FEEL FREE TO CLICK MY NUFFNANG YER...TQVM :)

Feb 27, 2013

My 1st Cakoi Buat Hilang Stress

As salam uollssssssss,


Fuh, hampir seharian kelmarin meeting then sebelah petang ade meeting ad-hoc. Kedua² saya bertindak sebagai setiausaha dan saya jugalah yang membentang tentang isu dan taklimat yang berkaitan. Multitasking kata kau. Gagaga. Alhamdulillah apa yg saya blur before this dah nampak jalan. Senang nak settle semua. 

Tapi, ada tapi tau, tension tu jangan ckplah, sampai hampir stress tp bila mengingatkan cerita pengalaman sorang vendor dengan peel workaholic dia yang ke situ sini, saya jd macam risau. Pesannya, dalam melaksanakan kerja pejabat, jangan terlalu stress n jgn pikir sampai bawa ke rumah. Silap haribulan jadi macam aku katanya. Minor stroke. Gulp!. Nauzubillah. Mujur sempat ke hospital. Kalau lambat, babailah katanya. Ade rezeki panjang umur lagi, alhamdulillah. Effectnya, beliau tak boleh bercakap, tak boleh bergerak, seakan hampir lumpuh. Ade ketulan darah beku di kepalanya. So, doktor bagi ubat untuk cairkan darah tersebut. Ade jugak saya bertanya, tak pernah berbekam ke, katanya pernah kat badan tapi kat kepala belum try. Best, ringan tubuh. Kita ni syukur kan setiap bulan keluar darah kotor tapi kekadang tu mau jugak try berbekam. Macam best. Kena cari yang bebetol pakar dalam kaedah berbekam. Silap haribulan leh jadi lain tau. So far, alhamdulillah n beliau masih di bawah pantauan doktor. Moga sembuh seperti sediakala, Aminnn. Takut weh. Mohon dijauhkanlah oleh-Nya. Saya ni kalau stress tensi tau noks. Tapi bila dah meningkat tua ni, lehlah control sket². Just wat bodoh je jangan bodoh terus sudah. Tapi, kalau dah stress n ditambah plak ngan mulut tempayan yang bertindak sebagai nasi tambah tu, ade yang bertukar jd hulk hogan terus karang ni hah, bukan setakat hijau je, pelbagai kaler ade nanti kang hah. Haha. Biasalah perempuankan. Kalau dah tensi pepaham jelah.

Balik keje tumpang parents. Sebab keta parents masih dalam workshop so, diorang pinjam jap wira n i pun tumpang baliklah. Dah one way kan. Nak tunggu my hubby fetch me up, takpeler, dengan jamenye, huih, jenuh menanti. Eh, Kuala Terengganu jame ke? Woih, jangan memain, KT pun dah pandai nak jame tau. Hah, katenye!. Bkn KL Lumpo ajek.

Dok dalam keta dengan kepala dah plan nak wat kuih ngan si anak. Tak tau dah nak pikio camne nak hilangkan tensi kije ni, so i trylah nak melepaskan semuanya melalui masak-memasak. Dengan semangat kamikaze mencuba resepi yang tak pernah dicuba gara-gara melihat keterujaan kak jemah ngan anak-anak wat this kuih.

Tangguh punya tangguh nak make it this kuih, so, balik dari keje kelmarin terus sinsing lengan baju, then berkung-kang di dapo sementelah en hubby berfutsal. 

Baru nak start memasak dengan best partner ever yakni Aisya, my lovely daughter, tetiba je merengek sakit perut. Haiya, mama ko belum start wat kuih, hang nak wat dulu eak. Hehe. Takpelah, let mama do it by myself eak my dear. 

So, let's picca talk² to all of you guys...


 Tadaaaaaaaaaa, doh kuih cakoi yang telah dibiarkan hampir 1 jam seteng. Sebenarny, i dah derhakakan dengan resipi asal. Yang mana, telur tak letak, soda bikarbonat dah expired so, tak mau tanggung risiko dari meletakkannya pun. Susu pekat manis yang dah habis, saya bantai letak susu tepung Aisya. Haha.



 Aha, ini gambar bila dah siap digoreng. Rangup. Yang penting en hubby suka juga anak i. Aisya cicah ngan gula. Oklah dari tak mau makan langsung ken. Jadilah wat dinner malam tadi. Nak diet ken. Kalau letak serbuk penaik tu, In Shaa Allah, lagi ranggup n makin mengembang lagi kot. Takpe, 1st try en hubby dah cakap sedap n berkrup-krap, so next time kita completekan semua bahan kecuali telur. Hehe, tak mau, kot hanyir.
My 1st cakoi dicicah dengan sambal ikan bilis yang terlebih masin sebab that bilis i tak rendam lama. Kata teruja nak melantak ken, tak menyabor. Tapi oklah coz cakoi tu dah tawar sket (diet²) tapi bila masin si bilis tuh, masih mampukah diet engko berproceed jah oi. Kan!.

