FEEL FREE TO CLICK MY NUFFNANG YER...TQVM :)

Feb 20, 2012

Kisah Adik Faris Nur Daniel, 6 tahun

Assalamualaikum...

Di fb saya ade opismate sharing about this entry, terus menyentuh hati saya yg juga seorang ibu kepada Putri Aisya Qistina. Herm, sangat sedih bila anak² dilahirkan sempurna diuji dengan ujian maha hebat ini. Semoga pasangan
Shamrulismawi Ismail dan isteri, Zuraini Mohamad diberi keteguhan dan keimanan serta semangat yang kuat.

Many thanks Bro Mazidul kerana sudi berkongsi kisah Adik Faris Nur Daniel yang berusia 6 tahun.

“Dan ketahuilah bahawasanya harta dan anak itu sebagai ujian bahawa sesungguhnya Allah pada sisi-Nya itu adalah ganjaran yang besar.”
(Surah al-Anfal, ayat 28)


“Allah tidak akan membebani seseorang kecuali sepadan dengan kemampuannya”
(Al-Quran Surah Al-Baqarah 2 : Ayat 286)



Jam 5.15 petang semalam, saya tiba di Sime Darby Medical Center, di Subang Jaya, Selangor. Sebagai blogger, saya membawa bersama kamera digital ke lokasi.


Berikutan tidak melihat notis atau papan tanda dilarang merakamkan gambar, dalam perjalanan ke North Tower, saya rekodkan gambar berikut.


Hampir jam 5.30 petang, saya tiba di luar Neonatal Intensive Care Unit, NICU. Ketika itu ayah Faris, Shamrulismawi IsmaiL, 38 tahun, sedang berbual bersama beberapa penduduk taman tempat tinggalnya, hadir untuk ziarah.


Syukur, sewaktu mendepani saat getir, saudara dan rakan datang meluahkan rasa simpati serta menghulurkan bantuan.


Tepat jam 5.30 petang, Sham menjemput saya masuk ke NICU untuk melihat keadaan Faris di dalam bilik berdinding cermin.


Waktu itu, hanya ibu Faris, kakitangan Celcom, Zuraine Mohamad dan jururawat bersama anak kecil berusia 6 tahun sedang bertarung dengan nyawanya itu.

"Dia boleh bernafas tetapi bergantung seratus-peratus kepada bekalan oksigen. Sejak sejam tadi, apabila dos ubat tidur dikurangkan, Faris mampu membuka matanya," ujar Sham kepada saya.


Dari jauh saya melihat dada kecil Faris turun naik, kencang. Matanya terbuka luas seakan mampu melihat kelibat ibunya setia duduk dan berdiri di sebelah anak bongsu itu.

Sebelum melangkah masuk ke unit terbabit, saya melihat beberapa notis di tampal di dinding berhampiran pintu masuk.


Hanya kelihatan notis larangan merokok dan menggunakan telefon bimbit.


Bagi saya, hanya orang tidak waras sahaja tergamak merokok di dalam bangunan hospital. Telefon bimbit? Jika diperhatikan dikebanyakkan hospital, sebilangan kakitangan pusat perubatan juga didapati menggunakan alat komunikasi itu. Justeru tidak hairan jika ahli keluarga pesakit dan pelawat sering dilihat berhubung menggunakan telefon bimbit.

Jika merakam gambar tidak dibenarkan dan dianggap hal teramat penting, pasti notis larangan penggunaan kamera ditampal di dinding hospital secara JELAS, sama seperti notis larangan lain.

Di lokasi itu tidak pula kelihatan notis larangan terbabit.

Justeru saya kemudian merakamkan gambar terakhir, sebelum masuk melihat anak kecil itu dari jarak dekat.


Saya memasukkan kamera ke dalam poket sebelum dihampiri seorang daripada jururawat bertugas.

"Di sini tidak boleh mengambil gambar," ujarnya secara hormat.

Selepas memakai topeng muka dan membasuh tangan, saya masuk menziarahi Faris.


"Faris, Faris, tengok ini, uncle datang," bisik Zuraine ke telinga anaknya berselimut.

Mendengar kata-kata itu, airmata saya spontan mengalir membasahi pipi. Saya perhatikan mata Faris, terbuka luas tetapi tidak berkelip. Sesekali kedengaran bunyi rengekan kurang jelas keluar dari mulutnya disumbat tiub.


Barangkali Faris ingin memberitahu kami, betapa peritnya pengalaman ditempuh itu. Tambahan pula, saya difahamkan, paru parunya kurang berfungsi.

