FEEL FREE TO CLICK MY NUFFNANG YER...TQVM :)

May 2, 2010

Cinta pertama…L.O.V.E @ The 1st Sight

Erm…semua pernah alami cinta pertamakan?... tipulah kalau saya ckp, saya xpernah. Sesiapa yg belum pernah, for sure pernah jatuh cintakan? Am I right, dear? Ok, good… pepun, ade banyak kisah yg sy tahu, sy dgr dan sy tatap dan juga sy kenang…ecece…sy kenang? Kenang kisah sape? Kisah tauladan…heheh…

Macam nilah, ade 1 jiwa yg pernah dikongsi bersama kisahnye… nak tau ker? Panjang neh… ok…

Saya wakilkan si lelaki sebagai Jejaka A dan si wanita sebagai Gadis B…


Kisahnya bermula di sini sebagaimana yang diluahkan…


Di sebuah pusat pengajian tinggi di ibu kota… ianya bermula antara tahun 1999 – 2001. Gadis B terlebih dahulu melanjutkan pelajaran di peringkat sijil di IPT tersebut. Akhirnya, Gadis B dan teman rapatnya berjaya menamatkan pengajian dan berjaya juga menyambung pelajaran dalam peringkat diploma.


Semester pertama diploma, semua berjalan lancar sehinggalah Gadis B menerima sekeping nota menyatakan hajat di hati Jejaka A untuk berkenalan dan berkawan dengan lebih dekat dengannya. Jejaka A start mengusha Gadis B, semasa beliau berjaya melanjutkan pengajian di peringkat diploma di IPT tersebut. Bermakna, usia Gadis B setahun lebih tua daripada Jejaka A. Permulaan perhubungan, Gadis B, mengambil masa utk berfikir. Selepas 2 minggu iaitu selepas peperiksaan akhir selesai, barulah Gadis B membalas sapaan Jejaka A. Itupun via email.


Perkenalan bermula


Pada permulaan perhubungan, mereka berkawan rapat seperti biasa tanpa sebarang status ikatan mahupun lamaran daripada Jejaka A. Gadis B sabar menanti, biasaklah, lelaki versi timur, sure suka dengan pendekatan tggu dan lihat dulukan… mana tau gadis pujaan hati telah milik orang.


Beberapa mggu kemudian mereka bercouple. Awal perhubungan semuanya ok. Lama-kelamaan, semakin serba tidak kena. Gadis B berasakan yang Jejaka A sekadar main-main dan tidak serius. Tika itu, penggunaan telefon bimbit di kalangan para pelajar saat itu tidak sehebat sekarang…


Tika itu juga mentality Gadis B seakan tidak mahu berada pada tahap status ‘PERIGI MENCARI TIMBA’. Bermakna, Gadis B akan berpegang teguh pada prinsip yakni bahawa, beliau tidak akan sesekali menelefon Jejaka A untuk bertanya khabar hatta melepas rindu sekalipun. Semuanya Jejaka A yang bertindak dahulu. Masing2 tidak mempunyai mobile phone. Kecuali Gadis B. tetapi, telefon kepunyaan Gadis B boleh diibaratkan memegang sebuah batu bata…haha…xbaik tau…mujur ade gak henset. Even xleh nak check missed call bagaikan.


Akhirnya, Gadis B mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan even hubungan mereka hanya sempat bertahan untuk 1 semester sahaja. Di antara sebab musabab Gadis B memutuskan hubungan adalah kerana…

1. Ramai beranggapan terutama dikalangan teman2 rapat Gadis B, menyatakan pendapat bahawa hubungan di antara Jejaka A dan Gadis B ibarat kakak dan adik. – adus…jatuh sahamlah kan.


2. Gadis B berasakan yang dirinya hanya sandaran pada Jejaka A. Bermakna, Jejaka A seakan sudah mempunyai teman istimewa yg lain tetapi hanya ingin mendampingi Gadis B kerana kesunyian. Sunyi sebab mungkin, buah hati pengarang jantung Jejaka A masih lagi belum tamat pengajian persekolahan menengah, ataupun sekadar ingin mengisi kekosongan di hati ataupun sebaliknya.


3. Gadis B takut Jejaka A akan meninggalkan dirinya terlebih dahulu. So, b4 Jejaka A melafazkan kata perpisahan, y not, Gadis B mulakan dulu kan.


4. Jejaka A kelihatan tidak serius dengan hubungan dengan Gadis B


5. Gadis B tidak menyukai symptom Jejaka A yg gemar bertanyakan perihal Gadis B mean pe yg Gadis B suke, pe hobi Gadis B n seangkatan dengannya melalui teman rapat Gadis B. Kenapa Jejaka A perlu bertanya dengan pihak lain sedangkan Jejaka A boleh bersikap gentleman utk direct to the point je dengan Gadis B kan…Kate kapel…isn’t it? Tak pepasal akan timbul sifat buruk sangka di hati Gadis B terhadap Jejaka A. Yelah, sudah terang lagi bersuluh, kelihatan macam Jejaka A seakan ingin mengeneng (usha) teman rapat Gadis B kan? – btol x pe korang rase?