Pagi tadi bangun awal. Iyelah, macam lamaaaaaaaaaaa je tido. Haha. Poyo je aku. Tido awal, gini plak jadinye. Stress n tension dah hilang katanya sebab dah melepaskan kedua malaun yakni stress n tension itu dengan aktiviti memasak n that masakan menjadi plak apatah lagi melaksanakannya dengan penuh kasih sayang, last² bangun dalam 545am, tengok ade lebihan doh yang semakin kembang semangkuk mcm tuannya, so gigih siapkan itu doh, goreng n bekalkan ke opis. Alhamdulillah, kenyang korang eak wat alas perut.


Nak try ker? Google lah sendiri resepi. Haha. Jap. Hah, ni dia...

CAKOI
Bahan-bahan ( 3-4 orang makan )
  • 400gm tpg gandum
  • 1 cawan air
  • 1 sudu besar marjerin (cairkan)
  • 1 sudu kecil garam
  • 3 sudu besar gula
  • 1 sudu besar susu pekat manis (akak pakai susu tepung je)
  • 1 biji kuning telur
  • 2 sudu teh yis kering (mauripan)
  • 1/2 sudu teh soda bikerbonat
  • minyak utk goreng
Cara-cara
  1. campur semua sekali kecuali tepung. kacau sebati.
  2. pastu masukkan tepung sket2 dan uli lagi. kalu agak2 macam lembik sangat sampai susah nak uli,tambah tepung sket lagi hehe...biasa la edit2 nih...
  3. kalu ikut cara betul kena uli sampai tak melekat.tapi akak dah tak larat..tinggalkan je...agak2 lebih dari setengah jam bleh le uli lagi..tabur sket tepung untuk mudahkan.
  4. canai agak2 4-5cm memanjang..potong memendek anggaran 1-1.5 inci. nak cantumkan dua cakoi tu,basahkan lidi n gores kat tengah2 cakoi pertama.just nak bagi dia melekat je.pastu amik 1 lagi dan letak atasnya.
  5. bila minyak dah panas,baru angkat cakoi tadi n tarik sket sebelum buh dalam minyak..sebab tu dia nampak panjang. saiz asal setengah je dari tu hehe.
harap sume dapat paham caranya... mudah je walaupun nampak cam berjela-jela

sumber: Rasenya dari MyRecipe. (Lupa dah). So, google² eak.





 Ini my daughter. Kesian dok picnic sensorang ye. Bilalah nak dpt adik eak. Hope murah rezeki nanti dapat tambah zuriat yang sihat dan dirahmati Allah swt, Aminnn.


 
 Wokeh, ini plak tart blueberry dr my sista. Mauk order? 20 pieces bersamaan RM25.00 hinggit. Mahal? Buat sendiri. Haha. Nak order, just leave ur best ever comment eak, my dear.






Tata...


Yang benar, benar dan benar-benar, benar... 
♥♥♥ T.E.F.i.N ♥♥♥

Feb 24, 2013

Mundok, mundok, mundok, tudung murah, here we come...

As salam semua umat...


Alhamdulillah, kita masih berpeluang menghirup udara yang segar nan indah. Bersyukur kepada Allah swt. Aminnn.


Oklah, let's i story u bout Mundok. Semua rasenya pernah kot sampai Mundok ken. Terletak di sempadan Thailand yang berkedudukan di pinggir Sungai Golok. Sawadikaaaaaaaaaaa, hah, gitew. Saya, saya? Baru pertama kali atau st time omputeh or mat salleh celop kate. Katenye.

According to PAKDOE CAFE jika dari Malaysia Pekan Mundok ini terletak di seberang sungai Bukit Lata, atas sedikit pada Kg Terusan (jika dari Rantau Panjang), iaitu di jalan lama Pasir Mas - Rantau Panjang.

Sebenarnya, ni unplanned tau. Unplanned nak ke Mundok. Fuh, lepas jumaat two days before, my hubby, our daughter n i berangkat ke Tanah Merah selepas Asar. Ke Tanah Merah sebab nak menghantar ayah kepada suami saya yakni bapak mertua saya ke sana. Dah lama beliau berhajat nak pulang tapi dek kekangan masa sementelah plak sekarang en hubby dah berpart time mengajar utk student degree/master so kena cari masa yang ngam²lah nak mencelah. Alhamdulillah, last weekend termakbul dan dipermudahkan. Sorry abah. Ehe. Tanah Merah ni umah abang pada suami saya merangkap abang ipar saya dan silalah lempang saya laju² sebab ayat dah berbelit². Haha. My FIL singgah kat Tanah Merah before amik bas utk ke Perak, lusanye kot. Takdelah lama sangat dok dalam bas kalau balik terus dr KT kan. 

Bertolak lepas asar n alhamdulillah sampai dalam jam 8 - 830pm camtulah. Hilang ingatan dah bila dah tue ni. Before that singgah di Jabi beli Sate Jabi. Hah, jom makan reramai. Dah kureng kick sket sate ni sikalang.

Lepas dok gossip², bersihkan diri n terus tido. Anak mak ni, kalau dah tido lama dalam kereta mulalah payah nak lelap balik. Apatah lagi kalau dah mandi sket. Sure segar bugar kan ko nak. Aku dah nak terlelap, dia plak nak mintak gosok celah jari kakinya. Buat ubat lelap. Dah tabiat setiap malam. Tu ok lagilah. Kalau tak lepas minum susu, mintak dikorek telinga sehinggalah lena dibuai mimpi. Hehe. Syok eak nak. Kiki. Last² papa hang yang gosok kan sebab apa yang mama buat serba tak kena ye.

