FEEL FREE TO CLICK MY NUFFNANG YER...TQVM :)

Mar 31, 2011

Cubaan Aksi Gimnas

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

Semalam adalah ke rumah musuh manja Nobita yakni Giant. Alah, g shopping barang dapor yang tak cukup lagi.

Then, pas settle, teman Mr Hubby beli contact lens. Sementara saya adalah guide si kecil kami yang boleh tahan lasak. Anak perempuan nih if lelaki nanti, xtaulah. Terus kurus secara drastik mamaya mereka.

Tadi time membeli dan belah, giliran Mr Hubby yang tlg tengok²kan. Siap, Qisya kena tegur ngan sorang auntie lagi. "Ni sorang² ni, papa, mama mane?". Eh, mana akak ni tau, our daughter call us papa n mama kan? Alah, panggilan normal utk anak-anak kan? isnt it?

Time tu Qisya dok di sebalik almari ke helaian baju², camtulah. Manakala, Mr Hubby perhati dari sejengkal. Tak nak jauh² ye, takot. Minta selisih malaikat 44 n Nauzubillah. Lindungilah kami daripada sebarang perkara yang tidak diingini, Ya Allah.

So, Qisya menjawablah sambil menoleh ke arah papanya. "Tu, papaya", mulut ngomelnya berkata-kata sambil menunjuk arah 'papaya' nye berada. Kisah ini dicerita oleh Papayanya kepada Mamaya nyalah. Haha.

Ok, skarang kat kedai cermin mata. Sementara mr Hubby tengah bersoal dan jawab dengan salesgirl, saya memantau keadaan Qisya. Mendepani kedai cermin mata ini adalah kedai kasut n ada disediakan cermin untuk menggayakan kaki anda dengan kasut idaman. Tetapi digunapakai oleh Qisya untuk membuat mimik muka n speaking sensorang. Menjadi perhatian orang ramai yang lalu lalang di situ lah plek. Haha.

Qisya ni pantang tengok kanak² yang sebaya dia then mulalah menyapa n start beramah mesra. So berani. Lalulah sorang kanak² ni yang maybe umur 2 tahun lebih tua bersama ibunya. Qisya terus stop on acting then terus ikut budak tuh. Alahai, kakak tuh melayan lah plak n siap usap kepala n berpimpinan tangan lagi. Ibunya hanya tersenyum. Sementara saya siap berlari anak mengekori dan mendakap anak kami.

Tetiba satu insiden terjadi...


Mar 28, 2011

Saya tengah B.E.N.G.A.N.G

Assalamualaikum...

Sefebefenarfarnyafe safayafa tenfengahfah benfengangfang.

Pafasalfal mufulutfut nofo infisufuranfan.

Sufukafalahfah hafatifi safayafalah nakfak gefemukfuk pungfung.

Nakfak kufuktufuk tuhfuh nafapefekanfan?

Safatufu lafagifi pafasalfal difaietfet.

Bifilafa safayafa sefebutfut boutfout
difaietfet, lehfeh 'difioforangfang' sinfindirfir safayafa tenfengahfah mafakanfan nifi tafanya, "kata diet?", hye, nifi afakufu nakfak mafakifi nehfeh. hahahafafafa (gilo ko haku neh).

Pe, org berdiet memang xleh makan even sekalipun? Tahulah manusia leh mati tanpa air n leh bertahan tak makan selama 3 hari. Ade otak tapi tarak pakai. Nak sindir tapi xtahu kesah, suh study tinggi² tak mau, suh blajor menggunakan IT, takut meletop. Hade aku kesah?

MODE : JANGAN KACAU

p/s : syhhhhhhhh... ade orang nak usaha kurus sedang E + M + O = tambah sendiri.

Mar 24, 2011

Jangan mengaibkan orang

Wahai anak2ku dan rakan2 sekelian , ingatlah islam menyeru dan menuntut kita buat kebaikkan. Buatlah amal maarof tanpa batas, insyaallah balasan dan ganjaran dari Allah SWT amatlah banyak didunia dan akhirat. Jangan sekali2 buat munkar kerana segala kemunkaran adalah dorongan dan bisikan iblis. Sesungguhnya iblis itu musuh kamu yang nyata.

