FEEL FREE TO CLICK MY NUFFNANG YER...TQVM :)

Sep 14, 2016

UK - Day 1st

Assalammualaikum wbt

UK : 20:42 mlm
Padang Air : 04:45 pg

Hye guys...

Alhamdulillah secara pelan2 dapatlah sket2 family n i adapt cuaca kat sini. Skrg ni baru je berlalu Easter Week. Minggu ni jugak my daughter start sekolah dan en hubby start studynya. Lepas tu, cuti sekolah dua minggu. 

Well, seminggu duk sini, bleh plak i masak macam2. Duk kat umah kenapnalah malas berganda2. Maybe dah set mind kut ko ikut laki, so ko akan jd fully housewife. So, sila paham tugas2 as surirumah sepenuh masa. 

So, menurut perintah, rutin as tukang masak n segala tukang bermula...

Ni breakfast for 1st day we are arrived here. Nasi goreng, telur hancur n roti.

Ni pulak makan malam. Sup ayam n spinach tumis. Tak nak kalah kau, spinach tumis.

22 March, salad, nasi goreng lagi n sup ayam for breakfast.

23 March, dek kerana berpuasa ganti, tekak teringin pengat pisang. Pisang kata en hubby agak mahal, so, tanya pakcik google n i got resipi Pengat Tepung. Godek punya godek jadilah Pengat Tepung Strawberry. Yummy. Ala2 bubur chacha gitu. 


So, 25 March, birthday en hubby. No cake, no candle just bihun goreng n homemade pizza using bread. En hubby suka, Aisya suka hati gumbiraaaaa. 

Anddd... Last but not least, nasi lomak from Scotland with ❤️. Sekokleng. Gittew. Kebetulan today, 26 March, ada warehouse sale nearby our neighbourhood n plan nk gi skali ngan member en hubby iaitu Hanef n his wife, Wahida, so ajak diorg sarapan sekali. Bertambah2 they all mkn. Sukanya. 

Petang td, en hubby balik dr warehouse sale tu, he bought this chicken n dengan pemanggang ajaib yg dibawa khas dari Padang Air, maka siaplah untuk mkn malam. Bagus untuk diet. Katanyaaa... 

Taraaaa... Its done n yummy. 


So, enough for today. Next time saya sambung jika masa mengizinkan. 

Thanks for reading.


Salam dari Bumi Aberdeen...




Yang benar, benar dan benar-benar, benar... ♥♥♥ T.E.F.i.N ♥♥♥

Mar 25, 2016

Officially...

19 March 2016

Assalammualaikum wbt

Hye guys, welcome back. Officially, family n i dah ada di Scotland, Aberdeen, UK. Alhamdulillah, everything is fine. Perancangan Allah swt memang tidak dapat dinafikan, ia adalah TERBAIK. Maha Terbaik.

Masakan tidak, one year before kisah rantauan kami bermula, tiada dalam fikiran ini untuk saya bermimpi akan bermastautin di bumi orang yang jauh dari keluarga. Yelah, meninggalkan kerjaya yang diidami, keluarga yang disayangi, harta benda yang dimiliki, semuanyalah.

If ikutkan, kami harus ke Scotland last two years, 2014. Namun banyak kali tangguh. Antaranya bila en suami kena ambil exam IELTS n xde rezeki kali pertama ambil xlepas. Dpt 6.0 per 9.0. Sket lagi tau nak lulus. Layak nak study oversea perlu 6.5 ke atas. Itu pun depend on universiti. Nak dijadikan rezeki plak, di tempat saya mencari sesuap nasi bakal menawarkan jawatan kosong di peringkat dalaman untuk gred 41, saya dengan muka ala2 shin chan memohon pada suami untuk mencuba sementara nak tunggu date untuk next IELTS exam kan. Kebetulan proses untuk ke sini banyak lagi belum settle so suami izinkan. Tak silap pada tanggal Disember 2014 camtu, saya jalani int dengan beberapa calon untuk merebut jawatan tersebut.