Pagi esoknya leh plak anak saya bangun awal. Haih. Lepas bersarapan n dok discuss kol brape nak blk KT, leh plak my BIL ajak ke Mundok. Jom ke Mundok, katanya. Mundok? Saya ni bertanya. Macam pernah dengar. Apa ada kat sana. Tudung ade tak. Saya bertanya laie. Ade, pantas beliau menjawab. Murah² lagi. Wallah, i terus teruja noks. Jom abang, wahhh, kataku tanpa pikir jauh. Terus terbayang pelbagai bentuk tudung yang indah menawan. Muka laki mak dah ketat dah sebab gaji tak masuk lagi. Hehe. Arghhhhhhh, tak sabar, tak sabar, tak sabarrrrrrrrrrrr. Kol 11++ camtu we all bertolak ke Mundok.


Penuh kan keta. Tak silap yang saya nampak ade dua-tiga lot parking adalah penuh. So, sesapa plan  nak datang next time kena datang awal pagilah. Takpun bermalam lah kat area berhampiran kalau berani. Gagaga.



Snap jap picca sekali dua before menaiki bot yang ala-ala nyawa di hujung tanduk tuh. Haih, mak dahlah terlebih kurus. Baru je letak hujung jari kaki, bot dah senget-benget. Ko mampu? Apa lagi bila dah melabuhkan vontot mak ni hah. Ade je yang tetiba lepas audition fear factor nanti kang hah.


Tak perlu visa, tak perlu permit, tak perlu passport, so far kena bayar singgit jek nak ke seberang. Hah, next rule, mak tak tau. Lai, lai, lai... datang menghabiskan duit ke sini. Wat modal niaga pun boleh abe, kakok weyyyyyy. Tapi, kebanyakkan bot bersampan ni tarak life jacket. Ade yang ade tp mak lupa snap picca. Takpun dasar keterujaan soppink mengatasi segala ken.


Ramai kan orang. bersesak tau. ponen mak. Haih, sib lah cuaca tak berapa mendung yg tak bererti hujan


Antara pusat jualan



Bantal kekabu, RM12.00 untuk dua bantal. Murah kan. Lupa nak tanye rak remote tu brape hinggit.


Anak ayam yang colourfullllllllll. santekkkkkkkk. Anak i dah mintak² dah tlg belikan. Si papanya dah termakan dah n asked me nak beli ke tak nak. Iolss jwblah tak payah. Jauh tuh nak membwk blk ke KT mek. Lagipun mcm kena sembur cat je aku tengok anak² ayam neh. Siap bercolour² lagi tepi kotak² tuh. Idok le teman. Sempat mampus dulu before sampai rumah. Next time ye nak ye.


 
 Hah, ini yang mak terjah dulu. Unexpected bila tudung ala-ala pareedah ni ade terjual. Murah bangat n gile kentang murah. Tapi kan, tapi ade tapinye tau, iolss boleh ckp mahal lagi. Wey, Nad. Kat luar tudung mcm ni lingkungan 50 ke atas tau. Ko pehal eak berkira sangat. #ayat menyesal ni. RM18.00. diulang RM18.00 selai. Huh.

Memula tuh plan nak amik kaler merah, kelabu, hitam then baru pilih ikut dan warna² yang leh matching ngan kemeja or else kan. Sekali kepala dok ligat pk gaji lambat lagi, lambat lagi, banyak lagi benda yang nak pakai duit ni. So, i sempat amik satu jek. Rambang mata tau. I ni kalau mata naik rambang, huh, kalau naseb baik sempatlah capai satu kalau tak, next time lah. Dahlah terjumpa tudung yg memang matching gile ngan satu baju kurung i, tapi bleh tak leh amik. Siap pk, kan depan sane maybe ade lagi kot. Alahaaaaaaaaaaaai. Haih. Perempuan cerewet bebeno. Pastu malas nak menerai.

Lagi satu peel i, i takkan beli kalau laki i tak ade sama. Suke tanye opinion dia. Time ni anak i asyik nak berdukung aje. Maybe dia pun rase tak selamat kot nak berjalan ke sana sini sendiri. Good girl betey. So, en hubby just took decision tggu i soppink kat tempat teduh. Risau anak kami demam. Yelah cuaca tak menentu so just be careful.

Dah teruja dengan kemurahan semua barang yang berlipat ganda ni babai rantau panjang yang dengar n dpt tau org luar klate dtg je terus markup harga tinggi tak ingat dunia, iolls terus call mak bapak n adik i tanye nak ape. My mom request brg utk mjlis nikah my bro. Sorry, dek kepadatan pengunjung, kakak ko ni tak jumpa kedai wedding n maybe takde. Yang ade kedai bantal kekabu. Hihi. My father nak buah ajek so senang. Beli ini aje. Buah cat's eye enggak ade.

RM 9.00 utk 3kg.

