkala bagaikan membuka pekung di dada sendiri?
Huh...
Kuatkan semangat, tabahkan hati,
Insya-Allah, Allah itu ada. Tunggu jelah

p/s : bakpelah ade jek yang xpueh hati weh

Subject: Mengapa WANITA sangat istimewa

Mengapa WANITA sangat Istimewa....

Mama dan Papa sedang menonton TV, seraya mama berkata. "..i letih la..dah lewat ni, i nak tido lah...." Mama pun pegi dapur nak tutup tingkap dapur, nanti masuk pulak lipas...leceh pulak nanti..dah tu, ade pulak rice cooker dalam sink..rendam lepas makan tadi..basuh jap...

susun pinggan kat rak, lap dapur..terpercik kena sambal masa masak tadi...check air panas dalam flusk..takut habis pulak nanti malam anak nak susu...memang dah kering pun flusk ni, jerang la air...sementara tunggu air masak, nampak pulak bekas gula dah kosong....salin la gula...check bubur untuk anak nak hantar ke taska esok..nasib baik ade lagi...ishh. ..ni lauk bila ni, semalam...dah beku dah...basuh la kejap....pegi yard, masukkan baju kotor dalam mesin basuh...penat dah ni, besok je la basuh...sidai kaian lap je lah...

tik...bunyi air dah masak...salin air dalam flusk...ok settle...

baru teringat tak semayang lagi...on da way nak g bilik, papa tgk tv lagi...nampak pulak beg anak untuk hantar ke taska...check. ..baju 2 pasang, towel...towel kecik utk selsama...calamine lotion untuk sapu ruam...pampers

4 keping....alamak. .telupa pulak masukkan botol...basuh botol jap...ok settle...

ternampak pulak beg g keje...emm.. besok nak pakai beg polo coklat lah, asik2 pakai beg hitam ni je...salin jap barang2 g beg coklat...cek sume 6 poket beg, takut la tetinggal apa2..leceh pulak..selalunya barang yang tertinggal tu la yang nak pakai nanti...hishhh sempit la beg ni...hangin je...nak kena beli ni beg baru...rasenya 25 hb ni Sogo sale nih...mana flyers tadi ek...ha ni die..ok, catit jap kat yellow sticker, nanti lupa..ok settle...

Tetiba dengar suara papa..."..u buat apa lagi tu..tadi kata nak tido.."...." ..yelah nak tido la ni..nak smayang jap..."

masuk toilet..buat apa2 yang patut...cuci muka dulu..2 jenis lak tu...adoi..gosok gigi...smayang. ..pakai toner...pakai treatment cream...nak lawa and maintain punya pasal lah ni...

nanti orang kata baru anak satu dah macam anak 4 pulak...huhuhuhu. ..

bukak almari...emmm. ..pakai baju hijau ni lah besok...gosok kejap..check baju papa, baju papa pun kena gosok jugak ni...kat bilik belakang...

la, napa komputer ni tak tutup ni..gelas kopi pun ade lagi, dah bersemut dah..ishhh ...g dapur, basuh, sambung gosok baju...gantung elok2...kemaskan baju gantung2...masukkan seluar papa yang dah kotor dalam tempat kotor...ok settle..

dgr suara papa lagi..."..i dah ngantuk ni.."..dalam pada nak masuk ke bilik...owh. ..pokok aku dah nak mati ni ha..lupa dah 3 hari tak siram...ok, siram jap...check jap pintu ni...sah tak kunci lagi...grill pun tak tutup..ni kalau tak check ni, senang2 je mat indon masuk rompak umah aku...bukak lampu luar..

ni mainan ni sepah2...masukkan la dalam bakul mainan budak ni...banyak nya...sampai bawah meja makan pun ade...adoi.. ..ok dah ...

ok dah boleh baring...adoi sakitnya pinggang...cium si comel ni kejap...selimutkan die...la..napa basah ni...emm, tukar la pempers ni...tak bagus la brand ni, nanti nak tukar lain la...nanti g Sogo 25 hb ni beli la skali...ok sayang tido k...kalau boleh jangan la bangun tgh malam ni eh..tido sampai pagi k...gud nite..sweet dreams...

aaahh...sedapnya dapat baring...mana pulak lotion sapu kurus aku nih...ha, ni dia...sambil sapu lotion kurus,,,setkan alarm...setkan program kerja besok...pg kul 9.30 ade meeting..

ahh...boring. ..panas pulak lotion nih..dah la...emm..sedapnya lelapkan mata...Ya Allah...terima kasih untuk rezekiMU hari ini,...mohon keberkatan dari mu tuhan...papa pun bangun tutup tv..."...i dah ngantuk sangat ni...nak tido lah...citer pun tak best malam ni, bola pun takde..."... selang seminit ...dengar suara papa berkeruh...dah agak dah....

So?....apa yang peliknya..??

Anda tahu kenapa wanita hidup lebih lama?...SEBAB ADE BANYAK KERJA NAK KENA BUAT....tu yang tak boleh nak mati cepat tu...

Hantarkan ke 5 WANITA yang anda rasa hebat...pasti anda disayangi kerana memahami mereka...well, women understand women better...

foward jugak kat lelaki-lelaki so mereka akan hargai emak, isteri, dan kawan 2 dengan lebih baik lagi...

Tak kira la wanita berkerjaya atau surirumah... setiap wanita adalah istemewa dengan cara mereka sendiri...

Kalau lelaki mengakui kebenaran ini....hormat dah hargailah mereka...untuk keperibadian dan kebolehan mereka untuk berdikari...