"Perut dia membesar mungkin sebab hati dia bengkak," ujar Zuraine sambil mengusap perut anaknya.

Sila baca nukilan saya sebelum ini untuk mengetahui fakta berhubung Faris, klik di sini.

Tabahnya hati ibu itu.

Perjuangannya dan suami masih belum selesai, nasib anak kesayangan mereka masih belum diketahui. Namun saya percaya pakar perubatan dan kakitangan hospital swasta ternama itu sentiasa bertungkus-lumus, cuba memberikan rawatan terbaik untuk Faris.

Faris mula dimasukkan ke hospital terbabit sejak 19 hari lalu kerana demam. Empat hari kemudian dia disahkan oleh doktor mengidap HLH, bahasa mudahnya, barah darah.

Saya kemudian memegang kedua kaki Faris, terasa panas namun tidak bergerak.

Saya melihat airmata Zuraine bergenang sewaktu menyentuh kepala Faris. Berulang kali dia mengusap kepala anaknya, zuriat sebelum ini normal bergerak seperti anak lain. Hanya iman dan kepercayaan, Allah penentu takdir, hidup mati manusia, dia masih mampu berdiri dan tanpa jemu membisikkan kata kata semangat ke telinga Faris.


Untuk rekod, saya tidak merakamkan gambar sewaktu berada di dalam bilik bersama Faris.

Tiba-tiba, di luar, saya terlihat kelibat 2 pengawal keselamatan berbual bersama ayah Faris. Lalu saya bergerak keluar.

"Di sini tidak boleh merakamkan gambar," kata pegawai pengawal keselamatan.

Saya hanya sekadar bertanya.

"Saya tidak merakamkan gambar di dalam tetapi kalau ada peraturan atau undang-undang tidak membenarkan gambar Faris dirakamkan dari luar, mungkin encik boleh tunjukkan," ujar saya.

Barangkali bersimpati melihat saya masih bertopeng muka, kedua pengawal itu kemudian pantas beredar. Saya kemudian masuk semula ke bilik. Saya difahamkan, bil rawatan Faris kini mencecah RM75,000 sedangkan insuran ibu dan ayahnya berjumlah kira-kira RM40,000 sahaja.

Dua gambar saya rakam itu untuk dikongsikan bersama semua pembaca blog ini.

Fakta, saya tidak berada di hospital itu atas kapasiti sebagai wartawan tetapi sebagai sahabat dan blogger. Jika membuat liputan untuk stesyen televisyen, saya mempunyai jurukamera sendiri, dia tidak menggunakan kamera digital tetapi kamera DVC Pro atau Mini DV, merakamkan video, bukan gambar pegun.

"Polisi hospital ini tidak membenarkan gambar pesakit dirakamkan, untuk menjaga privacy pesakit. Kita memang ada surat pekeliling dikeluarkan oleh Pengarah hospital," ujar jururawat saya dekati.

"Kalau benar begitu, mengapa polisi itu tidak dipamerkan? Supaya pelawat dan keluarga pesakit maklum? Kalau boleh saya ingin melihat polisi itu dan sekaligus mengetahui apakah hukumannya jika merakamkan gambar di hospital," balas saya.

Dia kemudian berjanji untuk menunjukkan kepada saya surat pekeliling, polisi dalaman didakwa wujud. Namun selepas sejam berdiri di luar unit terbabit, tiada pula kakitangan hospital menemui saya seperti dijanjikan.

Jika isu privacy dibangkitkan, dia harus tahu, saya hanya merakamkan gambar Faris, bukan pesakit lain. Tambahan pula, rakaman itu dibenarkan oleh ayah pesakit justeru tidak timbul soal privacy. Sebelum ini semua gambar dimuatkan di blog ini dihantar oleh Sham melalui MMS kepada saya.

"Saya pun hairan juga, kata ada peraturan dilarang merakamkan gambar di hospital tetapi tiada pula kelihatan notis larangan. Hemat saya, setiap peraturan harus dimaklumkan secara jelas kepada pelanggan hospital," celah Baharuddin Zainal Abidin, 43 tahun.



Pekerja Pos Malaysia, kini menetap di Klang, Selangor itu, rakan Zuraine di kampung sewaktu kecil.

"Mereka mungkin tidak faham dan saya tidak diberikan peluang untuk menjelaskan fakta. Gambar Faris digunakan untuk dimuatkan di blog, agar lebih ramai pembaca budiman dapat membantu meringankan bebanan kos ditanggung oleh keluarga Faris," ujar saya.


