As salam semua.
Senanya saya hampir terlupa AJL mlm tadi. Sampai je umah mr hubby terus remindkan setelah saya meletakkan lauk pauk yang dibeli. Wah, jimat masa masak nih. Bole tgk AJL dengan tenang setenang air di sungai belakang umah. Cik abang cuti sebab tlg saya tengokkan anak yang ada demam sket n muntah². Musim sekarangkan. Gilir² cuti.
So, semua tengok AJL 27 semalam?
Best kan. Rugi tak tengok. Saya suke² (sila sebut mcm Mei Mei, Upin Ipin yeah). Semua mcm wahhhhhhhhhh. Terlopong mulut aku. Paling best tengok performance akak Ziana Zain kite. Sy kureng sket lagu dia tapi tang persembahan animation 3D dia tu, mcm wallah. Terus imagine dalam kepala hotak how to make like that. Diorang wat camne eak. Kena banyak study n learn lagi nih. Misha Omar saya just tengok in the middle jek. Intan Ladyana lagi gempak. Terima a bouquet of roses from Faizal Tahir. Like the real one.
Paling memukau bagi saya tatkala host FBI n Cheryl menyebut setiap lagu yang bakal dipertandingkan dengan pelbagai efek 3D yang sangat mengagumkan. Orang yang tak berjiwa seni memang 100% takkan setuju dengan pe saya ckp #berlagak. Pe lagi yang tak bercelak mata dengan IT. Hahha. Jgn mare. Seni sangatkah jiwa ku ini? Biasalahkan, rumah dah siap sure ada pahat yang berbunyi. Kletung, kletang. Cuba ko handle, confirm bleh ke acara berprestij camtu?
Saya
suke bila tenaga kerja AJL bertungkus lumus untuk menjadikan AJL
sentiasa terbaik. Promo setiap lagu ada cara tersendiri. Like last year,
berkonsepkan air pun menarik. Tak sabar nak tunggu tahun depan.
Berkonsepkan apa plak. Semalam ade terlintas n teringin nak tengok AJL
buat konsep sebagaimana yang diangankan tp pagi ni bleh lupa plak. #perasan konsep leh
pakai.
Well, saya tak target sesapa pun yang menang. Patah 1000? Emm, performance Shila mcm ada yg tak kena. Maybe Shila kepenatan kot. Ulang alik from China to Malaysia. Mandarin pun dah ok. (Bajet Mandarin aku ok, even dah bertahun tinggal bahasa tersebut). Saya teruja tengok Aizat. Patotlah Aizat dok pegang mug merah. Ingatkan nak wat iklan nescafe ajok. Rupanya tengah minum secara maya dengan Yuna yek. Akhirnya ending muncul jugak wajah Yuna. Ending yang best tu. Alis (panggilan Aizat pada Yunalis) siap lambai². Menarik. Hehe.
Melodi
Terukir di Bintang adalah tersendiri yang menggamit kita pada era 60-an. Terbaik. Inilah 1st time saya tengok pengganti lagu yang amat konsisten. B4 this (yang pernah saya tengok, yang tak pernah saya tengok, saya tak tahu eak) sesapa yang mengganti penyanyi utk sesebuah pertandingan bagaikan melepaskan batuk di tangga. Sure Yuna ckp, "I know, you can do it, Aizat". Good job Aizat. Persembahan yang bersahaja dan santai. Proud of u. Memegang amanah yang dipertanggungjawabkan dengan sebaik mungkin. Bukan senang nak bawa n pikul kepercayaan orang terhadap kita. So, kena buat bebetol tanpa rasa busuk hati + iri hati + tak puas hati tak menentu. Semuanya dari HATI kan.
Ingatlah semua rezeki di tangan Tuhan. Jangan sesekali ada yang busuk hati cuba menyekat rezeki orang dengan twist setiap cerita sehingga berjaya memburukkan orang. Tak baik. Even jodoh + maut pun. Jangan pertikai setiap hukum alam. Memang takdir di tangan tuhan sebab Allah swt akan bagi apa yang kita nak. Semua atas kita. Like Aizat, kalau dia ikhlas nak bantu Yuna dan usahanya lebih, maka Allah swt permudahkan urusannya. Kalau dia perlekehkan, for sure kemenangan tidak berada di tangannya. Sesungguhnya kita sendiri yang mencipta takdir kita sendiri dan Allah swt tahu apa yang berada di dalam hati kita. Samada yang baik apatah lagi yang buruk. Sebab Allah swt bagi kita akal untuk berfikir. Kalau dah tahu benda tu akan mendatangkan keburukan kepada kita kenapa kita nak teruskan? Kan. Pepatah pun ada mengatakan, usaha tangga kejayaan dan terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata dan perbuatan buruk padahnya. #Propa jerk.
Fuh, gaya menaip mcm banyak sangat pengalaman. Haha, Well, terpulang coz tiada insan suci tanpa dosa masa lalu dan tiada insan yg berdosa gelap masa depannya. Ecewah.
Setia Hujung Nyawa gitu. Sempat promote lagi. Even tak tengok mana pun citenye.
Tiba tang lagu Ombak rindu. Aha. Mr hubby dah tau² dah sure ade gimik. Sekali muncul wajah Am. Terus si anak yang pada mulanya nak start tido di atas riba saya dan membelakangi tv terus pusing mengadap Am. Am katanya. Hehe. Am nangis.
So, Adira n Hafiz mulakan nyanyian. Wah, mulus, gebu n melepaknya kulit Adira. Penangan Beutskin Essence (BE) + SNE Capsule + Tea. Maklumat lanjut
di sini n macam nak try. Nnt saya collect duit dulu eak. Semua benda kau nak try Nad.
Ending Ombak rindu tu tetiba muncul kelibat Haris aka Am naik ke pentas. Dan tetiba jugak si Haris ni mendekati Adira n Adira di pangku untuk di bawa menuruni pentas. Wahhhhhhhhh, mana aci, kataku.
" Cey, Adira mcm malu² je Aaron pangku", kata my hubby.
" Haih, kalau sayang, sayang pun nak. Tapi, sure belum sempat Aaron nak pangku dan bergegar pentas. Haha ", saya gelak. Bila saya dah hampir nak stop gelak, mr hubby, saya perasan bergoncang badan. Gelak ke.
" Nape abang, oooooooo, gelakkan sayang eak". Bahunya saya tepuk.
" Bukan setakat bergegar pentas, runtuh pentas adalah", hahaha. Kami bantai gelak. Hampeh tol. Kutuk bini depan². Kakaka.
Whatever is, tahniah kepada semua pemenang dan peserta. You're the best guys. Great wall job.
p/s : Alhamdulillah, anak saya dah sembuh dari demam dan muntah. Syukur kat Allah swt. Aminnn.
Yang benar, benar dan benar-benar, benar...
♥♥♥ T.E.F.i.N ♥♥♥