FEEL FREE TO CLICK MY NUFFNANG YER...TQVM :)

Jun 29, 2011

Peristiwa Israk Mikraj Nabi Muhammad S.A.W. – 27 Rejab

1. Sebelum Israk dan Mikraj

Rasulullah S. A. W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika’il. Hati Baginda S. A. W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam (‘alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman. ke dalam dada Rasulullah S. A. W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan “khatimin nubuwwah”. Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan “Israk” itu.

2. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):

Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S. A. W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:

i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah. ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A. S. menerima wahyu daripada Allah; iii. Baitul-Laham (tempat Nabi ‘Isa A. S. dilahirkan);

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S. A. W. menghadapi gangguan jin ‘Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :

- Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S. A. W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

- Tempat yang berbau harum. Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Masyitah (tukang sisir rambut anak Fir’aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir’aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir’aun sebagai Tuhan).

- Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

- Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

- Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.

- Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.

- Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

- Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

- Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

- Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.

- Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

- Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S. A. W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.

- Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.

Rasulullah S. A. W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

3. Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S. A. W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

1. Langit Pertama: Rasulullah S. A. W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A. S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

2. Langit Kedua: Nabi S. A. W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi ‘Isa A. S. dan Nabi Yahya A. S.

3. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A. S.

4. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A. S.

5. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A. S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

6. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A. S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

7. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma’mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S. A. W., Nabi Ibrahim A. S. bersabda, “Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha’if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu lah HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH”. Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim A. S. bersabda, “Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA lah ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA lah HAULA WA lah QUWWATA ILLA BILLAHIL- ‘ALIYYIL-’AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga”. Setelah melihat beberpa peristiwa! lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

8. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut “al-Kursi” yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S. A. W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

9. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur ‘Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

10. Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S. W. T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:

Allah S. W. T : Ya Muhammad. Rasulullah : Labbaika. Allah S. W. T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan ‘Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. Allah S. W. T : aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah ‘Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.

11. Selesai munajat, Rasulullah S. A. W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A. S. kemudian Nabi Musa A. S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S. A. W. merayu kepada Allah S. W. T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas beberapa kali merayu, akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya (pahalanya) sebanyak 50 waktu juga.

4. Selepas Mikraj

Rasulullah S. A. W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu’alam.

(Sumber : Kitab Jam’ul-Fawaa`id) Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.

Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.

Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.

Mafhum Firman Allah S. W. T. : “Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (Surah Al-Israa’: Ayat 1).

Jun 27, 2011

Patah ♥? Putus ♥? Usah Berduka...

Assalamualaikum wbt.

Patah ? Putus ? Usah Berduka...

Bak kata Kak Nani, Putus Cinta Bukan Kehilangan Tetapi Pengenalan gitu.

Kenapa bah aku bah bicara pasal cinta bah. Sekali pasir berubah. Bah, bah, bah gitu kata ko.

Btw, let's us jiwang with this song as below... N joy...



I Love You

I must be crazy now
Maybe I dream too much
But when I think of you
I long to feel your touch

To whisper in your ear
Words that are old as time
Words only you would hear
If only you were mine

I wish I could go back to the very first
day I saw you
should've made my move when you
looked in my eyes
'cause by now I know that you'd feel the
way that I do
and I'd whisper these words as you'd lie
here by my side I

I love you, please say
You love me too,these three words
They could change our lives forever
And I promise you that we will always be together
Till the end of time

So today,I finally find the caurage
Deep inside
Just to walk right up to you door
But my body can't move when I finally
Get to it
Just like a thousand times before

Then without a word he handed me
This letter
Read I hope this find the way into your
Heart, it said

I love you,please say
You love me too, these three words
They could change our lives forever
And I promise you that we will always be
Together
Till the end of time

We maybe I,I need a little love
Yeah...
And maybe I, I need a little care
And maybe I, maybe you maybe you
Need somebody just to hold you
If you do, just reach out and I'll be there

I love you , please say you love me too
Please say you love me too
End of mine
These three words
They could change our lives forever
And I promise you that we will always be together

