FEEL FREE TO CLICK MY NUFFNANG YER...TQVM :)

Jun 21, 2012

Bila Anak Dah Besar - Mandi Dulu dan Pampers

Assalamualaikum semua.

Dah makan dah?

Ke baru je nak melahap. Bila dah nak masuk tengahari ni kiranya macam BRUNCH lah kan. Breakfast + Lunch equal BRUNCH. Ke masih dikira asing-asing? haha, Breakfast, breakfast. Lunch lain plak. Diet². Tak moh crash diet except if needed sgt².

Okaylah, whatever is, seperti kebiasaannya since lately, saya bangun lewat betul. Around 6.15 am and 6.30 am. Before 7.00 am dah nak cerah dah. Subuh ntah ke mana. Saya bernasib baik sebab tengah ehem² (sila pahem sendiri). So sepanjang minggu tuh akan kerah mr hubby ku bangun dulu. Sorry pak. Sementelah, saya berlingkar dulu dua tiga minit. Haha. Tak boleh blah bila tangan ni asyik nak kacau si anak yang sedap tidur. Sekarang, Aisya Qistina the only one our daughter ( setakat inilah and dah banyak kali mencuba n masih belum rezeki so berserah sahaja sebaba hanya Allah swt yang tau bila saat yang sesuai untuk kami menimang cahayamata lagi. Rindu nak mengandung) pandai mengelat. Time working days jek, puas saya kejutnya untuk bangun, mandi n bersiap, dia leh plak wat tidur je n merengek. Yang tu paling tak tahan kalau dia start merengek. Tapiiiiiiiiiiiii ye tapi bila weekend muncul (tengoklah esok, Jumaat kan) b4 subuh dah bangun dah wa cakap lu. Serious. Whatever is, papa n mamanya nak golek lebih, mintak hampunlah, nan hado!. Kecuali kalau dia in the good mood. So, main sorang² ye nak. Layanlah beruang² n segala mak nenek mainan ituh. Hehe.

Pagi tadi dalam jam 6.20 am camtuh, saya cam biasalah, kejutkan suami dengan cara menolak lembut vontotnya.

"Abang, bangunlah, subuh dah nak habis tuh, kang tak sempat karang ". Hehe, alah, orang tengah bendera jepun, so pepaham jelah. Lepas tu mr hubbyku bersila jap b4 bangun, n terus dengan perlahan saya kejutkan anak kami. 

"Aisya nak g taska ngan mama ke papa?". Bisik saya lembut. Memula tuh, maybe Aisya tak berapa dengar kot. Sekali lagi saya kejut dia, terus je menjawab kemamaian, nak gi ngan mama.

" Ok, kalau nak gi ngan mama, kena bangun sekarang n mandi ngan mama. Cepat, nanti mama lambat plak ". Tau anak totet kami ni jawab ape?

Dengan mata masih terpejam n rambut ala² awan nanonya, dia selamba dot je menjawab...

" Mama, mandilah dulu... ". Saya tergamam. Terus pantas je mr hubby ku menyampuk, "Haha, sama jek". Cait, kataku dalam hati tapi still gak tak puas hati neh. "Alah, mama kenalah mintak papa mandi dulu, papa kena semayang cepat, mama takpe, takleh solat ". Kan, btol tak? Pepun, mama borek, anak rintik. Sabor jelah. Hah, that's y time anak sedang membeso ni, parents kena alert sgt dengan pelakuan memasing kan. Mudah si comel kita mengikut, meniru pe kita buat.

Biasanya, anak kami keluar skali ngan papanya untuk ke taska. Tapi, apa kena ngan anginnya ntah, kelmarin mek totet tu bangun lewat, tengok je mamanya dah siap mula cuak n menangis nak mamanya hantar ke taska. WowowoW, sori lah ye nak, mama dah lewat sngt. Gi ngan papa ye, petang i janji i fetch her. Tapi still meraung. Haih, makanya, hari ini, i bangun awal n hantar her. Tak moh mengamok² di pagi hari nan indah.

Lepas siap² santek pakai uniform (tupun nak buat perangai taknak pakai uniform tp bila dipujuk papanya yg hari ni je pakai uniform coz esoknya Jumaat adalah cuti, terus je pakai), dan i pun dah santek jugak siap, terus amik segala bag n masuk dalam kereta.

Papanya time tu masih berkain pelikat n pakai jersey t-shirt tanpa lengan ( tanpa lengan baju bukan lengan laki aku) bantu i masukkan bag ke dalam kereta. Sudah bersalam-salaman style semut, maka saya mengundurkan kereta untuk menuju ke taska. 

Dalam pada mengundur kereta tu, Aisya Qistina yang berdiri di sebelah saya asyik melihat papanya menuju ke wira yang akan dipandu ke opisnyalah. Untuk panaskan enjin kot.

