FEEL FREE TO CLICK MY NUFFNANG YER...TQVM :)

Jul 11, 2011

8 Julai... EXORA VIP TEST DRIVE

Assalamualaikum semua.

Lama tak update blog. Bersawang dah sket. Nampak x? hehe. Btw, anda ingat x ada post yg saya wat agak tergantung? Alah, klik je here bout 8 Julai... ada apa dengan 8 Julai?

Ok begini kisahnya.


Pernah dengar pasal EXORA VIP TEST DRIVE? Sure yang blogger akan jawab, alah tau. heheh. Pernah nampak kan board like above kan?

Ehem, since saya bace pasal Exora VIP Test Drive ni kat Viruspadunye promotion bout Exora here, so saya pun dengan 50-50 nyer, isilah borang online tersebut.

Memula tuh, saya letak nama saya then terase mcm x lengkap jek, so saya isi sekali lagi atas nama hubby saya. Lupa lah pulak bila last mengisinya. Cepat² isi. Yelah, sape tak moh wat balik Exora free kan even seminggu sajork.

Nak dijadikan rezeki anak, 2 weeks b4 8 Julai 2011, pulang dari kerja yang kepenatan amat sangat, blom pun masuk umah lagipun, mr hubby terus bgtau, Exora call. Saya pun "What?"... wah, terus berangan dapat melaram dengan Exora time keje nnt. Siap plan lagi tuh nak bwk family gi jenjalan dengan Exora. Yelah, katanya dibagi pinjam seminggu kan dek non. Harus mak melaram kan.

Memula tu my hubby kureng berminat sgt dengan menda ni semua. Yelah, risiko tinggikan nak menjaga Exora selama seminggu dek. So, i pun, alah pe salahnya, nak membeli Exora dah terbeli keta lain, y not kita test drive je dulukan.

So, 1 week b4 8 Julai tu, memasing dah menghitung hari. Siap check lagi, ade sumthing tak 8 Julai tuh. Of course 9 Julai, saya kena bertugas. Ada program Lumba Jelajah Muzium yang hanya melibatkan pelajar sekolah menengah sajork di opis. Wah, terus verangans kan nak pandu Exora ke tempat kerja.

Maka, pada 8 Julai itu, plan nak bangun lewat sket dari biasa x menjadi sebab Qisya, our daughter dah terbangun awal. Ohhhhhhhh, time mak pak nye kerja bukan main liat lagi nak bangun ye sayang.

Kendian, awal subuh dah siapkan sarapan. Goreng kuih, wat air teh, mandikan anak, kemas rumah sket, membasuh sket dan menyidai. Dalam menjalankan tugas tuh, mulut sempat lagi bertanya, pukul brape bang Exora bgtau nak test drive? " maybe petang kot pas Jumaat". Dengan yakin suamiku menjawab.

Around 30 minute b4 10.00am tu, mr hubby melaung dr dalam rumah. "Yang, EXORA called. Kol 10 diorang nak gerak dah nak konvoi Exora ke Syahbandar". Hah, sudah. Dengan gue yang tak mandinya lagi. Mr hubby pun blom lagi bersiram, so pe laie, mandi kobau lah saya. Mujurlah, Qisya dah disiapkan awal². Breakfast semua dah. Siap ala kadar, amik kunci keta then terus bergegas. Kitorang kena berkumpul di Riyaz Heritage, Marina Resort & Spa di Pulau Duyong, Kuala Terengganu.


Otw, tu saya ngan Mr Hubby mengomel. Napelah mr hubbyku tak bertanya detail event tuh start kol berapa n so on kan. Haha. Terus mr hubby, suh saya peluk anak kuat². Nak drive lelaju katanya. Kot tak sempat nak join.

Sampai jek kat pintu masuk Riyaz, terus hilang punca. Terlewat 3 minit camtu. Then terus straight ke or ke mana. Last, my hubby yang selalu tak tau arah leh plak dapat cr tang mana event Exora ni diadakan. Kebetulan, banyak deretan Exora terparking di area Riyaz. So mudahlah. Dah ada landmark kata ko. Haha.