Oh... I love you
Please say you love me too
Please, please
Say you love me too
Till the end of time
My baby
Together, together, forever
Till the end of time
I love you
I will be you light
Shining bright
Shining through your eyes
My baby...


p/s : Tanamkan dalam hati bahawa putus cinta bukan KEHILANGAN tetapi PENGENALAN. Kita bukan baru kehilangan dia tetapi kita baru mengenali dia. Betapa kita banyak belajar mengenali hati budi orang. Bagaimana orang yang selama ini kita sangka kita kenal benar hati budinya rupanya semua itu palsu belaka - sumber Kak Nani -. Tq Kak Nani.

Jun 26, 2011

Jika... Pasti...

Assalamualaikum wbt...

Herm... menggeliat sekejap. Idea² mai dtg meh to finish up my work yang asyik menimbun x pernah usai. Hari minggu saya dan keluarga penuhi dengan aktiviti bebas. Mendalah aku merepek meraban menulis mcm dalam karangan Bahasa Melayu ni weh... Hehe. Btw, apa yang Jika... dan apa yang Pasti... nya?

Anda pernah tak rase anda kureng mesra dengan keluarga? Rase mcm jauh dari keluarga? Rase mcm xmesraaaaaaaaaa dengan keluarga? Atau rase kosong jiwa bila tidak rapat dengan adik-beradik? Rase mcm dah renggang sedangkan korang yang leh ubah semuanya itu. Oleh itu, meh saya kongsi sedikit tips yang penah saya alami sendiri. Terpulang kepada anda samada mau menerima atau enggak.


