FEEL FREE TO CLICK MY NUFFNANG YER...TQVM :)

Dec 16, 2013

MyTrain (App Store) - Aplikasi KHAS Untuk Pengguna Rel di Klang Valley

Assalamualaikum wbt n Morning.

Sihat?

Monday's blues ke? For me takde istilah Monday blues ke Sunday blues ke tapi, Saturday blues ada sebab apa? sebab, Ahad tu mana² kakitangan kerajaan mahupun swasta di Terengganu, Kelantan dan Kedah mula bekerja termasuk yang diarahkan bertugas pada hari minggu. In-shaa Allah, Johor akan menyusul next year kan? Bagus.

Saturday blues. :). 

So, camne keje hr ni? Btw, anda semua ke tempat kerja dengan kenaikan apa? Bas? Taxi #wow,brapetambang? Erm, menapak or berbasikal sebab opis sebelah rumah atau satu taman? Kereta sendiri or carpool #erm,nice.jimat. Tp, pepahamlah bila dah carpool ni. Hulur² lah sket kat member wat isi minyak ke, isi perut ke. Ni wat tido time member belok petrol station. Tak baik tau. Kang, tak pepasal korang time tido member ckp dah smpi, tgh mamai² korang turun tp kat lembah mana ntah korang kena campak. Just give n take lah ek. 

Erm, masih mengguna perkhidmatan keretapi utk ke tempat kerja? Monorail? Star LRT? Komuter? Putra LRT? ERL? Wah, berbelit lidah i. #alamatsallehnakmenyebutnya.

Saya last n betol² last menggunakan perkhidmatan ni last two weeks. Hehe. Tu pun bila mengikuti en husband ke Sarawak. Lepak di KL n menapak ke KLIA dengan menaiki ERL. Betul² saya menjadi pengguna tegar perkhidmatan ini time jaman study dolu². Lama dah. Dari tahun 1999 - 2006. Star LRT so far oklah. Putra LRT sy lupa pernah naik ke tak. 

Senang cerita biar gambar jelah yang berbicara.

 Dari komuter yang berjanggut kena menanti setiap kali terlepas dengan delay nya, dengan lambat Ya Allah, tuhan sahaja yang tau, semua ada lah.


Dengan tetiba non-stopnya, stucknya, and ada masa boleh plak stop kat tgh² landasan. Serius dik.

 Dengan terkejar-kejarnya kan? Kus, semangat mak.


Apa-apa pun, pada zaman sekarang semua di hujung jari. Dah maju. Handphone semua canggih manggih. Dulu time study mana dapat. Motorola yang besar gedabak n siap mcm bawak briefcase pun dah rasa macam hebak dah time tu. Apa yang pasti semua student pada zaman tu for sure menjadi pengguna setia public phone kan. Syiling siap ada tempat khas nak simpan. Bertabung². Lagi terer yang advance siap tebuk duit 50 sen n letak benang semata² nak free call ngan family semua kan. Elleh family sgt, boipreng n gegurl preng pun kan. Orang belakang beratur korang wat derk je kan. Tak baik xngaku. Pengalaman tu.

Well, di sini saya nak sarankan sesuatu untuk memudahkan diri anda yang masih memegang status pengguna tegar perkhidmatan keretapi ni. Anda tau mengenai MyTrain?



Sedikit pencerahan berkenaan aplikasi MyTrain utk makluman anda...

Sumber maklumat ini disediakan oleh Puan Nor Aida.

Pengenalan – Pengangkutan awam merupakan elemen yang penting dalam menggerakkan kemajuan ekonomi sesebuah negara. Kebanyakkan negara maju mempunyai rangkaian pengangkutan awam yang efiksyen sepertimana yang terdapat di London (“London Tube”), Japan dan Singapura yang boleh dianggap sebagai antara yang terbaik di dunia. Menyedari kepentingan pengangkutan awam untuk menjadi nadi kemajuan sesuatu bandar, kerajaan telah memberi peruntukan yang banyak bagi menyokong infrastruktur dan infostruktur pengangkutan awam. Penubuhan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat Malaysia (SPAD)  menjadikan pembangunan tersebut lebih sistematik. Senario kesesakan lalu lintas yang berlaku di kota metropolitan Kuala Lumpur mendorong kerajaan melakukan beberapa projek mega khas untuk kemudahan pengangkutan awam. Secara amnya, Kuala Lumpur mempunyai jaringan pengangkutan awam yang hampir merangkumi semua lokasi. Namun kekurangan informasi untuk melakukan pertukaran antara stesen-stesen (monorel, ERL, Putra LRT, STAR LRT, Komuter) menyebabkan ramai pengguna memilih menggunakan kenderaan sendiri. Di sini lah kepentingan produk MalaysiaTrain dalam menggalakan penggunaan pengangkutan awam untuk mengelak kesesakan lalulintas. Sempena tahun melawat Malaysia 2014, MalaysiaTrain juga dilihat sebagai satu aplikasi yang mempunyai potensi besar untuk digunakan oleh pelancong-pelancong ke Malaysia. 