6. Ke 6? Try korang tanya Jejaka A, pe perasaan dia tatkala berkapel dengan Gadis B. Eh, korang kenal ke siapa Jejaka A? hihihi


Aha…itu antara sbb, kenapa Gadis B membuat keputusan drastic… dipendekkan cerita… selepas berpisah, dengar cite, Gadis B pada mulanya boleh terima kenyataan… tetapi kali terakhir berjumpa dengan Jejaka A, esoknye selepas menunaikan solat subuh, Gadis B, akhirnya tidak terdaya untuk menanggung kesedihan. Di atas hamparan sejadah, Gadis B menangis… menagis disisi-Nya… Kenapa menangis? Sedih sebab berpisah atau sedih sebab gembira? Daripada apa yang diceritakan, Gadis B seakan keliru dengan keputusannya dan akhirnya Gadis B mengakui bahawa, sehari selepas berpisah, cinta dan sayang Gadis B kepada Jejaka A semakin mendalam. Tujuan utama Gadis B membuat janji temu kali terakhir dengan Jejaka A adalah kerana ingin menyambung kembali ikatan tersebut. Tetapi, Jejaka A seakan tidak memahami atau buat tidak paham atau kerana E.G.O yang menguasai diri?


Akhirnya… setelah berpisah, masing-masing membuat haluan masing-masing. Even Jejaka A still ingin berkawan dengan Gadis B, tapi ianya hanya sementara. Tidak sampai sebulan perpisahan mereka, Jejaka A telah menemui cinta baru. Yakni, junior diaorng. Aha…so btolke firasat Gadis B terhadap Jejaka A? sila rujuk Perkara no 2. Dan, Gadis B senantiasa sendiri bersama teman yang banyak menyokong. Jika anda berada di tempat Gadis B, apakah feeling anda?


Apa yang mengurengkan lg status persahabatan mereka setelah broke off ialah… pada 1 hari nan indah (kotlah kan), Gadis B menerima panggilan telefon daripada Jejaka A untuk keluar makan malam… Gembira di hati Gadis B bukan kepalang. Yelah, hati siapa tidak happy kalau bekas teman lelaki ajak dinner kan. Manalah tahu, harapan Gadis B untuk mendampingi kembali Jejaka A menjadi kenyataan. Kan? Seingat Gadis B, Jejaka A, menyuruh Gadis B membawa teman untuk makan malam bersama. Gadis B patuh.


Tiba malam yg dinanti.


Gadis B tiba di tempat yang dijanjikan. Kelihatan teman rapat Jejaka A juga merangkap teman sekuliah Gadis B, sudah sedia menanti. Gadis B berborak rancak terlebih dahulu even dalam hati Gadis B hanya Allah yg tahu betapa kencangnya degupan jantung. Tetiba, Jejaka A tiba bersama seseorang. Berpimpinan tangan sebagaimana yang diceritakan. Berkat ketabahan dan kesabaran yg kuat di hati Gadis B, beliau berlagak selamba seakan tiada apa yang berlaku. Sepanjang makan malam tersebut, pelbagai insiden dilakonkan oleh X Gadis B bersama teman barunya. Adegan suap menyuap, adegan mesra-mesraan…(macam BOB MESRAAAAAA lah plak kan…) dan pelbagai adegan yang membuatkan hati dan perasaan Gadis B, kian membenci dan membara… kenapa Jejaka A seakan tidak berterus terang kepada Gadis B keadaan sebtulnya. Pe tujuan Jejaka A mengundang Gadis B utk keluar dinner jika hanya utk menyakiti Gadis B… Adakah kerana hanya ingin memberitahu pada Gadis B, tnpa Gadis B, Jejaka A masih lagi mampu hidup n masih lagi laku untuk berpasangan? Wajarkah Jejaka A bertindak sebegitu?


Anda perasan tak kenapa harus jadi sebegini? For sure, tidak wajar Jejaka A membuat Gadis B sebegitu, tp kalau btol n dah tahu Jejaka A seakan ade niat di sebaliknya, kenapa Gadis B menerima pelawaan Jejaka A untuk dinner? Adakah kerana Gadis B masih menaruh harapan?


Kesimpulannya…


Soal jodoh, maut di tangan Allah. Jika dikatakan ade jodoh, even dok di Kutub Utara dan Kutub Selatan pun, kalau Allah dah janjikan utk hidup bersama, akan bertemu lah ia. Kalau takde jodoh? Dok sebelah umah pun, bleh xnampak. Sedor2 jek dah beranak-pinak… dah bercucu bercicit bagai. Ade paham?


