FEEL FREE TO CLICK MY NUFFNANG YER...TQVM :)
Showing posts with label All bout baby. Show all posts
Showing posts with label All bout baby. Show all posts

Jan 28, 2016

Pantang dan jaundice

Assalammualaikum wbt

Day 23 berpantang. Lama jugak lg ni nak ke 100 hari. Kan?. Xpe, bertabahlah.

Hari ni mcm br ada keberanian sket nak makan yang berlada hitam. Bukan apa. Hari tu baby saya masih lagi kekuningan. Bajet x kuning tp nak wat camne, ada jugak. Tu pun dpt detact hari ketiga. 

Kenapa lambat baru dikesan?. Entah. Normallah kot. Keluar je dari labour room, my baby, Muhammad Fateh Hamka terus dimasukkan ke ward baby. Nafasnya laju sedikit. SepĆ njang berada di sana, alhamdulillah kondisinya ok sahaja.

Alhamdulillah Fateh adalah baby IUI kami. Semuanya tidak dijangka. Banyak prosedur n proses untuk jalani IUI. Antaranya, DNA, salasilah family, ujian darah beberapa kali, ujian sperm sehinggalah bila dah ready, maka bermula proses IUI. Secara terperinci akan saya ceritakan nanti. Keputusan untuk jalani proses IUI adalah pada tahun lepas dengan kerjasama yang sangat tip top dan mesra alam daripada kakitangan Hospital Sultanah Nur Zahirah. Baik daripada cleaner sehinggalah para doktor. Semuanya sgt bagus.

Bercerita pasal pantang dan jaundice, Fateh punya jaudice dikesan pada hari ketiga tp x teruk sgt macam kakaknya sehingga 200 lebih bacaan. Risau jugak. Memula dikesan dengan bacaan 160. Esoknya bila diperiksa terus naik sehingga 220. Gulp. Terus staffnurse tanye, ibu ada makan apa2 ke kan. Mkn apa? Jamu ke, anything makanan yang panas ke. Fikir punya fikir, owh ya, i makan ikan lada hitam. No wonderlah naik mendadak.

I is risau sket if baby terkena jundice. Sebab dah baca sket2 kesan jaundice ni kan. Jika dalam masa 14 hari bacaan jaundice xde penurunan sangat, darah baby akan diambil dalam 3 botol kecik tu (sorry, nama saintifik botol saya x ingat). Makanya, dah ditakdirkan, darah Fateh telah di ambil setelah bacaan jaundice Fateh menunjukkan penurunan yang kurang memberangsangkan. Antara 8-10 je kurangnye pun. Kesian dia. So, dalam masa sebulan lagi, result akan keluar. Hopefully, semuanya baik2 sahaja. Aaamiinnn. 

Bermacam cara yang orang suggest untuk hilangkan jaundice pada baby kan. Bagi susu formulalah, anggur hitam, mandi bunga kuning, bagi susu kambing n pelbagai. Honestly saya dah cuba cuma this time, susu kambing saya x bg. Last2, saya bg full susu ibu. Tawakkal ajelah. Maybe this week nak try check kat swasta jap pe bacaan jaundice Fateh.

Oklah. Jumpa lagi.


Yang benar, benar dan benar-benar, benar...
♥♥♥ T.E.F.i.N ♥♥♥

Oct 9, 2012

Kisah Saya dan Anak²

 Assalamualaikum wbt.


Herm, rindu nak memboyot lagi. Tapi masih takdok rezeki. Sedikit sedutan...
  • Anak Pertama = 2008
    • Alhamdulillah hampir terlaksana hajat nak bersulongkan anak lelaki, tp masuk jek 8 bulan plus² yg hanya tinggal a few weeks je lagi nak delivered, Allah swt, menjemput arwah untuk bersamaNya. Which mean, meninggal dalam kandungan. Sedih sgt² apatah lagi masa tu, arwah memang membesar dlm kandungan sehingga 3.83 kg yang mana kalau ditakdirkan (tak baik ckp kalau kan) kemungkinan besar, saya akan melahirkan arwah sekitar 4 kg n plus² gitu. Tengoklah saya kat bwh ni time preggy...... tebabooommmmmmmmm.

 v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v













 
 kan? tembam kan. ecececee, idok ler, ni zaman selim melim gitu. dok nikoh lagi neh. haih, bilalah, mau ke zaman ini. Jom, sama doakan. Bismillahhhhhhhhhh... semoga, moga dan moganya tuan punya blog ini kembali kurus dan sihat n mudah melaksanakan ibadat kepadaNya... and then saya aminkan. Ehe. Haip, jgn bahankan sy tau. Siap. kita jumpa di court. Don't play² ahhhhhhhhhh.