Jika BLACKOUT, Pasti WUJUD AKTIVITI LUAR JANGKAUAN
  • Ok, let say, bila masuknya jam 8 malam, semua ahli keluarga berkumpul nak tgk Buletin Utama. Yang pasti, bapak² sure barisan di depan mengetuai kumpulan. Kami juga begitu. Masa tu, kami menetap di Dungun tau. Memalam, tu jelah keje kami. Hehe. Masih lagi muda belia. Pas tengok berita, berebut channel nak tgk cite ape. Astro tarak lagi ye on that time. Makanya, apa yang mak pak nak tgk, sila dahulukan. Takpun majoriti anak² nak tgk cite peberet juga boleh menang. hehe. Sedang asyik menonton, tetiba..." owoh, takdok api pulok". Haha. Takdok api weh. Patotnya, takde elektrik. Ape kesss. Then bermulalah aktiviti luar jangkauan. Antaranya main reka² shadow di sebalik neon lampu jalan. Wat bentuk burunglah. Ular mematuklah, then sapa bijak meneka, makin bijak lah beliau. haha. Lain-lain hide n seek. Paling xboleh blah usik adik² yang ketakutan bila kekencingan melanda (walhal saya lagi penakut tahap gaban). Ayah kitorang dulu asyik nak berteka dan berteki. Tidak pun sure akan kuar cite pak harun terjerit "api, api, api". hehe. Berapa kali ulangan pun dah tak terkira dah. Bila blackout jek, cite tu akan kuar. Kiki. Cam astro plak kan. Secara tidak langsung, sedikit sebanyak keakraban keluarga terjalin.
Jika TV ROSAK, Pasti KEBORINGAN MELANDA
  • Hah, yang ni terjadi hari jumaat lepas. TV umah i rosak mak. Hayo. Dahlah tv rosak, lampu hall tengah pun dah lama x bernyala. Semalam lampu hall depan plak memalu nak mengeluarkan power. Haiya. Pastinya keboringan melanda tahap gaban. Pagi Sabtu tuh, lepas bermalam di rumah my parents, cilok satu tv kasi pinjam jap. Alhamdulillah oklah kan. Sekali tgh syok menonton, tetiba je malap sendiri. Apa cer kan? Sudahnya, kami keputusan idea. Last² saya n hubby bermesra-mesraan. Wopppsssssssss. Jgn 'blue'kan pemikiran kuning anda. haha. Startlah bergurau sendaan dengan percakapan yang lawak². Hahhhhhh...sempuutttttttt. Hahah. Our daughter yang asyik menyusu boleh stop. Tau saya watpe? Idea dtg secara tetiba. Amik hubbynyer handphone n main game. Games kegilaan saya sekrang yakni Plants vs Zombi. Hehe.
  • Angry birds nnt dulu saya main eak. Dengar je muzik, terus Qisya terduduk. Hah, tuh... Hehe. So we all main sesamalah. Sian anak kan. Hari minggu je fullday bersama. If time keje. Bangun seawal pagi. Spend masa around 1 hour pagi tuh utk mandi n sediakan sedikit sarapan utk mkn bersama. Alas perut. Blk keje sampai umah around 5.30 / 6.00pm. B4 9pm or paling lambat b4 12 am, anak dah masuk tido. So, +- 3-4 jam jek bersama setiap hari. Aduh. Ingat, kita bukan menternak anak ye. Kita diamanahkan oleh Allah untuk mendidik dan membimbing mereka yakni anak² ke jalan yang benar di sisi Allah swt.
Jika TIADA DUIT, Pasti TAK BLEH OUTING
  • Time gaji jek, penuh mall. Tengah bulan jek, penuh keta depan garaj umah. Ada 10 buah, 10 buahlah depan umah. Haha. Setengah tuh, rajin jek bercucuk dan bertanam di rumah. Kalau x, harem. Bersemak. Siap mr snake berdancing dengan mrs snake. Berjimba² gituh. Paling tidak melepak depan tv siap leh hafal pe best programme pas ni n sampaila ke sudah. Sudah PASTI xbleh nak OUTING, sila beriadah bersama. Mengemas rumah bersama. Bersih! kata ko. Lagi nak mesraan, basuh keta sesama. Bukan sesame street ye dek noks. Siap main simbah² ayaq lagi. Suka anak² kat umah. Makan minum cukuplah. Siap sedia tea time lagi. Syorga. Nak lagi advance, time berduit tuh, beli khemah siap², leh buang tebiat pasang khemah dan bermalam di luar rumah. Order je nak makan pe, semua siap. Nak lagi gempak, wat bbq kat situ terus. Haha.
Jika KEMALASAN, Pasti KERAJINAN
  • Jika KEMALASAN untuk keluar dr rumah, Pasti KERAJINAN untuk berehat di rumah harus ada. Paling tidak ke taman permainan bersama anak². Anak² jika berjanji nak bawak jalan² ke, ke buaian ke, ke memana ke, harus dikotai. If tak, siaplah korang, berlakulah adengan keberontakkan di rumah anda. haha. Protes tak dapat apa diorang mahukan. Sob, Ba, Run ajelah. Cari idea untuk tarik perhatian. Kakakaka.
Ni sebahagian ajo neh. Nnt kita sharing lagi. Sharing is caring bukan SCARINGGGGGGGGGGG. Psiko tuh jadinya. hoho

p/s : Scaringggggggggglah sgt.Tettt.

Jun 23, 2011

Tanya sama pokok...PERLUKE?




Tersesat malu bertanya
Tak tahu tak tahu ke mana
Terlalu banyak alasannya
Ku terdiam

Menyusur di kaki lima
Terlihat bayang wajah kelmarin
Tersentuh hati bagai luruh

Chorus

Tanya sama pokok apa sebab goyang
Jawab angin yang goncang
Terbang burung terbang
Patah sayap diduga
Seandainya rebah
Kau masih ada

Terlalu mahu dan mahu
Terlupa apa yang perlu
Terlalu banyak alasannya
Duduk terdiam

Tak mudah namun tak susah
Terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh

Ulang Chorus

Kau masih ada
Kau masih ada
Kau masih ada
Kau masih ada

Terlalu mahu dan mahu
Terlupa apa yang perlu
Terlalu banyak alasannya
Duduk terdiam

Tak mudah namun tak susah
Terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh
Tanya sama pokok


p/s : tanya sama pokok apa sebab goyang... ingat x old version this song? suara kids... best jugak... Enjoy + hayati yer.

