FEEL FREE TO CLICK MY NUFFNANG YER...TQVM :)

May 28, 2009

Program sedang bermula

Ahad 24 Mei 2009, aku memulakan tugasku yang bnyk terbengkalai setelah 2 bulan aku berpantang. Masuk je keje, selain bertanyakan tentang keadaan Aisya Qistina (anak kami), of course soalan kedua tercetus tentang perubahan fizikalku yang seakan tidak berubah. Herm... dugaan. Bukannya aku tak berpantang. Sudah n mengikut prosedur sebagaimana wanita lain berpantang tp nak buat camnekan.

Bila aku kata aku tgh nak berdiet diorng siap ckp, tak payah diet kalau dah badan memang besar mcm tuh. Takkan turun² dahnyer. Pehal plak kan. Then bila aku taknak mkn diorng ajak mkn, dah kenyang nak wat camner. Mana mau sumbat lagi. Aku makan pun sama jek. Takdelah melantak mcm bigfoot melantak kan. Huh...takpe. Aku amik ni sebagai cabaran. Aku target at least aku dpt turun smpi fizikal aku menampakkan perubahan pada diorng sebelum lebaran menjelang. TUNGGULAH... Hanya suami aku yang memahami n memberi support sepenuhnya untuk aku mencapai target aku termasuk rakan² 'baru' aku. Hehe... Insya-Allah bila dah berjaya, aku akan bagitahu siapa rakan² 'baru' aku tuh... amiinnn... Hopefully tercapai n berjayalah dengan izin Allah dan restu dari-Nya...demi suami tercinta...

May 24, 2009

Haiya

herm...napelah orang lain lepas berpantang badan kurus mcm anak dara, tapi aku mcm tong. haiya...nape eak. tgh menyusu badan gak tp xnak gak dia menurun. hampeh tol...tulun...

Hope esok smpi

Hope, pe aku hajati tercapai. n hope gak 'benda' tu sampi sok

May 22, 2009

Transformasi


Salam semer
Aku rasa aku perlu transformasilah... maybe start by this week. Hope it will be done b4 lebaran. Hope sangat.

Aku buat seme ni pun for my lovely hubby. n my family. tak sabar rasenye. Dengan izin Allah, diharap transformasi aku berjaya.

May 10, 2009

Bertarung Nyawa

Alhamdulillah...aku telah disahkan mengandung. Mulanya aku confuse. Hampir 5x aku buat pregnancy test sendiri. Kali pertama mcm kabur-kabur. Kali kedua mcm meyakinkan. Kali ketiga mcm jelas. Masuk kali keempat aku test, tak puas hati aku g klinik. Bila wat urine test memang sah aku pregnant. Alhamdulillah.

Awal pregnant, aku jd lembik. Tak larat nak masak, kemas umah n takleh bau semua jenis masakan. Semua keje umah my hubby settle. Tapi mujur sebulan dua jek. Lepas tu aku kembali aktif tp tak mcm biasa. Kali ni, aku mcm nak hubby aku owez dicc. Manja terlebih pun ada, mengada jgn ckplah. Berbeza pregnant kali pertama, aku rajin yg teramat, tegas, garang. Maybe time tu aku mengandung kan anak lelaki. Tapi Allah lebih menyayanginya. Dah setahun lebih arwah Muhammad Amali Darwisy pergi meninggalkan kami. Al-Fatihah...Amiinnn...

Kini, kami dikurniakan seorang puteri yg comel. Aisya Qistina binti Azwa. Saat beberapa minggu menunggu kelahirannya, aku telah dimasukkan ke hospital. Kandungan kali ini amat ku titik beratkan. Sehingga, 3x aku dimasukkan ke wad gara-gara gastrik, kurang air dan unlike linking. Kali ketiga, aku terus ditahan selama seminggu sehingga bersalin.

Sepanjang berada di wad, boleh dikatakan semua wad untuk ibu bakal bersalin aku rasai. Dari wad 3rd Class sampailah 1st Class... hehe. Aku lebih comfort dengan ward 3rd n 1st Class. Para nurse kepala gila2 dan mudah memberi bantuan, nasihat dan petua. 2nd Class okaylah tp seakan tak user friendly. Para doktor bagus dan beres. Specialist lagi berhemah dan layanan baek punyer n xbias. Aku rasa hospital gomen pun better like private. Btw, thanks to all staffnurse, guard n doctors at HSNZ...

Bagi mengelakkan sbrg risiko yg x diingini (memandangkn aku dah ada history kematian bayi), hampir setiap hari, doktor bertugas membuka jalan bg mempercepatkan proses bersalin. Lain doktor, lain cara dan perit ketika berlakunya proses tersebut tp aku redha. Hari pertama hingga ketiga, sebnyk 3cm telah dibuka namun kontraksinya masih blom terasa.