Saya terus mintak Mr hubby registered dulu then let me park our car lah kan. Dah park cantik baek punya, bergegas turun dari keta terus disambut baik oleh Exora crew. Wah, siap mak divideokan lagi. Haha. Peserta lewat datang. Aish, i'm say sorry tau coz lewat. Pickup Qisya then terus ke tempat pendaftaran. La, ada disediakan breakfast ke. Pe ni Nad, ko tak tau ke or ko tak follow up email weh. Haha. takpun just sekadar g test drive n terus blah. Wowowo, Exora team x wat camtu tau. Diorang siap sediakan nice breakfast n yummy sesangat. Dek kerana kelewatan, we all capai je mana yang sempat di telan. Haha. Even, crew Exora mintak kita melahap lagi. Tapi, bg menghormati majlis, takkan nak suruh diorang tggu kita plak kan.

Pas breakfast, we all diminta naik ke bilik khas untuk mendengar sedikit taklimat ringkas sebelum memandu uji Exora. Diorang siap pesan lagi, dengan taklimat lelok, mana tau rezeki hari Jumaat dapat bawa pulang wang tunai RM1k. Wahhhh, duit plak. Exora lagi. One of my dream mpv.

Dalam taklimat tu setiap group/pasangan diberi satu clip yang ada kuiz berkenaan Exora, pamplet Exora yang mengandungi jawapan setiap kuiz, tentatif program dan a few paper. Tak sangka mak non, event ni sampai petang. Semua terjaga. dari makan, minum sehinggalah solat Jumaat. Siap berkonvoi tau nak menunaikan kewajipan kepada Allah. Hubungan sesama manusia pun kena jaga, dengan Allah lagilah wajib dijaga dan dipeliharakan.

Taklimat mengenai Exora disampaikan oleh seorang crew yang hitam manis dan terlupa namanya untuk saya mencatat. Air muka ingat yer. Kemudian kami diberi beberapa group dan Exora yang available untuk dipandu uji hanya 3 buah dan sebuah Saga FL. Kenapa 3 buah Exora jek? Bukan banyak ke? Dek kerana ramai peserta yang tidak dapat hadir maka, cukuplah sebanyak itu. Oklah kan. Nama we all dikehendaki menaiki Saga FL. Merasa jugak Mr hubby ku untuk menaiki Saga FL. Hehe. We all x pandu sebab Saga FL ini dihandle oleh Crew Exora untuk memberi arahan sewaktu memandu uji Exora.

Dalam dok menunggu semua get ready nak berkonvoi ke Taman Syahbandar, hati saya tertanya², ade peluang ke nak wat balik Exora ni kan? Tup² masuklah Cik Zaza, selaku Executive of Exora. Tanya punya tanya, selidik punya selidik, yang boleh wat balik Exora tu time Exora wat the same event for selected blogger je. Ko Nad, jgn nak berperasaan melebih ye. Follower n viewer pun sekadar cukup basuh mulut, leh ko nak berangan nak melaram dengan Exora? Nan hado. Haha. Korang, follow lah i. haha. Terus wat muka shin chan.


Yang tengah itulah Cik Zaza kita - image dr viruspadu. (dasar pemalas saya nak snap gambo)

Alah, takpelah. Janji pengalaman. Bukan senang tau nama kita terpilih coz ramai yang apply nak join this event tau. Btol kan?

Selepas semua bersedia untuk bergerak, we all secara smart menuju ke Taman Syahbandar.

Tiba di Syahbandar, we all diberi sedikit briefing ringkas sebelum memulakan program. Di sini, berpandukan kepada borang kuiz yang diberi, terdapat beberapa acara yang disediakan. Sebahagian peserta dikehendaki memandu laju dan break secara tetiba selepas arahan diberi. Kemudian, sebahagian lagi dikehendaki menyertai acara menyusun barang ikut pandai korang bersama penumpang yang dijemput tetapi haruslah selamat dan tidak mengganggu pemandu dan keselesaan penumpang. Acara seterusnya, parking Exora dalam keadaan mata bertutup dengan hanya mendengar pasangan anda memberi arahan untuk memarkir kereta dengan mudah dan tepat.

Dek kerana kami membawa anak bersama, so Mr Hubby sorang jelah yang g join acara pandu laju. Melepas mak nak menunjuk skill terbaik. Seb baik time pandu laju ni tak dikira dalam borang pertandingan kuiz ni. Yang dikira adalah acara susun barang dan parking sambil tutup mata.

Acara menyusun barang perlu diselesaikan dalam masa 30 saat sahaja. Lebih 30 saat, hanya 10 markah diberi. Kurang 30 saat, 20 markah anda akan dapat. We all terlebih 19 saat dow. 0.49 saat. Sayangkan.

