FEEL FREE TO CLICK MY NUFFNANG YER...TQVM :)

Apr 29, 2012

100 TAHUN NESTLE DI SISIMU – Part Memori Kek Batik

As salam semua

Today, saya nak share berkenaan My Incredible Story bersempena 100 TAHUN NESTLE DI SISIMU. Tahniah NESTLE! We are proud of you...

Jom bace sesama (bajet best).

Ehem!

Alam remajaku bermula tika 99-00 sewaktu melanjutkan pelajaran di Kolej Yayasan Pelajaran MARA, Kuala Lumpur known as Kolej Polytech-Mara Kuala Lumpur. Berjauhan dari keluarga membuatkan aku dan teman rapat seramai 8 orang kesemuanya mula belajar berdikari termasuk dari aspek masakan. Of courselah, boring bergossip, bertukar topic ke sesi masak-memasak. Terpacul di bibirku saat itu mengenai kek batik. Apa tu? Kek ape? Kek yang dibalut dengan kain batik ke? Lantas seorang temanku yakni Andik  memperkenalkan resepi kek batik yang sangat simple. Diadun dengan satu tin kecil MILO. Time 90an dulu, milo ada dijual di dalam tin bersaiz kecil tau. Senang nak buat kek batik time tuh, tak payah pusing kepala nak sukat segala banyak mana kandungan serbuk MILO yang diperlukan untuk penyediaan kek batik. Just, letak kesemuanya di dalam adunan tersebut. Time student, peralatan membuat kek mana cukup lengkap kan.
 inilah milonya


Sebut saje MILO, aku pasti hasil kek tersebut akan terbangkit sedap sehingga menjilat jari. Dan, hasilnya terbukti sedap. Tengoklah.

 

Sedapkan.

Resepinya?

Ini resepi turun temurun yang diperturunkan oleh Andik kepada kami tau. 

Bahan²:
400g serbuk MILO
1 tin susu pekat (dulu guna susu cap junjung)
3 sudu besar marjerin
Biskut marie (ikut suka dan kreativiti

Step :
  1. Gaul rata MILO, marjerin dan susu (sekaligus).
  2. Siap gaul, masukkan ke dalam kuali dan panaskan di atas api sederhana sampai pekat (likat)
  3. Kemudian, angkat dan masukkan biskut marie
  4. Susun biskut dan lapiskan bersama MILO. Style mcm kek lapis tu, berselang-seli.
  5. Masukkan ke dalam peti sejuk

Tips:
  1. Susun biskut cepat² sebelum MILO jadi sejuk coz nnt susah nak handle
  2. Nak hasil kek batik lebih menarik dan terbentuk, bungkus kek menggunakan kertas aluminium sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk.
  3. Ada juga yang gemar hancurkan biskut berbanding menyusun biskut. Tapi nop for me.
  4. Boleh jugak taburkan Nestum Original Nestle atau hancurkan Cornflakes di atas permukaan kek sebelum disejukkan.
  5. Selamat mencuba. 
 
Jgn tak tau kek batik pun boleh terhasil daripada ricecooker!


p/s : nasiblah pihak kolej ade sediakan peti ais setiap rumah. Sejuk kek mak.


Yang benar, benar dan benar-benar, benar... 
♥♥♥ T.E.F.i.N ♥♥♥

100 TAHUN NESTLE DI SISIMU – Part dpt Email

As salam semua.

1st of all, i would like to wish congratulation to NESTLE. Dah 100 tahun dah setia bersama kami.  begitu juga kami rakyat Malaysia yang juga SETIA bersamamu.

Macam saya antara yang setia. Siap create folder berasingan semenjak anak saya menjadi ahli club Nestle Junior Club since 2009. hehe. Bukan ape, mudah bagi saya untuk terus menyemak email khas sekiranya ade perkhabaran yang sangat NICE dari NESTLE, kan. (Bunyik ayat macam kipas susah matikan, haha, lantaklah dek non. Janji mak happy).

wink²


Ehem, semua tau pasal NESTLE kan? Herm, kehidupan seharian kita tak kan lengkap tanpa NESTLE, right? Dari kecil sehinggalah meningkat dewasa.

Time saya kecik dulu (lupalahlah usia saya tike itu), saya hairan dengan sesuatu company dan logo serta nama sesebuah company tersebut termasuklah NESTLE. Kenapa dinamakan NESTLE?

Sampailah saya perati bebetol logo NESTLE tuh, ada sarang burung dan 3 ekor burung di dalamnya. Sarang burung ke maksudnya??! 

Sebenarnya... 

Nestlé ialah sebuah syarikat pembuat makanan berpakej multinasional yang ditubuhkan dan beribu pejabat di Switzerland. Penubuhannya timbul daripada satu gabungan pada tahun 1905 antara Anglo-Swiss Milk Company, sebuah syarikat susu yang ditubuhkan oleh adik-beradik Page di Cham, Switzerland, pada tahun 1866 dan Farine Lactée Henri Nestlé Company yang didirikan pada tahun 1867 oleh Henri Nestlé yang menghasilkan produk makanan bayi. Sesetengah jenama Nestlé dikenali di seluruh dunia lalu menjadikannya peneraju pasaran sedunia dalam penghasilan sebilangan produk, termasuk susu, coklat, konfeksi, air botol, kopi, krimer, perasa makanan dan makanan haiwan. Reputasi korporat Nestlé merupakan antara yang tertinggi di kalangan syarikat-syarikat besar Switzerland.Saham-saham syarikat ini disenaraikan dalam SWX Swiss Exchange. Sesetengah amalan perniagaan Nestlé pernah diselubungi kontroversi, terutamanya kes yang mana susu bayi dipasarkan di negara-negara membangun, lalu mencetuskan pemboikotan Nestlé.