Apa itu MalaysiaTrain – MalaysiaTrain merupakan satu aplikasi mudah alih yang dibangunkan bertujuan untuk memudahkan para pengguna tren di sekitar Lembah Klang terutamanya pelancong, untuk menguruskan penjadualan masa serta perjalanan seharian mereka menggunakan perkhidmatan pengangkutan tren. Aplikasi MalaysiaTrain ini merangkumi semua laluan rangkaian tren di seluruh laluan sekitar Lembah Klang iaitu ERL, LRT, KTM Komuter dan KL Monorel.

Fungsi – Dengan menggunakan aplikasi MalaysiaTrain, pengguna dapat mengetahui jarak dan lokasi stesen tren yang terdekat dengan penggunaan teknologi GPS untuk mengenalpasti kedudukan semasa pengguna. Aplikasi mampu memaparkan jarak terdekat pengguna beserta arah laluan kereta ke stesen berkenaan. Untuk menggunakan perkhidmatan tren, pengguna dapat merancang perjalanan mereka dengan memilih maklumat tersedia dalam aplikasi stesen bermula serta stesen destinasi dengan serta merta aplikasi akan memaparkan anggaran masa sampai ke destinasi beserta jumlah tambang sehala mahupun dua hala. Aplikasi juga cukup pintar untuk memaparkan setiap pertukaran stesen yang terlibat dan ini sangat memudahkan pengguna yang tidak tahu atau kurang pasti untuk memilih jenis laluan tren dan di mana perlu membuat pertukaran stesen untuk sampai ke stesen destinasi. Disamping itu juga, aplikasi MalaysiaTrain secara pintar membantu pengguna memilih setiap laluan perjalan yang terpantas mahupun termurah bagi setiap laluan perjalanan. Pengguna juga boleh memilih paparan peta rangkaian tren dalam empat versi iaitu Standard, Setellite, Hybrid serta Metro. Aplikasi ini direka khas bagi kegunaan iPhone, iPad dan iPod Touch versi iOS 6.1 ke atas. Aplikasi ini boleh dimuat turun secara PERCUMA di Apple App Store dengan menaip kata kekunci “malaysiatrain” atau “mytrain”. Dalam tempoh 10 hari pertama aplikasi ini berada di Apple App Store, aplikasi MalaysiaTrain telah dimuat turun melebih 500 pengguna dari seluruh dunia dengan nisbah 50:50 pengguna tempatan dan dari negara lain. InsyaAllah, kami juga akan melancarkan aplikasi MalaysiaTrain untuk versi Android serta Windows Phone dalam masa terdekat. Kami juga sedang menaiktaraf aplikasi kami dengan memasukan maklumat lokasi menarik pelancongan di sekitar setiap stesen tren, semoga usaha kami sedikit sebanyak dapat membantu mempromosi industri pelancongan negara semperna tahun melawat Malaysia 2014 tidak lama lagi.

Cetusan Idea – Idea untuk membangunkan aplikasi ini tercetus ketika saya melancong ke Hong Kong dan Shenzen, China bersama kawan. Di sana kami mengalami kesukaran untuk berkomunikasi dengan penduduk di China yang tidak tahu bertutur dalam bahasa Inggeris serta kesukaran untuk mengetahui lokasi stesen terdekat. Sebagai pelancong, kami juga mengalami kesukaran untuk ke tempat menarik di sekitar Shenzen dan Hong Kong kerana maklumat tersebut sukar untuk didapati. Memahami masalah yang sama mungkin dihadapi oleh pelancong yang datang ke Malaysia, maka cetusan idea untuk membangunkan aplikasi ini disamping ingin membantu rakyat Malaysia sendiri terutamanya bagi penduduk luar yang tidak biasa menggunakan perkhidmatan tren di Lembah Klang.

Anugerah Dimenangi – Aplikasi ini telah di pertandingkan dalam International Conference and Exposition on Invention of Institutions of Higher Learning (PECIPTA’13) pada 7 – 9 November lalu bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre dan telah mendapat penghargaan dengan memenangi dua anugerah iaitu Pingat Emas dan Anugerah Khas dari Korea University Invention Association.

 PECIPTA 2013

 Featured in Sinar Harian, 04 Disember 2013

 UNISZA


Penyelidik Terlibat – Kajian untuk aplikasi MalaysiaTrain ini terdiri empat orang kakitangan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) iaitu tiga orang pensyarah dari Fakulti Informatik dan Komputeran (FIK) serta seorang Pegawai Teknologi Maklumat dari Pusat Teknologi Maklumat (PTM). Penghasilan inovasi aplikasi MalaysiaTrain ini dapat direalisasikan apabila setelah mendapat kepercayaan daripada pihak Universiti dengan mendapat dana geran khas di bawah Pusat Keusahawan, UniSZA. Untuk pengembangan pengkomersialan yang lebih efisyen, kami akan menubuhkan satu syarikat di bawah UniSZA Holdings. Kami mengalu-alukan mana-mana pihak yang berminat untuk bekerjasama dengan pihak kami boleh menghubungi Aida – 0199398023 atau Hasbullah – 0137977032.
 