Time parking tutup mata, mr hubby yang handle Exora n me bagi arahan. Bukan queen control ye. Hehe. Tak sangka tau dalam masa 1.55 minit we all dapat parking dengan tepat. Dapat fullmark. Hoye. B4 this, ade yang makan masa 4 minit. Hehe. Segala tips time amik lesen dulu mak ingat tau. Hehe. Tq, cikgu Nasir yang ajar saya b4 jpj test. Terbaek ah tips tuh.

Selesai semua acara, we all bertolak ke Riyaz untuk lunch dan solat jumaat. Dek melekit, we all mintak izin nak balik, mandi n solat semua. Mujurlah event ni enjoy mean takde terikat sgt n straight. Yelah, kot² if balik kena tolak markah ke apa kan.

Kol 3 kena berkumpul balik kat Riyaz untuk acara penutup, taklimat, talk dan penyampaian hadiah.
Antara talk yang disampaikan adalah berkenaan kebahagian rumahtangga, penampilan diri yang disampaikan oleh Wakil Adamaya iaitu Madam Cherish Tan (if i am nop mistake) dan kewangan yang disampaikan oleh Encik Jazzura.

Sesi talk pertama tu, juga syok. Banyak penyampai menyentuh mengenai islam even penyampainya berbangsa Cina. Lupa mak nak catit nama. Bagus. Malah diorang ni pandai bwk diri dan menyesuaikan budaya. Pepaham jelah. Sopan dan sangat menghormati budaya di sini. Syabas.

Sesi bersama wakil Adamaya amat saya nantikan. Yelah ketrampilan kan. Of course pompuan shoka. Btw, sekali suamiku yang dijadikan model. Kehkekeh. Silakan. Yang interprame sapo lai kalau bukan puteri kami. Sebok jek minah kecik neh. Hehe. Bila madam betolkan suar my hubby, dia pun nak jugak. Overall, penampilan my hubby ok, (tengoklah siapa pedandannya. hehe) Haha. Cuma tang kelabuhan jeans tuh harus dipotong bagi mengelakkan diri kita nampak pendek even ko setinggi langit. Satu lagi, amat nice jika jeans dipadankan dengan kasut bertutup. Kebetulan ada sorang lagi wakil Adamaya (maybe), sudi pinjamkan sekejap kasutnya. Teringat time KYPM, we all panggil that shoes as kasut karipap. Alah kasut bertutup yang berkelim style karipap t kan. Taukan?


Inilah empunya talk berkenaan kewangan yakni Tuan Al-Jazzura - image juga dr viruspadu.


Talk terakhir adalah dari Tuan Al-Jazzura (ampunkan saya jika tersilap nama, gelaran n so on). Kak Jemah, cilok gambo dua keping. Halal eak. Hehe.

Last but not least, acara yang dinantikan. Penyampaian hadiah. Bila miss emcee nak sampaikan hadiah dari pemenang saguhati sehingga juara, saya dah dup dap dup dap dah. Saguhati ke berapakah kami dapat (ececece, lowself plak kat situ. haha.). Peserta yang join hanya 8 pasangan. Advantage kami di situ. Bila dah miss emcee sebut tempat ketiga, we all dah macam, takkan diorang terlupa sebut nama kami untuk pemenang saguhati kan. Yelah, takkan nak berangan bergelar naib juara n paling xboleh blah juara kan. So, kedebaran terhenti bila miss emcee menyebut " Tempat kedua dimenangi oleh pasangan Encik Azwannnn ". Yeah, kesilapan sebutan nama suamiku di situ yer. Haha. Wah... tidak menyangka, keidaman untuk membawa pulang Exora selama seminggu tidak tercapai telah diganti dengan hadiah 2nd prize tuh. Allah Maha Adil kan. Tidak terdetik pun join this event nak hadiah cuma kepingin melaram dengan Exora selama seminggu jek. Hahaharun.


I yang memalew nak snap gambo as pemenang kedua, terus bergegas untuk sesi fotografi bersama suami dan anak kami. Wah... terus terasa menang award kan. Haha. Kami membawa pulang wang tunai sebanyak RM7K... haha. Idokler. Jika pemenang pertama dpt RM1k, we all just dapat 75% dari 1k. Jom sesama kiro. Hehe. Ok tak? Alhamdulillah lah kan. Rezeki hari Jumaat. Semua dapat cash money mengikut kategori hadiah memasing dah hadiah sampingan dari Exora dan juga sedikit barangan yang berbranded bagi saya (yelah mak xmampu).

