FEEL FREE TO CLICK MY NUFFNANG YER...TQVM :)

Feb 8, 2011

Kisah Semasa YPM - Part 2

Assalamualaikum.

Haha. Alhamdulillah ade feedback terbaik dari kengkawan YPM pasal entry 1st berkenaan Kisah Semasa YPM - Part 1.

So, hari ini saya dapat komen satu lagi peristiwa terbaekkkkkk punya melibatkan saya dan Mieyn antara Cda n Andik. Komen tersebut adalah (di bawah) n meh saya cerita... cecita, cecita...


Peristiwa di Library YPM

Okay, kisahnya bermula begini. Kami semua dapat tajaan MARA (terima kasih MARA...hehe). So memasing sebok nak membeli dan belah pe yang patot. Lagi best bila 1 sem kami x dapat tajaan pepe dan sem berikutnya penaja kami membayar sekaligus yang sem lepas punye. Kira backup yang sem lepas sekalilah. Jadi cam OKB lah ceghitanya.

Makanya, ligatlah kepala kami plan nak membeli apa. Termasuk saya. Eizan and saya decide nak beli sebuah kamera. hehe. Yelah, kami semuakan kaki outing. Pantang ada sale, pantang ada duit masyuk, lagilah mak melompat. Kata org perempuan kan. hehe.

Al-kisahnya, saya, Cda, Andik n Mieyn if malas nak menapak ke rumah, kami melepaklah kat library. Tingkat dua je pun. Lagilah malas nak balik umah if petang karang tu plak ade kelas. So, better ulangkaji, discussion pe yang patot kan. Cari bahan wat assignment ke bagai. Cuci² mata ke kan. Haahaa. Mak sukeee. Elleh, korang pun kan? Jangan x ngaku.

Tapi time tu, Mieyn mana ntah lesap, saya lupa. Sementara nak take mood nak study n what so ever, we all berboraklah dulu pasal loan n plan shopping neh. Perbualan pun bermula. Eh, sebelum saya terlupa, Cda ni sound trouble sket, hehe Sori Cda.

Saya : "Aku ingat aku nak beli kamera Olympus lah". Saya memulakan perbualan dengan baiknya.

Cda : "Hah, ko nak beli apa Nad?", soal Cda kehairanan.

Saya : "Kamera, kamera Olympus. Kan sekarang org dok sebok nak snap 1 kamera mcm ni". Terang saya bersungguh-sungguh tanpa menyedari camera disebut KAMERA secara Melayu bakunya. Tika ini Cda sudah jelas mendengar KAMERA sebagai IKAN MERAH.

Andik : "Ko nak watpe ngan ikan merah, Nad. Lagipun mana nak dapat?", dahi Andik berkerut.

Saya : "Mana nak dapat? La korang xtau ker. Low Yatt kan banyak. Takkan korang xtau?".
Andik dan Cda berpandangan each others.

Cda : "Ikan Merah nak dapat kat Low Yatt?". Tetiba aku plak yang heran bin ajaib.

Saya : "Ikan Merah mende plak neh, Cda, Andik? Bila masa plak aku cakap aku nak beli ikan merah weh?".

Cda : "Habis tu td bukan ke ko sebut ikan merah ke tadi?".

Andik : "Ntah. xnak ngaku plak. Ikan merah sah² kat laut Olympus je ada, takpun kat laut merah".

Saya : "Aku sebut KAMERA lah, CAMERA (sila sebut slang mat salleh yer). Camera Olympus", serentak kami bantai gelak.

Cda : "Next time, cakap biar terang weh", gelak masih berbaki.

Andik : "Ntah ko ni Nad. Melayu btol. Kitorg dengar tau ko cam sebut ikan merah. Lagilah ada laut nama Olympus. Haha".

Saya : "Alah, salah sebut jek".


Peristiwa Jual Beli Buku

Semasa as student di YPM, pantang ada member bagitau ada lecturer jual buku, terus kami sepantas kilat membeli. Sapa beli dulu, yang kurang duit, mintak pinjam nak fotokopi. Murah sket tp jgnlah amalkan. Kesian publisher.

Cerita jual beli ni berlaku antara Sir Izmi Shahidul Azim, Mieyn n Cda. Andik xtau tang mana. Maka, sesi dialog jual beli tercetus. Lebih kurang camnilah kisahnya.

Mieyn : "Saya nak 1 sir ".

Sir : "Jap yer". Cda sekadar memerhati. Kendian,
Sir Izmi menghulurkan buku tersebut pada Mieyn.

