FEEL FREE TO CLICK MY NUFFNANG YER...TQVM :)

Apr 29, 2012

100 TAHUN NESTLE DI SISIMU – Part Memori Kek Batik

As salam semua

Today, saya nak share berkenaan My Incredible Story bersempena 100 TAHUN NESTLE DI SISIMU. Tahniah NESTLE! We are proud of you...

Jom bace sesama (bajet best).

Ehem!

Alam remajaku bermula tika 99-00 sewaktu melanjutkan pelajaran di Kolej Yayasan Pelajaran MARA, Kuala Lumpur known as Kolej Polytech-Mara Kuala Lumpur. Berjauhan dari keluarga membuatkan aku dan teman rapat seramai 8 orang kesemuanya mula belajar berdikari termasuk dari aspek masakan. Of courselah, boring bergossip, bertukar topic ke sesi masak-memasak. Terpacul di bibirku saat itu mengenai kek batik. Apa tu? Kek ape? Kek yang dibalut dengan kain batik ke? Lantas seorang temanku yakni Andik  memperkenalkan resepi kek batik yang sangat simple. Diadun dengan satu tin kecil MILO. Time 90an dulu, milo ada dijual di dalam tin bersaiz kecil tau. Senang nak buat kek batik time tuh, tak payah pusing kepala nak sukat segala banyak mana kandungan serbuk MILO yang diperlukan untuk penyediaan kek batik. Just, letak kesemuanya di dalam adunan tersebut. Time student, peralatan membuat kek mana cukup lengkap kan.
 inilah milonya


Sebut saje MILO, aku pasti hasil kek tersebut akan terbangkit sedap sehingga menjilat jari. Dan, hasilnya terbukti sedap. Tengoklah.

 

Sedapkan.

Resepinya?

Ini resepi turun temurun yang diperturunkan oleh Andik kepada kami tau. 

Bahan²:
400g serbuk MILO
1 tin susu pekat (dulu guna susu cap junjung)
3 sudu besar marjerin
Biskut marie (ikut suka dan kreativiti

Step :
  1. Gaul rata MILO, marjerin dan susu (sekaligus).
  2. Siap gaul, masukkan ke dalam kuali dan panaskan di atas api sederhana sampai pekat (likat)
  3. Kemudian, angkat dan masukkan biskut marie
  4. Susun biskut dan lapiskan bersama MILO. Style mcm kek lapis tu, berselang-seli.
  5. Masukkan ke dalam peti sejuk

Tips:
  1. Susun biskut cepat² sebelum MILO jadi sejuk coz nnt susah nak handle
  2. Nak hasil kek batik lebih menarik dan terbentuk, bungkus kek menggunakan kertas aluminium sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk.
  3. Ada juga yang gemar hancurkan biskut berbanding menyusun biskut. Tapi nop for me.
  4. Boleh jugak taburkan Nestum Original Nestle atau hancurkan Cornflakes di atas permukaan kek sebelum disejukkan.
  5. Selamat mencuba. 
 
Jgn tak tau kek batik pun boleh terhasil daripada ricecooker!


p/s : nasiblah pihak kolej ade sediakan peti ais setiap rumah. Sejuk kek mak.


Yang benar, benar dan benar-benar, benar... 
♥♥♥ T.E.F.i.N ♥♥♥

100 TAHUN NESTLE DI SISIMU – Part dpt Email

As salam semua.

1st of all, i would like to wish congratulation to NESTLE. Dah 100 tahun dah setia bersama kami.  begitu juga kami rakyat Malaysia yang juga SETIA bersamamu.

Macam saya antara yang setia. Siap create folder berasingan semenjak anak saya menjadi ahli club Nestle Junior Club since 2009. hehe. Bukan ape, mudah bagi saya untuk terus menyemak email khas sekiranya ade perkhabaran yang sangat NICE dari NESTLE, kan. (Bunyik ayat macam kipas susah matikan, haha, lantaklah dek non. Janji mak happy).

wink²


Ehem, semua tau pasal NESTLE kan? Herm, kehidupan seharian kita tak kan lengkap tanpa NESTLE, right? Dari kecil sehinggalah meningkat dewasa.

