FEEL FREE TO CLICK MY NUFFNANG YER...TQVM :)

Aug 27, 2012

Dari Machang Ke Tanah Merah 6 Jam?!!!! Drive Thru?

Assalamualaikum wbt...

Erm, salam lebaran buat semua. Hehe, br nak ucapkan. Maaf zahir dan batin jugak tau. Camne raye korang? Saya? biasa jek. Cuma ini thn my turn beraya di Terengganu gitu. Turn camtu jugak. Which mean this year, raya pertama-ketiga, sebelah family i, raya ke-4 hingga hbs cuti kami berada di Peghok n begitulah tahun² seterusnya bergilir². 

Bercerita pasal raya, sebagaimana tahun sudah, pada raya ketiga kami akan beraya di atas jalan atau dengan kata lainnya 'lebuhraya' sepanjang area Machang - Tanah Merah - Ntah, tak tau dah namanya. Normal ok, normal.

Aha, tiap kali balik Perak, we all akan lalu ikut Klate then bertemu Tasik Banding. Macam dah serik dah nak lalu ikut Cameron. since Wira berasap then ditunda sehingga ke Perak. Haih, ujian.

Kebetulan jugak, my SIL a.k.a kakak suamiku juga menghala ke Klate untuk ke Kuantan. Hah, amik ko, dua² family merangkak dalam jammed. Merasalah berasap. Memasing dok msg, camne, jammed lagi ke, teruk tak, smpi mana? bajet kol brape smpi. Jgn mimpilah nak bercanda di pasiran pantai umah abang ipo kalau cenggini jammednya.

So, selepas menyantap hidangan mee goreng basah bikinan my papa untuk alas perut bersama bekalan dan berpacking beg² untuk pulang ke utagha, dalam jam 10.30pg bertolaklah kami walhal pada asalnya jam 7 nak bergerak. Aha, jam 7 br bergerak nak mandi. Haip, subuh dah eak. Eh, saya tak, my hubby jerk. Motifff?

Perjalanan, alhamdulillah adalah lancar. Lancarnya hanya seketika bila kami menerjah jajahey Machey weh lok. Saya dan anak juga seperti biasa ketiduranlah diulit kegegaran kereta yg dipandu encik suami. Memang berhajat setiap kali otw to Perak akan singgah menjengah my BIL untuk bertanya khabar smbil en suami berehat sebentar bersama anak kami n i ler.

Ya Allah, panjeynyo jame. Roti ade best gak ni smbil mkn sapu jame. Strawberry jam pleaseeeeeeee. 
" Berape minit pa nak smpi umah Abang Wan? Jauh lagi ke?", itulah persoalan yang ku utarakan setiap kali bila bukak je mata tgk tak sampe² gak lagi. Haih. Jenuh dah mak. Syukur anak mak sepanjang jalan ketiduran. Dia dah set minda dia dah pun.

Mak, pendek n ringkas je jawapan my hubby... 20 minit. Hati berbunga riang konon jap lg redalah jame² bon tuh.

Well, non hado. Pe yang menarik jammed kali ini adalah kemeriahan kewujudan DRIVE THRU. Aik, since when lak 'lebuhraya' Klate ni ado Fast Foor Restaurant kan? MCd ke? KFC? Pernah nampak? Pernah ke? Biar betikkan. Adeeeeeeee... Drive Thru jual air. Air kelapa ade, orange ade, air hijau ade, lemang ade, semuanya dua singgit, dua singgit... RM2.00. Hehe.

Banyak kali dah saya bangun, tido, bangun, tido, bilalah nak sampai ni weh. Kematu vontot mak ni nak. Awat, murah bebenor ke kereta sekrang sampai seluruh ahli keluarga kereta sorang satu? Haih, memandai je aku buat cerita kan Nad? Haha, sowiyyyyyy. 

Sepanjang perjalanan, saya dan suami berborak kosong. Tiba di pertengahan kesesakkan, kelihatan gerai² bersidaian menjual air dan makanan kunyahan untuk para pemandu yang sedang memandu untuk pulang berhari raya.

Sekilas saya melihat suami kot² terguda mahu membeli. Dia ni pantang menengok air kelapa. So far tiada lah. Tetapi mulut asyik dok ngumpat kereta di hadapan yang dr siang td dok cuba nak mencelah kiri kanan, last² stop jap beli air untuk si anak². 

Sempat jugak terpandang insiden kereta sebelah melanggar vontot kereta depan. Sib baek, ada bumper cover, alhamdulillah tak kena charge. Ni insiden sebelah kanan. Insiden sebelah kiri yang menghala ke Kuala Terengganu dan seangkatan dengannya, brek mengejut sampai berasap. Gara² kereta di depannya pada mulanya slow motion je tapi dengan tetiba brek mengejut. Macam². Syukur sempat brek, kalau tak kami juga tempias. Nauzubillah.

Puas dok melangut mcm kebenda, last² saya kembali tido, sedar² suami sedang berurusan dengan peniaga air kelapa tapi bila dok tinjau keliling masih jugakkkkkkkkkkk belum sampai n hasil belian 2 tapauan air kelapa adalah RM 4 hinggit, 2 hinggit satu ko. Maybe service tax kot. haha. Takpelah nak, rezeki kau.

