FEEL FREE TO CLICK MY NUFFNANG YER...TQVM :)

Dec 2, 2008

Anda Bijak?

Bijakkah anda?

Ujian Dementia
Betapa cekapnya anda!!

Di bawah ada ( 4 ) soalan dan satu soalan bonus. Anda perlu menjawab dengan pantas. Anda tidak boleh mengambil masa, perlu menjawabnya segera. OK?

Mari cuba, lihat sendiri berapa pantas dan hebatnya diri anda.....

Ready? GO!!! (lihat bawah)



Soalan Pertama:

Anda menyertai perlumbaan. Anda mengejar dan memotong orang yang kedua. Sekarang Anda ditempat yang ke berapa?


~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~

Jawapan:
Jika jawapan anda tempat yang pertama, sudah tentu jawapan anda salah! Jika anda memotong orang kedua sudah tentu anda mengambil tempatnya, tempat kedua!

Cuba jangan lihat atas semula untuk soalan seterus. Sekarang jawab soalan kedua, tetapi jangan ambil terlalu banyak masa seperti soalan pertama OK ?


Soalan Kedua:
J ika anda memotong tempat orang yang terakhir, jadi anda di tempat...? (lihat bawah)


~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~

Jawapan:
Jika jawapan anda tempat kedua terakhir, anda salah lagi.. siapakah yang terakhir, bagaimana anda boleh memotong orang yang terakhir?

Adakah anda pantas dan cerdek, tidak begitu rupanya.?



Soalan Ketiga:

S oalan kira-kira bermuslihat! Perhatian: Ini mesti dilakukan tanpa menggunakan fikiran sahaja . Jangan guna kertas dan pensil atau mesen kira-kira. Cuba lah...

Ambil 1000 dan campur 40 . Sekarang campur lagi 1000 . Campur lagi 30 .... Campur lagi 1000 . Campur lagi 20 ... Campur lagi 1000 . Campur lagi 10 .... Berapa kah jumlah semua?

Lihat bawah untuk ...jawapan.. ..


~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~

Adakah jawapan anda 5000 ?

Jawapan sebanar adalah 4100.

Jika anda tak percaya gunakan mesen kira-kira.! Mungkin ini bukan hari anda kan? Mungkin anda boleh jawab soalan yang akhir ini dengan betul ... Cuba.



Soalan keempat:


Bapa Mary ada seramai lima orang anak gadis: 1. Nana, 2. Nene, 3. Nini, 4. Nono. Apakah nama anak gadisnya yang terakhir?


~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~

Adakah jawapan anda
Nunu? Salah! sudah tentu Salah.
Namanya Mary. Baca semula soalan!




Okay, cuba jawab soalan bonus:


S orang bisu pergi ke mini-market untuk membeli sebatang berus gigi. Dengan mengayakan lakunan memberus gigi ia berjaya menerangkan hasratnya kepada pekedai dan ia berjaya membeli berus gigi itu.

Seterusnya, seorang buta pergi ke mini-market, untuk membeli cermin mata hitam,bagaimana dia menerangkan kepada pekedai itu hasratnya. ...?


~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~

Dia hanya membuka mulutnya dan menyebut apa yang dihajati


Mudah sahaja.



Selamat bergembira.. ... bye.!!

Nov 27, 2008

Iron mama...

fuh, dr semalam aku mcm tak sihat. tgh masak leh ngantok. lepas je solat semer n dinner, aku terus berkelubung. sejuk. siap berstokin lagi. my hubby dah pesan esok (today bersamaan Thursday) amik cuti. tp takleh coz br aku teringat, aku kena handle bfast utk Ajk Permainan Tradisional kat Taman Syahbandar.

So, this morning, aku memang tak sihat. mata merah. my hubby dah ckp, lepas hantar nasi, g lepak umah arwah grandma aku. tp, banyak keje plak bile pk. at least, nnt, our baby become workholic. hehe. so, aku bertolak kol 8 am dr umah. hujan lebat giler. smpi je dkt area town, aku g draw money dulu coz takde cash nak byr nasi. so singgah mydin lah. lepas draw aku pecut. time drive tuh, anak buah aku call suh aku hntr nasi kat Syahbandar coz dah lewat. oklah. kebetulan aku dah dekat simpang nak ke muzium (my tempat kejelah). so, b4 masuk simpang tuh, aku terus straight to Syahbandarlah. Syukurlah, kat simpang tuh terserempak dengan van muzium then aku follow ajelah.

Nak jadikan cite, lepas hantar nasi, aku ingt terus nak blk opis, tp dlm otw, anak buah aku call tanye, air teh takde. oh Ya Allah, aku terlupa. terus lah patah blk ke kedai n order lagi. macam pak pandir. aku heranlah, nape aku semakin lupa. dah tua ke atau aku tak planning ngan bagus. herm..... maybelah kot. btw, alhamdulillah, everything is undercontrol.