My sis nak skirt kembang semangkuk. Juga murah. Skirt yang dah sekalikan dengan belt tu. Harga RM18.00 yang mane kalau di luar pekan ini adalah RM30.00 hinggigit ke atas kan. Pelbagai warna ade. Tapi i choose hitam sebab mustard kaler takde yg ok. Lagipun senang ko nak matching ngan pelbagai warna baju. Untuk adik laki i, capai je seluar pendek paras lutut. Yang lain, tak sempat sbb mcm dah nak ke petang. Next month lah eak. Ade rezeki i pergi lagi. My sis kan, bila i ckp leh dpt harga sekitar ni, terus si minah ni ajak i gi next month. Woooooh, bisa aja dong. Kan abang kan. Hehe.

Erm, tapikan, time nak beli membeli short pants for my brothers, ade sorang kakak ni leh suggest kat we ollss tau. Kakak ni ckp n bgtau, jangan tawar menawar dengan yang ni, awak gi tanye towkey dia. Maybe kakak ni peka n terdengar my hubby kecek luar (berbicara ipoh mali) so dia tolong n bantulah apa yang patot. I is peliklah lah kan. Payah nak jumpa org yang leh suggest tetiba, apatah lagi tak kenalkan. I mean jaranglah jumpa person like kakak zaman sekarang ni. Kalau dengar pun just wat derkkkkkkk ajek. So, i tanyelah and then dapatlah 15 hinggit utk dua helai. Oklah. So, i grab n of course many thanks to that kakak. Tersenyum dia. Syukur kan. Alhamdulillah. Just ingat Allah swt sentiasa ada untuk kita samada susah or senang. Sentiasa bergantung pada Ilahi. In Shaa Allah, dipermudahkan, Aminnn.

Herm, whatever is, my daughter sempat beli sebakul buah mainan, sandal rabbit yg alahai, comelnya. En hubby tak sempat grab jeans tp mujur sempat sentuh kelembutan kain. Haih, suh amik, tak nak sebb our daughter tak nak jalan. Berdukung ajek. Tapi kita gi next month ek #ulangbanyakkalinextmonth itu.

Last but not least, mau pulang sudah bah. Love to see u again Pekan Mundok. Tak puas soppink sini. Terus kumpul² duit wat modal bisnes. Lalala.


Babai pekan Mundok. ♥ to see u next month, In Sha Allah. Aminnn.



 Ini tudung yang i beli. Yang sempat i grab. Santek kannnnnnn. Ckp santek! Seb baik terletak je tudung ni ngan i.

Pesanan penaja kalau nak membeli tudung 3 layer ni, pepun kena try dulu. Sebab, kalau TAK try korang akan kelihatan seperti ayam jantan. Nak tau kenapa? Sebab, bila lapisan pertama yakni yang warna hijau tu kalau dah tak sebaris dengan warna kelabu dan coklat, i mean pendek, dia seakan tergantung tau. Jadi mcm ayam jantan ajak gojoh. Ajak fightlah maksudnya. Ajak berlaga. Tak paham ke, alah camne eak nak cakap. Ok, mak gigih bg korang paham jap.

hah, lebih kurang korang akan kelihatan macam ni kalau eak, kalau lapisan pertama tu pendek or singkat separas telinga, korang akan kelihatan seperti ayam jantans. Mauk? So, please try even tudung yang anda beli itu adalah murah sangat. Biar alah membeli menang memakai. Betol ke. Ah, lantak!. Make sure lepas try tu cantik terletak eak.
Sumber picca : KumbangJingga



Well, pagi tadi lepas menggayakan tudung ni, leh i teringat hari ni 23hb kan. Lagi 2 hari nak gajikan. Alahhhhhhhhh, lampi btol lah ko ni Nad. Terus hentak² kaki bila rase menyesal  itu tetiba hadir kerna tak borong banyak tudung. Tulah, bahana kalau dah berkira sangat nak membeli. Laki mak dah pesan, beli jek sebab dah murah sangat. Benci tau. Termimpi² tau. Itulah kalau dah dinamakan perempuan. Apa salahnya beli jek, tak berkenan jual dengan harga 200 ringgit satu. Haha, gile riba kaut untung tak dunia ni ko Nad. Haha, #ketawajahat.

Papaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa, next month kita gi lagi. Terus dalam kepala berputar nak wat beli utk bisnessssssssss. Pantas kan. Blink² my eyes.

Oklah, gtg. Tak sabar nak gi next month.

Eh, kalau korang nak pergi make sure check dulu bila Pekan Mundok ni ditutup. Kang pergi kang, sesia jek. Elleh, konon happylah parking 0, takpun, happynye coz akulah orang yang pertama dan terawal sampai, siap ber'yes²' banyak kali even jam di tangan dah kol 12.00 tengahari. Dok terhangguk², sekali bila mendongak, kelihatan pekan di seberang, kesepian, haha. Takde sorang menjual. Lagi naya kalau dah naik sampan n apatah lagi dah menaiki tangga utk bersoppink tapi terpaksa BERPUTIH MATA sebab semua kedai skaligus tutup. Nak cover line terus ckp kat tukang punye sampan, ambe nok ke umoh kawe ambe kat hujung kampung sane. Haha. #melampau imaginasi aku ken.