Alhamdulillah, pada Mei 2015 bagai dijanjikan, kekosongan jawatan itu adalah direzekikan untuk saya. Pada bulan ini juga, encik suami amik lagi sekali IELTS di KL ditemani anak tercinta dan adik kesayangan, Budin. After two weeks, alhamdulillah, IELTS encik suami lulus. Dalam pada masa yang sama, saya masih lagi dalam perhatian specialist untuk proses perolehi anak. Pada 3 Jun 2015, kami dicadangkan oleh specialist untuk jalani proses IUI. Proses tersebut berjalan dengan lancar di Hospital Sultanah Nur Zahirah oleh Doctor Nadia dan dipantau oleh Doctor Pakar iaitu Doktor Roziana dan staff nurse yang sgt, sgt dan sgt peramah dan helpfull.

Nak dijadikan rezeki, tunggu punya tunggu pabila period x kunjung tiba, dalam perasaan kedebaran yang melanda, terus gi farmasi n beli that alat urine test tu and test punya test, alhamdulillah, positif. Xsilap b4 test tu, saya siap tunggu seminggu kot. Yelah, xnak terlalu terujakan.

So, tangguh lagi sehinggalah baby selamat dilahirkan pada 06 Januari 2016. Alhamdulillah, baby boy. Adalah kakak seorang bodyguard kecik. Hehe. Pasal baby n proses IUI ni saya cite kendianlah.

Lagi seminggu nak hbs pantang, kami round Malaysia. Eceh, x round mana pun. Just gi KL n settle down visa, medical checkup n so on. Seminggu di KL, then ke Perak umah mertua, pastu ke Kulim umah kakak ipo last ke Kelantan, rumah abg ipo pastu bwk diaorng n my family jalan2 ke Kota Bharu. Gittew.  Yelah, nnt raya x blk dah kan. Sob, sob, sob.

Tggl a few weeks lagi nak berlepas, banyak brg kena clear. Kereta, satu dijual n satu lagi kasi abg ipo jaga sementara tunggu buyer. Rumah saya amanahkan adik saya Ain n Najiy n Budin tlg jaga n tengok-tengokkan.

Kelam kabut gak nak settle semua n sedar2 dah nak fly dah. So, petang Sabtu tu, flight kami.

Sayu nak tgglkan rumah. Sempat bersalaman dengan Kak Da n anak2 yakni jiran sebelah rumah. Thanks kak da tlg tengok2kan rumah.

Sampai airport, en hubby uruskan semua. Alhamdulillah semua berjalan lancar. Sempat adik2 kesayangan n teman rapat datang menjengah untuk mengiringi perjalanan kami. Thanks uollsss.

Sebelum berlepas, sempat kami bergambar. Tp gambar xleh upload plek. Nnt2 lah kita post.





Salam dari Bumi Aberdeen...














Yang benar, benar dan benar-benar, benar... 
♥♥♥ T.E.F.i.N ♥♥♥

Jan 28, 2016

Pantang dan jaundice

Assalammualaikum wbt

Day 23 berpantang. Lama jugak lg ni nak ke 100 hari. Kan?. Xpe, bertabahlah.

Hari ni mcm br ada keberanian sket nak makan yang berlada hitam. Bukan apa. Hari tu baby saya masih lagi kekuningan. Bajet x kuning tp nak wat camne, ada jugak. Tu pun dpt detact hari ketiga. 

Kenapa lambat baru dikesan?. Entah. Normallah kot. Keluar je dari labour room, my baby, Muhammad Fateh Hamka terus dimasukkan ke ward baby. Nafasnya laju sedikit. Sepànjang berada di sana, alhamdulillah kondisinya ok sahaja.

Alhamdulillah Fateh adalah baby IUI kami. Semuanya tidak dijangka. Banyak prosedur n proses untuk jalani IUI. Antaranya, DNA, salasilah family, ujian darah beberapa kali, ujian sperm sehinggalah bila dah ready, maka bermula proses IUI. Secara terperinci akan saya ceritakan nanti. Keputusan untuk jalani proses IUI adalah pada tahun lepas dengan kerjasama yang sangat tip top dan mesra alam daripada kakitangan Hospital Sultanah Nur Zahirah. Baik daripada cleaner sehinggalah para doktor. Semuanya sgt bagus.

Bercerita pasal pantang dan jaundice, Fateh punya jaudice dikesan pada hari ketiga tp x teruk sgt macam kakaknya sehingga 200 lebih bacaan. Risau jugak. Memula dikesan dengan bacaan 160. Esoknya bila diperiksa terus naik sehingga 220. Gulp. Terus staffnurse tanye, ibu ada makan apa2 ke kan. Mkn apa? Jamu ke, anything makanan yang panas ke. Fikir punya fikir, owh ya, i makan ikan lada hitam. No wonderlah naik mendadak.