HIDUP UNTUK KAUM HAWA!!!


sumber : as usuall, email yg diforwardlah

p/s : kain berlambak kat bilik x berlipat. haha. kan Mr hubby ke sayangkan? tettttttt. HIDUP KAUM ADAM gak. hehe. Bapak² sekarang lagi rajin ringankan beban wife gak kan?

Apr 5, 2011

Kisah Benar – Kisah Pembalasan Isteri Curang

Kisah ini saya petik dari suatu laman web… Kisahnya benar² menyentuh hati. Buat wanita yang bakal bergelar isteri, jadikan kisah ini sebuah pedoman. Buat lelaki, kisah ini boleh disampaikan buat mereka yang berkenaan.

Akhirnya setelah dua tahun menghilang diri, Normah kembali ke rumahnya. Seperti dahulu, dia masih cantik bergaya. Lenggoknya masih gemalai, pinggang masih ramping, gincu masih merah dan mekap masih tebal. Jika berselisih, aroma pewanginya masih kuat menusuk hidung. Namun bezanya, Normah kelihatan tidak begitu ceria. Zahirnya dia begitu anggun tapi wajahnya terlukis warna yang muram dan lesu. Tutur katanya perlahan dan tidak bermaya seperti orang keresahan.

“Kenapa awak balik? Pergilah ikut jantan. Awak tak ada pun saya boleh jaga anak-anak kita ni!!” jerkah suaminya, Halim sebaik melihat Normah pulang dengan menjinjing sebuah beg besar.

Normah tidak menjawab kerana dia tahu, itu memang salahnya. Dia cuma berdiri di pintu dan menundukkan muka. Halim sebaliknya terus membelasah isterinya itu dengan kata-kata keras. Sudah lama geram itu menggelodak di hati, lalu inilah masa untuk melepaskannya.

Normah masih terpaku di muka pintu. Dikesat air mata yang bergenang. Tiada sepatah perkataan pun di balasnya kata-kata Halim itu kerana hajatnya pulang bukanlah untuk bertengkar. Hasratnya Cuma satu, untuk pulang ke pangkuan suami dan anak-anak.

Jika diikutkan hati memang hendak dihalaunya Normah, tapi disebabkan anak-anak, Halim menahan juga kemarahannya. Dibiarkan Normah masuk ke rumah yang telah lebih dua tahun ditinggalkannya itu.

Bagi Halim, kepulangan Normah tidak membawa apa-apa erti lagi dalam hidupnya. Malah ia cuma memulakan semula kekalutan yang sudah dirungkaikannya, mengeruhkan hidup yang mula jernih dan memarakkan semula api yang telah dipadamkan.

Dua tahun dahulu, Normah meninggalkan Halim dan dua anaknya, Iffa, 5, dan Aina, 2.Yang ditinggalkan hanyalah sekeping nota menyatakan yang dia ingin hidup bersama kekasihnya.

” Saya rasa kita dah tak ada persefahaman lagi. Saya mahu hidup bahagia dengannya” demikian antara lain nota yang ditinggalkannya untuk Halim.

Kesalnya dia dengan tindakan Normah tidak terkata. Halim akui sejak akhir-akhir ini Normah sudah berubah. Kalau dulu layanannya begitu baik, sekarang mula dingin. Pantang silap sedikit, mulalah naik angin. Kata-katanya pula, selalu saja diiringi sindiran. Sudahlah begitu, sering pula Normah meminta barang-barang mewah di luar kemampuan Halim. Itulah yang menghairankan Halim.

Lama-kelamaan, Halim terhidu pula berita Normah menjalin hubungan sulit dengan lelaki berada. Dia ada bertanya tentang hal itu, namun Normah lantas menafikannya. Walaupun Halim menekannya dengan cerita dan bukti-bukti, tapi Normah tetap tidak menidakkannya. Malah dituduh pula suaminya cemburu buta. Nah, sekarang terbukti sudah kebimbangannya itu. Tapi apa yang boleh dilakukan, nasi sudah menjadi bubur.

Sejak Normah meninggalkannya, hidup Halim tidak terurus. Terpaksalah dia membesarkan anaknya itu sendirian. Dialah ibu dialah bapa. Dengan gajinya sebagai penyelia kilang yang tidak seberapa dan menyewa pula di sebuah rumah di pinggir Kuala Lumpur, tentulah sukar untuk dia menguruskan hidup.

Kalau kanak-kanak lain selalu bertukar pakaian, anak-anaknya dengan baju dua tiga pasang itulah. Makan yang mewah jauh sekali, kecuali apabila dia mendapat gaji. Rutin hidupnya, awal pagi menghantar anak-anaknya ke rumah ibunya dan malam menjemput mereka pulang. Dialah yang memasak dan mengemas rumah. Kadangkala adik perempuannya turut membantu menguruskan keluarganya.

Memang hidupnya sukar, tapi Halim belum tergerak untuk berkahwin lagi. Baginya, biar susah macam mana pun, semua halangan itu akan dirempuhinya. Tambahan pula Normah masih tidak diceraikan.

Halim juga mahu membuktikan kepada Normah bahawa tanpa wnita itu, dia boleh menguruskan keluarga. Dan juga, kalau kemewahan yang menyebabkan Normah meninggalkannya, Halim ingin buktikan bahawa tanpa wang yang banyak sekalipun dia boleh hidup bahagia.

