FEEL FREE TO CLICK MY NUFFNANG YER...TQVM :)

Nov 23, 2010

Exam Time Fever

haha... muka + badan yg tembam equal demok... time i'm preggy on 1st baby... baby boy... if arwah masih ade, Insya-Alllah dkt 4.0 kg tuh time delivered, xpe Arwah Darwish tggu papa n mama n Adik Comel Kamu, Qisya kat 'sana' ye sayang... Semoga tenang disisiNya. Amiinnn.

by the way, mimik muka di atas boleh tak dikategorikan sebagai tengah menjawab exam atau dengan kata lain, sila buat satu karangan pendek berdasarkan gambarajah di atas. aha, samada si demok di atas sedang pikiran sesuatu mahupun sedang ketiduran mahupun sedang menahan kelaparan yang seakan membunuh (adowww... sebisa lagu Cinta Itu Membunuhku. Tak gitu ♥ E*_Lz? haha... (jgn sesekali cuba mengacau my life jika saya sudah tidak mengganggu hidup anda yer... wahhh takuttttttttt dengan statement tersebut. Maafkan saya. Jom berdamai. haha. saje wat kontroversi. INGATtttttttttt...tingkatkan prestasi, kurangkan kontroversi...eceee).

Pernah amik SPM or STPM or STP a.k.a Sijil Tunggu Pinangan? haha. tulah, mak pak suh blajo rerajin, ade kamu mahu? ado? nan hado... last menyesal xsudah. ni mak nak membebel neh. haha.

Tgk adik² selari bergegas time saya ke tempat kerja setiap hari bersama Mr Hubby tercinta teringat n kenangan kembali menggamit tatkala pernah bergelar seorang pelajar sekolah . Sangat manis tika itu tapi kenangan yang mengusik jiwa dan berbekas di hati hanya ketika bergelar siswi di sebuah kolej di Cheras. herm... dek topik berkisar SPM n so on, moh kita story mory pasal SPM n musim exam yang melanda sikalang.

Seperti biasa, bulan exam semakin hampir, time tulah baru saya bx menelaah. itupun gigih study siang malam merempit ke rumah my bestie. siang dengan kelas tambahannya, malam bagaikan burung hantu konon bekerja keras utk raih result bagus. hehe. tapiii... kuar malam dengan izin mak pak tau. siap bwk my little sista lagi wat teman n otw blk umah around 11.00 plus² pm, follow geng laki pulang sekali. lucky me coz dok area sama so alhamdulillah kami selamat. Saya yg penakut tahap gaban neh, press minyak xhengat donialah weh. Seram benar kot² ada minah lampi sesat tumpang bonceng sama. Takut makkk dek non weh. hahah. Tika itu, takde lagilah kes jenayah menggerunkan seperti sekrg neh, naik basikal pun kena tarik pe lagi yg berjalan kaki sensorang. nauzubillah, pohon dilindungi Allah sentiasa kami sekeluarga dan umat yang lain, Ya Allah Maha Kaya.

Kami study dalam 6 - 9 orang camtu kekadang tak cukup korum. Seingat saya, Azlan, Adi, Zuhairi, Sam, Semek a.k.a Suriati, Maisarah, Yana n me. Ade yang terror in Math, Add Math, Sains Tambahan, Ekonomi n so on. Akaun pun ade. hehe. So kami study selalu di rumah si Semek ni lah. Senang sket dia payah nak gerak coz takde kuda nak merempit so we all study situ.

B4 masuk exam hall, ohhh pantang bebenor mak nenek aku bila ade 2,3 student dok bush² bincang pe yg dah study. weh, aku xlehlah, hilang konsentrasi. mcm hilang semua pe dibace. walhal if jika kita x stress n terima dengan tenang n join skali pe yang di debatkan, Insya-Allah, kita akan leh recall blk pe yg dah kita luahkan tadi. Siap leh hurai n rumus lagi di setiap bait pembentangan tadi. Time tulah pe cikgu ajar mencurah² keluar itupun kalau korang pay attention sepenuhnyalah time cikgu cikgi mengajar di depan. Saya suggest ni sbb saya pernah buat. Xpe, sempat lagi utk paper esoknya if ada hati nak try. Ni dok main mate plekkk. Apo kono eh jang dara weh. Time mak pak suh, blajor, blajorlah. Ni kang bebesor matang nnt tgk org pakai keta bebesor, umah bebesor mulalah menyesal merungut xsudah. huh. Menyesal dulu pendapatan, menyesal kemudian...Lu pikirlah sendiri. Taulah even xde sijil punleh berjaya tp pernah dengar kan n selalu dengar kan bahawa ilmu itu penting itu jaminan diri sendiri. ecececeh.