Permata (Untuk Isteri Ku)

  • Posted 11/23/2008 3:49 am
  • Kopratasa

    Permata (Untuk Isteri Ku)

    Telah ku siapkan satu daerah paling sunyi
    Dalam hati ini untuk kau isi sebagai isteri
    Untuk kau penuhi dengan kemuliaan seorang wanita
    Untuk kau beri erti dengan kelembutan
    Untuk kau hargai dengan kasih sayang

    Ku ingin kau jadi wanita mulia
    Yang tahu harga budi dan hati
    Seorang lelaki bernama suami

    Kerana engkau isteri
    Ku ingin kau mengerti bahawa hidup ini
    Tak semudah yang kita janjikan
    Yang kita janjikan
    Kerana kau isteriku
this song from my beloved hubby... (jiwang seh dia...haha). btw, thanks abg...mwahhhhhhh

Nov 26, 2008

Nak masak ape yer...

erm... hujan. what should i cook today eak? td br je explore kak lieza nyer blog. survey resipi pe yg patut aku masak for my hubby. last 2 days, aku aku masak daging goreng kunyit. suke sgt dia ngan daging. hehe. mujur kena dgn selera dia. main tambah² jek, tak sangka jadik. hehe, alhamdulillah. today maybe goreng kentang plus ayam goreng tomyam jelah kot. simple n menarik serta berkhasiat for our baby. hehe.

esok mcm nak cuti tp mcm rugi plak coz half day kan? maybe monday kot aku cuti. nak g holiday, cuaca tak memuaskan. tp takpe, maybe g jaybee next month itupun depend pd kad kawen mek andik tu lah.

cepatlah andika. kad kawen ko...hish...

Nov 20, 2008

Hujan + Lapo + Cejukkk... n geram...

Erm...salam semer. lama dah tak update this blog. keje banyak. ni sempat pun coz tak kuar lunch. hujan lagi. tkt gak demam tetiba. cian baby mama ye, lapo. takpe, nnt aunty Da tapau meal utk kita eak. Alhamdulillah, separuh dr gerak kerja aku dlm proses. tp aku kena check 1 persatu supaya tak terlepas pandang. tp, pe yang aku geram ade jugak manusia yg tak leh tgk org lain hidup senang. ade je menda nak cr pasal. yg aku geram leh dia kata aku tak wat kerje. atau dgn kata lain bile aku handle, seme benda jd tak elok. shut btol!... tp mujurlah semer org dah tau perangai dia nih suke amik tau hal org. that's y, sampai dia nyer laporan tugasan harian pun xtau nak tulis pe. yelah, takkanlah nak tulis hari ni, tarikh sekian², busybody ngan tugasan org lain. adeke? immposible lah kan? hahah... maybe dia ni ade masalah mental kot. akukan, kalau org bg kritik yang membina ke or yg memusnahkan jiwa plus raga kita ke, no hal lah kan. aku leh amik as iktibar n panduan for my future life in my job. tp kalau everyday owez have sumthing tak puas hati wif me, pelik lah tuh. kejenyer asyik nak kondem org je tau. silap sket terus kondem kaw² punyer smpi pe yg terbaik kite buat b4 this terus hilang. crazy you!

decision aku skrng, if ade je yg berani kondem aku without give me the best advise, tgklah, aku tau pe aku patut buat. cukuplah setahun lebih aku jd ' mangsa lembu ' (mcm filem kayangan le plek). pe aku nak takut, Allah ada. Dia Maha Mengetahui segala-galanya. memang payah nak buat org puas hati dengan kita. tp tulah, kita cuba buat yg terbaik n buktikan. tp, if, org dah tak berkenan, wat bodoh jelah. lama² taulah diorg diam. kan? am i right buddies?

Nov 2, 2008

It's raining...heavily

erm... bestnyer... hujan rahmat...Zzzz...
lapor plak baby nnt. nak kuo g cafe, kena redah neh. btw, dr semalam aku boring.tak tau naper. herm...

Oct 19, 2008

Three Centuries of Terengganu Sultanate Exhibition

Fuh...time berlangsungnya Three Centuries of Terengganu Sultanate Exhibition, time tulah turn aku bertugas sebagai Pegawai Mingguan yang mengawalselia setiap aktiviti di Galeri Muzium Negeri Terengganu. Pameran tersebut bermula 14hb Oktober sehingga 31 Disember 08. Sepanjang minggu pertama, program tersebut bakal berlangsung, aku dah start nervous. Takut bro. Pe lagi bile pk perkara yang melibatkan golongan pihak istana. Takut patik. Ampuuunnn... Semua aspek harus aku teliti. Baik dari segi kebersihan floor sehinggalah setiap gerak-geri kakitangan galeri.

