FEEL FREE TO CLICK MY NUFFNANG YER...TQVM :)

Jul 31, 2013

Lagu raya : Hari Raya kita saling bermaaf-maafan, Hari Aaaaaaaaa Ya

 As salam


Uit, posa xpenuh ada hati nak raya ye. Malu ai. Normal ok. Tersenyum.

Blk khoje semalam. Macam biasa melayan kerenah bebelan anak sambil berborak dengan en hubby. Borak punye borak sebutlah pasal lagu raya. Biasalah dah penghujung Ramadhan ni, selain berebut-rebut meningkatkan amal ibadah kadang² mood raya juga mencelah dalam tak sedar. Lagilah yang tak sabar nak balik kampung halaman. Like me. Suke. Hehe. Eh, kan org Terengganu keje pun kat Terengganu, nak balik kg mananya? Hai, dah kawen mawen ni, silalah paham. Tahun ni giliran blk umah mak mertua. Perak. Suke dan alhamdulillah sebenarnya. Sebab dapat merasai nikmat suasana balik kampung. Dapat merasai jammed di jalanan (ate kamu nape), suasana dalam jiwa tu lain tau. Pastu otw tu pun balik enjoy. Membawa bersama ole² untuk keluarga mertua. Apatah lagi dah hampir 6 tahun berkahwin, tak pernah lagi saya memasak untuk hidangan Aidilfitri. Menantu hantu. Last, buat laksam. Tapiiiiiiiiiiiiii dalam banyak² laksam yang dibuat, hanya dua je tergulung elok n tak terburai. Malewwww wey, mana nak taruk muka. Dalam periuk laksam? Aha, sila, bersila dalam periuk terus. Mujurla, kuah laksam menjadi n tip top kau. Ko hade. Nape bleh perasan tip top? Sebabbbbbbbbb, en hubby before this takleh telan laksam itu, tetiba boleh menghirup. Hah, majik tak, majik kan. Lompat tikam bintang terus. So, tahun ni nak masak apa? Nasi dagang. Nice menu. Dah tau mende tu leceh n remeh khas untuk pra amatur mcm saya ni lg mahu mencabar diri sendiri nak buat ye. Dipersilakan. Bersilatlah aku kat kampung nanti.

Pepun, semua pengguna jalanraya yg happy nak blk kampung tu termasuk saya, jgnlah terlampau happy tau. Baca doa menaiki kenderaan tu n ayat Qursi banyak². Mohon dipermudahkan dan selamatkan perjalanan kita. Yelah, yg tak enjoynya kalau berselisih dengan pemandu yang lagak macam br je start enjin kereta terus mau segera sampai. Khoje gilo. Mengalahkan pelesit bawa kereta. Slow² lah ek. 

Menyentuh pasal raya ni, saya perasan, mcm sendu je nak sambut raya ye. Hehe. Saya pun xberapa nak shopping lg. Mood takde lagi. Entah sempat ke tidak menjumpai Romadhon kelak. Sedih. Penghujung Ramadhan br berpeluang berpuasa. Alhamdulillah, nikmat Allah swt yang mana mahu kudustakan, kan. Sama² memanjatkan doa agar kita diberi peluang untuk menikmati Ramadhan Al-Mubarak kelak, amiinnn.

Saya kata sendu sebab, kebiasaannya, ade je yang dah post lagu raya kat FB, ni takde, baguslah korang. Tersenyum lagi diri ini. Hasil borak dengan en hubby semalam, en hubby sempat berkongsi video klip lagu raya dendangan band iamNEETA, Najwa Latif, Deanna Hussin & Mimie Haris. Hari Ra Aaaaa Ya... haha. bolehlah, santai. Hangguk-hangguk kepala. Meh, nonton meh. Kita relax jap.


 
Hari Raya kita saling bermaaf-maafan, Hari Aaaaaaaaa Ya


Till then, hati-hati di jalan raya, sentiasa baik sangka sesama kita, usahlah mengata yang diri anda sering dipersenda jika anda sendiri tidak pasti adakah benar mereka mengata tetapi sendiri pula acapkali mengata-ngata walhal disebaliknya adalah tidak.  Ewah. Hindarkan kebusukan hati. Sayangi ibu bapa anda selagi masih ada. Hargai mereka deh. 

Merepek meraban je aku.

Psss, bersungkey di mana hari ni?




