FEEL FREE TO CLICK MY NUFFNANG YER...TQVM :)

Jan 20, 2011

Elaun Cola untuk Kakitangan Awam dan Swasta bermula 01 FEB 2011

PENGUMUMAN BARU OLEH PM (Elaun Sara Hidup).

Y.A.B Dato Seri Mohd Najib menanam pokok di tapak pembinaan Kompleks Putrajaya

Putra Jaya - Kerajaan bersetuju memberikan Elaun Sara Hidup (COLA) tanpa mengira pangkat dan tempat bertugas semua pekerja awam dan swasta sebanyak RM500.00 sebulan berkuatkuasa FEB 2011 bagi menampung kenaikan harga minyak dan barang-barang.

Elaun COLA ini boleh dituntut di semua Pejabat Pos dan BSN di seluruh negara mulai jam 1 pm hingga 4 pm pada setiap hari kecuali hari Jumaat, Sabtu dan Ahad serta hari-hari kelepasan am.

Kakitangan awam & swasta perlu menunjukkan kad pengenalan diri Jabatan untuk mendapatkan borang permohonan dan wang akan dibayar selepas penyerahan borang yang lengkap beserta dengan syarat2 berikut :-

  1. SuratPerlantikan Kerja - Original
  2. SuratPengesahan Kerja- Original
  3. SuratAkuan Majikan - (Tempat terakhir masih bertugas)


dan...


















80 penutup botol Coca-Cola... ...... Baru sesuai dengan namanya Elaun Cola! Haaaahahaha! !!! Dah! Pergi sambung kerja.... kalau pasal duit semua mata besar belaka ekk......

Whuawhuawhuawhuaaaa???..
Eden takmo terkono sorang2?.. so den share ler dgn ngkorang....
huhu

just for fun... :)

p/s : dpt email forward td pg. Jgn maraaa aaa...ahahah. Xmo ah sue² ni. Gelak ah sket.

Contest Kenapa Tulis Blog

Jom pakat join meh. Hadiah menarik neh. Kat mane? Hah, silalah membaca dulu yek. Jom.


Salam Kak Zaimah - tuan empunyer Blog Beutiful With Brain. hehe.

Kenapa Saya tulis blog?

  • K = Kenapa saya tulis blog?
  • E = Erm, suka suki nak berkongsi pengalaman hidup seharian
  • N = Nak tau bila saya start berblog?
  • A = Actually, start blog on September 2007, almost 4 years kan?
  • P = Pelah, xde orng kisah pun kan? Hehe, kaypoh
  • A = Ala, saje sharing, kate “ Sharing is Caring “, kan?

  • S = Start menulis time tuh, bahasa ala - ala jiwang + blues sket.
  • A = Almaklumlah, time muda belia n baru hbs study.
  • Y = Yeah, sampai terasa rugi coz lambat join blog neh
  • A = Agak memuncak rasa nak menulis di blog bila melihat blog² org,penuh info yang boleh dikongsi, mcm blog V.I.R.U.S.P.A.D.U neh

  • T = Tatkala teruja bila dpt tau, dengan blog kita leh dapat income masyukkkkkkk punye, kan? Tapi kena RAJIN.
  • U = Uhhh, wallah lah wa ckp kat lu. hehe
  • L = Lagipun, xrugi berblog neh, selain kita dapat...
  • I = Isi masa, pengetahuan pun dpt ditambah
  • S = Selain tu, membuatkan kita lebih kreatif + inovatif di dalam berblog

  • B = Biar betik, dengan blog kita jadi lebih kreatif + inovatif?
  • L = La, btol lah. Kreatif lah sampai ligat kepala hotak nak create tajuk entry yg boleh attrack pembaca, tu xmasuk bab mengarang lagi,
  • O = OMG, Inovatif plak? Salah satunye, penampilan blog kita. I mean, hiasan template kat blog kita n so on. Menarik ke x orang nak singgah baca, hah, camtuh. Contohnya lah...
  • G = Gagaga... peberet words Kak Jemah kita. Ehe.


Saya takde blog, teringin nak ada blog?

S. A.Y.A + T.A.K.D.E + B.L.O.G, + T.E.R.I.N.G.I.N + N.A.K + A.D.A + B.L.O.G? =

  • - hah, sape yang takde blog tuh?. Sila wat satu tp niat kena ikhlas n suci dan bukannya create blog semata-mata berniat jahat untuk memalukan dan mengaibkan orang. INGAT!!!. Sekali kita mengaibkan orang, berbillion², kita akan dimalukan. Heheh. Allah itu ada. hehe


Saya suka baca je, sebab?

Saya suka baca je, sebab...