Mengaibkan orang lain adalah satu dosa besar, semakin ia disebarkan, semakin besar dosa orang yang melakukannya. Dosa itu akan berganda2 dan balasan diakhirat amatlah berat, tidak mampu kita menanggungnya. Siksaan diakhirat tidak ada kesudahannya. Kita hidup didunia hanya sekelip mata berbanding dialam akhirat.


Janganlah kita terlibat dalam perbuatan mengaibkan orang lain, malah bersubahat dengan pembuat fitnah pun akan membakar kita . begitu hebat bahangnya. Jauhilah dari mereka yang terlibat dengan penyebaran fitnah yang amat mengaibkan.


'Jagalah diri kita dan ahli keluarga kita dari bakaran api neraka' - itulah maksud satu ayat dalam surah At Tahrim.


Lebih baik kita sebarkan berita baik , berita yang bolih memberi gembira dan keceriaan kepada orang lain. Ini adalah nasihat dari junjungan kita, Rasulullah Mohammad SAW. Ikuti lah nasihat baginda, belaiu adalah sebaik2 penasihat.


Sumber : Dari blog Doktor Hamid Arshat

Klik², jom mengelik

Assalamualaikum wbt.

Heheh. Tersengih sekejap. Actually udah lama bebenor mak nak try klik mengklik neh. Org lain dah lama mencobe n guna, mak baru nak menerai kata ko. Tupun semangat nak klik ni dtg tetiba after sorang opismate ckp, dia hampir di'blacklist' pasal pinjaman time study dulu xberbayor habis. Saya on that time dah cuak. Woih, baru nak insap ke woih. Haha. Even, terbit insap tu dah lamo since PTPTN dok tayang iklan mcm meresahkan itu. *Ada kena mengenakah gue dgn PTPTN itu*. Alah samo je eh. Pinjaman gak kan. Okeylah tuh, iklan sebegitu, if tak wat gitu, ade korang nak start membayor? Siap tukar channel lagi semata-mata xnak tgk. Takkan. So, pandai guna, pandai lah bayar. Haha. Pepandai je aku neh.
Start bayar pun tenggelam timbul. Kejap bayar, kejap tak. Cube kita ingat balik, pernah ke MARA or PTPTN time kita study dulu bank-in lambat kita nyer pinjaman, tidak kan? Setiap bulan or semester mereka bank-in kan. Jadi, silalah menginsafi di situ.

So, rentetan peristiwa itu, cepat² ajak Mr Hubby g reg klik even dah berpuluh kali reg klik b4 this tp xpernah sahkan at klik nyer web. hehe. sebok bebenor lah katakan.

So, Isnin ke Selasa baru ni, bersamalah Mr Hubby ke CIMB. hehe. Menapak di CIMB setengah jam b4 CIMB dibuka. Suke tgk diorang briefing b4 start keje. Rindu kat tempat keje lama. juga camtuh. Mcm Jepun. Chaiyok².

Today, gaji dah masyuk kan. Pe laie, trylah. 1st, kita settle MARA dulu. Alhamdulillah, success. Then, kita g shopping plak diiiiiiiii Shop-Pink. Beli apa kat
shop-pink? nnt saya cecitalah. hehe. Korang semua dah tahu kat sape owner shop-pink ni kan?

Worait, how to settle MARA with CIMBCLICKS? Let me show u even sebahagian anda sudah mengetahuinya.

Memula...
  1. Sila ke MARA e-bayar or klik here
  2. Then kita ke BIL 3 n terus ke PANDUAN BAYARAN untuk klik pada address link CIMB
  3. Maka, akan terpampanglah segala panduan atau tatacara penggunaan CIMBCLICKS untuk mereka yang memasang niat ingin menjelaskan hutang MARA melalui kelik mengelik di CIMBCLICKS
  4. Takpun korang terus je klik di sini yakni PANDUAN BAYARAN MARA via CIMBCLICKS
  5. Mudah kan? Semuanya hanya di hujung jari anda. Jadi, hendak 100 dalih, tak hendak, bermacam dalihlah korang rekakan. Tepuk dada, tanye selera.
  6. Sesiapa yang tarak lagi akaun klik - mengelik, silalah berbuat sedemikian sebelum menerima surat ♥ dari lawyer yang bertauliah. Haha *ketawa jahat*.
p/s : Mari kita bersama menjelaskannya ye sayang.