Okla, selamat ke Pekan Mundok. Please eh, amik bot sampan yang ade sedia life jacket. Kena pakai bebetol nnt pemilik bot sampan tu sergah korang, mak tak campur. Seram tengok sampan yang nipis bagai tuh. Gaga.

Assalammualaikum wbt.




Yang benar, benar dan benar-benar, benar... 
♥♥♥ T.E.F.i.N ♥♥♥

Feb 22, 2013

Owh Gary

As salam,

Lets picca talk neh. I am so tired. Idokle tired mano pong mek weh. Kat klate neh. Ambe kak umoh abe ipor meta. Sapa kol lape male td gak.

Ni ado minoh totet dok bukok salon male2. Aduhlah. Laye jo lah. Kang sentap ngan aku2 sekali menyentap karang kang.

Entry takde kena mengena ngan gambo. Hihu. Pagi td nak berobik kat Batu Buruk n dingin pagi nan indah di singgahi plak dengan si gary member sehidup sesesponge bob itewww. Geli geleman le teman n sib baek teman drive si wira. Huih.

Oklah, nak tido. Esok pagi dah nak balik ganu.

Nite uolllsss.

Feb 19, 2013

Keletah Aisya Tika Weekend

As salam...

Hollah...

Hye, baru menyempat update pasal cuti 4 hari berturut² tanpe berholiday ke mana² pun. Hanya di rumah dan bersama family. Sama juga tika hujung minggu menjelma. Manfaatkan masa yang berkualiti itu di istana sendiri bersama keluarga ter♥. Hehe.

Happy sangat my daughter coz bila cikgunya bagitau sekolah akan cuti. Kepala dok ligat nak plan ke mana². Hehe.

Oleh itu, biarkan saje hanya gambar berbicara (ala-ala program Primadona gitewww)...

Ni time jenjalan kat KL Lumpo, katanya...

@ Sogo. Soppink time. Papanya sebok mencari bajunye, semek ni sebok menerai kasut. Kasut sebayanya takpelah ni size i. Ade brader tu tersengih ajek. Hehe. Biasalah genetik perempuan.


 
Sempat posing before balik. Sukelah tu baju baru. Haha, kesian anak mama ye, bukan selalu dpt baju baru kan. Hehe, sama² blajo hidup susah nak mencari duit ek.
 

 Kalau tak kemana pun, dari si kecik ni dok mengomel nak ke situ sini, terus heret ke playground sedia ada kat mall musuh nobita. Main puas².


 Time kalau tak silap tika cuti Chinese New Year. Jom sihatkan badan. Rasullullah saw pun suke. Laju my daughter jogging. Malam tu dah mengadu penat. Ko mampu jogging pakai wedges? Hehe. Nnt kita cari sport shoes ek sayang. 

Tu bunga daun semalu. Pokok payung Aisya gelarkan. Macam².


 Makan time. Kalau dah lapo, semangkuk noodle habis. Lagilah kalau berkicap. Picca atas sekali tart telur peberet her. Lagi satu, Aisya ni pantang tengok durian. Kalau ke sapalama (pasar malam), belon ke, hello kitty ke, belon yang berbubble tu ke, tolak tepi dah. Asalkan dapat durian n rambutan dah tak menyabor mintak nak balik umah. Nak melahap durian.


 Dari arah jam, sempat posing kat nursery Sungai Buloh. Then, tak sanggup biarkan tok wannye exercise sorang². Siap berpimpin tuh. Hehe. Kekalkan eak sayang. Last but nop least, mamanya yang terlebih over n over. Huish.

 
Ni tika my cousin selamat bertunang. Tahniah Syawal dan pasangan. Tak sabor nak mkn nasi minyak. Hehe. Uolsss nak tau, time ni, Aisya tengah lena atas bahu papanye. Boleh dalam mamai tu mintak nak masuk tengok pelamin. Habis sepinggan penuh nasi minyak yang sgt best ever itu dilantaknya, tangan saya di tarik utk masuk ke dalam rumah pihak perempuan. Saya yang segan try mintak izin. So, itulah pose nya, haih. Sabor aje.

Her mom n her auntie, Cik Ain



Saat ini sedang menghadiri majlis pengebumian teman sepejabat. Aisya kepenatan. Baringkannye kat seat belakang kereta.


Huh, hilang tensi n mood yang sudah ke laut jap. Well, i'm just take a mood back to settle down the next task. . Wallah...



p/s: Di kesempatan ini sama-sama kita hadiahkan Al-fatihah n semoga arwah teman sepejabat saya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Aminnn.











Yang benar, benar dan benar-benar, benar... 
♥♥♥ T.E.F.i.N ♥♥♥

Feb 17, 2013

Bergardening Its Better

Assalamualaikum wbt...


Waduh, lama tak menjenguk kedalaman blog. Pagi ni satu badan lenguh, sengal², gara² program baekkkkkkkkk punya pagi kelmarin. Pasal tu, dekat May nnt baru saya cerita yek.