 



Yang benar, benar dan benar-benar, benar... 
♥♥♥ T.E.F.i.N ♥♥♥

Jul 29, 2013

BerIFTAR Sana dan Sini, Alhamdulillah

As salam


Puasa tak sayang² semua ni. Ibu² preggy, camne, ok? Ok ek, cantek. Menyentuh mengenai iftar yakni berbuka puasa in arabiah, start mggu lepas sehingga minggu ini, permintaan peminat untuk berbuka sekali memang tak terlayan. Haih, payah jugak ek kalau dah ramai peminat. Herm... haha. debush i please tlg debush i. Astaghfirullahalazim. bongkak bunyinye tu. Ni rezeki namanya. Kawan² encik hubby belanjakan. Berkongsi rezeki, atenye. Allhamdulillah.

Rabu last week, kami berbuka di Tabung Haji Hotel in front of stadium runtuh kat area Gong Badak, KT. Erm, makan quite ok and boleh tahanlah. Punyalah lama kemain tak lalu ikot sini, tetiba wujud hotel kan. Memang bebetol strategik. Yalah, mana tak strategik, dahlah dekat je ngan airport, kalau melantak tak ingat dunia kat hotel tu bolehlah membuang lomak kat sekitar stadium tu, Jog². Boleh jugak buang masa, bazir duit kat deretan kedai berhampiran. Btw, sorry, this time no picca to talk² u know.

Sabtu plak, ajak suami amik jubah kat supplier sebab my BFF, Andik nak. So, settle semua, terus plan on the spot nak berbuka kat mana. Seb baik i yang bijak pandai lagi cergas ni, bwk siap-siap tikar, polisterine punye pinggan utk standby beriftar ala² picnik di area batu buruk. Syok. Tak sangka, kedatangan kami beriftar di situ diiringi dengan bunga-bungaan api yang indah bagaikan pasangan bercinta yang direstui, puiiii. Hahha. 

Juadah dibeli di PARAM yang berdekatan. Baru je siap beli ayor, kedengaran bunyi bedilan menandakan waktu berbuka puasa dan diiringi azan maghrib nan indah. Sekali, singgah satu gerai ke satu gerai. tiba di gerai kuih-muih, eh, eh, my junior enak berjualan di situ. Dapatlah kuih free. Rancak bercakap, dapat je kuih terus blah. Siap bergaya sambil tayang kuih tersebut dengan ucapan terima kasih sebab sudi sedekah onde-onde, kuih cara berlauk dan lupa satu lagi kuih, sekali tak terambik rupenye. Habis, yg ko tayang² plastik sambil ucap jutaan terima kasih kat junior ko tu hape? Haih. Inilah yang dinamakan takde rezeki. Kikiki.

Orait, petang semalam, Ahad, sekali lagi kami dijemput berbuka bersama. Di Primula Hotel, Pantai Batu Buruk Kuala Terengganu. Subhanallah, sedap, sedap dan sedap yanggggggggg amat. Sorry, picca tak banyak. So, let's talk with my pictures.

Namun , sesedap macamana pun, saya takleh melantak sesuka hati, still mengambil nasi putih n ikan. Fuh, memang kena kuatkan iman bebetol dan sebetolnye lah. Haih. Banyak woooo. Nak snap gambo, malewww. Biasalah, blogger Xup-hot ken.

 Aisya ngan buah memang tak dapek nak dipisahkan. Patotlah badan maintain je noks. Leh ikut diet dia ni.


 Kiri : kuih dan muih, beranekaaaaa macam, makanlah makan jangan melantak, hah, gitu.
Kanan : Pelbagai aneka ikan bako. Pilihan tepat utk org berpantang macam saya, tp terlewat pandang bila diri ini terlebih dulu mengap ikan talapia goreng garing ala² sweet sour. Giler sedap. Super kentang sedap. Slurpppp. Tapi, saya punye meal sedikit spoil bila saya menambah sesudu kuah sotong sumbat. Rasa susu. Eeee, kureng sket saya. hehe. Tapi, layankan aje, membazir nnt. Tak elok membazir, ingat sket, bila nak amik makanan tu, jgn terlampau banyak, x hbs membuang je. Cuba ingat sket mereka yg susah and yang entah mcamana corak hidangan iftarnya.


 Ni apa ni, daging Anjung Bistro? Kibas kipas lipas? Kambing kot.