Wah... syukur. After that, sesi bergambar bergroup dan pemenang. Kendian kami dihidangkan minum petang yang sangat lazat, begitu juga lunch n breakfast. Complete set. Yummy. Terbayang² hidangan vegetarian punya. Shedap ahhhhhhhhh. Pasni leh dok Riyaz even dr umah 15 minit jerk. Haha.


Conclusionnye. Saya sangat berpuas hati dengan this event. Sangat best pandu uji Exora. Jujur saya katakan, dulu bila naik mpv teman, or family friend punya mpv, akan timbul ketidakyakinan diri. Yelah, if aku pandu mpv ni, bleh ke kan. Tapiiiiiiiiiii... bila 1st time try Exora, terasa mcm ngam² timbul dalam diri. Terus start enjin n pandu cam biasa. Cam pandu hari². Wah... aura Exora sgt kuat. Jangan tak tau, 1st time try, terus rase nak beli tau. Rase jek. Serius ckp, 3 bulan lepas, meme (sila ikut style adi putra dalam KL Gengster punya style yer) nak amik Exora. Dek masalah teknikal (still xnak ngaku masalah kewangan tuh. ehe), sambor keta lain. Haha.

Btw, thumbs up to all Exora team n crews. You are the best. Bilalah Exora nak wat Treasure hunt bersama Exora kan. Lagi terus kuar money cash sambar Exora sejibik. Heheh.


p/s : nak buat ape dengan hadiah kemenangan? Sambar plasma tv satu... Tv dah rosak nuh.


Makluman Kepada DISTURBER yang gemar ANNOYING.

Penafian @ Pemberitahuan...

Makluman kepada semua

PEMBACA SETIA saya (kalau adalah. Hehe) n also my SILENT READER (yelah dah xboleh nak ganggu i guna anonymous kat commentkan, so terpaksalah DECIDE jd silent reader jek, huhu... so good luck too lah yer. Selagi rase panjang umur nak mengganggu hidup orang. OBSERVElah selagi MAMPU n jgn sampai bahankan saya. So, sure x takutkan jika diri anda xsempat pohon MAAF) n also yang menganggap diri kerdil saya ni sebagai MUSUH kepada diri anda sendiri, yang bahawasanya…

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di Bukan lagi Finger Note's - kini notapuan – nad Blog ini tidak boleh ditiru mahupun diplagiat, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada Tuan Empunyer Bukan lagi Finger Note's - kini notapuan - nad.

Juga dimaklumkan dan diperingatkan sekali lagi bahawa apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi seperti mencanang perkara yang tidak baik, buruk, memalukan, mengaibkan berkenaan perihal diri saya juga seluruh keluarga kaum kerabat saya di blog kepunyaan anda (termasuk laman sosial yang lain), sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik (media elektronik) termasuk di media massa, adalah melakukan suatu kesalahan, TINDAKAN BOLEH DIAMBIL mengikut akta

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998. If terasa DIVA n BERKUASA sgt nak menganggu n mencuba sesuatu yang membuatkan saya tak akan sesekali menimbangtara untuk mengambil TINDAKAN terhadap anda, dipersilakan. If you are PLAYING FOR KEEPS, so, pleased. I will do a same thing. So, good luck!

Sesungguhnya, setiap gerak geri buruk anda yang cuba bersikap

PENGGANGGU boleh dikesan secara terus. Harap Maklum n beware.

\('c*)v :: Peace no war n

u ollsss.

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

BAHAGIAN X - AM Bab 2 - Kesalahan Dan Penalti Tambahan

Seksyen 233. Penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian, dll.

(1) Seseorang yang—

(a) dengan menggunakan mana-mana kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi secara sedar—

(i) membuat, mewujudkan atau meminta-minta; dan

(ii) memulakan penghantaran,

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau

(b) memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik,

adalah melakukan suatu kesalahan—

(2) Seseorang yang secara sedar—

(a) dengan menggunakan suatu perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi memberikan apa-apa komunikasi lucah bagi maksud komersial kepada mana-mana orang; atau

(b) membenarkan suatu perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi di bawah kawalan orang itu untuk digunakan bagi suatu aktiviti yang diperihalkan dalam perenggan (a),

adalah melakukan suatu kesalahan.

(3) Seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen ini apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan hendaklah juga boleh didenda selanjutnya satu ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

sumber rujukan dari http://www.skmm.gov.my/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...