Keesokkanya, aku berasa bosan. Nak hilangkan kebosanan yg melanda, aku layan pimaipimaitangtu di bilik tv. Selang beberapa minit, seorg kakak yang hampir berbulan dok hospital dtg join sama. Time aku rasa semacam. Maybe perasaan je kot. Boleh dikatakan selang 5 minit kontraksi tersebut berlaku. Aku siap gelak tak ingat dunia time kakak tu wat lawak.

Nnt saya sambungkan eak...cite ni actually dah lama terperap tp hr ni br tergerak nak update... bersawang dah pun...ehikkk...

May 2, 2009

Tempias OIAM Grand Finale...

Pergh...salam semer...
ade tgk OIAM Grand Finale?...hehe...one week b4 that, aku ade suggest my hubby utk vote supaya kali ni ketiga2 artist leh ke final. Alhamdulillah, semua can. hehe. hilang akal ke apa aku. tak pernah dibuat oleh aku b4 this.

jgn xtau wei, aku selama ni tak suka sgt ngan reality programme neh tetiba jek boleh vote utk sorg artist neh. T.O.M.O.K = TOMOK. ntah ape yg membuatkan aku leh vote utk dia. tp pepun aku suka tgk sumone yg ade inisiatif utk memajukan diri like him. mean takde istilah 'TAK SEMPAT' or 'TAK RETI' dlm hidup.

few ago, aku just mcm pelik nape teenagers leh minat ngan Tomok New Boyz neh. especially gurls. semalam aku tgk performance dia. wah...memang difference between esther n aweera (mcm bagus jek...ehe...woops...jgn mare gurls out there). b4 show, aku tgk fan tomok lebih ramai dr esther n aweera tp nape rating tomok rendah eak. haaa...politik eak...hehe... watever is my hubby pun vote tau.

btw, aku enggak nyangka yg Tomok is millonaire. hehe. pepun congrates to him. semoga kekal cemerlang n tak payahlah change ur name coz without TOMOK new boyz, tomok takkan jd mcm ni kot. pepandai je aku. tp best gak bila jd TOMOK INDRAWAN. mcm kayangan gitu...ehe...

Makluman Kepada DISTURBER yang gemar ANNOYING.

Penafian @ Pemberitahuan...

Makluman kepada semua

PEMBACA SETIA saya (kalau adalah. Hehe) n also my SILENT READER (yelah dah xboleh nak ganggu i guna anonymous kat commentkan, so terpaksalah DECIDE jd silent reader jek, huhu... so good luck too lah yer. Selagi rase panjang umur nak mengganggu hidup orang. OBSERVElah selagi MAMPU n jgn sampai bahankan saya. So, sure x takutkan jika diri anda xsempat pohon MAAF) n also yang menganggap diri kerdil saya ni sebagai MUSUH kepada diri anda sendiri, yang bahawasanya…

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di Bukan lagi Finger Note's - kini notapuan – nad Blog ini tidak boleh ditiru mahupun diplagiat, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada Tuan Empunyer Bukan lagi Finger Note's - kini notapuan - nad.

Juga dimaklumkan dan diperingatkan sekali lagi bahawa apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi seperti mencanang perkara yang tidak baik, buruk, memalukan, mengaibkan berkenaan perihal diri saya juga seluruh keluarga kaum kerabat saya di blog kepunyaan anda (termasuk laman sosial yang lain), sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik (media elektronik) termasuk di media massa, adalah melakukan suatu kesalahan, TINDAKAN BOLEH DIAMBIL mengikut akta

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998. If terasa DIVA n BERKUASA sgt nak menganggu n mencuba sesuatu yang membuatkan saya tak akan sesekali menimbangtara untuk mengambil TINDAKAN terhadap anda, dipersilakan. If you are PLAYING FOR KEEPS, so, pleased. I will do a same thing. So, good luck!

Sesungguhnya, setiap gerak geri buruk anda yang cuba bersikap

PENGGANGGU boleh dikesan secara terus. Harap Maklum n beware.

\('c*)v :: Peace no war n

u ollsss.

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

BAHAGIAN X - AM Bab 2 - Kesalahan Dan Penalti Tambahan

Seksyen 233. Penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian, dll.

(1) Seseorang yang—

(a) dengan menggunakan mana-mana kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi secara sedar—

(i) membuat, mewujudkan atau meminta-minta; dan

(ii) memulakan penghantaran,

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau

(b) memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik,

adalah melakukan suatu kesalahan—

(2) Seseorang yang secara sedar—

(a) dengan menggunakan suatu perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi memberikan apa-apa komunikasi lucah bagi maksud komersial kepada mana-mana orang; atau

(b) membenarkan suatu perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi di bawah kawalan orang itu untuk digunakan bagi suatu aktiviti yang diperihalkan dalam perenggan (a),

adalah melakukan suatu kesalahan.

(3) Seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen ini apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan hendaklah juga boleh didenda selanjutnya satu ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

sumber rujukan dari http://www.skmm.gov.my/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...