Hehe... since lately, asyik teringat teman² lama ketika study kat KYPM, Taman Shamelin. Cda, Andik, Syanur, Mieyn, Kuyah, Sue, Eizan, Fida, geng² Shikin, geng² idaman gadis Malaya yakni geng Ayub aka suami Cda such as, Lippi, Bum, Azry, Madi, Boy n seangkatan dengannya. Senang cite semua batch SSK 1999/2001 lah senang.
Persahabatan kami berterusan sehingga kini. Time dpt further diploma di kolej yang sama, kami sentiasa bergerak bersama. Wat assignment, g JJ aka jusco, ronggeng @ kl (for sure si Syanur jd tourist guide kami...hehe). Gaduh manje tu perkara biasaklah.
Nak dijadikan cerita, kami datangnya dari pelusuk negeri. Syanur boleh dikatakan dari KL lah even umah kat Shah Alam. Cda asal JB even dok Sungai Besi coz Pak Othman iaitu ayahnya bertugas sebagai polis. Andik pun JB begitu juga Eizan. Saya, Mieyn, Sue and Fida dari Terengganu. Cuma Kuyah jek dari Utara, Kedah. So, dari aspek percakapan, nak taknak saya n geng Terengganu ni mulalah terbelit lidah nak cuba menukar dialek sewaktu berbicara. Haha. Jom saya share cite.
Peristiwa 1.
Time tu saya lupa, bila datenya. Pe yang nyata ingat, saya habis kelas awal, so melepaklah depan tv melayan cerita. Waktu tu petang xsilap n kami ditempatkan di Kondominium Riverra, Ampang. Sedang asyik dok melayan, Kuyah and sebahagian geng kami pulang dalam kepenatan. So, Kuyah dengan beg galasnya datang menghampiri saya.
" Hang tengok gambaq pa Nad?", soalnya berdiri membelakangi saya. Saya tersentap. "Gambar, bila masa pulak aku tengok album gambar ni?", soal saya dalam hati. Dahi berkerut. " Gambar? gambar pe Kuyah? Bila masa plak aku tgk album gambar?". Saya bertanya dengan serius dan jelas. Cuba mencari kot² ada album gambar di sisi saya tanpa sedar. Kuyah mengeluh. Si Kuyah ni kalau start mengeluh dan bengang ngan saya, mulalah dia dok adjust² kedudukan spek mata dia tuh. Saya memandang beliau sekilas. "Tuh, hang tengok cita apa", ujarnya. Mulut menjuih ke arah peti televisyen. Saya pun apa lagi, terus tergelak sakan. Hahaha. "Kau ni Kuyah, cakaplah cerita apa, ni gambaq, mana aku paham weh!?". Haha. Jahatkan saya. Dia menggeleng and terus blah sementara saya bantai gelak. Kelakar plak bila teringat. Tu time Kuyah yang terkena. Turn saya? Hahah. Jap gi saya story mory seterusnya. Org Utara jangan marah naaa.
Peristiwa 2.
Ni antara Syanur n Mieyn. Tika itu, kami baru selesai mendaftar masuk KYPM. Syanur n Mieyn serumah. Ni kat Apartment Nuri, Pandan Indah. Rumah diorng mengadap kawasan parking. Kisahnya begini. Sesi percakapan KL pun bermula.
Mieyn : "Cantik kan cuaca petang ni".
Syanur: "Aha, tenang je aku rasa".
Mieyn : "Kenapalah diorang x tanam 'pokak-pokak' kat parking ni eak, redup lah sket. takdelah panas sangat". (eceh²)
Syanur: "Ape ko cakap tadi Mieyn?"
Mieyn : "Tak, aku kate, napelah DBKL ni x tanam 'pokak-pokak' kat depan nih. Kosong jek aku tgk".
Syanur: "La, kenapa ko sebut 'pokak-pokak' nyer. Pokok still pokok, xdenye diubah sebutan itewww".
Tettttttttttttttttt...(saat artkel ini ditulis, saya menahan perut daripada gelak. Hahaha.)
Peristiwa 3.
Kisah saya dan Kuyah. Kami mulanya bersembang seperti biasa. Then mulalah bergaduh manja and tiba saat nak mandi, Kuyah mendahului saya. Lupa dah kisah betol. Salah, maap ye geng ku tercinta.
Kuyah : "Nad, cuba hang huluq timba kat aku sat". Pohon Kuyah di sebalik pintu bilik air. Saya kat luar bilik kehairanan.
Saya : "Timba? Saat bila pulak umah kita ada perigi Kuyah weh". Laung saya.
Kuyah : "Alah, hang neh, gayunglah". Haha, saya bantai gelak lagi. Kuyah xpuas hati terus perli saya. "Hang tuh, beldi, beldi", haha, saya terus gelak. Beldi tu merujuk kepada BALDI. haha.
Saya : "At least, sebutan beldi tu still merujuk benda yang sama, xmcm ko Kuyah weh, suka sangat ubah sampai aku naik kompius. Biskut pun jadi roti, apelah. Biskut, biskutlah, roti, rotilah. haha", saya menjerit di luar toilet, tanda xpuas hati. hahah.
Lain² Peristiwa.
Ni Mr Hubby punya cerita. Ceritanya gini deh.
Tika tu, Mr Hubby study kat UiTM, Shah Alam. Maybe time tu ade group discussion. So adalah student dari utara jugak. "Dah, yang ni, nak wat lagu mana weh?", soal salah sorang dr depa beramai. Pastu, mamat yakni rakan baik Mr Hubby ku ini ni, secara spontan terus menjawab, "lagu 3 kupang....", hahaha. Semua dok ada dok bantai gelak. Xpepasai kena lekuk. Kakakak.
Ni baru sebahagian. Nnt ada lagi, saya up blk ini cerita eak. hahah.
ada satu lagi peristiwa.. time tu tak silap aku kita d dalam library sedang mentelaah buku2 yang tak bukak pun...ehehe.. ko tanya pasal camera olympus... aku leh salah dengar.. ikan merah olympus??? ha??? aku bingung tak faham.... berulang kali ko sebut camera olympus.. tp tu la aku yg kurang pendengaran ni..masih bingung...ikan merah??? pesal lak tetiba kan... rupanya sebutan baku melayu ko pekat sgt.. aku kan ada slang mat salleh.. so ko sebut agak menggelikan ati aku time tuh.. tu yg aku pasal sebutan2 nie..
ReplyDeletemien pun ada...ko ingat tak masa dia nak bayar harga buku ngan en izmi tu... mien leh cakap nak bayar selalu ke.. selalu????? sir izmi pun kebingungan... aku yg dok belakang dia pun leh gelak.. apa dah minah ni...selalu ke benda nyer.. nak bayar skrg ler.. ehehe.. semua tu kenangan maniss sekali nad... miss u all
from hasidah aka cda
haha, Cda. klako kan bila kita ingat balik. haha.
ReplyDeletewakakaka....i loike...thanx ko mengingatkan aku zaman dolu-dolu...lots of fun...ghidu siot!
ReplyDeletememory remains...
Syanur, tulah pasal. ko ingat x Sya, peristiwa kat Apartment Nuri. Yang ko n Mieyn nak g mane ntah. Post opis rase, Mieyn pakai helmet merah xde span tuh. ko ingat x? hahaha.
ReplyDeleteyer aku ingat citer yg helmet takde span yg korang citer tuh.. lawakssss...
ReplyDeleteyer aku ingat citer yg helmet takde span yg korang citer tuh.. lawakssss...
ReplyDelete