Mar 22, 2011

Selamat Hari Ulang Tahun Aisya Qistina

Assalamualaikum...

Ehem... jom bersama menilik gambo Besday Gurl.
Jom, meh...


Picca 1 :
Time ni besday gurl every weekend akan ke Pantai belakang UMT. dok tahu nama weh, dok ingat. hehe.

Picca 2 :
Sementara menunggu papaya Qisya menghidangkan kami lunch, we all create lah sumthing menggunakan cookies yg hanya sediakan huruf I.K.E.A *dan² tau that cookies where we boughtkan?* hehe

Picca 3 :
ni gambo budak comey kena paksa bangun dr tido oleh papayanye kerana ingin menjemput mamayanye dr Seminar di MAMPU. Kat Palm Garden Hotel IOI Resort, Putrajaya.


Picca 1 - 3 :
Situasi sama dengan Picca 2 di atas. Sebok nak menyentuh flora² di situ. Risau mak dek non.

Picca 1 - 3 :
Fresh pg td. Haha. Tetiba besday gurl nak ke umah uminya a.k.a baby sitter Qisya, mahu memakai tudung. Nak Allah katanye. Tau pe maksudnya? Maksudnya adalah, nak solat. Haha. Langsung terus ke umah uminya sebegini. Tapi separuh jalan, tudung 'terbang'.

By the way, May Allah blessing u my dear Qisya.

p/s : " papa, bila nak celebrate? "... hehe.

Bidan Terejun - Pemberitakah Saya?

Assalamualaikum...

Kelmarin adalah kerja. Sampai opis, saya dikejutkan dengan berita kemangkatan Paduka Bonda, Yang Maha Mulia, Tengku Ampuan Bariah binti Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj dan sembah takziah diucapkan kepada Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah.

Keadaan tenang dan meneruskan kerja.

Tepat jam 2.00++ petang, seorang admin menelefon saya berkenaan fotografi. Katanya penghormatan terakhir harus jabatan kami rakamkan kerana ia merupakan salah satu daripada sejarah negeri.

So, saya menggelabah. Of course memikirkan keadaan protokol. Kenapa saya terlibat? Saya photographer kah? Apakah? Haha, actually, semua photographer adalah bz dan ada hal yang tidak dapat dielakkan. So, contact sana sini, dpt tarik sorg yang bz membuat liputan rakaman di TTI sempena Pameran Asean Textiles.

Then, dgn x solat Zohor lagi n sebok called sana sini bertanya sesiapa yg lebih arif berkenaan protokol n last ramai yg di call xdpt dihubungi. So, otw menuju ke admin uk book kenderaan jabatan tetiba kaki melencong ke bilik Ketua Sektor saya.

" Jom Haji, kita g Istana untuk penghormatan terakhir ", and saat itu juga my bos 'ON'. cayalah.

Then, pas settle semua urusan kenderaan, saat tu jugak mamat photographer ni ajak saya ikut sekali. Dengan x solat lagi nih. Sekali tuh jugak my bos ade hal lain, katanya dia follow we all kat belakang. Saya? demi tugas, saya buat liputan menerusi suntingan video. Pergh...

Keadaan yang tergesa² n x menyempat mamat photographer ni ajar saya itu ini, saya terus godek² sendiri. Akhirnya, berjaya mak nak. Tulah kan, hendak 1000 daya, x hendak banyak daya lah engkau elakkan, kan?

Dari perkarangan Istana Maziah sehinggalah di Masjid al-Muktafibillah Shah, Ladang, Kuala Terengganu kami membuat liputan rakaman di samping memberi penghormatan terakhir kepada Almarhum. Kemudian di masjid inilah juga kami sempat menunaikan solat zohor dan asar.

Inilah pertama kali membuat liputan sebegini. Sampaikan ade seorang berpangkat kakak kepada saya bertanya,

"Awok ni pemberita ke?"... Hahah... mahu berguling gue di situ. Layakkah weh, even saya zaman mudo² dulu begitu kepingin malah jgn xtau siap submit resume kat mana² stesen tv konon ingin mencoba nasib. Pantang nmpk or terdengar or ter'search' sajork mengenai temuduga terbuka samada pembaca berita ke, wartawan ke n so on ke, terus hantar neh. Jgn xtau even keyakinan kureng time tuh. Asalkan dpt koreje. Aik, jgn kata saya memilih kerja tau. Salesgirl pun saya pernah kerja tau. Elleh, ade haku kesah nak percayo ke idok.