 lupa brapo bule, kandungan time ni. Sudah membesar bagai johan

 Ni time kursus HRMIS di SUK Terengganu. Memboyot. Semua tengok mcm seram. Kembar 10 ke hape, ken. 
    • Ok, itu pengalaman pertama n ditambah cabaran sebagai weekend hubby n wife. Hubby masa tu kat cyberjaya, kerja n sy di Terengganu juga bekerja n almost every weekend akan terbang ke sana. Kadang² naik bus jek sehinggalah usia kandungan nak masuk 8 bulan.
    • Saya sebenarnya memang sentiasa mengira pergerakan baby sebagaimana nurse pohon yakni 1-10 demi utk mengelakkan terjadinya perkara sebeginilah. Memang padat n membesar sgt saya time tu. Sampaikan geng pejabat ada yg panggil pingu², nyot². Haha. Paling tak boleh blah, ada gak yg panggil itik gembo², sabor jelah. Hidung tak usah ckplah kembang semangkuk. Aha, kalau nak tahu, kalau hidung kembang lebih besar dr saiz biasa, peratus nak dpt anak lelaki adalah tinggi. Percayalah teori ini. Insya-Allah, btol. Confident jek. Saya kan if ternampak wanita preggy terus spot pada hidung. Hihi. Inilah tips utk hr ini.
sudah seperti buah jambu hidungku. Pink bagai

kian mengembang. hehe.

    • Masa hr kejadian, 2,3 hr b4 that sy lenguh kaki n menggatal pergi mengurut, so, excited nak tggu en hubby blk, so ajak my mom g singgah beli brg dapo sket. Mlm tu kot, sy ada perasan nape arwah mcm slow motion je kan so ignore jek sebab memang padat sgt perut masa tu ngan bujurnye, besarnya. So, pg esoknya tanya my mom kenapa mcm mengempis jek. So my mom ckp takdelah, jgn pk bukan². Soalan sama gak ditujukan pada en hubby.
    • So, tak sedap hati, wat decision gi Hospital Besar (HSNZ) n check. Masuk bilik khas. Time tu 50-50 jek. So, 3 orang doc check, scan segala. Antara perbualan masih segar diingatan...
      • Doc1 : Erm, tiada pergerakan jantung ni.
      • Me    : Air mata dah mcm bergenang.
      • Doc1: Sabar ye, nnt saya panggil sorang lg doc. (Masuk lg sorang juga perempuan.).
      • Me    :  Menanti penuh sabar n kadang² terkeluar dr bibir pohon doc check bebetol.
      • Doc2 : Mcm dah takde ni. (Slow je percakapan antara mereka. Even jelas di pendengaran saya)
      • Doc1 : Kita panggil doc pakar. (Doc2 menyusul mencari n a few minutes kemudian masuk specialist)
      • Specialist : Maaf dik, dah takde ni. (Sebak jek suara doc tu. Seingat saya ketiga² doc tu menitiskan air mata atau pun dua daripadanya).
      • Me    :  Terus menangis. Begitu juga hubby.

    • Then, diwarded utk proses bersalin secara normal. Inilah arwah anak kami yang sulong. 

