Since lately xhabes² saya dok bercerita pasal zaman YPM dulu kan? sure korang boring. But kepada silent reader yang menganggap diri saya ni musuh beliau, jgn nak menyebok nak merosakkan dan mengaibkan saya. saya xkacau hidup anda. blajor tinggi² so please guna otak. bukan pasal cintan cintun yer. tettttttttttt. banyak hati kena jaga if nak bercerita pasal ♥ ni. xleh. except yang dah tangkap 'halal' ngan staff of geng YPM sendiri. baru leh saya cerita. btw, ni saya nak story pasal peristiwa yang menggelikan hati lagi. Antara saya, Syanur, Mieyn n Kuyah.
Peristiwa 1.
Saya ingat² lupelah kisah ini sebonar eah. Hari tuh kami kecoh sebab ape ntah. Nak recalled blk, sorg member YPM x online YM. btw, saya ceritalah pe yang diingat eak. Waktu tu kat Apartment Nuri. Kami kecoh² sebab pe ntah. Rase sebab nak amik pos laju kat post opis rasenyer. tp lupa siapa punyer. So, yang ade motor license time tu x silap saya, Syanur n Mieyn.
And time tu jugak kami masih sebagai student SSK yakni student Sijil Sains Komputer. Memasing xde kenderaan. Kepala ligat nak pinjam motor sape. Time tu jugak, member lelaki x ramai kami kenal n xsemua menetap di Apartment Nuri. Last² sapa ntah bagi idea suh pinjam moto warden. Warden kami on that time namanya Pak Taha (bukan nama sebenar coz saya lupa pe nama dia, ehe) ke pe ntah. weh korang, aku lupa, aku lupa (cam Nazmi Raja Lawak pleks kisahnye).
Dek kerana barang nak diambil tuh seakan penting, so nak xnak kena pickup gak that barang. Akhirnya salah sorang dr kami memberanikan diri meminjam moto Pak Taha. And xsangka, pak warden tu kasik tp helmet xbanyak plak weh.
Tak silap saya, antara kami ada yang punye stok helmet tp lupa sapa yang punyer. So satu yang kuranglah. Tetiba tengah dok kecoh tuh, Pak Taha offer helmet dia.
Pak Taha : "Helmet ada tak korang ni?", soalnya. Dia ni garang sket n tegas tp kekadang baik pun ada.
Syanur : "Ada Pak Taha tp 1 jek. Kitorg ingat nak g berdua", jawab Syanur. Dia rider or penunggang n Mieyn as pembonceng.
Pak Taha : "Jap pakcik tengok, ada x helmet 1 lagi. Tunggu ye". Kitorang yang lain sekadar pemerhati. Kendian, datanglah Pak Taha bersama helmet merah. Memula tu, sorang xperasan pe x kena ngan helmet tersebut. Mieyn capai huluran ikhlas helmet itu daripada Pak Taha. Tetiba jugak time tuh, riak wajah Mieyn berubah.
Salah sorang dr kami : " Nape Mieyn? Ada yang xkena ke?"
Mieyn : "Alah Pak Taha, takde ke helmet ok sket", ujar Mieyn. Tap yang bestnya, sambil mengeluh sambil tu jugak si Mieyn ni mencuba helmet tersebut. Dahlah kaler merah menyala, without sponge plak kat dalam. Cuba korang bayangkan. tergoyang² lah mcm pakai tembikai tanpa isi. haha. then, yg sadisnya, Pak Taha siap berpesan suh ikat tali helmet tuh tkt tereksiden ke apa demi keselamatan. Serentak dengan itu jugak kami gelak sakan. Hahah.
Mieyn : " Cuba ko pakai tengok, banyak cakap plak,". Semua pakat geleng taknak. hahah. kami dok bantai gelak sampai minah rempit ni lesap dr pandangan.
Pulang je dari post opis, minah rempit ni kecoh bercerita pasal ade pengguna jalanraya yang menegur helmet merah. haha, jatuh saham. patotlah si Mieyn xnak pakai. yolah, kan time tuh anak dara muda belia, kena ah jaga status sket. ini tak, jatuh ah saham weh.
Peristiwa 2.
This story between Kuyah n Me.
Peristiwa ini berlaku kat Pandan Indah area Pandan Capital n Pasaraya Fajar. Saya n Kuyah nak g mane ntah, lupa. Dok jenjalan borak², tetiba datang sorang mamat bermotor menghampiri kami. Bertanya lokasi bank Affin ke bankkrap ke ape. Aku lupa, aku lupa. haha. Peristiwa lama ok, tak silap around 2000 camtuh. Ok katakanlah mamat ni mencari lokasi Affin Bank. Let's check it out.
Mamat motor : "Tumpang tanya, Affin bank kat mane dik?". Soal beliau. time tu, Kuyah berdiri sebelah jalan dan saya sebelah Kuyah. Saya terpaku n xtau nak jawab pe coz saya memang xtahu. If saya xtau, terus saya jawab xtahu tp tidak bg Kuyah. Kuyah dengan yakinnya menunjuk arah bank yang dimaksudkan tersebut. Siap semua kakitangan jari naik betapa yakinnya nak bagitahu n menolong menunjuk arah pada mamat tersebut. Selepas itu selesai acara menunjuk arah, sesi kekompiusan saya dengan keyakinan Kuyah bermula.
Saya : "Kuyah, ko tahu ke bank tu dok tang mana?", kening saya dijungkit. Kuyah seperti biasa yang berlagak seakan Profesor serba tau ni pun berkata.
Kuyah : "Alah, btol lah. Aku pernah nampak bank tu kat situ". Yakin je minah neh.
Saya : "Yelah tuh, if silap, kesian mamat tuh tau pusing 1 kampung", balas saya. Kami meneruskan perjalanan menuju ke bus stop. Tetiba mata saya terpaku kepada 1 benda.
Saya : "Eh, Kuyah, tadi ko cakap bank tu kat sana kan?", saya mula menahan bengang.
Kuyah : "Aha, napenye?".
Saya : "Habis kat depan ko neh, bank hapenye? Takkan lokasi yang sama ada sampai dua buah bank yang serupa serentak? Apa kejadahnya phak bank nak bina dua bank sekaligus? Kuyah, if ko tak tahu, ko cakap jelah tak tahu. Takde maknenya ko pura² tahu weh. Kesian kat mamat tuh. Habis minyak motor. Huh, ko neh", saya membebel. Kuyah seperti biasa memperbetolkan spek matanya.
Kuyah : "Dulu aku tgk kat situ", dengan selamba si Kuyah menjawab.
Saya : "Cepatnya bank tu pindah randah". Saya xpuashati. Btw, niat Kuyah ikhlas nak menolong that mamat tp tersilap arah. Haha. Kuyah, Kuyah. I miss u oll lah my dear friends. Mwahhh.