Jun 20, 2011

Dream

Assalamualaikum wbt.

Kof...kof...kof...

Kebatukan ketidak kehilangan. Kesian keorangsebelahan. Keesokan, kebawakkan keairan kebagian kehilangan or kekurangan kebatukan keagaran ketidakan kegangguan keorangsebelahan.

haha. Saya sedang berkursus. Kat area ganu jek. for 3 days. Dreammmmmmmmm...kursus dreamweaver...

Taulah korang dah pandai. tata.

Jun 13, 2011

Minggu Terengganu

Assalamualaikum wbt semua.

Maaf entry terbiar lama berhabuk. Haccccchummmmmmm di situ.


Kepada follower baru. Time kasih lalink sudi follow. I dah follow u oll tau. Hai silent reader. how many percent u wanna be my silent reader? 70%? alahhhh... 100% n more than that lah. hehe. Tq sooooooooooo much tau.

Btw, balik dari bercuti panjang yakni dari Terengganu (nelang teh lening, peteh ganu peteh, ewah) singgah semalaman ke Klate (gomo klate gomo) then terus ke Kedah untuk 3 hari 2 malam ke rumah SIL dan half day di Penang mencari jeruk pesanan parents dan ole² untuk geng sepejabat, pastu juga 3 hari 2 malam di Perak jenguk mak mertua n ipar duai and pastu kan singgah ke Barat yakni ke Shah Alam jenguk adik² tersayang. Bermalam di Putrajaya area. Last but not least, esoknya ke bumi KL Lumpo untuk settle document keto n terus bertolak balik. Hujan lebat gilos, takut ditambah mengantuknya oleh Mr Hubby, wat keje ad hoc entah kali ke berapa, bermalam di Kuantan. Satu bandar Kuantan kami tawaf mencari hotel bajet murah. Alhamdulillah jumpa. Btw, almost semua hotel di Kuantan, FULL HOUSE. Perggggggghhhhhhhhh... Sepanjang perjalanan bercuti, banyak terjumpa perkara pelik n menarik. Nanti saya citer.

Jom sambung pasal minggu Terengganu.

Wah... sampai dr Terengganu setelah tiba dari Kuantan, terus singgah umah my parents nak amik kunci umah n bagi ole². Sekali, my papa (adowwwww, papa tu. hade haku hakesah) suh makan. Ade nasi minyak kenduri punyer. Then makanlah even dah beli nasi goreng paprik untuk si kecil. Anak i if lapor, kol 4-5 pagi, dia bangun saho. Haha. Sekali tu jugak, my hubby dok lepak tgk bola ngan my papa. Lamo gilo nak gol. So we all balik umah.

Balik, saya siap mandi n siap makan, baru jek berdiri di dapo, sekali... sekali... GOLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLL.
Cik Puan, sila kontrol keibuan anda. Klate gol der. Klate. Bukang Ganu. Peras (frust) di situ. Takpe... Ganu macho. Cool beteh.

Mase dah nak time. My hubby frust. Nak g mandi dah. Then, ramai supporter ganu dah blah. Sekali... sekali... saya yang baru jek dok depan tv neh, sekilas, terlihat Khairul Fahmi tergolek dot, nnnnnnnnnnnnnnnnn GOLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLL.

Yessssssssssssssss. Akhirnya. Style cam Man U ah Ganu malam tuh. Nok habih mase baru mung nok bagi gol. Bereh ah. Tq banyok ah Daudsu. Hehe. Kebetulan.

Tambahan masa. Saya n hubby dah gerun neh. tggal berapa minit jek neh. Penalti ke kan. Last. GOLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLL lagi. Yesss. Alhamdulillah Allah. Terima kasih. Memang x target ah Ganu menang coz Klate kuak (kuat). 2 - 1. Bukan 2 - 2 or sebaliknya.