Sham mendengar perbualan kami.

"Bukan apa Sham, dengan gambar itu kita mampu berkongsi perkembangan terkini Faris. Berbekalkan fakta, pembaca blog saya dan masyarakat, InsyaAllah, tentunya tanpa keraguan akan terus menghulurkan sumbangan," jelas saya.

Sham memahami tuntutan itu.

"Berikutan ramai orang menyumbang, Maybank pada awalnya telah menyekat akaun pertama saya, kerana banyak transaksi. Barangkali bimbang berlaku kes penipuan tetapi setelah diperjelaskan, kini akaun terbabit diaktifkan semula. Kalau ingin menghulurkan bantuan, mohon gunakan akaun Maybank saya, 1140-1115-2218 atau 1628-5200-2738," katanya.

Setakat ini, dilapor RM16,800 berjaya dikumpulkan. Sham dan isteri memerlukan lebih RM30,000 untuk menampung bil hospital Faris selama 19 hari.

"Sampaikan ucapan terima kasih saya kepada semua mereka membantu, hanya Allah mampu membalas jasa baik mereka. Mohon doakan bersama, agar Faris sembuh seperti biasa," pinta Sham.




Rujukan hadis :-


p/s : anak-anak mengalami demam, selsema, batuk saya sangat risau. Takut, mohon pada Allah semoga Adik Faris Nur Daniel cepat sembuh dan sihat seperti sediakala hendak-Nya. Amin Yarobbal Alamin...


Yang benar, benar dan benar-benar, benar...
♥♥♥ T.E.F.i.N ♥♥♥

Makluman Kepada DISTURBER yang gemar ANNOYING.

Penafian @ Pemberitahuan...

Makluman kepada semua

PEMBACA SETIA saya (kalau adalah. Hehe) n also my SILENT READER (yelah dah xboleh nak ganggu i guna anonymous kat commentkan, so terpaksalah DECIDE jd silent reader jek, huhu... so good luck too lah yer. Selagi rase panjang umur nak mengganggu hidup orang. OBSERVElah selagi MAMPU n jgn sampai bahankan saya. So, sure x takutkan jika diri anda xsempat pohon MAAF) n also yang menganggap diri kerdil saya ni sebagai MUSUH kepada diri anda sendiri, yang bahawasanya…

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di Bukan lagi Finger Note's - kini notapuan – nad Blog ini tidak boleh ditiru mahupun diplagiat, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada Tuan Empunyer Bukan lagi Finger Note's - kini notapuan - nad.

Juga dimaklumkan dan diperingatkan sekali lagi bahawa apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi seperti mencanang perkara yang tidak baik, buruk, memalukan, mengaibkan berkenaan perihal diri saya juga seluruh keluarga kaum kerabat saya di blog kepunyaan anda (termasuk laman sosial yang lain), sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik (media elektronik) termasuk di media massa, adalah melakukan suatu kesalahan, TINDAKAN BOLEH DIAMBIL mengikut akta

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998. If terasa DIVA n BERKUASA sgt nak menganggu n mencuba sesuatu yang membuatkan saya tak akan sesekali menimbangtara untuk mengambil TINDAKAN terhadap anda, dipersilakan. If you are PLAYING FOR KEEPS, so, pleased. I will do a same thing. So, good luck!

Sesungguhnya, setiap gerak geri buruk anda yang cuba bersikap

PENGGANGGU boleh dikesan secara terus. Harap Maklum n beware.

\('c*)v :: Peace no war n

u ollsss.

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

BAHAGIAN X - AM Bab 2 - Kesalahan Dan Penalti Tambahan

Seksyen 233. Penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian, dll.

(1) Seseorang yang—

(a) dengan menggunakan mana-mana kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi secara sedar—

(i) membuat, mewujudkan atau meminta-minta; dan

(ii) memulakan penghantaran,

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau

(b) memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik,

adalah melakukan suatu kesalahan—

(2) Seseorang yang secara sedar—

(a) dengan menggunakan suatu perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi memberikan apa-apa komunikasi lucah bagi maksud komersial kepada mana-mana orang; atau

(b) membenarkan suatu perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi di bawah kawalan orang itu untuk digunakan bagi suatu aktiviti yang diperihalkan dalam perenggan (a),

adalah melakukan suatu kesalahan.

(3) Seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen ini apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan hendaklah juga boleh didenda selanjutnya satu ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

sumber rujukan dari http://www.skmm.gov.my/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...