Puas borak nak tak nak kena tido lagi.

Dan alhamdulillah.... akhirnya dari Machang jam 12.00 tgh n tiba di Tanah Merah jam 6 petang plus². Ko mampu? haih, serik!. Sementara my SIL smpi sejam lebih awal smbil menyantap hidangan laksa penang hasil tangan my kakak biras. Btol ke neh mek?

Last² bermalam di rumah my BIL dan bertolak ke Peghak besok paginya. Mak OK Je. Asal mr hubby rehat cukup dan comfort seketika badan beliau untuk destinasi seterusnya.

Siap leh rakam lagi kejauhan jame yang menghala ke Machang plak. Arghhhhhhhhhh. Sib baek dah set otak utk terima ke'jammed'an itu.

Nnt next entry saya akan upload gambor n video tersebut. Insya-Allah. Banyak dah mak janji nak update entry yg lama tapiiiiiiiiiiii nan hado weh.


So, di kesempatan ini saya dan suami, anak serta keluarga memohon kemaafan dan keampunan dari hujung rambut hingga ke hujung kaki sekiranya sepanjang ber'blogging', ber'FB', serta bermedia secara sosial samada secara langsung @ tidak, saya ada (cornfirm ada) tersilap, terkasar, terlanjur berbahasa dan kata termasuk yang beranggapan saya ni 'musuh manis' anda semua sehingga membuatkan anda jelek, jemu, ntahpepe ntah nyer blog ini, dan seangkatan dengannya. Semoga Ramadhan dan lebaran serta rutin harian kita diberkati, diredhai oleh Allah Yang Maha Esa, Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang. Aminnn. Salam Aidilfitri, maaf Zahir dan Batin dari proton saya sekeluarga untuk semua :).

Pesanan Penaja : 
Diharap jgn sesekali ku rasa teringin meng'copypaste' gambo ini deh untuk dibahankan. Bulan Mulia ni tak elok bebenor membahankan manusia. (Ayat tak boleh blah) Hihi.




p/s:- tonite drama Adam dan Hawa kan? Ke next n next month? Alah, karya novelis Aisya Qistina eh Aisya Sofea. Kat Astro Mustika. Jam 10 ke 9 mlm ni eak. Jgn lupa sama menonton. 






Yang benar, benar dan benar-benar, benar... 
♥♥♥ T.E.F.i.N ♥♥♥

Makluman Kepada DISTURBER yang gemar ANNOYING.

Penafian @ Pemberitahuan...

Makluman kepada semua

PEMBACA SETIA saya (kalau adalah. Hehe) n also my SILENT READER (yelah dah xboleh nak ganggu i guna anonymous kat commentkan, so terpaksalah DECIDE jd silent reader jek, huhu... so good luck too lah yer. Selagi rase panjang umur nak mengganggu hidup orang. OBSERVElah selagi MAMPU n jgn sampai bahankan saya. So, sure x takutkan jika diri anda xsempat pohon MAAF) n also yang menganggap diri kerdil saya ni sebagai MUSUH kepada diri anda sendiri, yang bahawasanya…

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di Bukan lagi Finger Note's - kini notapuan – nad Blog ini tidak boleh ditiru mahupun diplagiat, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada Tuan Empunyer Bukan lagi Finger Note's - kini notapuan - nad.

Juga dimaklumkan dan diperingatkan sekali lagi bahawa apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi seperti mencanang perkara yang tidak baik, buruk, memalukan, mengaibkan berkenaan perihal diri saya juga seluruh keluarga kaum kerabat saya di blog kepunyaan anda (termasuk laman sosial yang lain), sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik (media elektronik) termasuk di media massa, adalah melakukan suatu kesalahan, TINDAKAN BOLEH DIAMBIL mengikut akta

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998. If terasa DIVA n BERKUASA sgt nak menganggu n mencuba sesuatu yang membuatkan saya tak akan sesekali menimbangtara untuk mengambil TINDAKAN terhadap anda, dipersilakan. If you are PLAYING FOR KEEPS, so, pleased. I will do a same thing. So, good luck!

Sesungguhnya, setiap gerak geri buruk anda yang cuba bersikap

PENGGANGGU boleh dikesan secara terus. Harap Maklum n beware.

\('c*)v :: Peace no war n

u ollsss.

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

BAHAGIAN X - AM Bab 2 - Kesalahan Dan Penalti Tambahan

Seksyen 233. Penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian, dll.

(1) Seseorang yang—

(a) dengan menggunakan mana-mana kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi secara sedar—

(i) membuat, mewujudkan atau meminta-minta; dan

(ii) memulakan penghantaran,

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau

(b) memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik,

adalah melakukan suatu kesalahan—

(2) Seseorang yang secara sedar—

(a) dengan menggunakan suatu perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi memberikan apa-apa komunikasi lucah bagi maksud komersial kepada mana-mana orang; atau

(b) membenarkan suatu perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi di bawah kawalan orang itu untuk digunakan bagi suatu aktiviti yang diperihalkan dalam perenggan (a),

adalah melakukan suatu kesalahan.

(3) Seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen ini apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan hendaklah juga boleh didenda selanjutnya satu ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

sumber rujukan dari http://www.skmm.gov.my/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...