I is risau sket if baby terkena jundice. Sebab dah baca sket2 kesan jaundice ni kan. Jika dalam masa 14 hari bacaan jaundice xde penurunan sangat, darah baby akan diambil dalam 3 botol kecik tu (sorry, nama saintifik botol saya x ingat). Makanya, dah ditakdirkan, darah Fateh telah di ambil setelah bacaan jaundice Fateh menunjukkan penurunan yang kurang memberangsangkan. Antara 8-10 je kurangnye pun. Kesian dia. So, dalam masa sebulan lagi, result akan keluar. Hopefully, semuanya baik2 sahaja. Aaamiinnn. 

Bermacam cara yang orang suggest untuk hilangkan jaundice pada baby kan. Bagi susu formulalah, anggur hitam, mandi bunga kuning, bagi susu kambing n pelbagai. Honestly saya dah cuba cuma this time, susu kambing saya x bg. Last2, saya bg full susu ibu. Tawakkal ajelah. Maybe this week nak try check kat swasta jap pe bacaan jaundice Fateh.

Oklah. Jumpa lagi.


Yang benar, benar dan benar-benar, benar...
♥♥♥ T.E.F.i.N ♥♥♥

Makluman Kepada DISTURBER yang gemar ANNOYING.

Penafian @ Pemberitahuan...

Makluman kepada semua

PEMBACA SETIA saya (kalau adalah. Hehe) n also my SILENT READER (yelah dah xboleh nak ganggu i guna anonymous kat commentkan, so terpaksalah DECIDE jd silent reader jek, huhu... so good luck too lah yer. Selagi rase panjang umur nak mengganggu hidup orang. OBSERVElah selagi MAMPU n jgn sampai bahankan saya. So, sure x takutkan jika diri anda xsempat pohon MAAF) n also yang menganggap diri kerdil saya ni sebagai MUSUH kepada diri anda sendiri, yang bahawasanya…

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di Bukan lagi Finger Note's - kini notapuan – nad Blog ini tidak boleh ditiru mahupun diplagiat, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada Tuan Empunyer Bukan lagi Finger Note's - kini notapuan - nad.

Juga dimaklumkan dan diperingatkan sekali lagi bahawa apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi seperti mencanang perkara yang tidak baik, buruk, memalukan, mengaibkan berkenaan perihal diri saya juga seluruh keluarga kaum kerabat saya di blog kepunyaan anda (termasuk laman sosial yang lain), sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik (media elektronik) termasuk di media massa, adalah melakukan suatu kesalahan, TINDAKAN BOLEH DIAMBIL mengikut akta

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998. If terasa DIVA n BERKUASA sgt nak menganggu n mencuba sesuatu yang membuatkan saya tak akan sesekali menimbangtara untuk mengambil TINDAKAN terhadap anda, dipersilakan. If you are PLAYING FOR KEEPS, so, pleased. I will do a same thing. So, good luck!

Sesungguhnya, setiap gerak geri buruk anda yang cuba bersikap

PENGGANGGU boleh dikesan secara terus. Harap Maklum n beware.

\('c*)v :: Peace no war n

u ollsss.

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

BAHAGIAN X - AM Bab 2 - Kesalahan Dan Penalti Tambahan

Seksyen 233. Penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian, dll.

(1) Seseorang yang—

(a) dengan menggunakan mana-mana kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi secara sedar—

(i) membuat, mewujudkan atau meminta-minta; dan

(ii) memulakan penghantaran,

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau

(b) memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik,

adalah melakukan suatu kesalahan—

(2) Seseorang yang secara sedar—

(a) dengan menggunakan suatu perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi memberikan apa-apa komunikasi lucah bagi maksud komersial kepada mana-mana orang; atau

(b) membenarkan suatu perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi di bawah kawalan orang itu untuk digunakan bagi suatu aktiviti yang diperihalkan dalam perenggan (a),

adalah melakukan suatu kesalahan.

(3) Seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen ini apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan hendaklah juga boleh didenda selanjutnya satu ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

sumber rujukan dari http://www.skmm.gov.my/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...