Ternyata tanpa Normah, Halim mampu membesarkan anak-anaknya seperti ibu bapa lain. Iffa dan Aina juga kian lama kian melupakan ibu mereka. Malah melihat gambar pun mereka benci. Bukan Halim yang menghasut tapi kerana Normah sendiri yang bengis terhadap anak-anak.

Kerana itulah, kepulangan Normah membangkitkan semula kemarahan Halim. Tambahan pula Halim mendapati ada sesuatu yang tidak kena dengan perut Normah. Ia membuncit seperti sedang hamil. Bagaimanapun dia tidak mahu bertanya kepada wanita itu.

“Tempat awak di sana!” kata Halim menunjukkan Normah ke arah sebuah bilik kecil. Di dalamnya ada sebuah tilam bujang yang kusam. Bertompok sana, bertompok sini. “Nak alas, cari sendiri,” kata Halim, lalu menyindir “itupun kalau awak ingat kat mana nak cari….” Normah ditinggalkan sendirian.

Malam itu, Normah tidur seorang diri dalam bilik sempit dan penuh barang-barang. Sementara Halim tidur bersama dua anaknya di bilik lain. Bila anak-anaknya pulang, Normah cuba membelai mereka tapi Iffa dan Aina segera menjauhkan diri. Dipujuk dengan bermacam-macam cara pun tidak berkesan. Terpaksalah Normah membawa diri ke dalam bilik dan menangis teresak-esak.

Begitulah keadaan mereka setiap hari. Normah menjadi orang asing di dalam rumahnya sendiri sementara Halim meneruskan hidup seperti biasa. Mereka tidur berasingan dan setiap pagi, anak-anak dihantar ke rumah ibunya tidak jauh dari situ.

Ternyata telahan Halim tepat. Dari sehari ke sehari dilihatnya perut Normah semakin membusung. Lain macam bulatnya. Setelah didesak dan dijerkah berkali-kali, Normah terpaksa mengaku dirinya berbadan dua.

“Aku dah agak. Patutlah awak balik…nak suruh aku jadi bapak pada budak tu, kan? Nak jadikan aku pak sanggup?” Halim melepaskan paku buah keras. “Bukan macam tu bang, saya…” tapi belum pun sempat Normah menghabiskan cakap, Halim memintas ” Saya apa?! Saya tak buat benda tak senonoh tu? Budak tu anak aku? Tolong sikit….bila masa aku sentuh badan kau tu? Hah?”

Bagi menutup malu, Normah memakan makanan yang tajam, pedas dan berasid untuk menggugurkan kandungannya, tetapi gagal. Perutnya terus-menerus membesar. Gagal cara itu, dia pergi ke klinik swasta pula. Bagaimanapun doctor tidak mengizinkan kerana risikonya terlalu tinggi. Kata doktor, kandungannya sudah besar dan jika digugurkan, ia boleh mengundang maut.

Semakin hari jiwa Normah semakin tertekan. Perut kian memboyot sedangkan anak dan suami pula tidak menghiraukan kehadirannya. Dia menjadi melukut di tepi gantang dalam rumah sendiri. Suami menjauhkan diri bila hendak mengadu dan anak pula tidak menganggapnya ibu untuk mereka bermanja.

Tidak ada jalan lain, Normah meminta Halim menghantarkan dia ke rumah ibunya. Tentu saja Halim tidak membangkang. Memang itu yang dia mahukan. Namun sambutan ibu bapanya juga mengecewakan.

“Dua tahun kamu tinggalkan suami dan anak, tiba-tiba baru dua bulan balik perut kamu dah besar macam ni. Huh…memang patut pun Halim buat macam ni. Kamu derhaka pada dia!” kata bapa Normah, Haji Shafie bila mendapati anaknya itu hamil.

Dari sehari ke sehari tekanan perasaannya tambah menebal. Ia kian merundung bila tumbuh pula cacar di badannya. Dari kecil ia membesar, dan dari sebiji-sebiji ia merata memenuhi badan. Di dalam cacar itu, menguning nanah busuk dan jelik baunya. Pada waktu yang sama, Normah mengidap darah tinggi pula.

Tekanan perasaan yang melampau itu menyebabkan Normah dibawa oleh ibu bapanya berjumpa dengan pakar jiwa. Bermacam-macam ubat dan rawatan diberikan tapi ternyata begitu sukar untuk dia dipulihkan. Disebabkan badannya terlalu lemah, doktor mencadangkan supaya Normah bersalin melalui cara pembedahan apabila usia kandungannya mencecah tujuh bulan lebih sedikit.

Pada waktu yang ditetapkan, Normah dimasukkan ke wad. Seminggu sebelum dibedah, dia mula meracau-racau dan meraung. Bermacam-macam dijeritkannya tanpa hujung pangkal. Dimaki hamunnya emak dan ayah serta jururawat yang datang. Kemudian Normah menangis pula hendak balik dan melihat anak-anak.

Dalam keadaan yang kritikal itulah ayahnya, Pak Cik Shafie menelefon saya dan menceritakan keadaan anaknya itu secara ringkas. ” Pak cik tak mahu nak salahkan sesiapa. Dua-dua ada buat silap. Tapi sekarang ni pak cik minta ustaz usahakanlah ubat anak pak cik tu,” katanya. Daripada suaranya itu saya tahu dia sedang menahan sebak.

“Saya di Sarawak sekarang ni pak cik. Dua hari lagi saya balik. Tapi buat sementara ni, usahakan baca Yasin dulu. Bila saya balik nanti, saya terus ke sana,” jawab saya. Sekembalinya ke Semenanjung saya terus menziarahi Normah. Keadaannya sama seperti yang diceritakan oleh bapanya.Mengerang kesakitan, meracau, meronta-ronta, dan bercakap tidak keruan. Keadannya ketika itu memang menyedihkan kerana dalam keadaan perut memboyot dia meraung seperti hilang akal.