Time saya kecik dulu (lupalahlah usia saya tike itu), saya hairan dengan sesuatu company dan logo serta nama sesebuah company tersebut termasuklah NESTLE. Kenapa dinamakan NESTLE?

Sampailah saya perati bebetol logo NESTLE tuh, ada sarang burung dan 3 ekor burung di dalamnya. Sarang burung ke maksudnya??! 

Sebenarnya... 

Nestlé ialah sebuah syarikat pembuat makanan berpakej multinasional yang ditubuhkan dan beribu pejabat di Switzerland. Penubuhannya timbul daripada satu gabungan pada tahun 1905 antara Anglo-Swiss Milk Company, sebuah syarikat susu yang ditubuhkan oleh adik-beradik Page di Cham, Switzerland, pada tahun 1866 dan Farine Lactée Henri Nestlé Company yang didirikan pada tahun 1867 oleh Henri Nestlé yang menghasilkan produk makanan bayi. Sesetengah jenama Nestlé dikenali di seluruh dunia lalu menjadikannya peneraju pasaran sedunia dalam penghasilan sebilangan produk, termasuk susu, coklat, konfeksi, air botol, kopi, krimer, perasa makanan dan makanan haiwan. Reputasi korporat Nestlé merupakan antara yang tertinggi di kalangan syarikat-syarikat besar Switzerland.Saham-saham syarikat ini disenaraikan dalam SWX Swiss Exchange. Sesetengah amalan perniagaan Nestlé pernah diselubungi kontroversi, terutamanya kes yang mana susu bayi dipasarkan di negara-negara membangun, lalu mencetuskan pemboikotan Nestlé.

Sebutan yang tepat bagi nama NESTLE ialah [ˈnɛstle], kerana nama tersebut dipetik daripada nama seorang tokoh yang berasal dari satu bahagian di negara Switzerland yang berbahasa Perancis. Ramai orang di negara-negara berbahasa Inggeris sering tersilap sebut nama ini sebagai "Nestlé's" [ˈnɛsəłz], sepertimana kata kerja bahasa Inggeris nestle.

Aha, gitulah kisahnya.

Well, saya mula bersahabat baik sebegitu akrab dengan NESTLE setelah saya berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan. Pantang ada competition, promo NESTLE produk by salesgirl time bershopping barang dapur ke , by booth ke, terus je meluru dan akhirnya saya daftar my the only one daughter, Aisya Qistina kat NESTLE Junior Club, aha!. Maka termaktublah anak kami sebagai member NESTLE. Hore!


Bukan ape, senangkan nak dapat the latest information from NESTLE. Terutamanya, bout the best and new products from NESTLE, the best recipe with the great combination nutrition for our kids n for us too like below :-



Ehem, macam best je resepi toast bread tuh, bleh cuba petang nanti utk makan malam anak kami. Aisya Qistina sangat gemarkan roti, ape lagi bila dicicah dengan MILO Susu kegemarannya. Lega hati mak noks, dah ade resepi yang tersedia mudah oleh NESTLE untuk ibu-ibu bekerjaya macam saya. Ewah.

Many thanks NESTLE, we are proud of u...

A big congratulations. NESTLE 100 Years...



Bersambung lagi entry akan datang hanya untuk NESTLE 100 Years dihatiku...


Yang benar, benar dan benar-benar, benar... 
♥♥♥ T.E.F.i.N ♥♥♥

Apr 24, 2012

Nak Follow Jugak Tapi Kenapa Tak Boleh

As salam semua...

Tengah watpe? Lunch ker?

Saya? Tak lunch lah. On Diet. Hehe, tp dah makan oh pagi td.

Sakit belakanglah dok lelama atas krusi neh. 

Sape suh tak pakai PB. Haha, haruskah?

Well, alhamdulillah and syukran pada mereka yang sudi follow saya, tp kenapa bila saya nak balas kunjungan kamu balik, saya xlepas?

