FEEL FREE TO CLICK MY NUFFNANG YER...TQVM :)

Apr 29, 2012

100 TAHUN NESTLE DI SISIMU – Part Memori Kek Batik

As salam semua

Today, saya nak share berkenaan My Incredible Story bersempena 100 TAHUN NESTLE DI SISIMU. Tahniah NESTLE! We are proud of you...

Jom bace sesama (bajet best).

Ehem!

Alam remajaku bermula tika 99-00 sewaktu melanjutkan pelajaran di Kolej Yayasan Pelajaran MARA, Kuala Lumpur known as Kolej Polytech-Mara Kuala Lumpur. Berjauhan dari keluarga membuatkan aku dan teman rapat seramai 8 orang kesemuanya mula belajar berdikari termasuk dari aspek masakan. Of courselah, boring bergossip, bertukar topic ke sesi masak-memasak. Terpacul di bibirku saat itu mengenai kek batik. Apa tu? Kek ape? Kek yang dibalut dengan kain batik ke? Lantas seorang temanku yakni Andik  memperkenalkan resepi kek batik yang sangat simple. Diadun dengan satu tin kecil MILO. Time 90an dulu, milo ada dijual di dalam tin bersaiz kecil tau. Senang nak buat kek batik time tuh, tak payah pusing kepala nak sukat segala banyak mana kandungan serbuk MILO yang diperlukan untuk penyediaan kek batik. Just, letak kesemuanya di dalam adunan tersebut. Time student, peralatan membuat kek mana cukup lengkap kan.
 inilah milonya


Sebut saje MILO, aku pasti hasil kek tersebut akan terbangkit sedap sehingga menjilat jari. Dan, hasilnya terbukti sedap. Tengoklah.

 

Sedapkan.

Resepinya?

Ini resepi turun temurun yang diperturunkan oleh Andik kepada kami tau. 

Bahan²:
400g serbuk MILO
1 tin susu pekat (dulu guna susu cap junjung)
3 sudu besar marjerin
Biskut marie (ikut suka dan kreativiti

Step :
  1. Gaul rata MILO, marjerin dan susu (sekaligus).
  2. Siap gaul, masukkan ke dalam kuali dan panaskan di atas api sederhana sampai pekat (likat)
  3. Kemudian, angkat dan masukkan biskut marie
  4. Susun biskut dan lapiskan bersama MILO. Style mcm kek lapis tu, berselang-seli.
  5. Masukkan ke dalam peti sejuk

Tips:
  1. Susun biskut cepat² sebelum MILO jadi sejuk coz nnt susah nak handle
  2. Nak hasil kek batik lebih menarik dan terbentuk, bungkus kek menggunakan kertas aluminium sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk.
  3. Ada juga yang gemar hancurkan biskut berbanding menyusun biskut. Tapi nop for me.
  4. Boleh jugak taburkan Nestum Original Nestle atau hancurkan Cornflakes di atas permukaan kek sebelum disejukkan.
  5. Selamat mencuba. 
 
Jgn tak tau kek batik pun boleh terhasil daripada ricecooker!


p/s : nasiblah pihak kolej ade sediakan peti ais setiap rumah. Sejuk kek mak.


Yang benar, benar dan benar-benar, benar... 
♥♥♥ T.E.F.i.N ♥♥♥

2 comments:

  1. wahhh bestnye leh wat pakai rice cooker...dulu mase study xde peti sejuk...sedey...

    ReplyDelete
  2. @SufatihaNurhehe, jgnkan rice cooker, guna iron pun boleh tp khas untuk goreng telur jelah

    ReplyDelete

Thanks buddy and anonymous also...

Makluman Kepada DISTURBER yang gemar ANNOYING.

Penafian @ Pemberitahuan...

Makluman kepada semua

PEMBACA SETIA saya (kalau adalah. Hehe) n also my SILENT READER (yelah dah xboleh nak ganggu i guna anonymous kat commentkan, so terpaksalah DECIDE jd silent reader jek, huhu... so good luck too lah yer. Selagi rase panjang umur nak mengganggu hidup orang. OBSERVElah selagi MAMPU n jgn sampai bahankan saya. So, sure x takutkan jika diri anda xsempat pohon MAAF) n also yang menganggap diri kerdil saya ni sebagai MUSUH kepada diri anda sendiri, yang bahawasanya…

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di Bukan lagi Finger Note's - kini notapuan – nad Blog ini tidak boleh ditiru mahupun diplagiat, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada Tuan Empunyer Bukan lagi Finger Note's - kini notapuan - nad.

Juga dimaklumkan dan diperingatkan sekali lagi bahawa apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi seperti mencanang perkara yang tidak baik, buruk, memalukan, mengaibkan berkenaan perihal diri saya juga seluruh keluarga kaum kerabat saya di blog kepunyaan anda (termasuk laman sosial yang lain), sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik (media elektronik) termasuk di media massa, adalah melakukan suatu kesalahan, TINDAKAN BOLEH DIAMBIL mengikut akta

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998. If terasa DIVA n BERKUASA sgt nak menganggu n mencuba sesuatu yang membuatkan saya tak akan sesekali menimbangtara untuk mengambil TINDAKAN terhadap anda, dipersilakan. If you are PLAYING FOR KEEPS, so, pleased. I will do a same thing. So, good luck!

Sesungguhnya, setiap gerak geri buruk anda yang cuba bersikap

PENGGANGGU boleh dikesan secara terus. Harap Maklum n beware.

\('c*)v :: Peace no war n

u ollsss.

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

BAHAGIAN X - AM Bab 2 - Kesalahan Dan Penalti Tambahan

Seksyen 233. Penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian, dll.

(1) Seseorang yang—

(a) dengan menggunakan mana-mana kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi secara sedar—

(i) membuat, mewujudkan atau meminta-minta; dan

(ii) memulakan penghantaran,

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau

(b) memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik,

adalah melakukan suatu kesalahan—

(2) Seseorang yang secara sedar—

(a) dengan menggunakan suatu perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi memberikan apa-apa komunikasi lucah bagi maksud komersial kepada mana-mana orang; atau

(b) membenarkan suatu perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi di bawah kawalan orang itu untuk digunakan bagi suatu aktiviti yang diperihalkan dalam perenggan (a),

adalah melakukan suatu kesalahan.

(3) Seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen ini apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan hendaklah juga boleh didenda selanjutnya satu ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

sumber rujukan dari http://www.skmm.gov.my/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...