Sembah Takziah dan Al-Fatihah.

Mar 17, 2011

Jangan Tegur

Assalamualaikum...

Hehe...

Sorry to say, yang saya sangat bz sikalang maaa...

Manyak kelija mahu disettlekan.

Jumpa next week.








Tapi kan,

semalam sedang syok melihat Mr Hubby dan Qisya bersantap hidangan tak seberapa... yakni, ikan selayang stim + telur goreng hancur bersama chicken ball + sambal belacan, tetiba kami dilintasi sesuatu yang bergerak sepantas kilat tatkala ingin mencedok nasi tambah buat Mr Hubby.



Apakah itu lembaga itu?



Apakah!!!

Mar 13, 2011

Ponek

Assalamualaikum semua...

Lenguh weh. Tapi alhamdulillah lah, selamak sapa dumoh. kol sebelah gok ah sapa malang. Kete banyok gile. Cuti skoloh kang? Mujur ah selamak. Tp beh ah jalang² sambil berseminar dang berkursus. Jupe member, rehak² kak hotel yg berkesempatan menjengah. Elleh tu pong nok cite owk? Pahang dok eh?

Meh nok translek.

Penat lah. Tapi alhamdulillah, selamat sampai rumah. Dalam kol sebelas jugaklah sampai malam tadi. Kereta memang banyak giler. Kan cuti sekolah? Nasib baik kami selamat. Tapi best jugak dapat jalan² sambil berseminar dan berkursus. Jumpa member, rehat² kat hotel yang berkesempatan menjengah. Elleh, itupun nak cite jugak ker? Faham x nih? hehe.

Mar 11, 2011

CCM - Off To Star Hill Part 3.


Assalamualaikum...

Apelah, dahlah hr ni last nite dok bangi. tp still x habeh2 dok hupdate kisah kat Star Hill tuh even dah 2 weeks berlalu. Ok kita pendekkan citerlah yer.

Second day dok Corona Inn tuh, saya melepak ngan Qisya jek then dekat kol 5 camtu my sister dtg meneman even x teman mane pun coz elok jek diorng sampai, my hubby pun tibalah. eh silap, 3rd day. 2nd day tuh melepak je ke petang.

So, siap2, adik saya no 3 neh ajak makan ayam golek 5 star. Sedap sgt ke kan. So, mencarilah kat area kampung Kerinchi tuh. Pusing nyer pusing, jumpalah dan melahap lah kami. So silalah tgk gambo je yer.

oloh, sedap weh lok. ate kamu takkan dok ngidam?

Aha, nama kedainya, Mek Som. Map dia?


ate kamu nak clear, sila klik di sini.

Kami makan skali ngan Tom Yam seafood, Kailan ke kangkung, xhingat dah coz basi dah entry ni, Lala goreng pedas n sirap utk 4 org n milo tabur utk si kecik. Siap tapau lagi untuk makan kat umah n hotel. Shodappppppppppp. Cubalah. Harga? My sista yg belanje so xtau lah. hehe. Maybe dlm linkungan RM 18 - 20.++ lah.

p/s : bila mau peligi lagi ini tempat loh? manyak sedap ini ayam. Syukur.

Mar 10, 2011

Takde tajuk tapi ade sumthing

hr ni sy xleh akses blog saya...

tp, alhamdulillah dah dpt n tahu puncanya...

saya tahu sapenyer keje...

ni, pakar IT, pakar ekonomi, jaguh sukan dan juga jutawan... eceh menyanyi plak.

so, si skodeng di luar sana... beware...

Mar 6, 2011

Jiwa Kacau

Assalamualaikum,

Keje menimbun

Esok on lunch bertolak ke Putrajaya.

Got Seminar. (Pohon doakan kami selamat sampai, pergi dan blk yer.)

Ni smbil upgrade web Gamelan, smbil melalak layan lagu Lahar ♥.