" Mama, papa siap dah ke ", soalnya.
" Papa siap dah? Papa belum siap lagilah. Nanti papa siaplah kot, Papa dah siap mandi je ". Saya teruskan pemanduan sambil membunyikan hon pada papanya sebagai TATA to work (ayat style novel yang mana awal²nya akan direject terus oleh distributor, ahaks).

" Mama siap dah owk? "... (perbualan anak kami masih belum lagi habis, saya dah mengangguk) n tetiba sambungnya... " Mama, tak pakai pampers kan, sebab mama dah beso owk? "... I blur. What the........ soalanlah. Haha, saya gelak. Leh plak dia tanya mcm tuh. Kekadangkan persoalan dan butir bicara anak² ni di luar jangkaan kan.

Tau kenapa tetiba je Aisya Qistina a.k.a Qisya boleh berbicara sebegitu?. Okay, sekarang ni, kat Taska diorang, bila anak² berumur 3 tahun ke atas, cikgu akan melatih semua anak² jagaan untuk tidak memakai pampers kecuali bila tiba waktu tidur. So, pepagi tu b4 ke Taska, cikgu turut suggest parents untuk tidak memakaikan pampers pada anak². Maka, bila Qisya request nak pakai pampers b4 gi taska, papanya akan bagitau yang Aisya dah besar dah, tak payahla pakai pampers. That's y lah our daughter leh plak ckp camtu. Haih.

Anda plak camne? Best gak bila dikongsikan ragam anak² ni.



So, happy weekend :).




Yang benar, benar dan benar-benar, benar... 
♥♥♥ T.E.F.i.N ♥♥♥

Jun 19, 2012

Risiko Dijangkiti AIDS Sebanyak 6 Kali Ganda

As salam

Hey ladies, u ollsss (bnyk nye S...oh my english!) tengah bendera jepun ker?











Let's picture talk 1st...

 

 


Well, i nak share sumthing. Pepun, i just share pe yg patutkan. Ilmu, ok je bila dikongsi. 

Pelbagai istilah bagi golongan perempuan bila mengalami symptom ini. Antaranya period time, haid, tengah berdarah, pms n ntah pepe lagilah termasuk gelengan kepala bila teman ajak bersolat. Paling tak boleh blah bila boss lain gender yang bertanya, dah solat blom n jawapan paling afdal " saya dah solat last week ". huhu, bleh? Malah ada gak istilah like below:-
  • auch, peodlah plak.
  • menses sucks. Sangat bg mereka yg senggugut
  • huh, period. not time to swimming. I am uncomfortable
  • ahhh, tulun, sapa ade extra pad. herm...
  • tetiba terus text beloved usben (like faridah a.k.a JOhan dalam Karoot Komedia X) bgtau, sorrylah abg, mlm ni cannot lah... terus frust menonggeng kan ur usben itu.

Whatever is, pernah tak terdengar dek telinga korang perbualan ini...
" Eh, aku malaslah nak mandi wajib, boleh tak terus 'ON' jek then barulah mandi wajib sekaligus"
wowowowo, un logical okay. 

Imam Al-Ghazali merumuskan hukum ini di dalam Ihya Ulumuddin dengan berkata, : Janganlah suami menyetubuhi isteri yang sedang haid dan juga jangan sesudah haid sebeleum si isteri menyempurnakan mandi wajib terlebih dahulu kerana yang demikian itu DIHARAMKAN dengan dalil Al-Quran". Ngerti?
Malah, sekiranya pasangan suami isteri melakukan persetubuhan ketika HAID, risiko dijangkiti AIDS adalah sebanyak 6, 6, 6 dan ENAM kali gandanya. Ade pahem.

Jom, sesama baca. Kalau dah bace, sila khatam bace lagi tau.

kajian, bahaya, keburukan, buat seks, melakukan hubungan seks ketika, semasa, sewaktu haid, al-quran, ustaz, hadis, mengikut, soheh, laporan, penyakit, rujukan, bukhari, pengharaman, hukum, faraj, bakteria, kuman


Islam mengharamkan melakukan hubungan seks antara suami dan isteriketika waktu haid. Hukum ini telah dijelaskan oleh Allah Ta’ala didalam firman Nya yang bermaksud: “Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) haid. Katakanlah: “Darah haid itu adalah kotoran dan mendatangkan mudarat”. Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari perempuan (jangan bersetubuh dengan isteri kamu) dalam masa datang darah haid itu, dan janganlah kamu hampiri mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci. Kemudian apabila mereka sudah bersuci maka datangilah mereka menurut jalan yang diperintahkan oleh Allah kepada kamu. SesungguhNya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri.” (Surah Al-Baqarah 2:222)