 Ya Allah, yang ni super sedap, dap dan dap. Sayang i xleh makan. Tp, dalam diam curi² makan. Sket je, seruas ibu jari. Kira oklah. Pulut kuning makan bersama Rendang Tok n Ayam masak apa ek, lupalah mak nak. Haaa, ayam masak minang. Yang ni saya tak sentuh. Sedapnye. Bilalah dapat pergi lagi. 


Ni pakej buffet di sini. Di Primula Hotel. Oklah, tak rugi. Aha, oklah sgt bg kau sebab org belanja, Ate, kamu yang sendiri keluarkan duit sendiri, mau ke kamu. Idok kan. Sure akan cakap, "menda ntah, mahal". Haha. Apa org belanja semuanya sedap. Laju je langkah. But, in shaa Allah, memang sedap. Cubalah and terima kasih yang menjemput berbuka bersama dan semoga Allah swt membalas jasa baik kalian dan semoga juga nda sentiasa dilimpahi rezeki yang pernuh berkat ini, Aminnn.


 Sempat posing dua beranak ni. 


Korang jaga², sinaran UV memantul ke arah anda. Hikhikhik, ampun bang. Anak iollsss ni, takde gaya posing lain nak. Alahai.


So, hari ni, ke mana? Geng office ajak beriftar di area Tanjung, KT, tp ampun kalian, bukan mak tak nak tapi mak penat. Bukan sombong, tp pleaseeeeeeeeee, ampunkan patik. Hehe. Dengan sejuk suasana di opis, buat mak skt urat. Mau je, bwk katil salai, n salai kat sini. Hahah, so, over to the top kan. 

Esok? In shaa Allah, beriftar bersama Geng PTM en hubby. Area rumah je kot. Senang. #owww, esok tak penatlah ek. Mengada. Bias. Pilih kasih. Tak adil, ini tak adil. #iterusambikhandbagandlarikkkkk.

Btw, kepala otak i dah pk nak masak Sardin masak lomak cili padi style Kak Filla. Jom try. Lain lauk, ikan rebus, ulam pegaga, budu and tak lupa, bilis rebus ditumbuk bersama halia dan lada hitam. Terangkat makan dengan nasi panas² suam kuku kaki ni.


Till then, selamat memasak, selamat beriftar di luar mahupun di mana sahaja anda berada...

Assalamualaikum wbt. :).










Yang benar, benar dan benar-benar, benar... 
♥♥♥ T.E.F.i.N ♥♥♥

Jul 28, 2013

Many thanks PRETTYCHASE

As salam semua...

Wallah, 1st day masuk keje di tempat baru. Rasa macam nebes lain macam. Macam baru masuk kolej. Baru mendaftar katanya. Pastu control² jelita n bajet ada orang nak ngorat. Pastu jalan pun menjaga lenggang kot² terlari alignment. Apatah lagi bila si dara melintasi barisan si teruna. For sure, secara automatiknya, tetiba bagaikan dikawal oleh sesuatu, anda akan bertatasusila ken. Ecxited terlebih kan. Btol tak. Tak baik tipu. Saya xpe. Hikhikhik. Pastu bile bertentang mata, terus bajet ayu. Pusing je kepala ke depan, terlanggar dinding. Ayu ke mana, jelita entah ke mana. Tau² lintang pukang lari tak ingat dunia. Ingat dunia NuYa xpe. No hal. Haha.

Ok, saya tipu. Hah, elok bulan Ramadhan penuh berkat wat keje menipu. Hehe. Ok, saya baru je masuk kerja setelah dua minggu mc. Gitu.

Saya mc sebab missed carriage for 3rd times. :). Alhamdulillah, saya ok setelah dipermudahkan oleh Allah swt dengan diiringi doa suami, family dan teman² tersayang. Sayang uolllsss...

Btw, masuk je office, anak buah tersengih (tersengih sebab rindu mendalam kat saya, ye kat saya. Btol, kat saya, bukan kat org lain. Huh, dasar perasan). Then, terus menyampaikan amanat. Bagus diorg ni, bagus. Bleh up sket SKT ni. Kata kau kan. 

Diorang maklum itu n ini non stop sehinggalah hal surat menyurat. Check sepintas lalu, hati saya teruja bila i got satu letter dari company online ni.

Before that, pernahlah jugak shopping online kat sini. Like kemeja. Tak silap dalam 2 helai rasenya. Antaranya, like below.