Tempias pg td lepas dengar Suriafm otw to office.

Melalak dengan Mr Hubby. Haha.

Then continue blk dlm opis.

Berulang² dok looping.

Selagi x feeling, selagi tuh dok melalak.

Haha.

Jom layan sekali. (Berkali² pun bagus)





p/s : video clip xtahan tuh. tarak kena mengena dengan yang hidup dan yang telah tiada yer. harap paklum.

Saya tahu ANDA sedang n selalu memerhati saya.

Assalamualaikum.

Jeng... jeng... jeng...

Kepada siapakah saya tuju tajuk entry di atas?

Hehe...

If anda tidak memakan cili sudah semestinya tidak merasa kepedasannya itu.

Hye my sweet enemy * lambai²*.

Suke ye jadikan saya bahan kutukan kamu. Bahan umpatan kamu?

Sila klik di sini jika terbit rase insaf dalam diri.

Berdendamlah kamu sehingga ke liang lahad. Saya bukan sesiapa untuk menghalang kamu berbuat demikian.

Tapi, hidup kamu for sure tidak tenteram kerana maybe tiap hari sebok nak mengambil tahu hal saya. Terima kasih.

Tapi ingat, Allah Subhanahu Wataala Maha Adil dan Bijaksana.

Kenapa saya gelarkan kamu as sweet enemy? Coz jawapan ada pada diri dan dalam hati kamu. Tepuk dada, tanya selera. *bukan ke itu, gelaran yang kamu berikan kepada saya, lupe?*

Suke sangat muncul sebagai ANONYMOUS tanpa sebarang pengenalan.

Btw, saya xpernah menganggap kamu musuh saya even sekelumit pun. So, terpulang.

Jika lebih dr biasa, kita ada undang² utk itu. ('c')v (peace no war kan.)

gmbar sekadar hiasan. Coz, KAMU pun dok area sini kan?
dan kepada my beloved reader yg juga dok area sini, semoga sentiasa ceria dan berblogging secara sihat.


p/s: Saya bleh beza, mana Anonymous yang anggap saya sweet enemy dia tuh n mana yang anonymous yang ikhlas dan baik budi pekertinya tanpa sebarang prasangka dan busuk hati yang melampau. Sudah² lah tuh weh.

Ape beza pelam dan mangga

Assalamualaikum semua.

On weekend saya memang seorang housewife yang berjaya. Berjayakah? haha. Minggu ni sgt penat. Seawal pagi sudah bangun menyidai kain yang dibasuh oleh Mr Hubby. *thanks laling*. hehe. Then wat breakfast. Then kemas² umah pe yang patot. Then bwk si comel Qisya keluar g jenjalan. Sekarang sudah petah bercakap. "Mama nak buai", "Papa nak kuar". Btw, itu adalah normal bagi saya dan para ibu di luar sana. Pahala besar tuh. Lagi best bila masak, suami dan anak² puji sedap. Hilang segala penat lelah. N bila memasak jangan lupa niat memasak dengan penuh kasih sayang. Sure sedap even main campak² jek. Percayalah.

Sabtu plak cam biasa gak tugas sama sampai ke malam. Kali ni menggosok baju sehingga 7 pasang untuk saya dan 7 helai untuk Mr Hubby. Kenapa 7? Adakah kerana lucky number? Saya suka nombor 7 kah? Oh, sememangnya. Sama mcm kamu kan? hehe. Kenapa 7? Alhamdulillah, esok on tengahari camtu, we all akan bertolak ke Putrajaya. Saya ada seminar dan Mr Hubby ade training. Hehe. Cam berjanji plak. Saya 8hb, Mr Hubby 9hb. Jodoh. Hehe.

Erm, pe kena mengena tajuk entry di atas?

Ceciter, ceciter. Gini kesah bebenornya.

Jumaat tengahari tuh, tak masak mana pun just goreng snack camtuh jek coz dah plan nak kuar bwk Qisya g jenjalan. Sambil menyuap, sambil berborak kan. Peel saya, if menghidang makanan, make sure ada hidangan buah skali. xkesahlah buah apa pun. Janji ada n dihidangkan sekali. Antara dialog yang kedengaran...