Inilah arwah Muhammad Amali Darwisy. Semoga gembira di syurga nan indah nak. Mama rindu dengan mu. Bila nak dtg jenguk mama, papa n angah mu lagi dear? Al-fatihah.
  • Anak Kedua = 2009
    •  Alhamdulillah, rezeki Allah swt yang Maha Esa, saya selamat melahirkan Aisya Qistina binti Azwa dengan selamat. Itupun saya diwarded hampir 5 kali sebab alahan, pening n seangkatan dengannya.
    • Sepanjang kehamilan, saya menjadi manje terlebih. Hampir semua kerja rumah en hubby yg handle. Paling best, saya selalu nak kacau orang n termasuk my baby suka main². Bila usik jek, dia diam, buat saya risau.
    • Bila alunkan zikir, papanya mengaji, dia cepat bg tindak balas, alhamdulillah.
    • Satu pagi tu, bila saya bangun terasa macam lendir seakan ketuban. Confuse, samada terkucil or memang ketuban. Report klinik kesihatan n terus refer Hospital Besar (HSNZ) sebab dah ada kes b4 this. So, silalah berkampung di hospital besar (HSNZ) sehingga terberanak yer. Seingat saya, hampir 3 minggu.
    • Di HSNZ ni, sebagaimana hospital lain ada 3 class utk ward bersalin. Memula diwarded tu sy di 3rd class. Sebab 1st class penuh kan. Happy kat sini semua nurse kepala masuk air. Hehe. Baru nak comfort, kena move ke 2nd class, owh kat sini nurse agak sedikit kerek. Sket jek. Jgn marah. Hehe. Pastu b4 dipindahkan ke 1st class, deretan doc n nurse mengelilingi my bed untuk check. Aik, sudah risau. Adakah sudah tiba masa untuk dibersalinkan? Owh tidak. Sorang doc bertanya, puan nak bersalin bila? Wah, bleh pilih date ker? Hehe. Boleh jek. Iyelah b4 sumthing happen kan. Selagi boleh kita elak, kita elak tapi itu semua kerja Allah swt. Mau jek nak pilih sama date ngan birthday my hubby. So, sehari dua lepas tu, saya dipindahkan ke 1st class utk 4 org je sebilik. Alhamdulillah sedikit selesa.
    • Hah, time kat sini bila tiba masa untuk check pergerakan baby n jantung, my daughter usik sorang nurse dari Kelantan ni. Hampir setengah jam time nurse ni check, my baby langsung tak bg tindak balas even b4 that, pergerakkannya sangat aktif. Last² that nurse mintak tlg member dia untuk check, skali check jek terus bertindak balas. Haha. Dalam perut dah nakal. 
    • Bila dah membesar, huh, naik sasau aku. Menjerit jek keje, Last² bila nak marah je ngan peelnya, terus ingat (pesanan picca di bawah), even dah terlepas marah. Ayat yang selalu digunapakai bila saya marah beliau, Nape mama marah Aisya? Haha, terus je sayu jap.
 
    •  Bila nak marah je terus cepat² my daughter wat klako. If dia buat silap, terus saya ckp, cakap sorry kat mama. Then bila her papa or i yg wat silap, hah, ckp sorry. Haha, terkena balik. Memang btol lah kan, 
Ingat yer para ibubapak :)

    • Time nak memerut, sembunyik blk langsir or blakang pintu. See that. Sejibik jek (biarlah rahsia... tersipu malewww).
tengah watpe tu darling mama.


    • Haih, agaknya sure bergaduh ngan abang Darwisynye. Berperang lah korang berdua.

  • Anak Ketiga = 2010
    •  Herm, excited sgt time ni bila Aisya nak dapat adik. Namun masuk jek 4 ke 8 minggu, time tu kalau ikutkan adalah time period, tengok² ade kecoklatan, so, saya dah lemah longlai terus ke HSNZ n jalani proses D n C.

  • Anak Keempat = 2011
    • Saat ini saya seakan fobia n trauma bila mengenangkan kandungan ketiga dulu. Rezeki untuk memperolehi zuriat seterusnya, masih belum ada. Sebagaimana proses kandungan anak ketiga begitu juga dengan anak keempat. Saya sekali lagi keguguran. Perit hanya Allah swt yang tahu. Kali ni memang saya sedikit kecewa but cepat² beristighfar sebab hanya Allah swt yang tahu apa yang terbaik untuk setiap hambanya. (Maafkan saya jika saya terlebih bijak dalam berbahasa).

  • Anak Kelima = ??? Insya-Allah. Tapi xtaulah bila. Ehe, doakan sesama ek.


Pepun, setiap kehamilan wanita adalah berbeza.
  • ada yang time preggy boleh wat keje berat, bleh drive sana sini, bleh travel ke sana ke mari tanpa perlu risau. Namun tak semua begitu.So, kita semua kena beringat.
  • jgn sesekali pandang jelek pada wanita hamil bila mengandung je bertukar jadi yg amat lemah, terlebih manje, mengade, itu tak boleh ini tak boleh n sket² nak pitam, muntah, alahan itu ini TIDAK seperti anda yang hamil namun kuat n bertenaga bagaikan alah bisa tegal biasa. Siap bangga lagi. Tak semua mcm tu tau. Begitu juga bila tiba saat bersalin. Ada yang mcm ni, ada yang mcm tu. Lain semuanya. Semua kerja Allah swt. Whatever pun, sebagai ibu mengandung jangan diikutkan sangat sifat lemah n malas itu, manalah tau kot terkenan kat anak dalam kandungan kan. Bila kuar malas serba-serbi kita jugak yang resah gelisah.
  • Malah, for sure sesetengah ibu mengandung tak mintak dia sebegitu. Siap ada sesetengah tu pandang sinis n mengumpat, bila kuar statement, time mengandung je lembik, time mengandung je pening, pesal time aku mengandung dulu bleh je wat semua. Hello, Tuhan kah anda untuk bercakap bongkak sebegitu? Meh, tak mahu tenaga kurang dalam segala sewaktu preggy, moh kite bersenam. 8, 8 lagi, hait. 
 