Didalam Hadis Nabi Muhammad s.a.w banyak memperkatakan hal ini, diantaranya sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Sesiapa yang menyetubuhi wanita yang sedang haid ataupun menyetubuhi wanita di saluran duburnya ataupun mendatangi tukang tenung nasib dan mempercayainya, sesungguhnya dia telah kufur dengan apa yang diturunkan ke atas Muhammad.” (Riwayat Ahmad dan Tarmuzi)

Imam Al Ghazali merumuskan hukum ini di dalam Ihya Ulumuddin dengan berkata,“Janganlah suami menyetubuhi isteri yang sedang haid dan juga jangan sesudah haid sebelum si isteri menyempurnakan mandi wajib terlebih dahulu, kerana yang demikian itu diharamkan dengan dalil Al-Quran.“

Kajian Mengenai Bahaya Seks Ketika Haid

Melakukan hubungan seks ketika haid mempunyai banyak risiko, menurut kajian yang dijalankan oleh Dr. Diana Antoniskis (MD) dari Kumpulan Penyelidikan dan Pendidikan (The Research And Education Group) yang beribu pejabat di Oregon, dalam artikel yang bertajukWomen With HIV Infection, risiko jangkitan kuman HIVmeningkat di kalangan wanita yang mengadakan hubungan seks ketika haid ataupun dengan lelaki yang tidak berkhatan.

Pusat Pengawalan dan Pencegahan Penyakit (Centers for Disease Control And Prevention) di Amerika, pada Perhimpunan kesebelas Pertubuhan Antarabangsa Berhubung Penyakit-Penyakit Jangkitan Seksual di New Orleans yang diadakan pada 27 hingga 30 Ogos pada tahun 1995 melaporkan, menjauhi hubungan seks ketika haidataupun ketika mengalami pendarahan di bahagian faraj adalah penting untuk mengurangkan risiko dijangkiti kuman HIV bagi lelaki dan wanita.

Laporan itu juga menjelaskan, wanita yang mengadakan hubungan seks ketika haidmeningkatkan risiko dijangkiti AIDS sebanyak enam kali ganda. Persetubuhan pada waktu haid juga boleh mengakibatkan pendarahan yang teruk ke atas wanita. Kajian yang dilakukan oleh Dr. Winnifield Cutler dan rakan-rakannya dari Institut Athena Bagi Kesihatan Wanita di Chester Springs menunjukkan, wanita yang hampir putus haid atauperimenopausal, yang kerap mengadakan hubungan seks ketika haid sering kali mengalami masalah pendarahan yang teruk daripada biasa.

Kebiasaannya kes-kes seperti ini akhirnya terpaksa menjalani pembedahan berisiko tinggi untuk membuang rahim atau hysterectomy dan ovari atau ovariectomy. Penemuan ini dilaporkan di dalam Journal of Psychosomatic Obstetrics and Gynaecology pada tahun 1996. Bagi golongan wanita, tiub fallopian dan ovari mereka boleh diserang kuman bakteria sehingga menyebabkan keputihan, sakit dan demam yang kuat.

Risiko untuk menghidap penyakit ini adalah tinggi di kalangan mereka yang melakukan hubungan seks ketika haid. Hal ini disebabkan, kebiasaannya tiub fallopian dan ovari dilindungi daripada serangan bakteria oleh bahan asid yang terdapat di kawasan faraj atau vagina.

Ketika wanita itu didalam keadaan haid, kawasan faraj menjadi alkali justeru memudahkan kuman untuk membiak dan mendatangkan penyakit terutamanya apabila berlaku persetubuhan pada waktu itu.

Oleh yang demikian, hukum pengharaman persetubuhan ketika haid oleh agama Islam adalah amat baik kerana ia mendatangkan banyak manfaat dari sudut kesihatan. Walaubagaimanapun Islam tidak melarang diantara suami isteri bergurau senda dan bergaul mesra semasa haid, asalkan perbuatan itu tidak membawa kepada persetubuhan.

Menurut Hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari, Aisyah pernah ditanya oleh Masruq bin Ajdak, “Apakah yang boleh dilakukan oleh suami semasa isterinya sedang dalam keadaan haid?” Lalu Aisyah menjawab, “Apa-apa sahaja kecuali bersetubuh.” (Hadith Sahih Bukhari)

Wallahu’alam….
HasnulHadiAhmad.Com

Rujukan: Dr. Danial bin Zainal Abidin (M.B.Ch.B., Universiti Alexandria) Pengarah Urusan Danial Zainal Consultancy (M) Sdn. Bhd. dan Penulis bagi PTS Publications & Distributors Sdn Bhd


Oh ye, Doa hari pertama period adalah

Riwayat Daripada Saiyidina Aishah R.A.