B4 suap snack, saya pastikan alas ngan buah dulu. Tika itu buah mangga. Mana nak dpt weh 3 kilo per kg hanya RM10.00. Besar² n manis² giler plak tuh.

" Pa, mama lama dah teringin nak makan pelam mangga ", ucap saya sambil laju menyuap isi mangga ke dalam rongga mulut. Tatkala tu, Mr Hubby leka menyuap french fries a.k.a snack kami di tengahari itu. Sementara Qisya cam biasa, sambil makan sambil play².

" Pe bezanya pelam ngan mangga ". Saya kehairanan. Beza? Salah ke pe aku cakap? Btollah. Dah lama mengidam nak makan kan.

Tetiba...

" Eh, silap², pulut mangga lah. Haha. " Cepok Mr Hubby banyak kali. Haha.

Yakin jek btol sebab, dalam kepala otak terpampang gambo pulut mangga tp terkeluar pelam mangga. Bleh?

Pernah makan? Katne nak dapat eak. Nak rase.


p/s : tengah menaip ni pun, sempat lagi dok bertanya opismate soalan sama. " Katne eak nak dapat pelam mangga? ".

Mar 3, 2011

Tuisyen bermula

Assalamualaikum semua...

Petang kelmarin pulang petang. Of courselah time keje habis petang kan.

Mr hubby ada futsal. Training for tournament.

Otw to our house, saya teringat.

On that nite, tuisyen start.

Mr hubby yg teaching. Subject Math.

Only one student.

Sambil mengajar sambil beramal.

Tiba waktu tuisyen, ade cikgu Maths kedua muncul bersama baju pink. Seperti biasa gambo tarak. Sampai sudah Sony ku tarak jumpa. Bilakah mau rembat itu Nikon Coolpix S1000. Harga baik punye n sesuai utk amatur mcm gue.

Sebok jek bila papanye dok ngajor. Sila imagine that situation even u shouldnt have to do it.

"Ok nana, kira ni berapa". Mr hubby memulakan tuisyen. B4 this mengajor sorang student lelaki kat umah dia. Alhamdulillah, ok. Kali ni student perempuan, nama Nana n darjah 4.

Tetiba cikgu kecil molek menyusul.

"Papa nak papa, Papa, nak dhudhuk". hehe. Dan² itu jugak dia sebok mengajar.
"Ha, dhua (dua), tida (tiga). Ha, ni, ha tuh", kakaka.

Bila Mr hubby tanya si nana ni pasal umi n ayah beliau, si kecil ku sebok nak bercerita pasal uminya jugak a.k.a pengasuh tersayang.

Boring, pergi dapatkan mamanya, nak popok (keropok). Tapi makan share ngan kucing yg tengah preggy. Layan jek even we all x bela that mama cat. Kesian.
.
.
.
.
.
.
.

Tuisyen tamat on 9.40. Nana dah ngantok. Bajet on 10 tp kesian kat budak². Dahlah pagi esoknya bersekolah.

Malam ni subject BI.

Sape nak join jomlah. Pilih je cikgu mana. hihi.

dahhhhhh..................

Mar 1, 2011

CCM - Off To Star Hill Part 2.

Assalamualaikum anak².

Kita berjumpa lagi di dalam segment Star Hill n nop Star Wars or Twinkle² Little Star. Hehe.

Dekat mana kita hr tuh. Dekat sini if berminat nak tahu citer awal.

Ok, let's check it out.

On the way to KL n nak masuk daerah Kemaman, Mr Hubby on aircond keta. tak sampai sejam camtuh, kereta tersedu-sedan. ayok. Cuaca adalah sangat panas tp alhamdulillah, angin bayu dr pantai yg sepoi-sepoi bahasa ibunda melegakan kami.

So safety 1stlah kan, Mr Hubby stop for a while kat Pantai Kemasek untuk merehatkan minda Wira kami. eceh.



Time tu saya tgh breastfeed Qisya dlm Wira kami. Lena dia tido even panas. Syukur dia cukup sabar. Kesian takut Qisya xtahan.

Kami istirehat seketika. Wah, angin cukup mendamaikan. Nikmatnya. Bayangkan even xleh nak dibayangkan.

Seronok Qisya sambil melayan keropok. Suka bangat sama keropok. Shodap. Nak? Meh sini.