Nak jugak follow, mana tahu boleh bertukar hidangan time puasa nanti? Apakah?!!.

Haha.

So, leh kasik link korang tak? Mak nak follow sebab M.O.J (mak ok jerk)

Tq dear...


Yang benar, benar dan benar-benar, benar... ♥♥♥ T.E.F.i.N ♥♥♥

Apr 22, 2012

Bila anak saya kembung perut

As salam,

Lama saya tak update blog ni. Mcm sedikit bersawang kalau diikutkan. 

Sebenarnya hati saya seorang mama ni tengah kerisauan sedikit. My daughter tak berapa sihat lagi. Starting on Thursday, dia macam tak sihat dah saya tengok. Ni dah masuk hari ke-4 dah. Nak otw g kerja td pun, Aisya menangis nak kat saya. Meraung sket. Then cikgu dia dtg pujuk. Sayunye.

So, on lunch Khamis tuh, saya gerakkan hati utk called Taska, cikgu ckp, Aisya muntah² kuar color pink. Kaler pink? Saya macam dah nak panik. Kenapa kaler pink? Pe sakit anak aku. Ya Allah, mintak simpang Ya Allah.

Cikgunya ade tanya, mamanya ade kasik ubat ke? Saya cakap tak. Rewind punya rewind, baru ingat papanya ade kasik yogurt.B4 papanya suap yogurt tu, saya dah pesan, kalau boleh jgn kasik nnt muntah lagi, kesian kat anak nak jugak, kasiklah lah jugak. Kononnya utk alas perut.

Kendian diikuti dengan gejala cirit birit sehingga hilang selera makan. Mama and papanya yang kian kuat makan. haih. Anak kebuluran. Apelah. Camnelah ko tak semakin debab Nad weh.

Terus saya bangkit sediakan nasi lembik n sup fishball tanpa minyak kegemaran Aisya. Alhamdulillah nak jugak Aisya makan bila saya pesan, kalau nak baik kena makan sket. Laju jek dia ngap.

Sekali, bluwekkkkkkkkkkk, tepat² masuk dalam mangkuk. Jadilah bubur badang. Haha.

Kalau ikutkan saranan doktor, jikalau anak yang dah boleh disuap pelbagai makanan, bila diserang gejala kembung, sila elakkan,
  • makanan/minuman bersusu seperti yogurt, susu formula yang kebiasaan anak kita minum rutin
  • ais krim
  • air kotak bersusu punya
  • elak makanan bergoreng, berminyak
  • amalkan amik vitamin. ni memang kami amalkan untuk Aisya
  • Segera kasik anak air teh O utk legakan perut
  • Ribena pun ok
  • Gripe Water, bagi ikut saranan dos mengikut usia anak.
  • Sapu minyak angin di bahagian betis, tapak kaki juga sapu di bahagian antara tumit dan betis
Sat tadi saya ade google perihal anak jika diserang kembung, 

Ade opinion yang buat saya tersenyum sendiri tapi dalam tersengih ala kerang busuk tuh, ade yang boleh saya terima pakai. Such as :-
yang ni macam leh try n error neh. Maybe jugak susu yg Aisya minum sekarang xsesuai dengan dirinya. Korang bg susu ape ye?

Tak sabar nak balik petang ni, nak try urut Aisya camni. Habis rambut mama bau kentut ye. Haha.

 Tuam ngan lada hitam ye? Boleh try n error gak nih? Ngan iron? i don't think so lah, kang jd kes dera plak. Haha. Cukuplah mama Aisya ni menjerit melarang itu ini kat anak. habis satu taman dengar bak kata papanya. Kahhh.

Should i buy a colimix? Tp doktor dah kasik ubat kembung perut. Kita try satu² dulu yer. Tawakkal pada Allah swt.


Anak saya ni kalau tak demam, kembung perutlah dia. Paling tak, selsema sepanjang bulan. ibarat kata doktor yang merawat anak saya, kalau dok Taska tu, once dijangkiti selsema, akan selsemalah sepanjang tahun. Hehe.