boleh cuba cara di atas atau di bawah

 

atau melalui pembacaan di sini :- Senaman Yang Disarankan Sepanjang Tempoh Kehamilan 
  • Jangan tau, kesian pada ibu mengandung yang masuk dalam golongan ini. Bila keguguran, tau plak senyap, tau plak membisu n haih tau plak kuar nasihat bila mengandung lagi nnt suh jgn wat keje berat, jalan tu pelan², jgn turun naik tangga, drive n so on. Dah, dah, cukup, cukup sudah membabbling ye. Wat derk jek eak. Pepun jgn menunding jari pada sesiapa sebab lg baki 4 jari menuju ke arah kita. Semuanya sebab musabab kejadian adalah kebetulan. So, more info untuk keguguran (juga untuk peringatan pada saya) sila layari Blog Klinik Wanita yg dikendalikan oleh Dr Suhaimi.Amik dari blog Sepet yang shomel n santek :).
  • Okey, setiap wanita hamil ada yang peranakkannya rendah, masalah dalam rahim, tak leh wat kerja kasar² n ada yang terpaksa amik cuti tanpa gaji untuk trimester pertama tau. So, ingatlah, lain orang lain belalang. Lain orang, lain ragamnya. Haha. Ada kena mengenakah?
  • Saya pun tak paham dengan mentaliti orang kita. Bila kena batang hidung sendiri, anak sendiri, barulah slow² mintak n dengar pandangan pe semua. Haih, pengsan. Macam² cerita dah saya dengar, alami n bace. Sabor jelah. Pepun, hanya anda je tahu tahap keupayaan n kelemahan diri sendiri. Yang menanggung kita. Ingat tu. So, mana² wanita hamil di luar sana, petua or nasihat yang boleh diterima pakai, diterima akal, sila terima dengan hati terbuka. Yang mana tidak berkenan, anggukkan saje ye. Heheh. Pohon pada Allah swt agar kandungan kita sihat walafiat dan selamat dilahirkan tanpa sebarang perkara yang tidak diingini. Aminnn.
  • Semua tu kerja Allah swt. Mungkin hari ni bukan rezeki kita. Mungkin akan datang rezeki kita lebih baik. Kan? So, tawakkal je pada Allah SWT. (Memandai je aku, ehe). 


sumber : Journey of With Love and Blog Ibu Hamil, Blog Klinik Wanita juga pakcik Google. Thanks.



Bilalah ye saat indah itu akan kembali...



Yang benar, benar dan benar-benar, benar... 
♥♥♥ T.E.F.i.N ♥♥♥

Dec 27, 2011

Perlukan kekuatan dan ketabahan

Assalamualaikum...



Saya perlukan kekuatan untuk mengharungi sekali lagi dugaan tersebut.

Terima kasih Allah kerana memilihku untuk menghadapi semua ini.

Bersyukurlah kerana terpilih.

Sesungguhnya hanya Dia tahu yang kita mampu untuk menanggung.

Herm... tabahkanlah hati ini Ya Allah...

Terima kasih suami, anak dan keluarga...




Nov 13, 2011

PANDUAN MENDIDIK ANAK

Assalamualaikum wbt.

PENATNYEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEE.

Hadui. Kelmarin, family day Qisya. Anak kami kan dah masuk taska. Hehe. Best, nnt sy cerita lanjut eak. semua picca ada ngan papaya dia. Around 1.30 petang, semua beres, kemas² blk umah n rehat. Konon xnak tido, layan angry birds. Skali krohhhhhhhhhh jugak. Bangun je, bersiap cr tepung nak wat Kek Gula Hangus, permintaan my mom utk jamuan akhir tahun di sekolah beliau. Settle semua dalam 1.15 pagi. Tupun sambil tggu kek dibakar dengan baik, sambil menggosok baju untuk seminggu sekaligus. 10 pasang bersamaan dengan 20 helai. Tu x termasuk baju dres Qisya lagi. Haha. Saya xsuka tengok baju berkedut tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii SANGAT MALAS MELIPAT KAIN yang dah berbulan berlonggok walhal melipat amik masa tak sampai a few hours. Teruk kan. Rela sapu habuk keliling rumah, berkemas dari dok melenguhkan pinggan melipat kain apatah lagi saya lebih sanggup menggosok baju berbakul². Haih...