Sebutan yang tepat bagi nama NESTLE ialah [ˈnɛstle], kerana nama tersebut dipetik daripada nama seorang tokoh yang berasal dari satu bahagian di negara Switzerland yang berbahasa Perancis. Ramai orang di negara-negara berbahasa Inggeris sering tersilap sebut nama ini sebagai "Nestlé's" [ˈnɛsəłz], sepertimana kata kerja bahasa Inggeris nestle.

Aha, gitulah kisahnya.

Well, saya mula bersahabat baik sebegitu akrab dengan NESTLE setelah saya berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan. Pantang ada competition, promo NESTLE produk by salesgirl time bershopping barang dapur ke , by booth ke, terus je meluru dan akhirnya saya daftar my the only one daughter, Aisya Qistina kat NESTLE Junior Club, aha!. Maka termaktublah anak kami sebagai member NESTLE. Hore!


Bukan ape, senangkan nak dapat the latest information from NESTLE. Terutamanya, bout the best and new products from NESTLE, the best recipe with the great combination nutrition for our kids n for us too like below :-



Ehem, macam best je resepi toast bread tuh, bleh cuba petang nanti utk makan malam anak kami. Aisya Qistina sangat gemarkan roti, ape lagi bila dicicah dengan MILO Susu kegemarannya. Lega hati mak noks, dah ade resepi yang tersedia mudah oleh NESTLE untuk ibu-ibu bekerjaya macam saya. Ewah.

Many thanks NESTLE, we are proud of u...

A big congratulations. NESTLE 100 Years...



Bersambung lagi entry akan datang hanya untuk NESTLE 100 Years dihatiku...


Yang benar, benar dan benar-benar, benar... 
♥♥♥ T.E.F.i.N ♥♥♥

Makluman Kepada DISTURBER yang gemar ANNOYING.

Penafian @ Pemberitahuan...

Makluman kepada semua

PEMBACA SETIA saya (kalau adalah. Hehe) n also my SILENT READER (yelah dah xboleh nak ganggu i guna anonymous kat commentkan, so terpaksalah DECIDE jd silent reader jek, huhu... so good luck too lah yer. Selagi rase panjang umur nak mengganggu hidup orang. OBSERVElah selagi MAMPU n jgn sampai bahankan saya. So, sure x takutkan jika diri anda xsempat pohon MAAF) n also yang menganggap diri kerdil saya ni sebagai MUSUH kepada diri anda sendiri, yang bahawasanya…

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di Bukan lagi Finger Note's - kini notapuan – nad Blog ini tidak boleh ditiru mahupun diplagiat, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada Tuan Empunyer Bukan lagi Finger Note's - kini notapuan - nad.

Juga dimaklumkan dan diperingatkan sekali lagi bahawa apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi seperti mencanang perkara yang tidak baik, buruk, memalukan, mengaibkan berkenaan perihal diri saya juga seluruh keluarga kaum kerabat saya di blog kepunyaan anda (termasuk laman sosial yang lain), sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik (media elektronik) termasuk di media massa, adalah melakukan suatu kesalahan, TINDAKAN BOLEH DIAMBIL mengikut akta

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998. If terasa DIVA n BERKUASA sgt nak menganggu n mencuba sesuatu yang membuatkan saya tak akan sesekali menimbangtara untuk mengambil TINDAKAN terhadap anda, dipersilakan. If you are PLAYING FOR KEEPS, so, pleased. I will do a same thing. So, good luck!

Sesungguhnya, setiap gerak geri buruk anda yang cuba bersikap

PENGGANGGU boleh dikesan secara terus. Harap Maklum n beware.

\('c*)v :: Peace no war n

u ollsss.

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

BAHAGIAN X - AM Bab 2 - Kesalahan Dan Penalti Tambahan

Seksyen 233. Penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian, dll.

(1) Seseorang yang—

(a) dengan menggunakan mana-mana kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi secara sedar—

(i) membuat, mewujudkan atau meminta-minta; dan

(ii) memulakan penghantaran,

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau

(b) memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik,

adalah melakukan suatu kesalahan—

(2) Seseorang yang secara sedar—

(a) dengan menggunakan suatu perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi memberikan apa-apa komunikasi lucah bagi maksud komersial kepada mana-mana orang; atau

(b) membenarkan suatu perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi di bawah kawalan orang itu untuk digunakan bagi suatu aktiviti yang diperihalkan dalam perenggan (a),

adalah melakukan suatu kesalahan.

(3) Seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen ini apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan hendaklah juga boleh didenda selanjutnya satu ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

sumber rujukan dari http://www.skmm.gov.my/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...