FEEL FREE TO CLICK MY NUFFNANG YER...TQVM :)

Apr 3, 2011

Sambungan Cubaan Aksi Gimnas

Assalamualaikum...


Sebagaimana tajuk entry di atas, inilah sambungannya.
If blom bace episode 1st sila klik di sini. Terima kasih.

.....bla, bla, n bla.... Qisya ni pantang tengok kanak² yang sebaya dia then mulalah menyapa n start beramah mesra. So berani. Lalulah sorang kanak² ni yang maybe umur 2 tahun lebih tua daripada Qisya bersama ibunya.
Qisya terus stop on acting then terus ikut budak tuh. Alahai, kakak tuh melayan lah plak n siap usap kepala n berpimpinan tangan lagi. Ibunya hanya tersenyum. Sementara saya siap berlari anak mengekori dan mendakap anak kami. Tetiba satu insiden terjadi...

Saya yang berbaju kurung lengkap bertudung putih n berkasut terus meluncur laju. Auchhh. Lagak seakan bermain ski di waktu musim salji di London. Ehhh... pernahkah aku ke sana? Pernah pe. Dalam mimpi. heheh.

Memasing yang lalu lalang buat lagak bagaikan tiada ape berlaku. Malu mak dek non. uhuk. Terus bangun bwk Qisya ke papayanya dengan selambanya. My hubby? hermh, tersengih je taunye. Haha.

Korang tau, saya siap pikir lagi time jatuh tuh ape nak buat.
Haha. Nak buat pengsan ke pitam. Eh, bukan sama ke tuh maksudnya? Haha. Ade ke yang larat angkat nangka busuk jatuh ni weh. Kuang².

Taknak insiden sama berulang terus i bought new shoes. Ghopenya tapak kasut mak dah takde bunga. Ececece. Macam tayar plak ye nak berbunga berdaun bagai kan. Hehe.

Balik malam mintak tulun Mr hubby massage. Thank you darling.

Kisah Semasa YPM - Part 4, Epi : Toyota Nadia

Assalamualaikum semua.

Ehem. Bertemu lagi kita di dalam Kisah Semasa YPM Part 4 di dalam Episod Toyota Nadia.

Gini kisah bebenornya. Saya semasa di YPM adalah biasa dan ramai anggap saya ni budak skema. Skema ke aku neh nyah. Hehe. Masa tu if x silap tahun 2000/2001. Boleh dikatakan aktif juga n suka join bermacam aktiviti dan sentiasa involve dalam Kelab Lasek aka Kelab Kembara.

Join nyer join, kenal sorang budak ni. Hah, kenal budak mane? Jeng². Debor ke? Haha.

Asri namanya and my hubby kenal dia ni. Jangan risau. Kan abang? Hehe. Saya ngan dia pantang jumpa ade je menda x kena. Tapi bab tolong n menolong, si Asri no 1 lah. Pasal keagamaan pun baguih btol, kan Asri kan? We all called him Asri Poyo. Haha.

Apa kena mengena ngan tittle di atas?

Ok, begini. Time tu dalam lif ke depan pintu lif camtulah time habis class kan. Samada nak g makan n balik umah sure berlambak berkumpul depan lif. Malas menanti, sila menuruni tanggalah kan. Sambil dok menunggu lif terbukak, we all borak² lah. Then datang si Asri neh, tetiba je datang.

"Eh Nad, aku jumpa keta ada nama ko lah Nad,". Saya sedikit teruja tetapi berwajah x excited. Saje nak menyakat mamat neh. "Ow, yeke?",. "Btol Nad. Tak silap aku Toyota Nadia,". "Yo, yo'o je ko neh kan poyo?",. Haha. Maka, silalah scroll di bawah. Sesapa bernama sapa sila vangga. Haha. Ko hado? Ehe, gurau jerk.




enlarge sket if xcaye. hehe (sempat lagi tuh)


sumber picca : hasil google.

Makluman Kepada DISTURBER yang gemar ANNOYING.

Penafian @ Pemberitahuan...

Makluman kepada semua

PEMBACA SETIA saya (kalau adalah. Hehe) n also my SILENT READER (yelah dah xboleh nak ganggu i guna anonymous kat commentkan, so terpaksalah DECIDE jd silent reader jek, huhu... so good luck too lah yer. Selagi rase panjang umur nak mengganggu hidup orang. OBSERVElah selagi MAMPU n jgn sampai bahankan saya. So, sure x takutkan jika diri anda xsempat pohon MAAF) n also yang menganggap diri kerdil saya ni sebagai MUSUH kepada diri anda sendiri, yang bahawasanya…

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di Bukan lagi Finger Note's - kini notapuan – nad Blog ini tidak boleh ditiru mahupun diplagiat, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada Tuan Empunyer Bukan lagi Finger Note's - kini notapuan - nad.

Juga dimaklumkan dan diperingatkan sekali lagi bahawa apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi seperti mencanang perkara yang tidak baik, buruk, memalukan, mengaibkan berkenaan perihal diri saya juga seluruh keluarga kaum kerabat saya di blog kepunyaan anda (termasuk laman sosial yang lain), sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik (media elektronik) termasuk di media massa, adalah melakukan suatu kesalahan, TINDAKAN BOLEH DIAMBIL mengikut akta

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998. If terasa DIVA n BERKUASA sgt nak menganggu n mencuba sesuatu yang membuatkan saya tak akan sesekali menimbangtara untuk mengambil TINDAKAN terhadap anda, dipersilakan. If you are PLAYING FOR KEEPS, so, pleased. I will do a same thing. So, good luck!

Sesungguhnya, setiap gerak geri buruk anda yang cuba bersikap

PENGGANGGU boleh dikesan secara terus. Harap Maklum n beware.

\('c*)v :: Peace no war n

u ollsss.

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

BAHAGIAN X - AM Bab 2 - Kesalahan Dan Penalti Tambahan

Seksyen 233. Penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian, dll.

(1) Seseorang yang—

(a) dengan menggunakan mana-mana kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi secara sedar—

(i) membuat, mewujudkan atau meminta-minta; dan

(ii) memulakan penghantaran,

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau

(b) memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik,

adalah melakukan suatu kesalahan—

(2) Seseorang yang secara sedar—

(a) dengan menggunakan suatu perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi memberikan apa-apa komunikasi lucah bagi maksud komersial kepada mana-mana orang; atau

(b) membenarkan suatu perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi di bawah kawalan orang itu untuk digunakan bagi suatu aktiviti yang diperihalkan dalam perenggan (a),

adalah melakukan suatu kesalahan.

(3) Seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen ini apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan hendaklah juga boleh didenda selanjutnya satu ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

sumber rujukan dari http://www.skmm.gov.my/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...