FEEL FREE TO CLICK MY NUFFNANG YER...TQVM :)

Mar 29, 2012

4 perkara capai keharmonian rumah tangga

As salam...

Korang tengah watpe, keje eak,

Ekceli sy masih nop in the mood,

Nak mkn pun tarak selera (bajet leh kurus cepat)

Tak tahulah,

Tapi, saya nak share sumthing tau (mood tetiba ceria)...

Jap sy copy dan paste...

Ni saya jumpa kat google lah. 

Wordpress. 

Milik Nurjehan. Kat Mutiara Hati at here.

Moh sesama bace...


Oleh Mohd Shukri Hanapi

BAGI kehidupan sebuah keluarga bahagia dan harmoni, perasaan atau emosi suami isteri perlu sebati. Untuk mencapai tahap kesebatian emosi, kedua-duanya perlu hidup dalam suasana diliputi cinta, kasih-sayang, saling memahami dan bekerjasama dalam erti kata sebenarnya.

Kejernihan hubungan ini tidak harus dirosakkan atau dicemari sesuatu perkara pun, malahan tiada perkara yang harus menimbulkan kegelisahan mana-mana pihak. - bagi saya ini sgt PENTING sbb sesetengah pasangan anggap sesuatu perkara yg berlaku yakni perkara yg tidak diduga spt perkara remeh-temeh sehingga boleh menimbulkan kebengkekkan pasangan mereka walhal one day sapa tahu akan jd sesuatu yg serius di mana pd tika itu, tidak guna untuk memperjelaskan, menafikan juga memperbetolkan kerna ♥ pasangan sudah robek utk mempercayai kejujuran kamu. (Robek hatiku, aduh robek hatiku). So, sgtlah PENTING dan PERLU untuk SALING MEMAHAMI pe pasangan anda SUKA dan TIDAK SUKA (pasangan yang ego, korang buat camne pun tetap tak paham n buat tak paham. So, sila tunjuk ego korang ade jugak. haha. Boleh cenggitu?)

Aspek pergaulan antara suami isteri, ibu bapa dan anak serta adik-beradik sama penting dengan asas pembentukan rumah tangga harmoni. - sbb kita berkahwin bukan hanya dengan pasangan kita sahaja, tetapi seluruh keluarga pasangan masing-masing.

Oleh itu, aspek ini perlu diberi perhatian serius setiap pasangan suami isteri dan sesiapa saja yang ingin memasuki alam rumah tangga.

Untuk mencapai kebahagiaan hidup berkeluarga dan kecemerlangannya, pergaulan antara anggota keluarga, terutama suami isteri, perlu diliputi empat unsur iaitu cinta atau kasih sayang, saling memahami, kerjasama dan keikhlasan.

Sifat saling menyintai antara satu sama lain adalah suatu unsur yang suci dalam pergaulan suami isteri.

Cinta yang dimaksudkan bukan kata-kata manis yang hanya sedap didengar diucapkan oleh lidah tetapi cinta sebenar mempunyai makna lebih mendalam dan luhur tertanam di lubuk hati.

Ia juga digambarkan dengan layanan serta pergaulan yang baik lagi mesra kerana tanpa cinta sejati tiada persefahaman, kerjasama dan keikhlasan. Malah, tanpa cinta, perasaan keseronokan, keceriaan dan kebahagiaan sama sekali tidak muncul.

Selain itu, dalam usaha mewujudkan persefahaman dalam rumah tangga, pasangan suami isteri tidak perlu bersusah payah mengeluarkan perbelanjaan yang banyak, cuma menggunakan akal dikurniakan Allah, di samping bersopan dalam tutur kata dan tindak tanduk.

Mungkin ada masalah tertentu terpaksa dihadapi sesebuah keluarga atau berlaku perkara tidak diduga. Tetapi dengan persefahaman antara anggota keluarga segala masalah akan dapat diatasi dengan baik.

Demikian juga, sikap saling memahami antara satu sama lain, dapat mengelak rasa curiga dan prasangka yang puncanya selalu tidak jelas.

Sebuah rumah tangga tidak boleh ditegakkan dengan jaya jika anggotanya tidak menunaikan tugas atau tanggungjawab masing-masing dengan sempurna.

Suami isteri perlu saling bantu-membantu untuk membahagiakan keluarga. Suami yang baik tidak akan membiarkan isterinya bertungkus-lumus bekerja di rumah, sedangkan dia tidak membuat apa-apa kerja.

Begitu juga isteri yang memiliki harta banyak tetapi sedikitpun tidak mahu menyumbang untuk kebahagiaan keluarga.

Suami isteri yang demikian adalah bersifat ‘keakuan’, tidak sesuai dengan kehidupan rumah tangga yang ingin mencapai kecemerlangan dan kebahagiaan.

Sikap seperti ini juga merosakkan kemesraan pergaulan suami isteri dan anggota lain dalam keluarga.