Saya tak nak HANYUT dan saya tak nak JAHAT. Saya suka baca blog yang ada unsur keilmuan dan perkongsian. Jika sedih mahupun rawan, saya boleh MENCARI KONKLUSI sekiranya diri ini sedang mengalami simptom² KEBAHAGIAAN DALAM PERPISAHAN (mintak dijauhkanlah, nauzubillah). Sesungguhnya, pada saya, blog bagaikan PELITA yang seakan menyinari kehidupan ini. Tanpa bacaan dari blog, hidup bagaikan tiada CINTA SEMPURNA. Tapi itu, tidak bermakna mereka yang tidak gemar membaca blog, kehidupan seharian mereka sudah berNOKTAH CINTA. Oh, tidak. Apapun, saya tidak mahu ber DRAMAKING di sini. Hadir saya semata ingin mencuba nasib di contest Kenapa Tulis Blog anjuran V.I.R.U.S.P.A.D.U ini. Oh, ku bersyukur kerana KU ADA KAMU wahai Blog V.I.R.U.S.P.A.D.U. Blog yang EKSTRAVAGANZA gitu. TOLONG INGATKAN AKU untuk BERLARI mengucapkan SELAMAT MALAM kepada penganjur contest ini bila malam menjelma agar beliau bermimpi untuk memilih diri kerdil ini sebagai salah seorang pemenang. Haha. Maaf wahai Kak Zaimah yakni tuan empunyer Blog Beutiful With Brain. hehe.

Salam ikhlas dari SOFEA JANE... tettttttttt. Silap, Puan Nad. Jemput singgah ye makan² kat Desa Maya saya di sini.

p/s : yg ni, yg asal, yg hantar kat penganjur ada editing sket. hehe. Selamat join yer. Hadiah lumayan.

Makluman Kepada DISTURBER yang gemar ANNOYING.

Penafian @ Pemberitahuan...

Makluman kepada semua

PEMBACA SETIA saya (kalau adalah. Hehe) n also my SILENT READER (yelah dah xboleh nak ganggu i guna anonymous kat commentkan, so terpaksalah DECIDE jd silent reader jek, huhu... so good luck too lah yer. Selagi rase panjang umur nak mengganggu hidup orang. OBSERVElah selagi MAMPU n jgn sampai bahankan saya. So, sure x takutkan jika diri anda xsempat pohon MAAF) n also yang menganggap diri kerdil saya ni sebagai MUSUH kepada diri anda sendiri, yang bahawasanya…

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di Bukan lagi Finger Note's - kini notapuan – nad Blog ini tidak boleh ditiru mahupun diplagiat, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada Tuan Empunyer Bukan lagi Finger Note's - kini notapuan - nad.

Juga dimaklumkan dan diperingatkan sekali lagi bahawa apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi seperti mencanang perkara yang tidak baik, buruk, memalukan, mengaibkan berkenaan perihal diri saya juga seluruh keluarga kaum kerabat saya di blog kepunyaan anda (termasuk laman sosial yang lain), sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik (media elektronik) termasuk di media massa, adalah melakukan suatu kesalahan, TINDAKAN BOLEH DIAMBIL mengikut akta

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998. If terasa DIVA n BERKUASA sgt nak menganggu n mencuba sesuatu yang membuatkan saya tak akan sesekali menimbangtara untuk mengambil TINDAKAN terhadap anda, dipersilakan. If you are PLAYING FOR KEEPS, so, pleased. I will do a same thing. So, good luck!

Sesungguhnya, setiap gerak geri buruk anda yang cuba bersikap

PENGGANGGU boleh dikesan secara terus. Harap Maklum n beware.

\('c*)v :: Peace no war n

u ollsss.

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

BAHAGIAN X - AM Bab 2 - Kesalahan Dan Penalti Tambahan

Seksyen 233. Penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian, dll.

(1) Seseorang yang—

(a) dengan menggunakan mana-mana kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi secara sedar—

(i) membuat, mewujudkan atau meminta-minta; dan

(ii) memulakan penghantaran,

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau

(b) memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik,

adalah melakukan suatu kesalahan—

(2) Seseorang yang secara sedar—

(a) dengan menggunakan suatu perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi memberikan apa-apa komunikasi lucah bagi maksud komersial kepada mana-mana orang; atau

(b) membenarkan suatu perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi di bawah kawalan orang itu untuk digunakan bagi suatu aktiviti yang diperihalkan dalam perenggan (a),

adalah melakukan suatu kesalahan.

(3) Seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen ini apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan hendaklah juga boleh didenda selanjutnya satu ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

sumber rujukan dari http://www.skmm.gov.my/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...