FEEL FREE TO CLICK MY NUFFNANG YER...TQVM :)

Apr 13, 2011

Hye Orang PJ

Assalamualaikum orang PJ



Lama x g PJ.

Umah bapak sedara.

Thanks orang PJ sudi jengah blog saya. Blog Picisan jek.

Tinggal lah jejak or komen ke kan? *memaksa plak kan*

Malas lak announce visitor dr PJ ni. Hehe.

And i will put it as my secret, ssshhhhhhh!

Next time sudilah singgah lagi yer...

Jasamu dikenang...

*lambai²*

Lama x g Dating...

Assalamualaikum...

Ehem. Kelmarin adalah cuti. Cuti!. Paham? Amik cuti. Semata-mata mencari taska untuk anak kami, Qisya. Saya dah pening bila pengasuh Qisya dah bagi hint utk stop asuh Qisya. Huh, menangis gue. Btol. Xcaya sudah. Then, bagai disorongkan bantal, opismate suh menerai hantar kat PASTI. So, time minum pagi tuh kami berdua g lah mencelah bertanya. Bla².

Malam terus balik bersolat hajatkan. Bersungguh² pohon petunjuk Allah. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui mana yang terbaik buat setiap umatnya. Kan?

Alhamdulillah pagi tuh, opismate call bgtau, Kak Nora aka owner PASTI mtk sy dtg petang pas keje on Monday. Then plan ngan Mr Hubby, so jumpalah. N ada tempoh percubaan. So nak taknak, saya n Mr Hubby kena backup cr lain nyer Taska. Yelah, buat Qisya menanges the whole day, tak ke naya? Ada yang wat nursery kat opis ni karang. Lagipun kesian kat Kak Nora, coz dah ramai n takut xmenang tangan. Pe yang best, bila anak² dah menjangkau 4 tahun terus diserap ke alam PASTI untuk belajar semua perkara yang PATUT diajar dan dipelajari ye. Bukan yang merepek, meraban. Paham?

Nak xnak, we all berdua take a leave on Tuesday. Pepagi bangun, basuh kain jap n sidai. Around 9.30++ camtu, kuar umah n take a breakfast. Pas breakfast terus g PERMATA. Betol² dekat umahlah. PERMATA? Alah, tempat asuhan kanak² di bawah naungan Yang Amat Berbahagia, Datin Paduka Seri Rosmah Mansor tuh.

Masuk jek, wah terus cam best. Sampai saya sendiri kalau bleh nak dok situ. Staff kat situ, okey n bagus. Macam dah dilatih untuk mengasuh kanak².

Memula tanya², pengambilan on Oktober. Tapi bila dah sembang lama, terus kami diminta menghantar borang before 6 May ni. Ayok... napa in. Hehe. Sure syarat utama, umah parents harus dekat. Insya-Allah, doakan kami dapat yer. Risau neh. If PASTI n PERMATA dapat, camno eah? Ponen mak dek non.

Takpe kita berusaha then tawakkal pohon dari Allah kan?

Pas settle semua, terus g bengkel jap coz distributer keta cam prob. Dahlah next week Mr Hubby g KL. The next after next week, turn saya plak. hehe. So, terus hantar Qisya ke umah pengasuh. B4 tuh, Mr Hubby bgtau awal kat our daughter nak g somewhere. Yelah panas kan, kut demam plak kan.

" Aisya, papa nak g dating ngan mama jap, Aisya dok umah umi jap eak". Saya sekadar tersenyum. Hehe. Shuke lah mak.
" Aaaaaaaaa?", balas Qisya. Tu jelah mampu ditanya. Hehe. Tapi dia faham. Anak² if cakap lelok, dia mudah paham. Btol kan para parents di luar sana?

Then pas berborak jap ngan pengasuh anak, kami bergerak. Time tu around 12.00++ tengahari.

Settle pe patot disettle. G KWSP, CIMB, singgah Mydin Mall jap,topup brg dapo yg dah berbaki, gi KFC jap beli famous bowl coz asal iklan jek, Qisya dok nak, nak, nak.Makannye idok pun. G wat medical check up (hah, watpe tuh. Keje baru ke? Tetttttttt. Rahshiaaaa)Haha.

"If ada wayang kat sini, mau je nonton jap", luah Mr Hubby. Alah, kata dating kan? Berpegang tangan lagi u ollsss... hehe. Pegang tangan jek? Eah, suke hatilah nak pegang pepun. Haha, statement lucah di situ. Sila abaikan otak kuneng anda yer. Saya pun macam keciwa sket, yelah, if tak, sure lagi mesraaaaaaaa kan if menonton bersama. Berdua seketika lebih baik. Hehe.