Noted : Tak sabar nak balik. Jap g call Taska. Hope she will be okay. Insya-Allah, aminnn.


Yang benar, benar dan benar-benar, benar... 
♥♥♥ T.E.F.i.N ♥♥♥

Apr 8, 2012

Bila tok bomoh pandai hantar EMAIL (entry ni khas utk yg dah berkahwen).

As salam semua...

B4 that, mak nak pesan, sila belek amik IC anda, belek no IC anda, bawah umo ke tidak, dah kawen blom. Kalau dah, sila teruskan bacaan anda.


Ehem, bestnya sesapa yang tengah weekend ni kan. Mak tengah kerja nak. Hehe.

Rutin biasa, kalau kebizian, email akan dicheck kelewatan sedikit. Ala-ala petang gitu barulah nak check. Lagilah kalau lepas weekend, sure berlambak email. 

Tadikan, saya bukak email kan. so, checklah segala mak nenek. Segala spam, spum, spem, semua saya hapuskan.

Tetiba mata tertumpu pada satu email.

Menarik.

Ce korang scroll ke bawah...





Scroll lagi












Lagiiiiiiiiiiiiii













Hah, tengok...














Pawang a.k.a bomoh a.k.a tok batin hantar email kat mak.
 

Mcm² kandungan email yg merepek meraban. Neelofa pun ade send kat i. Neelofa mana ntah. Haih, suka hati je guna nama retis semata² nak promote barang korang eak.

Dah tuh bermacam tips mengarut dikasinya...


Pitam mak dek non...


Nak besarkan itulah, panjangkan inilah. 


Lusyah tau tak lusyah. Hish.






So, dah, sambung keje. pi, sambung.




Yang benar, benar dan benar-benar, benar... 
♥♥♥ T.E.F.i.N ♥♥♥

Apr 3, 2012

Rutin Semek Tekno : Kisah 2 - Bila Pendrive Write Protected

 As salam semua...

Hari ni hari Selasa kan. Berapa haribulan? Jap semek tengok kat taskbar. Ow ye, 3412. Santek kan date today (my towkey nyer daughter suka sgt sebut santekkkkkkkkkkk kan which mean is CANTIK).

Btw, hari ni semek nak kongsi sumthing yang semek suka.

Citenye bermula bila semek tengah check email, ef-B semek di samping mencari coding untuk upgrade portal opis kat semek kerja nilah. Tulah rutin pagi setiap hari semek. Awal pagi ye, nak masuk kol 10 ke atas, settlekan pe yang patot plak. Segala tugasan yang due date seakan menjerat diri.

Tengah syok dok menge'check' segala mak nenek email, opismate semek dok mengomel sensorang sambil tanya semek. Soalannya berbunyi " Pernah dok awak alami bila pendrive takleh format? atau dengan kate lain write protected?". Wah, camne nak jwb eak. Lupa plak samada semek pernah alami atau tidak. Maybe ade kot time study dulu. Solutionnya, semek beli baru or biar je terkubur pendrive tuh di satu tempat yang layak.


Kebetulan, mood semek today adalah sangat ok. Dan kebenaran kebetulan jugak semek sangat suka menyahut cabaran bila seseorang butuhkan bantuan apatah lagi cabaran daripada mereka yang tergolong, terdiri juga termaktub di dalam undang2 JANTAN yakni EGO. Golongan inilah selalu perlekehkan wanita tau. Hehe. Jgn marah.

Makanya, semek menjawab, " Ok, sabar ek. Jap doktor tlg cek pe yang patot ye, jap doktor cari solution ye. Haha ". Ayat sedikit menganjing a.k.a memperli kata ko. Si opismate ni dah wat muka seposen. Tak puas hati.Tambah tak puas hati, dia leh ckp, " If awok bleh settle, bijoklah (bijaklah which mean is terror lah bete)

Wokey ane, semek sahut cabaran ko.

So, semek pun searchinglah... Antaranya :-

Cara Pertama :-
  • Kita Tanya Tuan Putera at Putera.com
  • Just click here
  • Semek dah try tapi nothing pe jadi. 
  • If anda try, sila share eak.