So, skrg ni, badan saya sgt lenguh. Kenapa? Semalam tengah buat kek, tetiba cam nak fengsan n pening. Paksa suami goreng nugget even b4 that dah balun sejibik green apple. Konon diet, kata ko. Pas santap sket baru hilang. Lapor eak. Haha. Tq suamiku tolong clear pinggan n menggoreng utk kami.

Wellllll... berbalik pada tajuk, saya nak sharing sumthing neh yang kekadang buat kita x tersedarkan, dr terus melarat baik kita kawal.

Jom, sesama bace.



PANDUAN MENDIDIK ANAK

1) Jangan pukul anak dari lutut keatas ~ sape pernah pukul cara ni sila ubah cara cam no 3

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. Nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control.

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya. Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak ~ Btol, cam kita wat refleks kat kaki tu kan.

Sabda Rasulullah s.a.w.

“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”

4). Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan) ~ Nama yang b4 this ada makna, tetiba kita singkat sehingga tiada makna langsung. Tiada makna ok lagi dr tetiba membawa makna yang bukan². Nauzubillah.

5). Berikan anak anda pelukkan setiap hari. (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk) ~ Kita pun antara hubungan suami dan isteri suka gak dipeluk kan, camtu gak anak² kita semua.

6). Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran) ~ Kita pandang suami, suami pandang kita pun free² jek dpt pahala tau, apatah lagi anak², amanah Allah untuk kita.

7). Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan. (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya) ~ orang dewasa pun suka dipuji kan. Amalkan utk si kecil kita.

8). Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap ~ jangan tetiba korang tgk anak korang cam takut² nak join pepe aktiviti cam hari keluarga taska ke sekolah ke, tp kat umah bukan main perform, terus korang down pk anak² bukan². Jangan paksa tau even dalam hati memberontak nak paksa gak anak². haha. Macam aku kelmarin, sabo jelah.

9). Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali) ~ mendalam neh maksud.

10). Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban ~ insaf².

11). Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap) ~ SETUJU 100%.

12). Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya ~ sayalah tempat Qisya ingin perhatian setiap kali merajuk ngan mamaya dia nilah.

13). Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya ~ btol².

14). Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain) ~ erm... patotlah.

15). Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali ~ yeah, ini sangat betol.

16). Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri ~ ini selalu kami amalkan. Suke tengok anak² happy. Maybe anak² akan rase selamat.

17). Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18). Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian ~ sama jugak time anak tengah tido. Perlu mintak izin nak bukak lampu even mereka tengah tido. Belajar untuk menghormati bukan biadab n berkurang ajor.

19). Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam ~ untuk suami n isteri perlu amalkan jugak neh. Haha. Pahala free tau.

20). Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa ~ Baik...

21). Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga ~ hah dengar tuh, even berkali² saya pernah wat blk lappy tp tak pernah dibukak pun coz kesian tengok anak² yang hanya seketika je masa dengan kita. Yelah, kiralah time kita sehari dengan anak berapa lama?

22). Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri ~ nothing to say coz saya sgt garang kecuali papaya diaa. Huh. Biasalah, perlu ade sorang yg pro n sorg yang kontra tp jgn samapi mendera bagai.

“Anak- Anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya menjadi yahudi, nasrani atau majusi”...

Oct 18, 2011

ANDA : BerperikeMANUSIAan ke @ BerperikeBINATANGAN

Assalamualaikum



Dgr hotfm x hari ni?


Takpun dah bace paper? Pagi td. Alah awal pagi lah, time nak gi keje. Pehal ko emo ni Nad? Malas nak cite... Hade haku kesah Nad ko nak cite ke idok? Ahhhhhhh... tak kira.

Sila tengok vlog dibawah.

Tengok...
Just nak tahu korang neh spesis ape...


So, kesimpulannya?

Anda sebagai parents?












Anda sebagai masyarakat?











Anda sebagai PEMANDU?











Anda sebagai MANUSIA?