Saat itu gak aku diamanahkan untuk memasang cd berkenaan pertabalan dan nobat untuk ditayangkan.

Isnin, 14 Okt 08, dijadualkan keberangkatan tiba Sultan Selangor yang berkenan melawat Muzium Terengganu. Pada mulenya kami difahamkan baginda akan tiba around 3.00 petang tapi jam 2.15 baginda telah tiba. Sedikit kekalutan berlaku namun dapat diatasi dengan segera. Alhamdulillah. Kecut perut aku. Bukan senang nak berhadapan face to face ngan Sultan kan. Ngeee...

Selasa plak, kemungkinan Sultan dan Sultanah Perak pulak yg berkenan nak melawat muzium. Namun atas sebab² tertentu, tak jadi.

So, Khamis bersamaan 16 Okt 08, Permaisuri Agong Sultanah Nur Zahirah bersama Sultanah Kelantan, Sultanah Perak dan Sultanah Kedah berangkat tiba pada jam lebih kurang 11.00 pagi. Waduh, cantik bangatlah kesemua sultanah berkenaan. Tak jemu memandang... Herm...





Sep 24, 2008


Saling Merindu


Usah kau tangiskan pada cinta lama
Usah kau impikan kita 'kan bersama
Biarkan ia terus berlalu...
Bagaikan mimpi hilang di mata
Kini kau kembali merayu lagi
Kaitkan semula madah-madah cinta
Harapkan bebunga berputik semula
Yang telah lama...
Gugur ke bumi
Dalam sukma mimpiku
Ia telah berlalu
Cinta yang dulu suci
Bagiku tiada lagi...
Aku yang masih
Ditaman ini
Mencari bunga
Mawar berduri
Ku sangka madu
Racun berbisa
Itulah Hakikatnya...
Nak ku tinggalkan
Terasa sayang
Ingin ku belai
Tangan tak sampai
Pastinya kita
Saling merindu
Ku masih cinta pada mu...

Makluman Kepada DISTURBER yang gemar ANNOYING.

Penafian @ Pemberitahuan...

Makluman kepada semua

PEMBACA SETIA saya (kalau adalah. Hehe) n also my SILENT READER (yelah dah xboleh nak ganggu i guna anonymous kat commentkan, so terpaksalah DECIDE jd silent reader jek, huhu... so good luck too lah yer. Selagi rase panjang umur nak mengganggu hidup orang. OBSERVElah selagi MAMPU n jgn sampai bahankan saya. So, sure x takutkan jika diri anda xsempat pohon MAAF) n also yang menganggap diri kerdil saya ni sebagai MUSUH kepada diri anda sendiri, yang bahawasanya…

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di Bukan lagi Finger Note's - kini notapuan – nad Blog ini tidak boleh ditiru mahupun diplagiat, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada Tuan Empunyer Bukan lagi Finger Note's - kini notapuan - nad.

Juga dimaklumkan dan diperingatkan sekali lagi bahawa apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi seperti mencanang perkara yang tidak baik, buruk, memalukan, mengaibkan berkenaan perihal diri saya juga seluruh keluarga kaum kerabat saya di blog kepunyaan anda (termasuk laman sosial yang lain), sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik (media elektronik) termasuk di media massa, adalah melakukan suatu kesalahan, TINDAKAN BOLEH DIAMBIL mengikut akta

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998. If terasa DIVA n BERKUASA sgt nak menganggu n mencuba sesuatu yang membuatkan saya tak akan sesekali menimbangtara untuk mengambil TINDAKAN terhadap anda, dipersilakan. If you are PLAYING FOR KEEPS, so, pleased. I will do a same thing. So, good luck!

Sesungguhnya, setiap gerak geri buruk anda yang cuba bersikap

PENGGANGGU boleh dikesan secara terus. Harap Maklum n beware.

\('c*)v :: Peace no war n

u ollsss.

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

BAHAGIAN X - AM Bab 2 - Kesalahan Dan Penalti Tambahan

Seksyen 233. Penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian, dll.

(1) Seseorang yang—

(a) dengan menggunakan mana-mana kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi secara sedar—

(i) membuat, mewujudkan atau meminta-minta; dan

(ii) memulakan penghantaran,

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau

(b) memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik,

adalah melakukan suatu kesalahan—

(2) Seseorang yang secara sedar—

(a) dengan menggunakan suatu perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi memberikan apa-apa komunikasi lucah bagi maksud komersial kepada mana-mana orang; atau

(b) membenarkan suatu perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi di bawah kawalan orang itu untuk digunakan bagi suatu aktiviti yang diperihalkan dalam perenggan (a),

adalah melakukan suatu kesalahan.

(3) Seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen ini apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan hendaklah juga boleh didenda selanjutnya satu ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

sumber rujukan dari http://www.skmm.gov.my/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...