Namun timbul pertanyaan di fikiran saya selepas dibacakan Yasin, keadaan Normah bertambah buruk. Keadaanya ibarat mencurah minyak ke api, makin disiram makin besar maraknya. Ibu bapa dan adik beradik Normah menangis milihat keadaan dirinya.

“Pak cik mana suami dengan anak-anaknya?” saya bertanya bila melihat suami dan anak-anak Normah tidak menziarahinya.

” Itulah yang saya nak cakap pada ustaz. Saya dah pujuk, rayu dia datanglah tengok anak saya ni. Kata saya, walau besar mana pun dosa anak saya, kalau dia menderhaka sekalipun, tapi dalam keadaan macam ni bukankah elok kalau dia di ampunkan? Tapi dia tak mau. Jengah pun tidak,” kata Haji Shafie kesal.

“Dia marah lagi agaknya,” saya menyambung.

“Saya tau… kalau jadi pada kita pun kita marah. Saya bukanlah nak salahkan dia, tapi yang sudah tu sudahlah. Anak saya pun bersalah, saya mengaku,” tambah Haji Shafie.

“Kalau macam tu,” tambah saya,” bawa saya jumpa menantu pak cik tu. Insya-Allah kita sama-sama pujuk dia.”

Seperti yang dipersetujui, beberapa hari kemudian saya dibawa oleh Haji Shafie berjumpa dengan menantunya itu.

“Yang sudah tu sudahlah Lim, ampunkanlah dia. Normah tengah tenat tu,” Haji Shafie merayu.

” Dua tahun dia tinggalkan kami anak beranak. Balik-balik, mengandung…suami mana yang tak marah, ayah ?. Mana saya nak letak muka saya ni ? Dayus, pucuk layu , tak ada punai, tak tau jaga bini, macam-macam lagi orang hina saya…’ tambah Halim melepaskan segala yang terbuku di hati. Bermacam-macam lagi di rungutkan hingga tidak sanggup kami mendengarnya.

” Ayah faham perasaan kau. Ayah tau Normah yang salah, derhaka pada kau , tapi dia tengah tenat sekarang ni,” Haji Shafie merayu lagi , Halim tidak menjawab sepatah pun Nafasnya saja yang turun naik manakala muka merah padam menahan marah.

Bila keberangan nya semakin reda saya menasihatkan Halim supaya melupakan perkara yang telah berlalu itu. “Mengampunkan orang lain lebih baik daripada membalas dendam . Isteri awak menderita sekarang ini pun sebab dia sudah sedar dengan kesalahan dia, jadi eloklah awak maafkan,” kata saya.

Lalu saya ..hadis dan firman Allah berkaitan …Ternyata Halim sudah berpatah arang berkerat rotan . ” Saya tak akan jenguk dan saya tak akan ampunkan dia. Isteri durhaka ! ” katanya.

Sampailah hari Normah di bedah , Halim langsung tidak menjengukkan mukanya. Iffa dan Aina juga di larang daripada menjengah ibu mereka. Bagaimanapun , di sebabkan keadaan Normah yang tenat, makan minum tidak menentu , bayi yang di lahirkannya meninggal dunia beberapa hari kemudian. Normah pula sejak sedar daripada pembedahan semakin teruk jadinya.

Setiap hari, terutamanya tengah malam dan senja dia akan meracau. Yang mengaibkan , racauannya kini mendedahkan segala pelakuan jelik yang di lakukannya selama meninggalkan Halim dan anak-anak.

Antaranya, Normah menceritakan yang dia telah mengikut lelaki hingga ke Siam dan kemudian hidup seperti suami isteri. Selepas berpisah dengan lelaki itu, dia bersekedudukan pula dengan lelaki lain. Tidak kurang dengan tiga lelaki telah dia berzina.

“ Abang ..ampunkanlah saya. Saya derhaka, saya jahat, saya malukan abang…maafkanlah saya…”dia terus menangis dan meratap.

Setiap hari bermacam-macam rahsia di dedahkannya; tentang tempat-tempat maksiat yang pernah dia pergi bersama teman lelaki, kawan-kawan lain yang sama saja perangai dengannya juga kekecewaannya bila dipermainkan lelaki-lelaki terbabit.

“ Abang , Iffa, Aina…marilah tengok emak . Emak tak jahat lagi,. Emak nak jadi baik. Emak nak jadi lawa, pandai, suka masak, kita pergi sungai…” ratapnya lagi bercampur dengan kata-kata yang melalut.

Tidak dapat hendak di gambarkan bagaimana malunya Haji Shafie dan isterinya setiap kali Normah menelanjangkan keburukannya sendiri. Berbagai-bagai cara mereka lakukan supaya Normah berhenti meracau seperti menutup mulut, memujuknya diam dan kadangkala turut sama bercakap supaya orang-orang di sekeliling tidak mendengar , tetapi usaha itu tidak berhasil.

Setelah hampir sebulan Normah mendedahkan kecurangannya, keadaan wanita itu bertambah parah. Tekanan darahnya menurun dan kerap tidak sedarkan diri. Badannya yang kurus makin melidi kerana Normah tidak mahu menjamah makanan. Yang di lakukan sepanjang hari hanyalah menangis dan meminta ampun kepada Halim. Setelah itu dia kembali terkulai tidak sedarkan diri.

