Bahan-bahannya :
1- Ayam:
1 ekor ayam biasa (dipotong 4 bukan 18 ye)
2- Bahan untuk perap ayam:
4 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
2 sudu besar ketumbar
serbuk Tumix ikan bilis (ikut suka anggaran anda)
* semua bahan ni dikisar
garam
gula
kicap cair
kicap manis
3- Cara menyediakan ayam penyet:
- Ayam direbus (saya rebus coz plan nak mkn this ayam penyet bersama nasi ayam. That's y i called this ayam as ayam penyet sepenyetnye)
- Then ayam diperap sehari atau semalaman dengan bahan yang dikisar tadi tu (bahan untuk perap ayam) dengan sedikit serbuk Tumix ikan bilis, garam and gula. Saya tambah sket kicap cair n kicap manis.
- Pastu, bakar di dalam ketuhar or goreng pun sodap.
Bahan-bahan :
5-10 ekor sotong dipotong kecil
cendawan ikut suka
2 inci halia dihiris nipis
2 ulas bawang besar dimayang halus
5 ulas bawang putih diketuk
1 sudu besar serbuk kunyit
10 biji cili burung atau cili kecil
1 sudu kecil serbuk Tumix ikan bilis
garam
gula
Minyak untuk menumis
Kuali
Cara nak masak :
1. Masukkan minyak n panaskan
2. Tumiskan bawang besar, bawang putih, halia dan cili burung sehingga naik bau yang wangi sehingga jiran menegur (absolutely kena bagi rase. hehe)
3. Dah naik bau tuh, masukkan sotong, serbuk kunyit, gula, garam n serbuk Tumix n gaulkan sebati sehingga kekuningan.
4. Hampir masak, sila masukkan cendawan, biarkan beberepa minit sehingga yakin sotong dah masak n hidangkan mengikut style chef anda.
5. Selamat mencuba. Best mkn bersama nasi panas yang sedikit lembik utk menaikkan berat badan anda. haha.