Akhirnya… kisah di antara Jejaka A dan Gadis B hanya tinggal kisah. Cerita teakhir yang dapat dikorek, Gadis B akhirnya melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi dan masih lagi membawa harapan utk bersama dengan Jejaka A… setelah menamatkan pengajian, Gadis B mendapat tahu, Jejaka A sudah mempunyai seorang anak. Daripada mana Gadis B mendapat tahu? Adalah sumber terdekat di antara Gadis B dan Jejaka A… ni kita andaikan sebagai sumber tersebut sebagai Sumber Pertama.


Malah, Gadis B turut diberitahu bahawa… sewaktu berlangsungnya perhubungan di antara Gadis B dan Jejaka A, Gadis B tidak mengetahui bahawa, Jejaka A telah menduakan Gadis B. Yakni, dalam pada masa yang sama, Jejaka A telah mempunyai insan istimewa di hatinya. Mcm nak tggu awek dia dapat sambung study sama dengannya, mean sama tempat study, barulah Jejaka A nak serius ngan aweknyer tulah. That’s y, bila Gadis B mtk break, Jejaka A seakan merelakan jek… Hampeh tol… ingat perempuan neh barang ke nak main campak2 mcm sampah? Nak kawan ckp je nak kwn biasa ni mainkan perasaan org. Dah dpt, wat lebih kurang. Ape kes!!! Ni sumber kedua yg cite.


Mendengarkan cerita tersebut, Gadis B hanya terkedu. Kenapa dah 6 tahun, baru Gadis B dapat cerita sebenar? Kenapa tidak dulu selepas berpisah or nak lebih baik lagi sebelum berpisah? Mujurlah Gadis B dpt tahu tatkala saat perkahwinan Gadis B hampir tiba…


Namun, penangan cinta pertama memang sukar dilupa. Tipulah kalau ade yang kate, cerita lama, watpe nak ingatkan? Btol x?...


Last but not least…adekah Jejaka A dan Gadis B akan bertemu kembali di dalam keadaan yang berbeza? Nantikan cerita sambungannya… jeng…jeng…jeng… Dan apa motif aku keluarkan kisah sebegini di blogku yg mulus cantik ini? Ade komen B.E.R.A.N.I???

Makluman Kepada DISTURBER yang gemar ANNOYING.

Penafian @ Pemberitahuan...

Makluman kepada semua

PEMBACA SETIA saya (kalau adalah. Hehe) n also my SILENT READER (yelah dah xboleh nak ganggu i guna anonymous kat commentkan, so terpaksalah DECIDE jd silent reader jek, huhu... so good luck too lah yer. Selagi rase panjang umur nak mengganggu hidup orang. OBSERVElah selagi MAMPU n jgn sampai bahankan saya. So, sure x takutkan jika diri anda xsempat pohon MAAF) n also yang menganggap diri kerdil saya ni sebagai MUSUH kepada diri anda sendiri, yang bahawasanya…

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di Bukan lagi Finger Note's - kini notapuan – nad Blog ini tidak boleh ditiru mahupun diplagiat, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada Tuan Empunyer Bukan lagi Finger Note's - kini notapuan - nad.

Juga dimaklumkan dan diperingatkan sekali lagi bahawa apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi seperti mencanang perkara yang tidak baik, buruk, memalukan, mengaibkan berkenaan perihal diri saya juga seluruh keluarga kaum kerabat saya di blog kepunyaan anda (termasuk laman sosial yang lain), sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik (media elektronik) termasuk di media massa, adalah melakukan suatu kesalahan, TINDAKAN BOLEH DIAMBIL mengikut akta

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998. If terasa DIVA n BERKUASA sgt nak menganggu n mencuba sesuatu yang membuatkan saya tak akan sesekali menimbangtara untuk mengambil TINDAKAN terhadap anda, dipersilakan. If you are PLAYING FOR KEEPS, so, pleased. I will do a same thing. So, good luck!

Sesungguhnya, setiap gerak geri buruk anda yang cuba bersikap

PENGGANGGU boleh dikesan secara terus. Harap Maklum n beware.

\('c*)v :: Peace no war n

u ollsss.

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

BAHAGIAN X - AM Bab 2 - Kesalahan Dan Penalti Tambahan

Seksyen 233. Penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian, dll.

(1) Seseorang yang—

(a) dengan menggunakan mana-mana kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi secara sedar—

(i) membuat, mewujudkan atau meminta-minta; dan

(ii) memulakan penghantaran,

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau

(b) memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik,

adalah melakukan suatu kesalahan—

(2) Seseorang yang secara sedar—

(a) dengan menggunakan suatu perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi memberikan apa-apa komunikasi lucah bagi maksud komersial kepada mana-mana orang; atau

(b) membenarkan suatu perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi di bawah kawalan orang itu untuk digunakan bagi suatu aktiviti yang diperihalkan dalam perenggan (a),

adalah melakukan suatu kesalahan.

(3) Seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen ini apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan hendaklah juga boleh didenda selanjutnya satu ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

sumber rujukan dari http://www.skmm.gov.my/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...