Haji Shafie sekali lagi menemui saya.

“Ustaz pujuklah menantu saya tu. Mintalah dia datang jenguk Normah dan ampunkan lah kesalahan dia. Memang anak saya bersalah , tapi dalam keadaan sekarang, Cuma keampunan suami saja yang boleh selamatkan dia,” kata haji Shafie. Isterinya sejak tadi saya tengok tiada berhenti-henti mengesat air mata .

” Kalau begitu, mari kita pergi jumpa Halim,” kata saya.

Puas kami memujuknya . Alhamdulillah, setelah berbagai-bagai alasan di beri, akhirnya Halim bersetuju. Bagaimanapun saya lihat dia seperti terpaksa saja. Langkahnya berat dan nampak kurang ikhlas.

” Sudahlah Lim, lupakan yang lepas-lepas. Buangkan dendam, gantikan dengan kemaafan. Insya-Allah, semua pihak akan dapat keberkatanNya,” kata saya semasa Halim hendak memasuki kereta. Dia cuma tersenyum tawar.

Demi terpandang saja Halim datang menjenguk, Normah dengan suara yang amat lemah memohon maaf kepada suaminya itu.

“Sa..sa..ya der…haa..ka pada abaaaang..” katanya antara dengar dengan tidak. Sambil air mata jatuh berlinangan, dia mengangkat tangannya untuk meminta maaf, tapi terlalu sukar. Ibunya cepat-cepat membantu.

“Yalah…”jawab Halim perlahan lantas menyambut tangan Normah. Reaksinya masih tawar. Dia belum benar-benar ikhlas.

Petang itu kami bersama-sama membacakan surah Yasin dan ayat-ayat suci al-Quran untuk Normah yang kelihatan semakin teruk. Bagaimana pun bila Normah meminta ampun sekali lagi, saya lihat Halim semakin ikhlas menyambutnya. Saya tersenyum. Mungkin hatinya sudah sejuk melihat penderitaan Normah.

Lebih kurang pukul 5.00 petang saya meminta diri kerana ada urusan penting. Sebelum pulang saya berpesan; ” Lim, sekarang ni awak saja yang boleh selamatkan Normah. Dia harapkan sangat keampunan daripada awak. Selepas itu, serahkan kepada Allah. Kalau sembuh, alhamdulillah, kalau tidak biarlah dia pergi dengan aman “.

” Terima kasih ustaz,” balas Halim.

Seminggu kemudian Halim datang ke rumah saya dan memaklumkan bahawa Normah telah meninggal dunia. Bagaimanapun, dia membawa juga kisah yang menginsafkan mengenai pemergian Normah.

“Ustaz,” Halim memulakan ceritanya, “Malam tu Cuma tinggal saya dan anak-anak saja duduk di tepi Normah. Ibu dan bapa dia ke kantin untuk makan. Bila saya bacakan Yasin , saya tengok air mata arwah mengalir setitik demi setitik. Saya tau dia benar-benar insaf dengan kesalahannya dulu, curang pada saya, derhaka pada suami, tinggalkan anak-anak.”

“Sampai di ayat salamun qaulam mirrabir rahim, saya ulang tiga kali. Setelah habis, saya usap dahi arwah. Saya lakukannya dengan ikhlas sebab tidak sampai hati tengok hati dia menderita.”

” Setelah menciumnya tiga kali tiba-tiba dia nazak. Nafasnya di tarik dalam-dalam tapi nampak susah sangat. Sekejap kemudian nafasnya laju, tapi lepas itu lambat betul. Saya cemas. Dah dekat ke?”

“Tiba-tiba Aina menangis Entah apa yang di gaduhkan dengan kakaknya saya pun tak tau . Kuat betul dia menangis sampai saya tak sanggup nak dengar. Berbelah bagi juga sama ada antara anak dan isteri yang tengah sakit, tapi bila fikirkan tangisan budak itu mengganggu pesakit lain, saya terus ambil Aina dan pujuk dia. Susah pula nak pujuk dia hari tu sampai terpaksa dukung dan bawa ke luar wad.”

“Namun bila kembali ke wad, saya dapati Normah dah tidak bernafas lagi.”

“Luka memang berdarah lagi, ustaz, tapi bila dia meninggal tanpa ada sesiapapun di sebelahnya, menitis juga air mata saya. Yalah, kalau orang lain pergi dengan baik, ada orang tolong bisikan syahadah, bacakan Yasin, dia pula pergi macam tu. Agaknya itulah balasan untuk isteri yang derhaka ‘.”

Cukup menginsafkan? Ambil iktibar dan sampaikanlah pada yang lain. Wallahualam

Hadis diriwayatkan oleh al-lmam Muslim dengan lafaz ini. Daripada Abu Hurairah r.a. daripada Nabi SAW, Baginda telah bersabda:

Barangsiapa yang melepaskan seorang mukmin daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan dunia, nescaya Allah akan melepaskannya daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan
Qiamat. Barangsiapa yang mempermudahkan bagi orang susah, nescaya Allah akan mempermudahkan
baginya di dunia dan di akhirat. Barangsiapa yang menutup ke'aiban seorang muslim, nescaya Allah
akan menutup ke'aibannya di dunia dan akhirat. Allah sentiasa bersedia menolong hambaNya selagi
mana dia suka menolong saudaranya. Barangsiapa yang melalui suatu jalan untuk menuntut ilmu,
nescaya Allah akan mempermudahkan baginya suatu jalan menuju ke syurga. Sesuatu kaum tidak
berkumpul di salah sebuah rumah-rumah Allah (iaitu masjid) sambil mereka membaca Kitab Allah dan
mengkajinya sesama mereka melainkan suasana ketenangan akan turun ke atas mereka, rahmat akan
melitupi mereka dan mereka akan di kelilingi oleh para malaikat dan Allah akan menyebut (perihal)
mereka kepada orang-orang yang berada di sisiNya. Barangsiapa yang terlambat amalannya, nescaya
nasab keturunannya tidak mampu mempercepatkannya.


