FEEL FREE TO CLICK MY NUFFNANG YER...TQVM :)

Jan 11, 2011

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Akhirnya...

Many thanks to Kak Jemah coz mengizinkan tuan hamba untuk mengopy AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998 dr blog tuan n paste pd blog hamba yg sekadar di pinggiran sajokkk. hehe.

Lega sket bila ada akta ini. Hopefully takdelah si pengganggu dtg mengganggu yer. So, semua, silalah membaca ye.

Thanks akak. Mwahhh.

I ♥ Apple Product

OMG...
U know what. I am really ♥ with Apple Product since saya study dulu. Siap berangan lg nak beli 1 set komputer brand apple (ko hengat ko anak datok nak berangan bagai membeli brand itu mcm? stakat student, ada hati). Sila refer entry lepas di sini.

Kini, dah kerja. Hurm. X pernah lagi neh membeli hadiah utk diri sendiri. I mean yg mahal lah. Owh, saya sudah jatuh hati dengan iphone4 n ipad. So any suggestion? Which one? iphone ke ke ipad. Apa? Kopak poket? Hahah.

Owh wokeh, begini kesahnya. Ramai member kat sini suggest kat i yg i should change my handset...

Kisah Pertama
" tepon ko ke nih, nyah? ko letak memana pun, xhingin org rembat nyah, not style "

Kisah Kedua
" Ya Allah, tuko jelah henset baru bohhh... sian tgk "

Herm... memula tuh, wat bodoh jek. Kata org, alah bisa tegal biasa. Tapi lama kelamaan, aura ingin menukar itu dtg dengan tetiba. Apakah?!!. Adakah dek kerana 2011? Jeng².

Pasal ipad plak.
Semalam on meeting.

Dok sebelah staff neh. Asyik ngan hensetnya. U know what, pe brand dia pakai? Iphone4 bohhh.

" Wah, iphone tu, brape ni? ", terus kepoh kan. Dah minat so kena wat banyak survey. Am i right?

" Dua tujuh ", jwb mamat neh ringkas. 27? Dua ratus tujuh ploh ke, dua riban tujuh ratus? Aku tetiba blur. haha.

" 2700, 32 gig?", biar betik..." wah matik mak kena collect duit neh. Takpe asal puas hati. Aku nak jugak. Motivation for myself.

Tetiba dtg sorang mamat neh dok sebelah kanan saya. Dia the 1st person yg using iphone. Memula iphone 3GS. Now, iphone4 16 gig. Time tu dia beli at UK. Yg 3GS tu, dia kasik wife dia. wah best.

Boraknyer borak, mamat yg dok right me nih, suggest i amik ipad. Coz handset dah ado even cikai tp we should bersyukurlah kan. So, i dah penin.

So, any idea my love buddy oso silent reader? Ape, u all nak hadiahkan i sempena birthday i nnt? Owhhh, so sweeeeeeeeeet. Perasan je mak neh.

p/s : untuk phone, brand yg i minat ialah, 1st ofkos Apple brand. 2nd SONY brand n 3rd NOKIA brand. herm...

Makluman Kepada DISTURBER yang gemar ANNOYING.

Penafian @ Pemberitahuan...

Makluman kepada semua

PEMBACA SETIA saya (kalau adalah. Hehe) n also my SILENT READER (yelah dah xboleh nak ganggu i guna anonymous kat commentkan, so terpaksalah DECIDE jd silent reader jek, huhu... so good luck too lah yer. Selagi rase panjang umur nak mengganggu hidup orang. OBSERVElah selagi MAMPU n jgn sampai bahankan saya. So, sure x takutkan jika diri anda xsempat pohon MAAF) n also yang menganggap diri kerdil saya ni sebagai MUSUH kepada diri anda sendiri, yang bahawasanya…

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di Bukan lagi Finger Note's - kini notapuan – nad Blog ini tidak boleh ditiru mahupun diplagiat, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada Tuan Empunyer Bukan lagi Finger Note's - kini notapuan - nad.

Juga dimaklumkan dan diperingatkan sekali lagi bahawa apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi seperti mencanang perkara yang tidak baik, buruk, memalukan, mengaibkan berkenaan perihal diri saya juga seluruh keluarga kaum kerabat saya di blog kepunyaan anda (termasuk laman sosial yang lain), sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik (media elektronik) termasuk di media massa, adalah melakukan suatu kesalahan, TINDAKAN BOLEH DIAMBIL mengikut akta

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998. If terasa DIVA n BERKUASA sgt nak menganggu n mencuba sesuatu yang membuatkan saya tak akan sesekali menimbangtara untuk mengambil TINDAKAN terhadap anda, dipersilakan. If you are PLAYING FOR KEEPS, so, pleased. I will do a same thing. So, good luck!

Sesungguhnya, setiap gerak geri buruk anda yang cuba bersikap

PENGGANGGU boleh dikesan secara terus. Harap Maklum n beware.

\('c*)v :: Peace no war n

u ollsss.

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

BAHAGIAN X - AM Bab 2 - Kesalahan Dan Penalti Tambahan

Seksyen 233. Penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian, dll.

(1) Seseorang yang—

(a) dengan menggunakan mana-mana kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi secara sedar—

(i) membuat, mewujudkan atau meminta-minta; dan

(ii) memulakan penghantaran,

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau

(b) memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik,

adalah melakukan suatu kesalahan—

(2) Seseorang yang secara sedar—

(a) dengan menggunakan suatu perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi memberikan apa-apa komunikasi lucah bagi maksud komersial kepada mana-mana orang; atau

(b) membenarkan suatu perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi di bawah kawalan orang itu untuk digunakan bagi suatu aktiviti yang diperihalkan dalam perenggan (a),

adalah melakukan suatu kesalahan.

(3) Seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen ini apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan hendaklah juga boleh didenda selanjutnya satu ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

sumber rujukan dari http://www.skmm.gov.my/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...