Hopefully, Ya Allah Ya Tuhan kami Yang Maha Esa, harap kita tidak sebegini rupa perangainya.

Saya kelu tanpa kata.

Adakah NYAWA sekarang boleh dijual beli?

Atau kerana mentaliti kita sentiasa dihujani dengan paparan didada² akhbar dimana ramai takut membantu kerna dibimbangi oleh tipu muslihat?

Tapi, bukan ke otak boleh berfikir, mata boleh melihat si kecil itu seakan nazak dengan kedua² kaki bagaikan sudah lunyai?

Tengok ni...

korang as a driver, nampak tak budak tuh?

nampak tak? ke tengah wat ape if x nampak, nak kate driff, takpun.

tapi kenapa harus melanggar?
Kejar masa? or memang kaki bunuh?

If dah tau langgar budak, kenapa harus digilis lagi? Seronok? Ke rabun ingat bonggol?

tengok tuh tayar belakang kat mana?

korang nampak tak tgn budak tuh?

berlalu macam... ahhhhhhhhhhh. Nak kate macam binatang pun tak boleh. Sebab BINATANG pun ade hati perut, perasaan pada sesama sendiri. SPESIES ape ntah

ni antara dotdot (mcm tak layak je panggil manusia) yang buat derk dgn keadaan si kecil itu.

Saya tak pasti yang berlinangan tuh ape, xclear. Longlai dah that toddler. Yg bwk moto tu pun wat donno.

ni lagi sekor.

Logik ke x nampak hah korang?

makcik neh cuba duduk kan si comel ni tetapi... secara otomatik badan si comel ni dr paras pinggang hingga ke atas terjatuh ke depan... mcm pokok tumbang. payah nak cite, kesian sgt tp si comel ni keadaan betolnya macamana n tak tahu nak kate ape. tgk video.

makcik yang cuba menolong TETAPI kaki budak tu dah hampir hancur, n bila angkat, badan budak tuh dah macam TAKDE SOKONGAN, hampir terjelepok begitu.
Ahhhhhhhhhhhh... SEDIHHHHHHHHHHHHHHHH n TERGAMAMMMMMMMMMMM
SAYA DI SINI.

her mom...

berita penuh sila klik di sini myMetro




Saya juga takut dan risau coz saya juga pemandu. Kekadang kita emo tapi mintak doa bebanyak dan pohon dilindungi Allah. Bace doa naik kenderaan n ayat Qursi banyak² dan tawakkal pada Allah swt.






p/s : Mohon dilindungi Allah swt jua... Amiinnn. Sumber doa naik kenderaan dan Ayatul Qursi. Terima kasih.

Oct 17, 2011

Cara Anak Saya Ngelat

Assalamualaikum semua...

Donnolah why since lately, saya macam malasssssssss sgt nak hupdate blog. Siap berplanning nak adekan blog baru. Dalam keadaan masih malas tuh tapi ade hati nak bina blog baru.

Btw, anak kami demam lagi start petang Sabtu. Boleh dikatakan anak saya akan demam setiap bulan a few days b4 22hb menjelma. Konon tukar bulan lah kan.

So ke klinik lah kami petang semalam. B4 ke klinik, check up dulu ubat-ubatan pe yg masih ade, masih berbaki dan tarak. So, her antibiotic is finish already. So kena pegi jugak. Tubuh kita ni kan since dah disuap antibiotik, hah, since that day lah kena amik antibiotik n mesti habiskan mengikut jadual, dos dan sila minum sampai habis mengikut aturan.

Mengambil langkah berjaga², kami dah beli temperature berdigital untuk menyukat suhu badan anak. Alhamdulillah, bacaan suhu Qisya lingkungan 37 - 38 darjah celcius n adalah berada di dalam kategori demam. Saya sgt takut bila mencecah 40 darjah celcius. Ya Allah mintak dijauhkan dan dilindungi Allah selalu anak kami Aisya Qistina ke tahap itu.

Anak kami demamnya amaaaaaaaattttttttttt memerlukan kesabaran kami yang sangatttttttttttttttttlah tinggi yeeeeeeeeeee. Huh, merengeknya bukan main panjang. Nak sumthing tak pernah diberitahu secara terus even dah boleh dimintak tolong buat itu dan ini, tahu apa yang nak n taknak. Qisya akan menangis bagaikan didera gitu. Cukup menguji kesabaran. Lagilah bila tengah malam. Temperaturenya akan naik. SO, sila berjaga-jaga. Ais asam jawa ke air tak berasam jawa ke akan sentiasa ada di sisi saya. Amik towel kecil, basahkan dengan ais tersebut dan letak cantik² atas kepala anak. At least kurang sket panasnya. Bawah mata saya ni dah kalah dah bapak panda.




mata dah cam panda, badan pun lebih kurang. Abaikan.