Balik umah terus fengsan. Mujur sangat gigih bangun awal pagi siapkan sarapan untuk mr hubby, anak dan FIL. Baru tenang nak kemana² menguruskan hal peribadi sendiri. Alhamdulillah, perjalanan ke tempat yang dituju pun lancar dan dipermudahkan apatah lagi bile mendapat restu dan redho dari suami tersayang...

Sedar dari tidur pada jam 4++ petang. lama jugak aku beradu bersama si anak yang sekarang payah no nak tido di siang hari. Suami i, tak payah dipelawa, terus terbongkam sajek. 

I bangun pun bila Aisya dok melilau cari papanya. Hehe, mana ntah menghilang. Saya masih bergolek. Mengintai dari pintu kamar kelibat my FIL, tengah bersolat. I? tengah asyik kibarkan flag jepun. Ehe.

Called my hubby tak berangkat, sedar² kereta dah masuk perkarangan umah. La, beli lauk pauk ke. Hehe, bertuah btol menantu. Seisi keluarga lapo tau sebab tukang masak fengsan. Alah, baki sarapan nasi goreng masih ade ngan paulina navarette pau kacang and sardin pun ade. Lek lu. Leh alas perut apa ken.

Hubby masuk hulur lauk. Aku neh tak berapa berkenan nak menghidang lauk kedai so, gigih gak masak kot² my FIL nak makan nasi utk malam tu plak. So, standby ayam masak manis berhalia. Nyummmmmmmsss. 

Well, sambil memasak, tetiba terpandang serai, halia, kangkung n daun sup yg tergantung cantek di dalam plastik beg.

Pintu dapo dah terbukak luas, and ayam tengah kepanasan kegorengan di dalam periuk, so, turun dari dapo, amik cangkul maka saya bercucuk tanam dari membiarkan tumbuhan itu keburukkan, kebelendiran dan kebusukan lalu terbuang sebegitu sahaja.

So, ini hasilnya...

 Above : pokok kunyit, serai, pokok daun limau purut, pokok daun kari
Below : pokok daun limau purut, pokok daun kari, kangkung (asal boleh ajo, takdok kolam nak campak²kan, ehe), halia, daun sup


Selain tu, selang beberapa bulan bila dah dok umah sendiri ni, ade jugaklah bercucuk menanam sedikit sebanyak before my FIL bercuti di sini. So, kreativiti saya yang tak berapa creative ini ialah...


 
 Just tanam pokok Japanese flower. Yang bunga putih tu, kena ade kuasa magik baru leh mengidam nak jugak.


 Hah, tang ni, hasil kerja terbaeeeeeeekkkkkkkk punya dari my FIL. Rumput karpet n sebahagian pokok bungo tuh diimport khas dr Sungai Buloh. Wahhh... jauh bebeno importnye. Clear giler laman umah aku tanpa sebarang rumput pon, Thankslah abah. Gigih tol. Bilalah rumput karpet aku tu nak meliar beranak pinak weh jang... jenuh menunggu ni ha. Tak sabar nak berhindustan laki bini ni.

Nanti antara rumput karpet tu, planning nak tanam pokok lemon, ciku dan cempaka/kenanga atau juga buah nona. Siap berangan mak jenin lagi konon dah berbuah leh main petik jek. Nak tanam epal hijau kot kuarnya epal biru, haih.


 

 
 Kepingin bebeno nak menanam bunga bercolourful sebegini. Tengok hujung minggu nanti siaplah berborong pasu plastik n benih bunga ni hah. Lagilah teruja lopaih bace entry Dr Fatin ni hah.


Nnt² nak carik pokok²...
  • pokok lemon
  • bunga ros (kena siapkan rak bunga baru bleh beli si roses nih). Kena pelihara bebetol si mawar berduri ni.
  • lengkuas
  • pandan
  • ciku
  • pulasan
  • durian belanda
  • nona
  • rambutan n nangka dah tertuai di luar pagar umah.
  • kemboja
  • cempaka
  • kenanga
  • bunga tanjung
Haih, tak sabar, tak sabar, tak sabarrrrrrrrrrrrrr


p/s : hilang tension aku dengan mencucuk tanam dari dok pikiran kerja kat opis ni. huh.Banyak!.











Yang benar, benar dan benar-benar, benar... 
♥♥♥ T.E.F.i.N ♥♥♥

Feb 7, 2013

Just ignore it

As salam wbt...


Don't wanna talk to much, just let see this picca...







 n









we should...

 




















Selamat bercuti panjang n Gong Xi Fa Chai...







Yang benar, benar dan benar-benar, benar...
♥♥♥ T.E.F.i.N ♥♥♥

Feb 4, 2013

02022013 at 10.00am - 1.00pm

Assalam semua uolsss...

02022013, happy birthday... haha. Ntah, sape punye birthday pun saya tak tau. Lucky u lah, sebab saya bermurah hati mengucapkannya #ayatmintaklempang.

Well, i just wanna save the date on this date 02022013. Y? Jeng... jeng, n jeng... let's scroll down bebeh...

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.














 i'm with him...