Barisan Penyelidik Muda Yang Berbakat. Dari sebelah kiri ke kanan : Puan Nor Aida binti Mahiddin (Ketua), Encik Wan Mohd Hasbullah Wan Abdul Rahman, Encik Ahmad Nazari bin Mohd Rose dan Encik Azwa bin Abdul Aziz aka encik husband penulis.
Alhamdulillah, tahniah. In-Shaa Allah, next year kita bekerjasama ye.
 

Sekilas Aplikasi MyTrain...




Last but not least, In-Shaa Allah dengan MyTrain, perjalanan anda berjalan lancar tp make sure battery phone anda adalah full bar. Rancang perjalanan anda dengan MyTrain. Ewah. 


Dan, jgn lupa download aplikasi MyTrain di telefon anda. Cara-caranya... #khasuntukIOSsahaja.

 
Sila ke App Store

 Search aplikasi MyTrain dan tekan button INSTALL dan masukkan apple ID anda. Tggu seketika utk proses pemasangan atau instalasi.


 Icon MyTrain terpapar setelah beres di download.

 Paparan peta

 
 Paparan MyTrain


 Sebahagian daripada Stesen-stesen di dalam aplikasi MyTrain



Feel free to access :-

Link Youtube :

Link Facebook :

Link Apple App Store :




p/s : Terima kasih tidak terhingga kerana meluangkan masa anda utk eksporasi MyTrain. ♥.


Yang benar, benar dan benar-benar, benar... 
♥♥♥ T.E.F.i.N ♥♥♥

Makluman Kepada DISTURBER yang gemar ANNOYING.

Penafian @ Pemberitahuan...

Makluman kepada semua

PEMBACA SETIA saya (kalau adalah. Hehe) n also my SILENT READER (yelah dah xboleh nak ganggu i guna anonymous kat commentkan, so terpaksalah DECIDE jd silent reader jek, huhu... so good luck too lah yer. Selagi rase panjang umur nak mengganggu hidup orang. OBSERVElah selagi MAMPU n jgn sampai bahankan saya. So, sure x takutkan jika diri anda xsempat pohon MAAF) n also yang menganggap diri kerdil saya ni sebagai MUSUH kepada diri anda sendiri, yang bahawasanya…

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di Bukan lagi Finger Note's - kini notapuan – nad Blog ini tidak boleh ditiru mahupun diplagiat, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada Tuan Empunyer Bukan lagi Finger Note's - kini notapuan - nad.

Juga dimaklumkan dan diperingatkan sekali lagi bahawa apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi seperti mencanang perkara yang tidak baik, buruk, memalukan, mengaibkan berkenaan perihal diri saya juga seluruh keluarga kaum kerabat saya di blog kepunyaan anda (termasuk laman sosial yang lain), sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik (media elektronik) termasuk di media massa, adalah melakukan suatu kesalahan, TINDAKAN BOLEH DIAMBIL mengikut akta

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998. If terasa DIVA n BERKUASA sgt nak menganggu n mencuba sesuatu yang membuatkan saya tak akan sesekali menimbangtara untuk mengambil TINDAKAN terhadap anda, dipersilakan. If you are PLAYING FOR KEEPS, so, pleased. I will do a same thing. So, good luck!

Sesungguhnya, setiap gerak geri buruk anda yang cuba bersikap

PENGGANGGU boleh dikesan secara terus. Harap Maklum n beware.

\('c*)v :: Peace no war n

u ollsss.

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

BAHAGIAN X - AM Bab 2 - Kesalahan Dan Penalti Tambahan

Seksyen 233. Penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian, dll.

(1) Seseorang yang—

(a) dengan menggunakan mana-mana kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi secara sedar—

(i) membuat, mewujudkan atau meminta-minta; dan

(ii) memulakan penghantaran,

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau

(b) memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik,

adalah melakukan suatu kesalahan—

(2) Seseorang yang secara sedar—

(a) dengan menggunakan suatu perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi memberikan apa-apa komunikasi lucah bagi maksud komersial kepada mana-mana orang; atau

(b) membenarkan suatu perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi di bawah kawalan orang itu untuk digunakan bagi suatu aktiviti yang diperihalkan dalam perenggan (a),

adalah melakukan suatu kesalahan.

(3) Seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen ini apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan hendaklah juga boleh didenda selanjutnya satu ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

sumber rujukan dari http://www.skmm.gov.my/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...