FEEL FREE TO CLICK MY NUFFNANG YER...TQVM :)

Jan 3, 2011

Helppppppppp... gambar saya kena curik

herm...
payah jugak eak kalau ade manusia yg ade xpuas hati ngan kita neh. habis canang satu kampung utk mengaibkan kitakan? mujurlah saya ni jenis dah xamik pusing dah. tapiiiiiiiiiiiiiiii... aha ada tapinya. kalau MELAMPAUi BATASAN, tunggulah. dont' you ever² play with me eak.

mujurlah dpt detact sape yg bace blog saya. lalala.

pepun, Allah x satu, dua mahupun tiga. Tunggu jelah balasan dariNya. hari ni hari anda, esok takpun kejap lagi pasti terkena pada anda. Sekarang balasan adalah CASH.

Saya xmahu watpepun. Kita ada undang². Kekadang terpikir jugak bila tengok, lihat, bace pelbagai berita di dada² akhbar bermacam kes yang melibatkan provokasi. Sehinggakan berlakulah kes² gansterisme, curah asidlah, upah bunuhlah, tembak dari jauhlah pelah kan, semua boleh berlaku JIKA takpernah BERFIKIR dahulu sebelum BERTINDAK. Belajar tinggi² tapi IQ zero, yilek lah weh. Nauzubillah. Mohon dilindungi Allah swt jua kami sekeluarga. Aminnn.

Maybe, tersalah ilmu ke, takpun ada masalah dalaman. Psiko, psikik n so watever. Entah² salah guna ilmu psikologi yang dipelajari tak? Haha, konon nak belajar selok-belok psikologi manusia tapi diri sendiri yang terpsiko. kikiki.

Okey, let say, kita xkacau orang, tetiba, manusia terbabit mulalah merancang perkara yang seolah² memprovok kita maka terjadilah kes² sebagaimana yang dinyatakan di atas.

Well, tayanglah muka sesapa pun. Tapi, pe yang ingin saya nyatakan, jangan hanya tahu cerita dari sebelah pihak sajork... ye dek non. Kesian. Kata ada azam baru, ke xde lagi or tak tahu lagi pe azam berazam anda? hoho.

Ada bace tak paper dalam minggu ni jugaklah pasal azamberazam nih. Azam tahun baru hanya bertahan seminggu sajer tupun yang kekal hanya didominasi oleh kaum adam. Perempuan? ke laut lah weh. Haha. Maybe tak semualah kan. Ok, teruskan semangat anda untuk terus mantap di dalam azam tahun baru anda.

p/s : Maafkan saya jika terkasar bahasa n merepek meraban. Ni kesan daripada sumbody yg memprovok saya secara senyap. Btw, khas untuk si psiko itewww, be nice a silent reader but not a killer reader. Bahaya. Chow bedah.

xpepasal picca saya jd pocoyo. xpe asal kiutmiut. hoho.

you can't know who read your blog. Unless you private it, but then you will hv to send invitations to your friends :)::

"you can't know who read your blog. Unless you private it, but then you will hv to send invitations to your friends :)::"

jeng² yeker?

Makluman Kepada DISTURBER yang gemar ANNOYING.

Penafian @ Pemberitahuan...

Makluman kepada semua

PEMBACA SETIA saya (kalau adalah. Hehe) n also my SILENT READER (yelah dah xboleh nak ganggu i guna anonymous kat commentkan, so terpaksalah DECIDE jd silent reader jek, huhu... so good luck too lah yer. Selagi rase panjang umur nak mengganggu hidup orang. OBSERVElah selagi MAMPU n jgn sampai bahankan saya. So, sure x takutkan jika diri anda xsempat pohon MAAF) n also yang menganggap diri kerdil saya ni sebagai MUSUH kepada diri anda sendiri, yang bahawasanya…

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di Bukan lagi Finger Note's - kini notapuan – nad Blog ini tidak boleh ditiru mahupun diplagiat, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada Tuan Empunyer Bukan lagi Finger Note's - kini notapuan - nad.

Juga dimaklumkan dan diperingatkan sekali lagi bahawa apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi seperti mencanang perkara yang tidak baik, buruk, memalukan, mengaibkan berkenaan perihal diri saya juga seluruh keluarga kaum kerabat saya di blog kepunyaan anda (termasuk laman sosial yang lain), sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik (media elektronik) termasuk di media massa, adalah melakukan suatu kesalahan, TINDAKAN BOLEH DIAMBIL mengikut akta

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998. If terasa DIVA n BERKUASA sgt nak menganggu n mencuba sesuatu yang membuatkan saya tak akan sesekali menimbangtara untuk mengambil TINDAKAN terhadap anda, dipersilakan. If you are PLAYING FOR KEEPS, so, pleased. I will do a same thing. So, good luck!

Sesungguhnya, setiap gerak geri buruk anda yang cuba bersikap

PENGGANGGU boleh dikesan secara terus. Harap Maklum n beware.

\('c*)v :: Peace no war n

u ollsss.

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

BAHAGIAN X - AM Bab 2 - Kesalahan Dan Penalti Tambahan

Seksyen 233. Penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian, dll.

(1) Seseorang yang—

(a) dengan menggunakan mana-mana kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi secara sedar—

(i) membuat, mewujudkan atau meminta-minta; dan

(ii) memulakan penghantaran,

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau

(b) memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik,

adalah melakukan suatu kesalahan—

(2) Seseorang yang secara sedar—

(a) dengan menggunakan suatu perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi memberikan apa-apa komunikasi lucah bagi maksud komersial kepada mana-mana orang; atau

(b) membenarkan suatu perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi di bawah kawalan orang itu untuk digunakan bagi suatu aktiviti yang diperihalkan dalam perenggan (a),

adalah melakukan suatu kesalahan.

(3) Seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen ini apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan hendaklah juga boleh didenda selanjutnya satu ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

sumber rujukan dari http://www.skmm.gov.my/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...