"Tidak ada daripada seorang perempuan yang kedatangan haid
melainkan adalah haidnya itu menghapuskan dosa-dosa yang
telah lalu daripada segala dosa-dosanya dan sekiranya ia
membaca doa pada hari yang pertama iaitu:

Segala puji bagi Allah di atas segala hal dan aku
memohon keampunan kepada Allah daripada segala dosa..


maka menulis oleh Allah baginya terlepas daripada api neraka
dan dapat lalu di atas Sirat dengan selamat dan aman
daripada azab dan meninggikan oleh Allah Taala
baginya dengan tiap satu hari dan satu malam
akan pangkatnya empat puluh orang mati syahid manakala
adalah perempuan itu dikira berzikir kepada Allah Taala
di dalam masa haidnya... 


p/s : Sebetul bila difikir logik, ISLAM dan Sains saling berkaitan each other. Saya suka bila berjumpa doktor kalau doktor itu sentiasa mengadunkan antara ISLAM dan sains. Yelah sesetengahnya sampai 100 percent bergantung pada sains sehinggakan dah tak terfikir rezeki, hidup, mati dan ketentuan adalah HAK ALLAH swt. Termasuklah kaedah tradisional. Sure heaven bila ISLAM, Sains and Traditional Method bergabung sewaktu consultation between mereka yang terlibat dalam perubatan dengan patient kan. Pepandai je akukan jemah.


sumber :   

Well, last but not least, thanks sudi bace :).


Yang benar, benar dan benar-benar, benar... 
♥♥♥ T.E.F.i.N ♥♥♥

Jun 18, 2012

Nop in the mood

As salam, 


Nenanti neh sy hupdate even mak tak harap pun nak baco. hahha







p/s : berhabuk dah hah.


Yang benar, benar dan benar-benar, benar... 
♥♥♥ T.E.F.i.N ♥♥♥

Makluman Kepada DISTURBER yang gemar ANNOYING.

Penafian @ Pemberitahuan...

Makluman kepada semua

PEMBACA SETIA saya (kalau adalah. Hehe) n also my SILENT READER (yelah dah xboleh nak ganggu i guna anonymous kat commentkan, so terpaksalah DECIDE jd silent reader jek, huhu... so good luck too lah yer. Selagi rase panjang umur nak mengganggu hidup orang. OBSERVElah selagi MAMPU n jgn sampai bahankan saya. So, sure x takutkan jika diri anda xsempat pohon MAAF) n also yang menganggap diri kerdil saya ni sebagai MUSUH kepada diri anda sendiri, yang bahawasanya…

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di Bukan lagi Finger Note's - kini notapuan – nad Blog ini tidak boleh ditiru mahupun diplagiat, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada Tuan Empunyer Bukan lagi Finger Note's - kini notapuan - nad.

Juga dimaklumkan dan diperingatkan sekali lagi bahawa apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi seperti mencanang perkara yang tidak baik, buruk, memalukan, mengaibkan berkenaan perihal diri saya juga seluruh keluarga kaum kerabat saya di blog kepunyaan anda (termasuk laman sosial yang lain), sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik (media elektronik) termasuk di media massa, adalah melakukan suatu kesalahan, TINDAKAN BOLEH DIAMBIL mengikut akta

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998. If terasa DIVA n BERKUASA sgt nak menganggu n mencuba sesuatu yang membuatkan saya tak akan sesekali menimbangtara untuk mengambil TINDAKAN terhadap anda, dipersilakan. If you are PLAYING FOR KEEPS, so, pleased. I will do a same thing. So, good luck!

Sesungguhnya, setiap gerak geri buruk anda yang cuba bersikap

PENGGANGGU boleh dikesan secara terus. Harap Maklum n beware.

\('c*)v :: Peace no war n

u ollsss.

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

BAHAGIAN X - AM Bab 2 - Kesalahan Dan Penalti Tambahan

Seksyen 233. Penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian, dll.

(1) Seseorang yang—

(a) dengan menggunakan mana-mana kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi secara sedar—

(i) membuat, mewujudkan atau meminta-minta; dan

(ii) memulakan penghantaran,

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau

(b) memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik,

adalah melakukan suatu kesalahan—

(2) Seseorang yang secara sedar—

(a) dengan menggunakan suatu perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi memberikan apa-apa komunikasi lucah bagi maksud komersial kepada mana-mana orang; atau

(b) membenarkan suatu perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi di bawah kawalan orang itu untuk digunakan bagi suatu aktiviti yang diperihalkan dalam perenggan (a),

adalah melakukan suatu kesalahan.

(3) Seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen ini apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan hendaklah juga boleh didenda selanjutnya satu ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

sumber rujukan dari http://www.skmm.gov.my/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...