FEEL FREE TO CLICK MY NUFFNANG YER...TQVM :)

Feb 22, 2011

Al-Fatihah

Hari ini 22 Februari 2010, genaplah 18 tahun Allahyarham Sudirman Haji Arshad meninggalkan kita. Walaupun tak pernah bersua muka dengan beliau, impak Sudirman dalam lagu-lagunya dan filem KAMI sememangnya sangat besar dalam hidup kami. Rasanya semua manusia pernah mendengar lagu Balik Kampung, Merisik Khabar, Pelangi Petang dan Apa Khabar Orang Kampung. Kesemuanya best-best belaka.

Penghibur Terbaik Asia ini sememangnya sangat berbeza dengan penyanyi-penyanyi yang ada sekarang ini. Allahyarham berada di kelasnya yang tersendiri. Nyanyiannya menusuk kalbu, lahir dari dalam jiwa dan penuh dengan penghayatan. Beliau adalah penghibur nombor 1 Malaysia, dulu, kini dan selamanya.

Konsert terbuka di Jalan Chow Kit anjuran Allahyarham menyaksikan lebih 100,000 ribu orang bersesak-sesak untuk menatap kelibat beliau. Mana mungkin angka sebanyak itu dicapai oleh mana-mana artis sekarang. Yang paling menarik ialah lagu-lagu nyanyian beliau hampir kesemuanya menduduki carta nombor 1. Malah lagu Merisik Khabar dan lagu Milik Siapakah Gadis ini pernah menduduki tempat pertama dan tempat kedua di satu masa yang sama.

Sesungguhnya kehilangan Allahyarham Sudirman di usia yang sebegitu muda sangat-sangat dirasai oleh peminat dunia hiburan. Kami di BeautifulNara mendoakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Al- Fatihah.

Kami tinggalkan anda dengan satu video klip persembahan Allahyarham untuk dihayati bersama.

Sumber : Beautifulnara.com


Herm... saya dan kami sekeluarga amat meminati Allahyarham. Bukan terlalu fanatik, tidak. Cuma kagum dengan semangat Allahyarham untuk menjadi penghibur yang terbaik, idealistiknya yang berbeda dari yang lain, mentaliti yang jauh ke depan sehinggakan kini tiada yang mampu menggantikan Allahyarham. Tidak ye.

Ingat lagi tika itu, saya bersama parents sedang istirehat petang. Menonton televisyen sambil bergebang. Tika itu juga, siaran di kaca tv berbicara sesuatu. Saya terpempan bila mama menjerit kecil sambil beristighfar. Allahyarham Sudirman Haji Arshad sudah kembali ke rahmatullah. Terasa seperti kehilangan yang sukar dicari ganti. Kehilangan yang besar. Semoga Allah swt mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Al-fatihah.

Tahun 1992, umur saya saat itu, 11 tahun dan alhamdulillah, Allah masih memberi peluang kepada saya untuk menikmati dunia sementara ini. Semoga Allah swt, memanjangkan usia saya, "Ya Allah, Berkatilah..Redhailah Ya Allah..Hidupku dan Matiku...". Aminnn.

Btw, saya amat meminati lagu ini. Herm... melayang sekejap pemikiran saya.




Makluman Kepada DISTURBER yang gemar ANNOYING.

Penafian @ Pemberitahuan...

Makluman kepada semua

PEMBACA SETIA saya (kalau adalah. Hehe) n also my SILENT READER (yelah dah xboleh nak ganggu i guna anonymous kat commentkan, so terpaksalah DECIDE jd silent reader jek, huhu... so good luck too lah yer. Selagi rase panjang umur nak mengganggu hidup orang. OBSERVElah selagi MAMPU n jgn sampai bahankan saya. So, sure x takutkan jika diri anda xsempat pohon MAAF) n also yang menganggap diri kerdil saya ni sebagai MUSUH kepada diri anda sendiri, yang bahawasanya…

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di Bukan lagi Finger Note's - kini notapuan – nad Blog ini tidak boleh ditiru mahupun diplagiat, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada Tuan Empunyer Bukan lagi Finger Note's - kini notapuan - nad.

Juga dimaklumkan dan diperingatkan sekali lagi bahawa apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi seperti mencanang perkara yang tidak baik, buruk, memalukan, mengaibkan berkenaan perihal diri saya juga seluruh keluarga kaum kerabat saya di blog kepunyaan anda (termasuk laman sosial yang lain), sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik (media elektronik) termasuk di media massa, adalah melakukan suatu kesalahan, TINDAKAN BOLEH DIAMBIL mengikut akta

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998. If terasa DIVA n BERKUASA sgt nak menganggu n mencuba sesuatu yang membuatkan saya tak akan sesekali menimbangtara untuk mengambil TINDAKAN terhadap anda, dipersilakan. If you are PLAYING FOR KEEPS, so, pleased. I will do a same thing. So, good luck!

Sesungguhnya, setiap gerak geri buruk anda yang cuba bersikap

PENGGANGGU boleh dikesan secara terus. Harap Maklum n beware.

\('c*)v :: Peace no war n

u ollsss.

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

BAHAGIAN X - AM Bab 2 - Kesalahan Dan Penalti Tambahan

Seksyen 233. Penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian, dll.

(1) Seseorang yang—

(a) dengan menggunakan mana-mana kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi secara sedar—

(i) membuat, mewujudkan atau meminta-minta; dan

(ii) memulakan penghantaran,

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau

(b) memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik,

adalah melakukan suatu kesalahan—

(2) Seseorang yang secara sedar—

(a) dengan menggunakan suatu perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi memberikan apa-apa komunikasi lucah bagi maksud komersial kepada mana-mana orang; atau

(b) membenarkan suatu perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi di bawah kawalan orang itu untuk digunakan bagi suatu aktiviti yang diperihalkan dalam perenggan (a),

adalah melakukan suatu kesalahan.

(3) Seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen ini apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan hendaklah juga boleh didenda selanjutnya satu ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

sumber rujukan dari http://www.skmm.gov.my/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...