Why i'm with him? As u know, Mr Kevin Zahri sedang melaksanakan program Jom Kurus secara tour ke seluruh Malaysia. Alhamdulillah, Maha Besar Allah swt, sepanjang program, semuanya berjalan lancar selain saya dapat menimba ilmu, sekaligus dapat tau tang mana ade aerobic class malah dapat kawan baru yang amat pemurah. Thanks uolss. Nice to meet u. Insya-Allah, jika niat kita baik, pasti Allah swt akan menunjukkan jalan-Nya dan panduan-Nya. Yang penting sentiasa mengingati-Nya, bergantung kepada-Nya dan bersangka baik terhadap-Nya. Aminnn :).

Well, di bawah ada jadualnya yakni Jadual Jom Kurus bersama Kevin Zahri...

Jadual Jom Kurus Tour of Malaysia 2013 

for more info just click at Kevin Zahri.


Apa yang saya boleh share adalah, 
  • Fee for this program just only RM60.00. Mahal? for me nop. Yes, because, ilmu dan apa yang dikongsi sangat bermakna. Banyak yang kita rase betol such as pengiraan BMI, sebenarnya adalah tidak begitu realistik pengiraannya. 
  • Anda boleh beli beratus-ratus sehingga boleh meningkat beriban² duit terbang semata² untuk produk kurus, any supplement such API fat burner n so on, why not b4 uolss try everything produk kurus, better uollss join this program, really great n good.
  • Saya mmg pernah try produk kurus, yang membuatkan saya terfikir mcmana produk tersebut boleh menguruskan orang like me. Just now, i realize that, silap percaturan, kidney kita boleh rosak jika terlebih minum air. Yelah, banyak produk kurus memerlukan kita banyak minum air masak, rite? Sound weirdo but please join this program. 
  • But, senang je camne nak limit n tau brape banyak badan kita perlukan air. Uolss just tengok urine korang, kalau agak kekuningan lagi, badan kita masih memerlukan banyak air, jika jernih, alhamdulillah, keperluan air dalam badan sudah mencukupi. Like me, i biasanya sehari 1 - 1.5 liter. If terkurang, akan mudah diserang simptom ketiadaan suara sehingga mengalahkan Ella dan juga ulser. Herm...
  • Malah, psss, kalau nak tau, pemakaian CORSET lagi better dr any produk kurus... hah, amazingkan? Sebab, pemakaian corset selain membantu mengurangkan kalori ia turut meningkatkan metabolisme. Tapi tulah, kita berkorban masa n tenaga dengan kepayahan untuk memakai korset itu. Dok iyah, iyah sampai siap ke sudah berpeluh pakai.
  • Selain daripada itu, makin kerap kita makan makin meningkat metabolisme kita TAPIII... perlu jugak kita menghitung keperluan kalori dalam badan kita agar tidak melebihi apatah lagi jika kurang senaman. Camne nak kira kalori? Meh klik link ini at cekodok.com. Juga Kevin Zahri punye.
  • Senaman selain membantu kita kurus, apa yang penting ia menyihatkan
  • Jangan lupa beli e-book Kevin Zahri yang hanya berharga RM60.00. Hah, jangan berkira sgt. Produk kurus beratus satu paket ko bleh bedal ni apatah lagi. Banyak dah kajian kes yang mencuba this e-book, alhamdulillah adalah berjaya.
  • All the best, guys... pepun just klik http://kevinzahri.com/ and his FB at FB JOM KURUS Kevin Zahri

Ok dah, itu ajek, tak sabar nak join Jom Fit plak.










 

Yang benar, benar dan benar-benar, benar... 
♥♥♥ T.E.F.i.N ♥♥♥

Tiada tajuk

As salam semua

Tgh wat ape, masih kat opis ke. Saya kat umah. Weekend kat sinikan. Well, fikiran kosong plak just menaip sajek sambil berfikir sejenak ttg apa yang xpatot difikirkan. Erm, esok pagi ade date dengan Kevin Zahri. Ehe. Tak sabar nak cedok n kumpul ilmu darinya. Hopefully, everything berjalan lancarlah hendak-Nya.

Herm, apa yang saya teringat. Well, one day before, saya ada berborak secara maya dengan my lovely bff. Pasal kerja, pasal zaman kolej time sijil n diploma sbb kalau zaman U lain plak cheghitanya kan. Zaman sijil n dip, semua rakan adalah sebaya. Masuk U, semua terpisah n berkawan dengan budak STPM n matriks. Bezakan.

Herm, banyak cerita yg mengimbau kenangan. Haih. Payah nak lupa saat indah bersama teman seperjuangan. Once dah komitmen which mean semua dah kawen mawen makanya payahlah nak berjumpa secara bujangan. If terjumpa maybe dalam keadaan tiada persediaan. Berborak bagaikan terkejar masa dan tidak kesempatan. Even punyai perancangan untuk bertemuan, banyak yang menghalang. Banyak sungguh kekangan.

Namun, bila rindu bertandang, hanya mukabuku jadi peneman. Yang jauh kita dekatkan, yang dekat, kita halaukan.

Haha. Semuanya phoyo belaka. So, yang dekat lagi kita rapatkanlah, ngek!. Dah elok2 ayat yang kau tintakan penuh keindahan, tetiba kau boleh selitkan kelawakkan. Kelempangan barulah engkau ketahuan kan Nad.