Puas berehat dan melepaskan segala duduk perkara yang perlu dilepas, kakakaka, kami bertolak ke Kl dan singgah sebentar menunaikan solat dan menternak lemak di R n R Temerloh.

Mr Hubby n Qisya sempat mandi, mamanya? ouh, better bermandi manda di Corona Inn nant (berlagak sehhhhhh).

Lebih kurang 6.00++ pm ++, alhamdulillah, kami selamat sampai di bumi KL. Owh no, jamebon. Waktu puncak.

Masuk je area KL, pon...pon... pin...pin... pun...pun... Kat Terengganu, payah giler nak dengar hon. Haha, eceh, cam xbiasa keje Kl Lumpo kan? heheh ketawa jahat.

Tiba di area Bukit Bintang, melilau mencari kelibat Inn.

Akhirnya, puas round satu BB dengan menikmati keindahan Hentian Bas Puduraya (menikmati tak tahan tuh) yang sgt ekslusif itu (alah, nape time saya study dulu x dinaiktaraf, leh gak merasa hentian baru. ececece),


kami selamat sampai di Coronna Inn, Bukit Bintang. Check in semua n angkut semua itu barang yg sangat banyak utk 4d 3n. Ouwh, so tired.

Siap n selesai semua, kami berehat n tidoooooooooo.


p/s : picca hasil google.

Makluman Kepada DISTURBER yang gemar ANNOYING.

Penafian @ Pemberitahuan...

Makluman kepada semua

PEMBACA SETIA saya (kalau adalah. Hehe) n also my SILENT READER (yelah dah xboleh nak ganggu i guna anonymous kat commentkan, so terpaksalah DECIDE jd silent reader jek, huhu... so good luck too lah yer. Selagi rase panjang umur nak mengganggu hidup orang. OBSERVElah selagi MAMPU n jgn sampai bahankan saya. So, sure x takutkan jika diri anda xsempat pohon MAAF) n also yang menganggap diri kerdil saya ni sebagai MUSUH kepada diri anda sendiri, yang bahawasanya…

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di Bukan lagi Finger Note's - kini notapuan – nad Blog ini tidak boleh ditiru mahupun diplagiat, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada Tuan Empunyer Bukan lagi Finger Note's - kini notapuan - nad.

Juga dimaklumkan dan diperingatkan sekali lagi bahawa apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi seperti mencanang perkara yang tidak baik, buruk, memalukan, mengaibkan berkenaan perihal diri saya juga seluruh keluarga kaum kerabat saya di blog kepunyaan anda (termasuk laman sosial yang lain), sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik (media elektronik) termasuk di media massa, adalah melakukan suatu kesalahan, TINDAKAN BOLEH DIAMBIL mengikut akta

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998. If terasa DIVA n BERKUASA sgt nak menganggu n mencuba sesuatu yang membuatkan saya tak akan sesekali menimbangtara untuk mengambil TINDAKAN terhadap anda, dipersilakan. If you are PLAYING FOR KEEPS, so, pleased. I will do a same thing. So, good luck!

Sesungguhnya, setiap gerak geri buruk anda yang cuba bersikap

PENGGANGGU boleh dikesan secara terus. Harap Maklum n beware.

\('c*)v :: Peace no war n

u ollsss.

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

BAHAGIAN X - AM Bab 2 - Kesalahan Dan Penalti Tambahan

Seksyen 233. Penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian, dll.

(1) Seseorang yang—

(a) dengan menggunakan mana-mana kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi secara sedar—

(i) membuat, mewujudkan atau meminta-minta; dan

(ii) memulakan penghantaran,

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau

(b) memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik,

adalah melakukan suatu kesalahan—

(2) Seseorang yang secara sedar—

(a) dengan menggunakan suatu perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi memberikan apa-apa komunikasi lucah bagi maksud komersial kepada mana-mana orang; atau

(b) membenarkan suatu perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi di bawah kawalan orang itu untuk digunakan bagi suatu aktiviti yang diperihalkan dalam perenggan (a),

adalah melakukan suatu kesalahan.

(3) Seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen ini apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan hendaklah juga boleh didenda selanjutnya satu ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

sumber rujukan dari http://www.skmm.gov.my/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...