I xchoose the pinkish one, i choosed the green one. I siap promote member kat opis tau. Alhamdulillah, diorg beli lah. Pasal measurement tu korang jangan risau. Perati dan semak betul² sebelum beli. If ada masalah dengan pakaian yg anda beli, sila inform dengan prettychase. Via fb or email. For me, senang via email lah. Orait. So, feel free to visit their website at http://prettychase.com/ guys.




Tapi kan, x sangka plak bila kandungan surat mereka mengandungi ini.


prettychase.com guyssss. Wahhh, rezeki. Alhamdulillah. I lap u lebeylah prettychase.


Terima kasih tidak terhingga to prettychase.com. Even saya hanya memborong sekali dua sahaja, tetapi menjenguk bebanyak kali juga, mereka tidak pernah melupai customer picisan ini. Terima kasih sekali lagi. Thanks tau korang. Haih, pandai btol menarik perhatian pelanggan kan. Leh isi angpau raya ken.

Sooooooooooooooooooooo,

Let's shoppinggggggggggggggg with prettychase.com











Yang benar, benar dan benar-benar, benar... 
 ♥♥♥ T.E.F.i.N ♥♥♥

Jul 23, 2013

Penangan ROY... PATAHLAH HATI



FUAD : Dahlia awak cr sy ke?

DAHLIA : Aha, awak pergi mana?

FUAD : Pergi Buat Xray, doktor tkt ada apa² yg patah kat dalam

DAHLIA : Ada yg patah kat mane² ke?

FUAD : Aha, ada yang patah.

DAHLIA : Habis tu, kena buat operate ke.

FUAD : Aha, Patah yg xkena operate, patah hati....




ME : owww, so suweeetttt... Haih, Faizal Hussein, btol lah si Fuad ni. No wonderlah, ramai sgt berperasaan menjadi ROY... hikhikhik...






Tamat dah siri Dahlia ni. Haih, patah yang tak perlu operate. Tapi, untunglah, patahnya orang perasankan?










Selamat berbuka puasa semua...

Jul 20, 2013

Julia oh Julia

As salam.

Tak terlambat saya nak ucap Salam Romadhon Al-Mubarak. Lama x update blog since saya di'warded' almost a week.

Berkenaan kisah saya di'warded', nanti2 saya ceritakan ye. Ni saya nak cerita pasal si Julia. Julia? Ye, Julia, bukan nama sebenar. Hehe.

Sedih kisahnya dan mesti kita baca dengan penuh tawadhok.

Ini dia...





MESTI BACA!!!Cerita Yang Sangat Sedih





MESTI BACA!!!Cerita Yang Sangat Sedih| "Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit," kata Julia lembut sambil membetulkan pakaian Ahmad. Ahmad tersenyum memandang isterinya.

"Cantik isteri abang hari ni," Ahmad mencubit pipi Julia lembut.

"Ayah, ayah, cepat la yah," Liz dan Lin meluru masuk ke bilik kerana dah tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung.

"Yelah, yelah, ayah dah siap ni."

Julia hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah anak-anak mereka yang comel dan manja. "Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni, ye?"

"Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan. Baru kali ni abang ada peluang untuk cuti panjang." Ahmad berkata kepada isterinya tercinta.

Perjalanan daripada KL ke Teluk Intan mengambil masa lebih kurang empat jam. Liz dan Lin dah pun terlelap kat kerusi belakang. Begitu juga dengan isterinya, Julia. "Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung," Ahmad berkata dalam hati.

Sedikit demi sedikit Ahmad menekan minyak keretanya. Semakin lama keretanya semakin laju dan Ahmad semakin seronok. Ahmad dah tak sabar untuk segera .... sampai ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan Honda Civicnya mula memecut.Ahmad cilok kiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan dipotongnya. Bangga betul Ahmad masa tu. Terlupa dia sekejap pada anak dan isterinya yang sedang tidur.

"Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?" tiba-tiba Julia terjaga dari tidurnya.

"Tak ada apa la sayang, rileks... cepat sikit kita sampai kampung nanti."

"Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa.... jangan laju sangat bang, Julia takut." Julia cuba memujuk Ahmad supaya memperlahankan kenderaannya.

"Rileks Julia, tak ada apa-apa," Ahmad terus memotong bas ekspres didepannya tanpa was-was.

"Haaa..kan, tengok. Tak ada apa-apa kan?" kata Ahmad setelah berjaya memotong bas ekspres tadi.

"Sudah la tu bang."