Pengajaran hadis:

(1) lslam adalah agama tolong menolong, bantu membantu dan saling memperkuat antara satu sama lain. Faktor inilah merupakan teras kekuatan umat lslam dan rahsia besar kegemilangan tamadun lslam yang silam.

(2) lslam menggalakkan umatnya agar selalu melepaskan saudaranya yang dalam kesempitan dunia, yang berada dalam kesusahan hidup dan melindunginya serta memelihara ke'aibannya daripada disebarluaskan di kalangan manusia. Semua perbuatan tersebut dijanjikan Allah balasan yang setara dan setimpal dengan perbuatannya.

(3) Allah akan sentiasa menolong hamba-hambaNya selagimana mereka suka tolong menolong sesama mereka.

(4) llmu adalah cahaya menuju ke syurga. Barangsiapa yang menuntut ilmu, dengan niat ikhlas, Allah menjanjikan baginya kemudahan menuju jalan ke syurga.

(5) Berkumpul dan mengkaji al-Qur'an dan ilmu di masjid adalah antara amalan yang amat diberkati Allah. Para malaikat turun mengelingi mereka, ketenangan dan rahmat menyelubungi mereka. Mereka mendapat penghormatan agung dari Allah SWT apabila Dia menyebut nama mereka kepada para penghuni langit.

(6) Sesungguhnya manusia dimuliakan dan memasuki syurga dengan amalannya dan rahmat Allah, bukannya dengan keturunan. Barangsiapa yang amalannya kurang dan atau amalan jahatnya menyusahkannya di akhirat nanti, nasab keturunan kebangsawanannya tidak mampu sama sekali memberi syafa'at kepadanya. Secara tidak langsung hadis ini menggesa umat lslam agar berbekal dengan amalan soleh untuk menghadapi hari akhirat nanti

sumber : dr email yg diforward

Lama weh dok panjat gunung

Assalamualaikum...

Ecece... ayat tak ingat eak nak panjat gunung. Ek elleh, sesapa yang kenal saya tuh sure kat mulut terus terkeluar, bleh ke panjat gunung neh. Macam x larat je napok...

Haippppppppp...

Lu x kenal gua, lu jgn manyak bunyik yer...

Berjujuran ayaq liuq tgk Kak Jemah panjat gunung. I missed so much dat time. Jeles!

Gunung pertama saya jejak adalah Gunung Tebu time Jamboree Asia Pasifik di Negeri Terengganu. Wakil pengakap sekolah katakan. Pancit lol. Haha.

Kedua Gunung Nuang. Time tu wakil kolej untuk larian pe ntah. Lupe mak.

Then Gunung Bubu kat Perok ler. Ngan cik abang i lah. Time chinese new year. Bukan ngan cik abang saje tp ada 1 group yang pakar dalam selok belok perhutanan, then geng mr hubby i lah. Kali ni berjaya ke puncak. Ececece... ade BEST supporter kan. Haha. Sure bajet tercabar punyer. Btol x?

Tahun 2008, plan nak g Gunung Kinabalu tp xlepas sebab time tu tengah pantang. MANA ACIIIIIIIIIIIIII... haha terus xkasik mr hubby join. TAK ADILLLLLLLL... haha.

Terus menggeliat betolkan urat menyurat. Bajet leh lagi ke panjat gunung neh. Rindu masuk hutan n join outdoor aktiviti.

Last year plan ngan geng YPM nak g Gunung Stong... Adowwwwwww... semua x jadik pergi. Saya baru je lepas pantang anak kedua. Yang sorang tuh, wife baru bersalin. Si Asri plak no hal tp baru kawen, x syoklah weh nak kacau. Haha. Bila weh nak reunion kat gunung? Gerak² lah weh... Kakaka. Kumpul geng. Ni asyik² reunion kat hotel, kat restoran, kat pantai. Pe kata kita wat kat gunung pleks kan?

Tak pun kita g bukit pe kat area Kajang tuh? Alah lope mak... Tolong ingatkan daku? Cantik tempatnya di situ. Nak pigilah.

Haippppppppppp... panjat² jom... hiyahhhhhhhhhh...

Terima kasih untuk itu Sahabat

Assalamualaikum...

Kita kenal tidak lama
Batasan waktu wajarkah jadi penyebab?
Atau kita jadikan ianya alasan semata?
Kenapa?
Kerana egois menguasai diri?
Atau kerna prinsipmu yang tidak seberapa?
Atau pendirian kita yang kental sehingga tegas dan teguh pertahankan diri?
Pertahan kerana apa?
Jiwa muda yang kuasai segala?
Sudah terlewat untuk merungkai segala
Namun usai terungkai, keluhan lega kuasai perasaan
Kita tersenyum
Tersenyum kepuasan
Kepuasan kerana terjawab segala sebab punca musabab
Sehingga sebelum ini pelbagai prasangka bermain di fikiran
Kita bersahabat, berkawan, berakrab, berkarib bukan terbit makna tersirat
Tetapi kerana eratkan persaudaraan
Benarkah untuk eratkan silaturahim?
Dari kecil kita dilatih untuk bersahabat sesama insan
Utuhkah kita untuk hidup tanpa insan lain disisi?
Kuatkah kita untuk selesai segala keseorangan?
Hebatkah kita untuk itu semua?
Setiap lintasan di hati, difikiran...
Allah Maha Esa, Maha Adil, Maha Bijaksana tahu segala
Usah menafikan itu, usah berprasangka dengan ketentuanNya
Kita hanya hambaNya...
Maaf segala...