Alhamdulillah time SPM berlangsung, saya menjawab dengan tenang dengan tenaga pengawas peperiksaannya yg sgt sporting time bertugas n sentiasa bagus memberi kerjasama. Time tu tahun 1998. Bila ade student yang buntu, blank, mata melilau kiri kanan, kepala sesetengahnya kalah giraffe, tangan seakan terkena patukan ulau dok mencari kot² ada nota terselit di sisi meja, malah meja siap sedia kukuh berdiri bleh jek tetiba bergoyang sedikit kendian kuat lak bergeraknya pohon perhatian. haha, kelakau plek bila teringat balik. Meh kita cerita cerituk time exam a few subject yg selalu ade student yg seakan bukan student jadinya...

Bahasa Melayu
- Wahhh... kalau subjek neh, herm... fail lah kalau bangsa Melayu x reti menjawab bahasa ibunda sendiri. Selalunya time paper subject neh, memasing tekun menjawab. Garuda lalu pun bagaikan sang bayu mendesir lembut saje. Kecuali kalau bab pilih soklan antara puisi n pantun ke pe or karangan yg mengandungi bahasa zaman P Ramlee dolu-dolu. Saya prefer choose karangan tersebut coz senang nak ulas n alhamdulillah pilihan saya tepat.
- lagi satu tang kena bina ayat dr perkataan yang bunyinya sama tp berlainan maksud. Cthnye eak jap. Time tu x silap saya, peperiksaan penggal ke percubaan ntah. lupa mak. Antara perkataan yang diberi adalah DASAR.
Jawapan pertama pe ayat yang saya berjaya buat adalah dasar laut. Lupa pe ayatnya. Jawapan kedua pe saya buat? Aha, time nilah saya bleh blank n siap semua soklan lain saya jawab tggal ni je last blom dicoret pepun. Last², bila cikgu yang awas periksa tu cakap time's up, saya mulalah gelabah. Jawapan TERBAEEEKKKKKKKKK pernah saya wat adalah... jengjengjeng...
" Dasar lelaki tak guna, sanggup kau buat aku macam ini", kata si polan kepada si polan berkenaan. Hah... camtulah lebih kurang bunyiknye. Pandai tak saya. Haha. Sila gelak if kamu mahu gelak. That cikgu siap sound lagi pas dpt result tuh. utk BM penggal / trial tu kot. Seb baik dia tak ingat sape student tu if tak mau kena bantai gelak seminggu. Cet.

Add Math
- tadi BM nyer paper, Add Math plek? hoh, saya lagilah terer, dahlah math saya paling anti, pernah skali kuiz dalam kelas, tau berapa mark saya dapat utk add math? ni meh mak nak bagitau, 97% tuh, sape nak kasik weh... tp kuiz tu that my cikgu wat utk 1 tajuk jelah. semua kelas hampir score A tau. Bak kate Nabil, semua nak A jelah. Happy je raut wajah cikgu. Tapi serius ckp, saya memang gemar that topic tp xleh gak nak score time SPM coz pening tgk angka berangka neh. Tapi bila exam, pe saya dah buat? terer nyer terer, saya siap salin balik semua formula yang diberi utk setiap soklan. Bijak tak? Memang bijak. Study tp tulah, wat lebih kurang. So jgn jd macam saya, study kena bebetol. Result? pepaham sendirilah weh, 6 pening ke, cangkul ke, korang pepaham lah.
- Tapi hairan bin ajaib plak bila masuk kolej n U jek, leh plak score math nih, paling kurang dapat B. herm... bak kata pepatah, Nak 1000 daya, x hendak 100 plus lah jawabnya. hahah.

Science
- Subjek ni saya suke. Selain ade berkait rapat dengan our life our body, this subject sgt mengujakan n interesting. Leh godeh otak utk terus berfikir. y jd camni y jd camtu. Macam minum Anmum plak kan. Alhamdulillah xsangka leh dapat kredit plak utk this subject.

Sains Tambahan
- wah, ingat leh scorelah this subject tp xlucky. Saya suke cikgu yang mengajar this subject. Masyuk jek. Lagi best bila exam besar tuh, ade pengawas yg baik hati betolkan pe saya silap then saya pe lagi siap amik kesempatan menyoal soalan berdekatan samada btol ke idok kan. hehe, malas nak melayan, so dia btolkan n iyakan sajork pe saya jwb atas paper tuh. hahah.

Bahasa Inggeris
- ehem, subject ni saya suka coz my mom is a teacher. But she is teaching at primary school. so, i am her daughter should be success in this subject. Every year since form 1 until 5, i always struggle to improved my english. Right now pun my grammar out of service. haha. not very well in English.
- xsangka plak bila result sobonar keluar, i got credit for this paper n i was surprised when my teacher Mrs Marina target me leh score for this subject. hehe. Thanks madam, you are the best. Sukeeeeeeeee n sukieeeeeeeeeeeeeee...