Joget pocoyo di situ. Melompat saya n Qisya. Haha. Bagus Team Terengganu. Tahniah. Dah menang n tengok ligat DYMM Sultan sms, sure cuti peristiwa esok neh. Daulat Tuanku. Berangan di situ. Sekali tarak ma. Haha. MB pun ade. Kot² lah ade announcement kan. Takde gak. Waaaa...

Tak puas hati, pepagi my papa called. Bukan cuti ke. Mana ade papa nye. Takde pepun pun laie. Sampai opis, lega ade org kat opis. haha. Terus rancak cite pasal cuti. Katanya tunggu result SUKMA. Coz alhamdulillah, Terengganu leading gak. Maybe, cuti sekali harung kot. (Refer result sehari sebelum SUKMA end. Tahniah Ganu n semua ahli SUKMA 2011).
Terengganu 28 7 12 47
Selangor 24 18 27 69
Johor 21 20 11 52
Negeri Sembilan 15 11 18 44
Wilayah Persekutuan 7 24 33 64
Pulau Pinang 6 9 12 27
Perlis 5 6 8 19 Sabah 4 5 13 22
Melaka 4 3 5 12
Kedah 4 1 11 16
Kelantan 3 1 1 5
Sarawak 2 4 8 14
Pahang 1 11 7 19
Perak 0 4 16 20
(Perak, negeri Mr Hubby ku. Sabo yeop sabo. Next time acu, ce, try, test lagi. Yeah. Relax bang. Terengganu, kekalkan prestasi dan kualiti anda.\m/)

Tapi........ nape takde angin ni. Yelah, takde angin camne pokok n rambut korang nak bergoyang n beralun lembut? n cmne nak tahu cuti ke idok if tarak berita. Kan?

Woittttttttt... korang lupa eak pe pesan MB Terengganu. Asyik nak cuti jek. Prestasi n kualiti keje camno if cuti jek? Apelah korang neh. Dah g keje.

p/s : maybe Ahad depan cuti kot. Tetttttttt. Tahniah Terengganu n semua rakyatnya. Takdok baloh² n gomo² kan? Terbaeekkkkkkkkk.

Jun 1, 2011

Keluarga Bahagia

Assalamualaikum wbt.



Semua impikan sebuah keluarga yang bahagia. Ibu bapa yang memahami jiwa dan perasaan anak-anak. Anak-anak yang taat, yang tidak pernah mempermainkan perasaan ibu dan bapa, yang sentiasa patuh, yang tidak pernah mengeluh, yang tidak pernah buat tak tahu bila disuruh, bila diperintah buat itu ini bila ibu bapa mohon dibantu. Anak-anak yang PENTINGKAN KEHARMONIAN KELUARGA even punya ibu bapa yang garang dan terlalu mempercayai anak-anak DAN anak-anak yang tidak mengambil kesempatan walau sekelumit pun di atas KEPERCAYAAN itu.
Saya juga memperingati diri saya yang juga seorang anak pada ibu dan ayah saya. Juga seorang mama pada anak-anak saya.
Dunia yang semakin mencabar membuat saya gerun dan takut. Hanya ALLAH YANG MAHA BESAR saya pohon perlindungan buat keluarga saya, adik-adik saya dan anda semua.

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim... lindungilah kami agar sentiasa selamat di bawah lindunganMu Ya Allah. Yang Maha Besar lagi Maha Menyayangi dan Maha Mengampuni...

Tanggungjawab anak terhadap ibubapa

Berbuat baik kepada kedua ibubapa merupakan ibadat yang wajib dan kedua besarnya atau mulianya selain dari menyembah Allah swt. dari segi ajaran agama islam yang merupakan perintah secara langsung dari Allah swt. . Memuliakan kedua ibubapa adalah satu amal yang paling tinggi darjatnya setelah mentahuidkan Allah swt dan menjauhi daripada menyegutukanNya . Jika kita melanggar kewajipan berbuat baik terhadap keduanya, maka kita telah melakukan dosa kerana perintah Allah swt.

Firman Allah swt dalam, Surah Al Isra': 23-24

Maksudnya,: "Tuhanmu telah memerintahkan kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibubapamu sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduannya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkatan (ah) dan janganlah kamu mmbentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan mulia. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah, "Wahai Tuhanku, kasihlah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecii."