Apr 4, 2011

Tips Simple Sambut 'Orang' Baru

Assalamualaikum semua.


ehem...

Since lately i am so busy with my work. Harus dibereskan sebelum tiba masanya. Btw, malam td, my bestfriend ever, Cda msg me.

"Salam Nad, ttunggu² aku psediaan ibu dan anak di hospital based on ur experience in your blog"

Erm... orait. So, today, i do it for u cda. hehe. Sihat dah ko eak. Jaga lelok baby tuh. Cayang baby aunty ni yer. hehe. Orait jom saya bgtau pe yang perlu dan x perlu based on my style lah. Ok, 1st time i tau i preggy saya seriously shock. Terkejut. Pe patot aku buat kan. Lagi best dan syukur jazilan, saya bunting pelamin. terus excited nak beli barang baby bagaikan? tapi pesan orang² tua harus diambil kira dan digunapakai. Jangan terlalu excited sehingga melampau² membuat persiapan awal untuk menyambut kedatangan orang baru. Bukan pe, xelok sangat membazir yang berlebihan. Tapi, semua jodoh, ajal, maut di tangan Allah. Kita hanya merancang dan Allah yang menentukan. Kita stop cerita ceritut pasal my 1st baby. Nak tanye pepe (if ade yang sudi bertanyalah kan), tunggu selepas my bestfriend ever ni selamat bersalin. Tak nak mengganggu emosi para ibu yang mengandung. Semasa dikhabarkan mengandung kali kedua, saya bebetol berjaga² segala masuk percakapan, segala pemakanan, segala senaman, segala bacaan, doa² yang harus dan wajib saya amalkan. Setiap kali terasa gerakan dan sentuhan si manja, saya segera membalas kembali. Rindunya saat itu lagi. Hehe. Terus mulut terkumat kamit mengalunkan doa dan zikir ke hadrat Ilahi. Lagi syok tatkala si manja membalas belaian dan sentuhan tersebut. Tiada sebarang persediaan dibuat untuk kandungan kedua kerana semua kelengkapan sewaktu ingin menyambut anak pertama sudah tersedia ada. Cuma kali ni, kami bakal menyambut anak perempuan. (',__________,<). Leh nampak ker? Hehe. Alhamdulillah, rezeki, kami leh imbas anak kami secara 3D/4D secara F.O.C. Hehe. Biasa harga main rat² kan?

Antara Kelengkapan sesimplenya kami sediakan adalah :- Kelengkapan Pakaian
  • Dalam 3 - 5 helai cukuplah. Biasa saya pilih n beli baju baby yang ada lubang² kecik tuh. Kot² baby panas n berpeluh kan. Naik ruam plak dia. Sian.
  • Kain bengkung. Ni takut perut baby termasuk angin keluar asapkan. Like cam nilah.
  • Kain bedung anak. If nak jimat. Leh, jahit sendiri n wat panjang² sket kasik lebar. Kemas nak balut anak nanti. Tapi sesetengah orang dah x amalkan, kan? Tapi saya still.
  • Pampers yang baby born nyer. Saya pakai yg ini...
  • If nak cuba pakai CD trylah. CD? Alah cloth diapers. Like below...
  • Lampin 1 set for standby. 1 set ada dalam 5 helai lah kot kan. Beli skali ngan alas lampin tulah. Saya beli coz kekadang, ada 1, 2 pampers yang rosak kan. Like takde pelekatlah pelah kan. Nak buang sayang. Berapa sen sekeping tuh kan, so leh pakai skali ngan alas lampin tuh. Tak rugi beli nih. Senang pepehal kan.


lampinalas lampin (berplastik. Skrang ada variasi warna. Cun)


Kelengkapan Menyusu dan makan minum bayi :
  • Sebetolnya, saya x membeli untuk itu. Siap bagitau kat Mr Hubby lagi, xpayah beli bang, nnt ramai datang tgk baby, adalah yang hadiahkan sebarang dua, botol susu bagai kan. Haha. bajet ada orang nak hadiahkan kata ko. Tapi btol, berbotol² saya dapat. Leh bukak kedai botol baby dah hah. Ada gak x sempat guna lagi. hehe.
  • Tapi skrang ada isu susu botol kan? so, sila googgle n check. botol susu apa yang diluluskan untuk diguna untuk baby. takut ade kesan pepekan. cegah b4 kena.

Kelengkapan Tidur
  • Time nak menerima anak sulong, sempat gak borong tilam kecik cam ni...
  • if terlebih teruja, leh je beli ni terus :- haha. simple lah sangatkan.
  • cadar, selimut, semua orang hadiahkan. Terima kasih kawan².

Kelengkapan Mandi
  • Bab ini, saya hanya beli yang travel punyer tuh. Coz, mcm saya katakan tadilah, esok, siap je korang yakni para ibu, bukan para bapa ye even mengandung tak pernah keluar (buncitlah tuh dek non), korang tggulah, ada lah yang menghantar hamper barang baby. hehe. x elok tol menanti hadiah orang. haha. tp itu fenomena yang normal kan?
  • Tuala belilah 2 helai
  • Syampu tu biasanya nurse n doktor x galakkan baby guna lagi. Baru lagi kan. Nnt anok beso besok, gonyohlah nak gonyoh banyak mana pun syampu kat kepala anak tuh. hehe.
  • Lain-lain cam baby oil n so on ada yang dijual berpaket kan. beli jek yang tu dulu.