Biasalah, time demam jelah dia nak bermanja kan? Mcm kitalah gak kan bila dilanda demam, tahu plak nak bermanja-manjaan dengan pasangan memasing.

Petang Ahad, lepas dia dah ok sket dr demam, saya cuba berborak dengannya. Saya EL ye semalam.

" Aisya, esok (merujuk hari ini yakni Isnin), Aisya kena g taska eak, " saya mula berbasa basi.
" Ecok, taska tutup ", wahhhhhh. amekaw. Mana Qisya belajar neh. Pepandai dia je cakap tutup.
" Mana ada tutuplah ".
" Cikgu tutup ". Seeeeeeee. Ngelat yang sgt creative. Baru 2 tahun 9 bulan.

On lunch, papaya dia balik. Papaya dia balik, bukan main sombong lagi. Wat derk jek. Last sekali, papaya dia usik sket, hah terus mintak diriba dan ditepuk. Bila papaya dia ralit tengok tv, bukan main marah lagi.
" Papa, tepok ". Siap amik tangan papaya dia bawak ke peha mintak ditepok untuk didodoikan. Haiya, Tapiiiiiiii... on that timelah saya leh rest sket. ehe.

Dalam bertepuk² tuh, papaya dia mula bertanya. " Aisya, tadi papa lalu depan taska Aisya, papa nampak Jannah, Ain, Irfan, Cikgu kat sekolah. Main lompat² kat luar. Hah, Aisya takde ". Papaya siap list lagi nama kenalan Qisya.
" Taska tutup ". jawapan itu lah yang diberi sampai ke sudah.

Lepas lunch, papayanya kembali ke opis. Sempat berpesan lepas Asar, kita ke klinik. B4 papaya ke opis, Qisya dah bangun. Saya kena layan dia main. Sambil main, saya bertanya lagi.
" Aisya, esok Aisya gi Taska eak ". Time ni dia sebok belai rambut saya. Salon gitu. Siap amik penyembur air tuh n sikatkan my hair. Tak tahulah mana dia blajor neh.

" Taska tutup ". Jawapan selamat taknak ke Taska.
" Mana ada tutuplah, tadi papa cakap, taska bukak. Kawan-kawan Aisya pun ada tadi. Main² ". Saya cuba menguji. "Ermmm..." sekilas Qisya menjawab. " Jawapan "erm", agak kurang jelas. Saya test lagi skalik. " Esok, Aisya gi taska eak ". " Ermmm...", haha. cantik je menjawabnya. Nampak sangat taknak layan mamaya ye.

Sementara menunggu Asar, sempat jugak saya terlelap. Nap. Terjaga, terus mandikan Qisya. Siap, cantik². Ikatkan rambut kiri dan kanan. Happy je anak² kan bila tahu nak g jalan. B4s g klinik, g stesen bus belikan tiket bus Atok Qisya. Alah, dah nak balik dah. Sian Qisya dapat tahu karang neh, Atok dia dah balik. Mana idoknye, balik dari taska je, sampai umah... " Atokkkkkkkkkkkkkk, butak pintu ". Masuk dalam rumah terus ke bilik mencari atok ajak main. Thanks abah sudi jenguk kami.

Sampai di Klinik Intan, alhamdulillah patient tak ramai. Qisya dipanggil setelah 3 pesakit berlalu. Masuk jek, Dr dah menjenguk Qisya. Terus bawak Qisya menghampiri doktor.
Dr : Kenapa ni, sakit apa
Qisya tengok saya. " Aisya jawab, demam "

Q : Demam.
Dr : Ooo, demam. Sakit tak?
Q : Sakit.
Dr : Makan dah?
Q : Makan.
Dr : Makan ape. Nasi?
Q : Makan nasi.
Dr : Banyak ke sikit?
Q : Sikit.

Hahah, idok taule teman, samada Qisya petah menjawab atau amik suku kata belakang setiap ayat jek. Haha. Tapi, memang b4 ke klinik, Qisya ada makan nasi sket dan 5 keping biskut cicah air favorite dia, air tea. Alhamdulillah. Saya masih ingat, time saya demam bulan lepas. Tinggi jugak 39 darjah. Doktor yang sama check up Qisya. Punyalah tak puas hati, doktor tak check dia, menanges buka main. Haha.