Hadis Riwayat Abu Hurairah yang bermaksud:

Seorang leleki telah datang kepada Rasulullah saw Dia berkata; "Ya Rasulullah, siapakah orang yang paling baikaku dampingi?"

Rasulullah saw menjawab: "Ibu mu. Dia berkata lagi; "selepas itu siapa?" Rasulullah saw menjawab: "Ibu kamu." Dia masih bertanya lagi: "Siapa?" Rasulullah saw menjawab lagi: "Ibu kamu." orang lelaki itu bertanya lagi, "Selepasa itu siapa?" Rasulullah saw menjawab Bapa kamu".
Mengapa perlunya supaya lebih menyangi ibu kita daripada bapa?. Sebabnya ialah kerana besarnya jasa serta pengorbanan seorang ibu itu terhadap anaknya. Ibulah yang mengandungkan bayi, melahirkan, menyusu, mengasuh, membesarkan hingga mendidik dan dicukupi segala keperluan kita dengan secara ikhlas. Betapa besarnya jasa yang dapat kita berikan kepada ibu kita, namun belum tentu kita dapat menyamai jasa dan pengorbanan yang diberikan oleh seorang ibu.!

Dalam satu maksud hadis yang lain, ' Kerana ibumu memelihara kamu dan ia suka kamu panjang umur, sedang kamu memelihara dia tetapi kamu inginkan dia segera mati".

Pengajarannya:

1. Anak-anak hendaklah menghormati kedua ibu bapa, sejajar dengan pengorbanan yang diberikan oleh kedua ibupapa mereka semasa mereka kecil lagi.Kita juga diperintahkan supaya taat kepada perintah Allah dan selepas itu taat kepada kedua ibubapa.

2. Anak-anak adalah diwajibkan mentaati arahan kedua ibubapanya aslakan arahan itu tidak bertentangan dengan hukum-hukum syarak.

3. Al -Quran dan sunnah memerintahkan mereka supaya berlaku baik ketika berhadapan dan berhubung dengan mereka seperti tidak bercakap kasar atau menggunakan perkataan seperti "Ah", apabila berbicara dengan mereka.

4. Nabi saw juga mengajar kita supaya anak mengasihi ibu lebih dari bapa kerana pengorbanan seorang ibu yang megandung serta melahir dan mengasuh anak lebih darpada bapa sehingga menjadi dewasa.

5. Setelah ibubapa lanjut umur atau sudah peringkat tua, anak-anak hendaklah juga melindungi mereka mebngikut keperluan dari segi perhatian terhadap mereka terutama sekirnya mereka keurang berada, uzur dan seumpamanya. Hubungkan silaturrahim dengan mereka dan tunjukkan yang kita terhutang budi kepada mereka dan mengamalkan amalan masyarakat penyayang.

6. Pada setiap masa kita hendaklabh mendoakan mereka sama ada mereka masih hidup atau sudah meninggal dunia khususnya selepaw solah dengan doa. ( Wahai Tuhanku, kasihlah mereka keduanya sebagaimana mereka kedua telah mendidik aku waktu lecil)

7. Jauhkan diri kita bersikap kurang sopan, berkelakuan yang menyinggung perasaan dan berlaku durhaka terhadap mereka, kerana seseorang anak yang durhaka itu tidak akan mencium bau syurga.

Menghormat kedua ibubapa sesuai engan jasa serta pengorbanan mereka melahir dan mendidikn kita sehingga kapat menikmati hidup di dunia walaupun sementara dan kemudian nya akan dapat hidup semula di akhirat dengan balasan syurga jika kita mentaati perintah-perintah yang disyariatkan kepada kita. Sifat kasih sayanga terhadap kita merupakan sifat semula jadi yang ditanamkan oleh Allah swt di dalam jiwa mereka. Di atas pengorbanan ynag besar mereka lakuikan, maka sebab itulah kita diwajibkan supaya berbuat baik terhadap mereka.

