Saat itu gak aku diamanahkan untuk memasang cd berkenaan pertabalan dan nobat untuk ditayangkan.
Isnin, 14 Okt 08, dijadualkan keberangkatan tiba Sultan Selangor yang berkenan melawat Muzium Terengganu. Pada mulenya kami difahamkan baginda akan tiba around 3.00 petang tapi jam 2.15 baginda telah tiba. Sedikit kekalutan berlaku namun dapat diatasi dengan segera. Alhamdulillah. Kecut perut aku. Bukan senang nak berhadapan face to face ngan Sultan kan. Ngeee...
Selasa plak, kemungkinan Sultan dan Sultanah Perak pulak yg berkenan nak melawat muzium. Namun atas sebab² tertentu, tak jadi.
So, Khamis bersamaan 16 Okt 08, Permaisuri Agong Sultanah Nur Zahirah bersama Sultanah Kelantan, Sultanah Perak dan Sultanah Kedah berangkat tiba pada jam lebih kurang 11.00 pagi. Waduh, cantik bangatlah kesemua sultanah berkenaan. Tak jemu memandang... Herm...