Dalam usaha membina sebuah keluarga bahagia, suami isteri semestinya memiliki sifat ikhlas dan jujur, sebagai teras kepada unsur lain kerana tanpa kedua sifat itu boleh mendedahkan keluarga kepada akibat buruk.

Rumah tangga akan kerap dilanda pergolakan dan perselisihan faham menyebabkan terhakisnya keadaan tenteram serta tenang yang membawa kebahagiaan kepada keluarga.

Firman Allah yang bermaksud, “Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara mu rasa kasih-sayang. Sesungguhnya pada yang sedemikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.” (Surah al-Rum, ayat 21).
Jika empat perkara yang disebut dan dibincangkan dapat direalisasikan dalam pergaulan suami isteri dan ahli keluarga lain, ikatan serta hubungan kekeluargaan semakin kukuh. Seterusnya kehidupan berkeluarga itu menjadi mantap, ceria dan bahagia.

INFO
Empat perkara keluarga bahagia
  1. Sifat saling menyintai antara satu sama lain adalah unsur suci dalam pergaulan suami isteri. Cinta sebenar mempunyai makna lebih mendalam dan luhur tertanam di lubuk hati.
  2. Pasangan suami isteri perlu persefahaman menggunakan akal dikurniakan Allah, di samping bersopan dalam tutur kata dan tindak tanduk. Sikap saling memahami dapat mengelak rasa curiga dan prasangka.
  3. Suami isteri perlu saling bantu-membantu untuk membahagiakan keluarga. Suami isteri bersifat ‘keakuan’, tidak sesuai dengan kehidupan rumah tangga.
  4. Suami isteri semestinya memiliki sifat ikhlas dan jujur, sebagai teras kepada unsur lain kerana tanpa kedua sifat itu boleh mendedahkan kepada akibat buruk.





Yang benar, benar dan benar-benar, benar... 
♥♥♥ T.E.F.i.N ♥♥♥

Makluman Kepada DISTURBER yang gemar ANNOYING.

Penafian @ Pemberitahuan...

Makluman kepada semua

PEMBACA SETIA saya (kalau adalah. Hehe) n also my SILENT READER (yelah dah xboleh nak ganggu i guna anonymous kat commentkan, so terpaksalah DECIDE jd silent reader jek, huhu... so good luck too lah yer. Selagi rase panjang umur nak mengganggu hidup orang. OBSERVElah selagi MAMPU n jgn sampai bahankan saya. So, sure x takutkan jika diri anda xsempat pohon MAAF) n also yang menganggap diri kerdil saya ni sebagai MUSUH kepada diri anda sendiri, yang bahawasanya…

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di Bukan lagi Finger Note's - kini notapuan – nad Blog ini tidak boleh ditiru mahupun diplagiat, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada Tuan Empunyer Bukan lagi Finger Note's - kini notapuan - nad.

Juga dimaklumkan dan diperingatkan sekali lagi bahawa apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi seperti mencanang perkara yang tidak baik, buruk, memalukan, mengaibkan berkenaan perihal diri saya juga seluruh keluarga kaum kerabat saya di blog kepunyaan anda (termasuk laman sosial yang lain), sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik (media elektronik) termasuk di media massa, adalah melakukan suatu kesalahan, TINDAKAN BOLEH DIAMBIL mengikut akta

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998. If terasa DIVA n BERKUASA sgt nak menganggu n mencuba sesuatu yang membuatkan saya tak akan sesekali menimbangtara untuk mengambil TINDAKAN terhadap anda, dipersilakan. If you are PLAYING FOR KEEPS, so, pleased. I will do a same thing. So, good luck!

Sesungguhnya, setiap gerak geri buruk anda yang cuba bersikap

PENGGANGGU boleh dikesan secara terus. Harap Maklum n beware.

\('c*)v :: Peace no war n

u ollsss.

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

BAHAGIAN X - AM Bab 2 - Kesalahan Dan Penalti Tambahan

Seksyen 233. Penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian, dll.

(1) Seseorang yang—

(a) dengan menggunakan mana-mana kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi secara sedar—

(i) membuat, mewujudkan atau meminta-minta; dan

(ii) memulakan penghantaran,

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau

(b) memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik,

adalah melakukan suatu kesalahan—

(2) Seseorang yang secara sedar—

(a) dengan menggunakan suatu perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi memberikan apa-apa komunikasi lucah bagi maksud komersial kepada mana-mana orang; atau

(b) membenarkan suatu perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi di bawah kawalan orang itu untuk digunakan bagi suatu aktiviti yang diperihalkan dalam perenggan (a),

adalah melakukan suatu kesalahan.

(3) Seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen ini apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan hendaklah juga boleh didenda selanjutnya satu ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

sumber rujukan dari http://www.skmm.gov.my/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...