Berbuat baik terhadap kedua ibubapa meliputi bidang yang luas. Secara umumnya ialah anak-anak perlu menunaikan apa yang dianggap baik terhadap mereka berdua berpandukan ajaran Islam. Rasulullah saw pernah besabda":

1. " Berbakti kepada kedua ibubapa lebih utama dri solat, sedekah, puasa, haji dan jihad di jalan Allah".

2. "Apabila seorang lelaki memandang wajah ibu bapanya dengan penuh hormat serta kasih dan mesra, mak Allah menuliskan baginya dari sebab memandang itu pahala sebesar ibadat Haji yang makbul dan diterima Allah".

3. "Keredhaan Allah di dalam keredhaan orang tua dan kebencian Allah di dalam kebencian orang tua"

(Hadis ini memberi maksud supaya kita sentiasa berusaha menyukakan hati kedua ibubapa kita dan menjauhkan perkara-perkara yang boleh menimbulkan kemarahan atau berkecil hati disebabkan perbuatan yang dilakukan terhadapnya. Kerana seperti hadis Nabi di atas, terang sekali bahawa Allah swt sentiasa gembira dan murka di samping kegembiraan dan kemarahan orang tua kita.)

Menurut ajaran agama kita antara ibu dan bapa, pihak ibulah yang patut kita utamakan lebih dari pahak bapa. Sabda Rasulullah saw.

5. "Syurga terletak di bawah tapak kaki ibu"

6. "Orang yang palin tinggi haknya kepada anak ialah ibu"

7. " Jika ibu dan bapamu memanggil kamu datanglah lebih dahulu kepada ibumu".


Begitulah besar dan mulianya kita taat dan berbuat baik kepada kedua ibubapa kita dengan mendatangkan pahala yang besar dan bahkan kita juga mendapat pelbagai ganjaran anatra lain:

1.Memuliakan kedua ibubapa adalah satu amalan yang amat disukai Allah swt, yanag menyamai pahala jihad di jalan allah.

2. Memuliakan kedua ibubapa menjadi jamina dan syarat bagi kita memasuki syurga.

3. Memuliakan kedu ibu bapa menyamai pahala haji dan umrah.

4. memulikan kedua ibubapa menghasilkan keredhaan llah swt.

5. memulikana kedua ibubapa menambahkan umur yanh berkat dan memberkatkan harta dan rezeki.

6. Memuliakan kedua ibubapa akan menyebabkan kita peroleh anak-anak yang soleh dan tahu berbakti kepada kita..

Sabda Rasulullah saw.

"Berbaktilah kepada kedua ibubapamu supaya berbakti kepadamu kelak anak-anakmu"
Tazkirah Awam

4th years dah...

Assalamualaikum wbt...

Ehem. Kelmarin adalah berkursus. Kursus apaaaaaaaaaaaaa? Pasca Perkahwinan. Hehe. Ko hade? Takde kan? Lama dah kami as suami dan isteri xg kursus bersama. Last gi masa kursus kahwin kat UKM. Hehe. Tupun dok asing² tau. Tak aci (gatey di situ). If

Memula tuh, kitorang xnak g tau kursus tu like cam keluk kelek lah. jap nak g jap taknak. Sampai masa, jom. Tupun, mr hubby i yang ingatkan saya tau.

Alhamdulillah dari jam 8.00 pagi sampailah jam 5 kami ikuti kursus tersebut. Yeah, berjaya! Pasal aktiviti kursus, nanti saya citer eak darling.

Esok kan, esok, alah esok. 2 hb Jun kan. Enibeseri kami yang ke 4. Sila hadiahkan kek. Cepatan. Hehe.