Mieyn : "
So, bayarannya camne sir. Nak bayar selalu ker?", soal Mieyn penuh serius sambil pantas mencari fulus. Tang tu jugak muka Sir Izmi bertukar wajah. Hairan. plus bingung. Selalu?. Saya dan Cda dok tahan gelak. Mieyn memandang kami.

Mieyn : "Btol lah kan, bayar selalu?". Cda yg dok belakang Mieyn pun leh gelak.. apa dah minah ni...selalu ke benda nyer.. nak bayar skrg ler

Saya : "Bayar terus lah weh", saya terus perbetolkan pe yang patot. Lupalah, saya or Cda yang perbetolkan n Sir Izmi leh plak tersengih. Maybe itu fenomena biasa bg Sir Izmi. Yelah, of course ini bukan kali pertama Sir berhadapan student yang mempunyai masalah biasa macam kami ni. hehe. Bantai gelak saya bila dapat komen dari Cda berkenaan Kisah Semasa YPM - Part 1.

p/s : Mieyn, jangan marah tau.

3 comments:

  1. citer paling best bab library tmpt dpt partnet including u me and mien... story ler sket.. tp biar dimulakan dengan kisah mien...panjang sket... ingat lagi tak?????
    from cda

    ReplyDelete
  2. kisah pe cda? partnet? ke partner? aku xleh ah story pasal aku. kena jaga hati suamiku yang terchenta n mereka². haha. pasal mieyn aku ingat sket² jek weh. ko ngan sapa plek kat library?

    ReplyDelete
  3. ok takper... kita citer hal mien sbb mereka mmg dah kahwin... entry ko citer pasal jodoh library..ehehehe.. tp minta izin mien dulu ler.. takut dia tak suker lak...eheheh..aku takde saper pun.. saje je tokok tambah

    ReplyDelete

Thanks buddy and anonymous also...

Makluman Kepada DISTURBER yang gemar ANNOYING.

Penafian @ Pemberitahuan...

Makluman kepada semua

PEMBACA SETIA saya (kalau adalah. Hehe) n also my SILENT READER (yelah dah xboleh nak ganggu i guna anonymous kat commentkan, so terpaksalah DECIDE jd silent reader jek, huhu... so good luck too lah yer. Selagi rase panjang umur nak mengganggu hidup orang. OBSERVElah selagi MAMPU n jgn sampai bahankan saya. So, sure x takutkan jika diri anda xsempat pohon MAAF) n also yang menganggap diri kerdil saya ni sebagai MUSUH kepada diri anda sendiri, yang bahawasanya…

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di Bukan lagi Finger Note's - kini notapuan – nad Blog ini tidak boleh ditiru mahupun diplagiat, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada Tuan Empunyer Bukan lagi Finger Note's - kini notapuan - nad.

Juga dimaklumkan dan diperingatkan sekali lagi bahawa apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi seperti mencanang perkara yang tidak baik, buruk, memalukan, mengaibkan berkenaan perihal diri saya juga seluruh keluarga kaum kerabat saya di blog kepunyaan anda (termasuk laman sosial yang lain), sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik (media elektronik) termasuk di media massa, adalah melakukan suatu kesalahan, TINDAKAN BOLEH DIAMBIL mengikut akta

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998. If terasa DIVA n BERKUASA sgt nak menganggu n mencuba sesuatu yang membuatkan saya tak akan sesekali menimbangtara untuk mengambil TINDAKAN terhadap anda, dipersilakan. If you are PLAYING FOR KEEPS, so, pleased. I will do a same thing. So, good luck!

Sesungguhnya, setiap gerak geri buruk anda yang cuba bersikap

PENGGANGGU boleh dikesan secara terus. Harap Maklum n beware.

\('c*)v :: Peace no war n

u ollsss.

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

BAHAGIAN X - AM Bab 2 - Kesalahan Dan Penalti Tambahan

Seksyen 233. Penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian, dll.

(1) Seseorang yang—

(a) dengan menggunakan mana-mana kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi secara sedar—

(i) membuat, mewujudkan atau meminta-minta; dan

(ii) memulakan penghantaran,

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau

(b) memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik,

adalah melakukan suatu kesalahan—

(2) Seseorang yang secara sedar—

(a) dengan menggunakan suatu perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi memberikan apa-apa komunikasi lucah bagi maksud komersial kepada mana-mana orang; atau

(b) membenarkan suatu perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi di bawah kawalan orang itu untuk digunakan bagi suatu aktiviti yang diperihalkan dalam perenggan (a),

adalah melakukan suatu kesalahan.

(3) Seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen ini apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan hendaklah juga boleh didenda selanjutnya satu ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

sumber rujukan dari http://www.skmm.gov.my/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...