Pas medical baliklah n fetch our daughter around 3.00++pm camtuh. Hehe. Terus ke airport. tukar size baju my father @ FOC n verify flight tiket to London next month. Absolutely with MAS lah.











Nape, terkejut? ingat we all xmampu ke? Elleh... lalalala.








Haha. Macam megah je kan? Ate, kamu ingat mak ni anak datok, nak ke London mcm nak ke sebelah umah je khojenye? Manyak duit hang? Haha. Saje g bercuti. Adowwwwwwwww... ayat xhengat katako. Bercuti? Yelah, dah serata Malaysia we all dah pergi. Hoho... sila cepuk kepala saya di situ. Berragak yer. SURPRISEEEEEEE...

Taklah, g kursus jek. Kat Bangi. Nak spy? Nak ikut? Nak jumpa? Jumpa watpe? nak gadoh? haha. gurau jek.

Pas we all dating, balik umah lah. Melantak. Lapo. haha, dating bajet kata ko. X g minum pun kat kedai. Haha(asyik hahaha jek ye). Bukan pe, breakfast dah berat. Kata diet (bukan saya yang kata, korang yang kata). So, dah take away KF dan C tadi, so mkn kat umahlah. Dating ngan anak plak kan. Nak masak, so penat. lagipun, Mr Hubby dah kasik green lite ckp tak payah masak. Pe cer?

Tugas suri ghumah pun bermula...

Tata...

p/s : sape kate dah kawen xleh dating? datinglah nak mesraaaaaaaa lagi kan? Insya-Allah, hubungan lagi rapat n 'intim'. ehe. Macam mudo² dolu.

Makluman Kepada DISTURBER yang gemar ANNOYING.

Penafian @ Pemberitahuan...

Makluman kepada semua

PEMBACA SETIA saya (kalau adalah. Hehe) n also my SILENT READER (yelah dah xboleh nak ganggu i guna anonymous kat commentkan, so terpaksalah DECIDE jd silent reader jek, huhu... so good luck too lah yer. Selagi rase panjang umur nak mengganggu hidup orang. OBSERVElah selagi MAMPU n jgn sampai bahankan saya. So, sure x takutkan jika diri anda xsempat pohon MAAF) n also yang menganggap diri kerdil saya ni sebagai MUSUH kepada diri anda sendiri, yang bahawasanya…

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di Bukan lagi Finger Note's - kini notapuan – nad Blog ini tidak boleh ditiru mahupun diplagiat, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada Tuan Empunyer Bukan lagi Finger Note's - kini notapuan - nad.

Juga dimaklumkan dan diperingatkan sekali lagi bahawa apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi seperti mencanang perkara yang tidak baik, buruk, memalukan, mengaibkan berkenaan perihal diri saya juga seluruh keluarga kaum kerabat saya di blog kepunyaan anda (termasuk laman sosial yang lain), sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik (media elektronik) termasuk di media massa, adalah melakukan suatu kesalahan, TINDAKAN BOLEH DIAMBIL mengikut akta

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998. If terasa DIVA n BERKUASA sgt nak menganggu n mencuba sesuatu yang membuatkan saya tak akan sesekali menimbangtara untuk mengambil TINDAKAN terhadap anda, dipersilakan. If you are PLAYING FOR KEEPS, so, pleased. I will do a same thing. So, good luck!

Sesungguhnya, setiap gerak geri buruk anda yang cuba bersikap

PENGGANGGU boleh dikesan secara terus. Harap Maklum n beware.

\('c*)v :: Peace no war n

u ollsss.

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

BAHAGIAN X - AM Bab 2 - Kesalahan Dan Penalti Tambahan

Seksyen 233. Penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian, dll.

(1) Seseorang yang—

(a) dengan menggunakan mana-mana kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi secara sedar—

(i) membuat, mewujudkan atau meminta-minta; dan

(ii) memulakan penghantaran,

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau

(b) memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik,

adalah melakukan suatu kesalahan—

(2) Seseorang yang secara sedar—

(a) dengan menggunakan suatu perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi memberikan apa-apa komunikasi lucah bagi maksud komersial kepada mana-mana orang; atau

(b) membenarkan suatu perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi di bawah kawalan orang itu untuk digunakan bagi suatu aktiviti yang diperihalkan dalam perenggan (a),

adalah melakukan suatu kesalahan.

(3) Seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen ini apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan hendaklah juga boleh didenda selanjutnya satu ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

sumber rujukan dari http://www.skmm.gov.my/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...