"Ha... tu ada satu lagi bas ekspres. Julia tengok abang motong dia aaa...." Ahmad terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai. Ahmad terus membelok ke kanan untuk memotong dan.... di depannya tersergam sebuah lori balak yang besar dan gagah dan..... BANG!!.

"Julia....bangun nak," sayup-sayup terdengar suara emaknya.

Julia membuka matanya. Dia terlihat emaknya di situ. "Mana abang Ahmad mak? Macammana dengan suami saya, mak? Liza, Linda....mana anak-anak saya mak?" Bertubi-tubi Julia menyoal emaknya. Julia tak dapat menahan kesedihannya lagi. Julia menangis semahu-mahunya di depan emaknya. Emaknya memandang Julia tepat-tepat.

"Macamana dengan suami Julia mak, abang Ahmad?" Julia masih terus menangis.

PANGGG!!. Kepala Julia ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba. Julia terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam tu?

"Banyak la engkau punya suami! Muka dahlah tak cun, asyik dok berangan saja, belajar pun malas, kerja pun tak mau, ada hati nak berlaki. Apa punya anak dara la kau ni?? Tu la, tidur lagi senja-senja macam ni! Dah!! Bangun pegi sembahyang! Asar pun dah nak habis!" emaknya terus merungut sambil berlalu keluar...... dan Julia tersengih keseorangan.Rasa macam nak masuk dalam tin biskut! "


sumber : facebook.



Ending... Alah, saya dah bacalah kak... Hehe.


Salam Terawikh...

Makluman Kepada DISTURBER yang gemar ANNOYING.

Penafian @ Pemberitahuan...

Makluman kepada semua

PEMBACA SETIA saya (kalau adalah. Hehe) n also my SILENT READER (yelah dah xboleh nak ganggu i guna anonymous kat commentkan, so terpaksalah DECIDE jd silent reader jek, huhu... so good luck too lah yer. Selagi rase panjang umur nak mengganggu hidup orang. OBSERVElah selagi MAMPU n jgn sampai bahankan saya. So, sure x takutkan jika diri anda xsempat pohon MAAF) n also yang menganggap diri kerdil saya ni sebagai MUSUH kepada diri anda sendiri, yang bahawasanya…

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di Bukan lagi Finger Note's - kini notapuan – nad Blog ini tidak boleh ditiru mahupun diplagiat, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada Tuan Empunyer Bukan lagi Finger Note's - kini notapuan - nad.

Juga dimaklumkan dan diperingatkan sekali lagi bahawa apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi seperti mencanang perkara yang tidak baik, buruk, memalukan, mengaibkan berkenaan perihal diri saya juga seluruh keluarga kaum kerabat saya di blog kepunyaan anda (termasuk laman sosial yang lain), sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik (media elektronik) termasuk di media massa, adalah melakukan suatu kesalahan, TINDAKAN BOLEH DIAMBIL mengikut akta

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998. If terasa DIVA n BERKUASA sgt nak menganggu n mencuba sesuatu yang membuatkan saya tak akan sesekali menimbangtara untuk mengambil TINDAKAN terhadap anda, dipersilakan. If you are PLAYING FOR KEEPS, so, pleased. I will do a same thing. So, good luck!

Sesungguhnya, setiap gerak geri buruk anda yang cuba bersikap

PENGGANGGU boleh dikesan secara terus. Harap Maklum n beware.

\('c*)v :: Peace no war n

u ollsss.

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

BAHAGIAN X - AM Bab 2 - Kesalahan Dan Penalti Tambahan

Seksyen 233. Penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian, dll.

(1) Seseorang yang—

(a) dengan menggunakan mana-mana kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi secara sedar—

(i) membuat, mewujudkan atau meminta-minta; dan

(ii) memulakan penghantaran,

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau

(b) memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik,

adalah melakukan suatu kesalahan—

(2) Seseorang yang secara sedar—

(a) dengan menggunakan suatu perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi memberikan apa-apa komunikasi lucah bagi maksud komersial kepada mana-mana orang; atau

(b) membenarkan suatu perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi di bawah kawalan orang itu untuk digunakan bagi suatu aktiviti yang diperihalkan dalam perenggan (a),

adalah melakukan suatu kesalahan.

(3) Seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen ini apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan hendaklah juga boleh didenda selanjutnya satu ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

sumber rujukan dari http://www.skmm.gov.my/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...