Cara Kedua :-
  • Semek serching n google lagi n jumpa ini...
  • HP USB Disk Storage Format Tools.
  • Menda alah ni nak semek downloadkan
  • Maka, semek download lah kat sini 
  • Then semek download and save kat desktop
  • Tapi semek download je tak pernah cuba sebab mcm confusing.

Cara Ketiga :-



  • Ni semek test after dah boleh unprotected pen drive tu.
  • Korang leh try cara ni kalau ade pen drive yg takleh format.
  • Best, unik IT ni tau. Hehe.

Cara Keempat
  •  lepas tu, anda bolehlah RUN like this :-
  • b4 anda klik button RUN, masukkan pen drive yang bermasalah takleh nak format tadi atau dengan kata lain pen drive yang write protected.
  • pastu, boleh klik RUN
  • kalau tidak akan jadi macam di bawah
  • kalau pen drive yang anda masuk tuh bukan utk write protected, software ni tak jalan. (maafkan semek kalau semek silap sebab semek dah confuse antara software write protected dengan software utk hilangkan hidden file dlm pendrive even kita dah format banyak kali. hehe. sorry babe.)
  • tp rase mcm dah btol dah.
  • nnt akan kuar arahan samada kita bersetuju utk format atau tidak (lupa nak printscreen step time settle td sebab gila teruja kan bila dah jumpa solution how to settle this problem)
  • makanya, just click format. If, IF semek kata IF format tu mcm panjang berjanggut je amik masa nak settle, anda cabut balik pen drive anda and restart balik komp anda. Bukan komputer semek. 
  • seterusnya, RUN kan software tadi n automatik kuar arahan n klik jek Ok atau Yes. Automatik software ni akan format sendiri.
  • Zupzap, zupzap. SIAPPPPPPPPPPPPPPPPPPPP!
  • Insya-Allah, semek boleh, anda pasti lagi boleh. Mudah-mudahan. 
  • Jangan lupa share tau.
  • Nnt semek akan wat tutorial pasal nak delete hidden file dlm pendrive yang even dah format banyak kali tuh.
  • Tips nak tau pen drive write protected kita tengah automatik di format ialah :-

    • sila ke Mycomputer
    • akan kuar pic like below :-

    • u oll nampak tak arrow merah tuh? 
    • Jika b4 this pen drive ada nama anda, secara automatik, nama anda akan hilang dan BERTUKAR! ke REMOVABLE DISK. (K) tu just ignore kerana ianya merujuk lokasi usb anda berada. Semuanya depend pada komputer andalah
  • Bleh ek? 
  • Semoga berjaya.
  • If step semek silap, just leave it ur nice comment eak dear.

Chalow dulu...



Yang benar, benar dan benar-benar, benar... 
♥♥♥ T.E.F.i.N ♥♥♥

Apr 2, 2012

Jom kita kira

As salam...


ehem, ceria je nmpk today? Ade great news ker? Taknak share? 

Taknak?

Kenapa?

Kate great news, so, why not share jerk.

Perlu ke share ngan mak nih?

Hehe, alah, xpelah. Mak tak kishah.

Tapi, i know tau.

Biasaklah, kate internet bergerak. 

Takpun CNN bergerak kan.

Ow... gaji korang naik eak kan. 


Banyak ker? wah, bleh blanja mak kan?


Kepoh je aku kan?


Ekceli, saya dpt tau pun dr opismate td. Dia, masuk² je terus ask me, dah kira gaji?


Gaji ape plak? nape nak berkira bagai nyer? Perlu ke? Kewangan dah ade, let them counting jelah kan?


Cecece, ayat poyo. kekunun taknak amik taulah eak pasal gaji. Asal gaji ade, masuk tiap bulan n keje jalan setiap masa dan beres settle, kira okey yer? Berdrama lah ko Nad. Dalam hati ade taman, berbunga je nak tau.


Elok jek opismate ko kuar minum, ko zupzap, surf laman utk kira gaji ko kan.