Kelengkapan lain-lain plak
  • bakul baby
  • Termos air panas (if time kawen dah dapat, xyah beli. haha)

Hah, cda n para becoming mama, ni antara keperluan simple yg harus ada. Ni baru untuk baby. Untuk ibu, nnt saya wat entry khas. Hehe. Btw, congratulations.

Sumber picca : hasil carian google yer n Kak Engku Bidan Bersalin.

Apr 3, 2011

Sambungan Cubaan Aksi Gimnas

Assalamualaikum...


Sebagaimana tajuk entry di atas, inilah sambungannya.
If blom bace episode 1st sila klik di sini. Terima kasih.

.....bla, bla, n bla.... Qisya ni pantang tengok kanak² yang sebaya dia then mulalah menyapa n start beramah mesra. So berani. Lalulah sorang kanak² ni yang maybe umur 2 tahun lebih tua daripada Qisya bersama ibunya.
Qisya terus stop on acting then terus ikut budak tuh. Alahai, kakak tuh melayan lah plak n siap usap kepala n berpimpinan tangan lagi. Ibunya hanya tersenyum. Sementara saya siap berlari anak mengekori dan mendakap anak kami. Tetiba satu insiden terjadi...

Saya yang berbaju kurung lengkap bertudung putih n berkasut terus meluncur laju. Auchhh. Lagak seakan bermain ski di waktu musim salji di London. Ehhh... pernahkah aku ke sana? Pernah pe. Dalam mimpi. heheh.

Memasing yang lalu lalang buat lagak bagaikan tiada ape berlaku. Malu mak dek non. uhuk. Terus bangun bwk Qisya ke papayanya dengan selambanya. My hubby? hermh, tersengih je taunye. Haha.

Korang tau, saya siap pikir lagi time jatuh tuh ape nak buat.
Haha. Nak buat pengsan ke pitam. Eh, bukan sama ke tuh maksudnya? Haha. Ade ke yang larat angkat nangka busuk jatuh ni weh. Kuang².

Taknak insiden sama berulang terus i bought new shoes. Ghopenya tapak kasut mak dah takde bunga. Ececece. Macam tayar plak ye nak berbunga berdaun bagai kan. Hehe.

Balik malam mintak tulun Mr hubby massage. Thank you darling.

Makluman Kepada DISTURBER yang gemar ANNOYING.

Penafian @ Pemberitahuan...

Makluman kepada semua

PEMBACA SETIA saya (kalau adalah. Hehe) n also my SILENT READER (yelah dah xboleh nak ganggu i guna anonymous kat commentkan, so terpaksalah DECIDE jd silent reader jek, huhu... so good luck too lah yer. Selagi rase panjang umur nak mengganggu hidup orang. OBSERVElah selagi MAMPU n jgn sampai bahankan saya. So, sure x takutkan jika diri anda xsempat pohon MAAF) n also yang menganggap diri kerdil saya ni sebagai MUSUH kepada diri anda sendiri, yang bahawasanya…

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di Bukan lagi Finger Note's - kini notapuan – nad Blog ini tidak boleh ditiru mahupun diplagiat, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada Tuan Empunyer Bukan lagi Finger Note's - kini notapuan - nad.

Juga dimaklumkan dan diperingatkan sekali lagi bahawa apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi seperti mencanang perkara yang tidak baik, buruk, memalukan, mengaibkan berkenaan perihal diri saya juga seluruh keluarga kaum kerabat saya di blog kepunyaan anda (termasuk laman sosial yang lain), sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik (media elektronik) termasuk di media massa, adalah melakukan suatu kesalahan, TINDAKAN BOLEH DIAMBIL mengikut akta

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998. If terasa DIVA n BERKUASA sgt nak menganggu n mencuba sesuatu yang membuatkan saya tak akan sesekali menimbangtara untuk mengambil TINDAKAN terhadap anda, dipersilakan. If you are PLAYING FOR KEEPS, so, pleased. I will do a same thing. So, good luck!

Sesungguhnya, setiap gerak geri buruk anda yang cuba bersikap

PENGGANGGU boleh dikesan secara terus. Harap Maklum n beware.

\('c*)v :: Peace no war n

u ollsss.

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

BAHAGIAN X - AM Bab 2 - Kesalahan Dan Penalti Tambahan

Seksyen 233. Penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian, dll.

(1) Seseorang yang—

(a) dengan menggunakan mana-mana kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi secara sedar—

(i) membuat, mewujudkan atau meminta-minta; dan

(ii) memulakan penghantaran,

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau

(b) memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik,

adalah melakukan suatu kesalahan—

(2) Seseorang yang secara sedar—

(a) dengan menggunakan suatu perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi memberikan apa-apa komunikasi lucah bagi maksud komersial kepada mana-mana orang; atau

(b) membenarkan suatu perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi di bawah kawalan orang itu untuk digunakan bagi suatu aktiviti yang diperihalkan dalam perenggan (a),

adalah melakukan suatu kesalahan.

(3) Seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen ini apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan hendaklah juga boleh didenda selanjutnya satu ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

sumber rujukan dari http://www.skmm.gov.my/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...