Ehem. Saya sangat bersyukur dianugerahkan oleh Allah suami seperti beliau. Alhamdulillah sangat². (puji nih. Abang pepaham jelah. haha) Anda pun begitu kan? Sebabnya.........
  • Terima diri saya dan keluarga saya seadanya
  • Sudah semakin bijak dan pandai melayani saya sebaiknya
  • Faham dan cukup² sabar dengan saya.
  • Sanggup berkongsi masalah yang maha berat dengan saya (itu semestinya sebagai suami dan isteri)
  • Punya visi yang cukup jauh demi kami sekeluarga. Mudah-mudahan dipermudahkan Allah swt.
Then, pulang dari kerja hari Isnin. Singgah umah my parents jap, usai makan malam, my hubby tanya. Bukak x fb? Nak bukak canne dah block kan. So, saya jawab taklah. Nape kan? Mr hubby bgtau, ade video best punye. I thought maybe video bout maharaja lawak kan ke apakan. Langsung x teringat bout enibeseri neh. Then, kebetulan my parents house ade keinternetan so i tgklah. Jom tgk sesama. Poyo di situ. Hehe.



Terima kasih abang.

Terima kasih jadi suami sayang, papa pada anak² kita.

Terima kasih menjadi menantu yang sabar dan taat pada my parents n yours.

Semoga menjadi seorang suami yang penyayang, bertaqwa kepada keluarga kita buat selama-lamanya.

p/s : nice video n i'm lovin it. Pandaiiiiiiiiiii...

Makluman Kepada DISTURBER yang gemar ANNOYING.

Penafian @ Pemberitahuan...

Makluman kepada semua

PEMBACA SETIA saya (kalau adalah. Hehe) n also my SILENT READER (yelah dah xboleh nak ganggu i guna anonymous kat commentkan, so terpaksalah DECIDE jd silent reader jek, huhu... so good luck too lah yer. Selagi rase panjang umur nak mengganggu hidup orang. OBSERVElah selagi MAMPU n jgn sampai bahankan saya. So, sure x takutkan jika diri anda xsempat pohon MAAF) n also yang menganggap diri kerdil saya ni sebagai MUSUH kepada diri anda sendiri, yang bahawasanya…

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di Bukan lagi Finger Note's - kini notapuan – nad Blog ini tidak boleh ditiru mahupun diplagiat, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada Tuan Empunyer Bukan lagi Finger Note's - kini notapuan - nad.

Juga dimaklumkan dan diperingatkan sekali lagi bahawa apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi seperti mencanang perkara yang tidak baik, buruk, memalukan, mengaibkan berkenaan perihal diri saya juga seluruh keluarga kaum kerabat saya di blog kepunyaan anda (termasuk laman sosial yang lain), sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik (media elektronik) termasuk di media massa, adalah melakukan suatu kesalahan, TINDAKAN BOLEH DIAMBIL mengikut akta

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998. If terasa DIVA n BERKUASA sgt nak menganggu n mencuba sesuatu yang membuatkan saya tak akan sesekali menimbangtara untuk mengambil TINDAKAN terhadap anda, dipersilakan. If you are PLAYING FOR KEEPS, so, pleased. I will do a same thing. So, good luck!

Sesungguhnya, setiap gerak geri buruk anda yang cuba bersikap

PENGGANGGU boleh dikesan secara terus. Harap Maklum n beware.

\('c*)v :: Peace no war n

u ollsss.

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

BAHAGIAN X - AM Bab 2 - Kesalahan Dan Penalti Tambahan

Seksyen 233. Penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian, dll.

(1) Seseorang yang—

(a) dengan menggunakan mana-mana kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi secara sedar—

(i) membuat, mewujudkan atau meminta-minta; dan

(ii) memulakan penghantaran,

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau

(b) memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik,

adalah melakukan suatu kesalahan—

(2) Seseorang yang secara sedar—

(a) dengan menggunakan suatu perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi memberikan apa-apa komunikasi lucah bagi maksud komersial kepada mana-mana orang; atau

(b) membenarkan suatu perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi di bawah kawalan orang itu untuk digunakan bagi suatu aktiviti yang diperihalkan dalam perenggan (a),

adalah melakukan suatu kesalahan.

(3) Seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen ini apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan hendaklah juga boleh didenda selanjutnya satu ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

sumber rujukan dari http://www.skmm.gov.my/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...