Kelmarin, petang Ahad, selepas Asar.Anie, my opismate call me.
" Ya, tau dok, adik beradik Cik Ha, accident, meninggal belaka",. Saya terpempan. Terkejut. 2 orang my opismate yg dok sebilik ngan saya, tetiba wat memek muka. Napelah saya cam terkejut sumthing weird kan. Nape ngan Puan Nad ni kan.
" Mung biar btol anie, ye dok, cik ha mana, cik ha kita ke?", ulang saya banyak kali.
" La, Cik Ha lah, Cik Noor Azyha Adyla binti Sidek, sape lagi". Ujarnya. Dengan pantas saya melafazkan kalimah Innalillah. Ya Allah, biar betol, sukar untuk mempercayainya. Insan terdekat dengan kita kehilangan ahli keluarga sekaligus. Semuanya lelaki. If saya tidak silap, mereka (arwah) sahaja adik - beradik lelaki beliau yang ada selepas arwah bapa mereka meninggal 10+++ bulan yang lepas. Tetiba talian terputus (even call by phone opis jek, coz mek anie ada call lain). Saya bergegas mahu pulang. Terkejut ok, nauzubillah and simpang malaikat 44. Memanglah ajal maut di tangan Allah. Herm...tak taulah kalau kita berada di tempat Cik Ha.
Pulang ke rumah, saya maklumkan pada mr hubby. Terkejut dia. Yelah, mana tak terkejut coz kami 3 beranak seakan baru sahaja menziarah mereka sekeluarga sewaktu arwah bapa mereka dijemput ilahi. Ibu mereka memang tabah.
Malam tadi, mr hubby cepat² buka siaran Buletin Utama. If, takde berita mengenai bas terbalik tuh, sure, insiden ini dah jadi tajuk utama. Ya Allah, Maha Kaya Allah, sungguh tabah ibu Cik Ha.
Saat itu, saya macam teringat sumthing. Time tuh pas solat Zohor, plan nak hantar sebut harga pada bahagian yang berkenaan, but b4 that bertembung dengan Cik Ha, area surau wanita, time tu, beliau tgh on call with sumone. Kedengaran macam penting n reaksi mukanya seakan sedikit cemas tp time tu saya xsempat bertanya lanjut coz b4 that kami dah sembang time dia dtg hantar detox (alah, adakan yg tempek kat kai utk buang toksin tuh, elok tau) pada saya. Pas borak, Cik Ha seakan termenung seketika. Saya sempat menegurnya.
" Woit, Cik Ha, ooo, koya (khayal) eteh... ",.
" Hehe ". Dia tergelak kecil. Seakan dah tahu soalan yang bakal terpacul di bibirnya, saya cepat² menjawab yang saya sudah selamat bersolat Zohor. Dia sekadar mengangguk berlalu.
Di bawah, ada sedikit berita mengenai mangsa. Semoga arwah mereka ditempatkan di kalangan insan-insan yang beriman. Al-fatihah. Amiinnn.


SETIU 31 Okt- Empat sekeluarga termasuk seorang bayi berumur setahun antara lima yang terkorban dalam kemalangan ngeri melibatkan dua buah kenderaan di Kilometer 67.5 Jalan Penarik, Permaisuri di sini hari ini.
Dua lagi parah manakala 10 yang lain cedera ringan dalam kemalangan ketika hujan lebat antara kereta Proton Wira dan sebuah van berhampiran Kampung Nyatuh, di sini kira-kira pukul 1.30 tengah hari.
Mereka yang maut ialah pemandu kereta Proton Wira, Noorazdy Yelwy Sidek, 32; adiknya, Noorazry Elmy, 29; Noor Afzan Efizalman, 16; Nor Amisya Maisarah, anak Noorazry Elmy yang berumur setahun.
Turut terkorban seorang penumpang van, Mek Wook Yacub, 76. Kesemua mereka berasal dari Besut. Kesemua yang terbunuh kecuali Nor Amisya Maisarah disahkan mati di tempat kejadian akibat kecederaan serius di kepala dan tersepit dalam kenderaan.
p/s : sumber berita ehsan dan gambar pertama daripada Kosmo Online. Gambar kedua daripada Blog CintaPertamaKami - http://cintapertamakami.blogspot.com (mohon dihalalkan. Terima kasih).