Bak kata teman, perkara lama usah dikesalkan. Anggap sahaja kita semua dah berjaya bertemu kembali kerana keutuhan dan kekuatan yang begitu erat di dalam ikatan persahabatan. Syukron jazilan.

Herm, keluhan demi keluhan ku luah dan lontarkan. Sakit benar bila rindu tidak bisa diluahkan. Bagaikan tersekat di kerongkongkan ( eh, ada ke bahasa sebegituan)... Ahh, lantaklahkan. Hade aku kisahkan. Asalkan semuanya berbunyi an, an dan an. Kan. Haha. Aku dah kebengongan. Korang perasankan, kan dan kan?!.

Mujurlah dinner utk malam nanti dah kusiapkan. Sekejapan nanti ku ingin tunaikan solat Asar dan melipat timbunan kain yang bergunungan.

Haih, rinduuuuuuu rindu serindu rindunyaaaaa. Ko rindu pada siapa Nad. Aih, aih dan aih lah ni. Macam Kak Bedah SHN plak dah. So, hah, nape kesibukkan sangat bertanya aku kerinduan kepada siapakan. Biarlah. Hati perempuan ni kepelikkan sedikitkan. Bak kata UAI, kadang2 hati perempuan ni susah nak dijangka. Iye! Bagaikan bom jangka. Kekadang, tiada angin masakan pokok bergoyang, haih ke situ plak. Kekadang hati pompuan ni tidak semena boleh terasa sayu dengan tetiba. Rasa kosong tetiba. Rasa halal antarabangsa pun boleh juge. Aih, hah kan dah ckp tadi. Mcm bom jangka yang outdated yang tak boleh dijangka. Leh je melethop bebila masa. Alah, alah bisa tegal biasa. Kikiki.

Maka, jangan dilayan sangat perasaan itu. Makin dilayan makin kita dihasut dek yang bertanduk bernama setan. So, kuatkan diri dengan zikirullah. Aminnn. Ok, sudah cukup sudah, cukup sampai di sini saja. Eceh, oklah, meraban je aku.

Ok dah, wahai sahabat, i always miss u all of u guys... ❤❤❤






Yang benar, benar dan benar-benar, benar...♥♥♥ T.E.F.i.N ♥♥♥

Makluman Kepada DISTURBER yang gemar ANNOYING.

Penafian @ Pemberitahuan...

Makluman kepada semua

PEMBACA SETIA saya (kalau adalah. Hehe) n also my SILENT READER (yelah dah xboleh nak ganggu i guna anonymous kat commentkan, so terpaksalah DECIDE jd silent reader jek, huhu... so good luck too lah yer. Selagi rase panjang umur nak mengganggu hidup orang. OBSERVElah selagi MAMPU n jgn sampai bahankan saya. So, sure x takutkan jika diri anda xsempat pohon MAAF) n also yang menganggap diri kerdil saya ni sebagai MUSUH kepada diri anda sendiri, yang bahawasanya…

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di Bukan lagi Finger Note's - kini notapuan – nad Blog ini tidak boleh ditiru mahupun diplagiat, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada Tuan Empunyer Bukan lagi Finger Note's - kini notapuan - nad.

Juga dimaklumkan dan diperingatkan sekali lagi bahawa apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi seperti mencanang perkara yang tidak baik, buruk, memalukan, mengaibkan berkenaan perihal diri saya juga seluruh keluarga kaum kerabat saya di blog kepunyaan anda (termasuk laman sosial yang lain), sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik (media elektronik) termasuk di media massa, adalah melakukan suatu kesalahan, TINDAKAN BOLEH DIAMBIL mengikut akta

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998. If terasa DIVA n BERKUASA sgt nak menganggu n mencuba sesuatu yang membuatkan saya tak akan sesekali menimbangtara untuk mengambil TINDAKAN terhadap anda, dipersilakan. If you are PLAYING FOR KEEPS, so, pleased. I will do a same thing. So, good luck!

Sesungguhnya, setiap gerak geri buruk anda yang cuba bersikap

PENGGANGGU boleh dikesan secara terus. Harap Maklum n beware.

\('c*)v :: Peace no war n

u ollsss.

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

BAHAGIAN X - AM Bab 2 - Kesalahan Dan Penalti Tambahan

Seksyen 233. Penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian, dll.

(1) Seseorang yang—

(a) dengan menggunakan mana-mana kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi secara sedar—

(i) membuat, mewujudkan atau meminta-minta; dan

(ii) memulakan penghantaran,

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau

(b) memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik,

adalah melakukan suatu kesalahan—

(2) Seseorang yang secara sedar—

(a) dengan menggunakan suatu perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi memberikan apa-apa komunikasi lucah bagi maksud komersial kepada mana-mana orang; atau

(b) membenarkan suatu perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi di bawah kawalan orang itu untuk digunakan bagi suatu aktiviti yang diperihalkan dalam perenggan (a),

adalah melakukan suatu kesalahan.

(3) Seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen ini apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan hendaklah juga boleh didenda selanjutnya satu ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

sumber rujukan dari http://www.skmm.gov.my/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...