So, meh sesama kita kira gaji memasing, sapa gaji naik mencanak, sila tinggalkan komen, leh mak jeles. haha.


Makanya, moh kite ke sini.


  1. Memula, just taip kat add bar cam ni... 
  2. http://docs.jpa.gov.my/ssm/
  3. Then, sila scroll ke bawah n akan kuar imej like below.




Last, kiralah. Hehe.


Pastu, dah confirm gaji naik, melompat² lah ko. Meroyan sensorang.


Tak kiralah gaji naik sket ke banyak ke, bersyukurlah dengan rezeki dari Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.


Kongsila kegembiraan itu seperti belanja mak prosperity satu. Double ye. Lebih sayo (kata diet? Hehe... syhhhhhhhhh, alhamdulillah, i dah lost 3.5kg ) ehem, seronot.


Till then, have fun. 


Keje lelok, jgn keje sebab nak gaji ke or sebab takde keje lain tau.


Tak manis. 


Tata. 



Panjang umur, murah rezeki, Insya-Allah ketemu lagi.







Yang benar, benar dan benar-benar, benar...
♥♥♥ T.E.F.i.N ♥♥♥

Makluman Kepada DISTURBER yang gemar ANNOYING.

Penafian @ Pemberitahuan...

Makluman kepada semua

PEMBACA SETIA saya (kalau adalah. Hehe) n also my SILENT READER (yelah dah xboleh nak ganggu i guna anonymous kat commentkan, so terpaksalah DECIDE jd silent reader jek, huhu... so good luck too lah yer. Selagi rase panjang umur nak mengganggu hidup orang. OBSERVElah selagi MAMPU n jgn sampai bahankan saya. So, sure x takutkan jika diri anda xsempat pohon MAAF) n also yang menganggap diri kerdil saya ni sebagai MUSUH kepada diri anda sendiri, yang bahawasanya…

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di Bukan lagi Finger Note's - kini notapuan – nad Blog ini tidak boleh ditiru mahupun diplagiat, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada Tuan Empunyer Bukan lagi Finger Note's - kini notapuan - nad.

Juga dimaklumkan dan diperingatkan sekali lagi bahawa apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi seperti mencanang perkara yang tidak baik, buruk, memalukan, mengaibkan berkenaan perihal diri saya juga seluruh keluarga kaum kerabat saya di blog kepunyaan anda (termasuk laman sosial yang lain), sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik (media elektronik) termasuk di media massa, adalah melakukan suatu kesalahan, TINDAKAN BOLEH DIAMBIL mengikut akta

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998. If terasa DIVA n BERKUASA sgt nak menganggu n mencuba sesuatu yang membuatkan saya tak akan sesekali menimbangtara untuk mengambil TINDAKAN terhadap anda, dipersilakan. If you are PLAYING FOR KEEPS, so, pleased. I will do a same thing. So, good luck!

Sesungguhnya, setiap gerak geri buruk anda yang cuba bersikap

PENGGANGGU boleh dikesan secara terus. Harap Maklum n beware.

\('c*)v :: Peace no war n

u ollsss.

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

BAHAGIAN X - AM Bab 2 - Kesalahan Dan Penalti Tambahan

Seksyen 233. Penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian, dll.

(1) Seseorang yang—

(a) dengan menggunakan mana-mana kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi secara sedar—

(i) membuat, mewujudkan atau meminta-minta; dan

(ii) memulakan penghantaran,

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau

(b) memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik,

adalah melakukan suatu kesalahan—

(2) Seseorang yang secara sedar—

(a) dengan menggunakan suatu perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi memberikan apa-apa komunikasi lucah bagi maksud komersial kepada mana-mana orang; atau

(b) membenarkan suatu perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi di bawah kawalan orang itu untuk digunakan bagi suatu aktiviti yang diperihalkan dalam perenggan (a),

adalah melakukan suatu kesalahan.

(3) Seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen ini apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan hendaklah juga boleh didenda selanjutnya satu ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

sumber rujukan dari http://www.skmm.gov.my/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...