Lain-lain Subject
- ade sesetengah tu pantang lepa sket je pengawas, ade terus kertas melayang dari meja A ke meja B, then si B cepat² menyalin semua jawapan. haha. lehlah ko marks kat situ. Lucky mung ah weh. Aku je terkulat² tgk tp, i baek eak, takde ah jeles tahap gaban g bangun ngadu pe kawan wat kat belakang or depan kita. Takpe, pe yg penting Allah ada, bergantung n tawakkal je padaNya. Dia Maha Adil n Bijaksana kan?

- ade jugak yang terer taruk buku dalam toilet. Sekejap² si polan ni plak terkencing, siap² si anu tu plak terberak, ade sajork yang menyusul. Dpt pengawas sporting, no hal lah kan, semua jalan. hehe. time tuh dah tak nmpk dah signage toilet laki ke pompuan, main blasah jek, yang penting mahu hidup tp berkat ker? hah, menjawablah korang. hehe.

- pe laie esei nak cito eak. korang ade nak kongsi?

p/s : jomlah kita share coz sharing is caring but kate sumone yang owex xpueh hati ngan i "SHARING IS SCARINGGGGGGGGGGGG..." kesian that person. sudah²lah tuh yer...

By the way...
ALL THE BEST TO ALL SPM n STPM CANDIDATES...
MAY ALLAH BLESS U n DO THE BEST...
Bace doa bebanyak, ayat Qursi tu amalkan. Insya-Allah, mudah n terang hati kamu semua.

Jangan lak jd mcm kat bwh neh yer...

selamat nyer jawapan

ecece... korang pernah guna ayat style cenggini utk mendapatkan jawapan soklan lain punnnn? xkan xde punnn kan...

pic neh, korang yg xpaham ke korang nak wat pe sobonar eah...

that pic so funny. so be careful, pandai mkn pandai simpan.

GOOD LUCK DIK...

Makluman Kepada DISTURBER yang gemar ANNOYING.

Penafian @ Pemberitahuan...

Makluman kepada semua

PEMBACA SETIA saya (kalau adalah. Hehe) n also my SILENT READER (yelah dah xboleh nak ganggu i guna anonymous kat commentkan, so terpaksalah DECIDE jd silent reader jek, huhu... so good luck too lah yer. Selagi rase panjang umur nak mengganggu hidup orang. OBSERVElah selagi MAMPU n jgn sampai bahankan saya. So, sure x takutkan jika diri anda xsempat pohon MAAF) n also yang menganggap diri kerdil saya ni sebagai MUSUH kepada diri anda sendiri, yang bahawasanya…

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di Bukan lagi Finger Note's - kini notapuan – nad Blog ini tidak boleh ditiru mahupun diplagiat, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada Tuan Empunyer Bukan lagi Finger Note's - kini notapuan - nad.

Juga dimaklumkan dan diperingatkan sekali lagi bahawa apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi seperti mencanang perkara yang tidak baik, buruk, memalukan, mengaibkan berkenaan perihal diri saya juga seluruh keluarga kaum kerabat saya di blog kepunyaan anda (termasuk laman sosial yang lain), sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik (media elektronik) termasuk di media massa, adalah melakukan suatu kesalahan, TINDAKAN BOLEH DIAMBIL mengikut akta

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998. If terasa DIVA n BERKUASA sgt nak menganggu n mencuba sesuatu yang membuatkan saya tak akan sesekali menimbangtara untuk mengambil TINDAKAN terhadap anda, dipersilakan. If you are PLAYING FOR KEEPS, so, pleased. I will do a same thing. So, good luck!

Sesungguhnya, setiap gerak geri buruk anda yang cuba bersikap

PENGGANGGU boleh dikesan secara terus. Harap Maklum n beware.

\('c*)v :: Peace no war n

u ollsss.

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

BAHAGIAN X - AM Bab 2 - Kesalahan Dan Penalti Tambahan

Seksyen 233. Penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian, dll.

(1) Seseorang yang—

(a) dengan menggunakan mana-mana kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi secara sedar—

(i) membuat, mewujudkan atau meminta-minta; dan

(ii) memulakan penghantaran,

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau

(b) memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik,

adalah melakukan suatu kesalahan—

(2) Seseorang yang secara sedar—

(a) dengan menggunakan suatu perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi memberikan apa-apa komunikasi lucah bagi maksud komersial kepada mana-mana orang; atau

(b) membenarkan suatu perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi di bawah kawalan orang itu untuk digunakan bagi suatu aktiviti yang diperihalkan dalam perenggan (a),

adalah melakukan suatu kesalahan.

(3) Seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen ini apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan hendaklah juga boleh didenda selanjutnya satu ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

sumber rujukan dari http://www.skmm.gov.my/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...