Lepas check up, barulah Mr hubby teringat nak bertanya, y anak kami owez demam. Saya cepat² ketuk pintu bilik dan terus tanya. So antara sebab musababnya adalah maybe persekitaran yang berdebu. Tak kiralah di rumah ke, dalam kereta ke kan. Semua kena di ambil kira. Maybe jugak pergaulan antara rakan-rakan taska contohnya time bersin, batuk ke kan. Kita pun. Dah tahu nak bersin tuh, tekupkan mulut anda n basuh tangan lepas bersin. tahukah anda, kelajuan bersin adalah 160km sejam. Iya. Sila google. kuman terbang di mana-mana. So, as a parents, kenalah berjaga². kasi makan Scott Emulsion, vitamin ke kan n Gripe water ke. N susu bukan setakat untuk pertumbuhan otak tetapi juga untuk pertahanan badan. Like Mamil Gold. Kena carik neh n beli. Alahhhhhh... iklan kanak² yang pakai costum rumah batu, kayu, pondok n so on tu kan. Dulu, time Qisya around 1 year and above, everyday day bagi minum scott emulsion. Skarang dah jarang n kini start balik. Tawakkal pada Allah.

Sekarang, alhamdulillah, Qisya dah tak culas makan ubat. Tau je nak demam, siang-siang dah bukak freeze nak makan ubat. Hari tu, dengar je papaya n mamaya nye nak kasi ubat, otomatik terus landing n buat² tido. Bila angkat ke riba terus terjaga. haha. Tak pasal² kena jugak telan ubat ye Qisya. Sayangggggggggggggg anak mama neh.

Herm... generasi sekarang...

Hopefully, anak kami dah sembuh dari demam. Doakan eak.
u ollsss...


p/s : camne lah Qisya pulang dr Taska tengok Atoknya takde kat bilik. Ada atok ade kawan, hai kena ade adik Qisya neh. hehe.

Makluman Kepada DISTURBER yang gemar ANNOYING.

Penafian @ Pemberitahuan...

Makluman kepada semua

PEMBACA SETIA saya (kalau adalah. Hehe) n also my SILENT READER (yelah dah xboleh nak ganggu i guna anonymous kat commentkan, so terpaksalah DECIDE jd silent reader jek, huhu... so good luck too lah yer. Selagi rase panjang umur nak mengganggu hidup orang. OBSERVElah selagi MAMPU n jgn sampai bahankan saya. So, sure x takutkan jika diri anda xsempat pohon MAAF) n also yang menganggap diri kerdil saya ni sebagai MUSUH kepada diri anda sendiri, yang bahawasanya…

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di Bukan lagi Finger Note's - kini notapuan – nad Blog ini tidak boleh ditiru mahupun diplagiat, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada Tuan Empunyer Bukan lagi Finger Note's - kini notapuan - nad.

Juga dimaklumkan dan diperingatkan sekali lagi bahawa apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi seperti mencanang perkara yang tidak baik, buruk, memalukan, mengaibkan berkenaan perihal diri saya juga seluruh keluarga kaum kerabat saya di blog kepunyaan anda (termasuk laman sosial yang lain), sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik (media elektronik) termasuk di media massa, adalah melakukan suatu kesalahan, TINDAKAN BOLEH DIAMBIL mengikut akta

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998. If terasa DIVA n BERKUASA sgt nak menganggu n mencuba sesuatu yang membuatkan saya tak akan sesekali menimbangtara untuk mengambil TINDAKAN terhadap anda, dipersilakan. If you are PLAYING FOR KEEPS, so, pleased. I will do a same thing. So, good luck!

Sesungguhnya, setiap gerak geri buruk anda yang cuba bersikap

PENGGANGGU boleh dikesan secara terus. Harap Maklum n beware.

\('c*)v :: Peace no war n

u ollsss.

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

BAHAGIAN X - AM Bab 2 - Kesalahan Dan Penalti Tambahan

Seksyen 233. Penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian, dll.

(1) Seseorang yang—

(a) dengan menggunakan mana-mana kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi secara sedar—

(i) membuat, mewujudkan atau meminta-minta; dan

(ii) memulakan penghantaran,

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau

(b) memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik,

adalah melakukan suatu kesalahan—

(2) Seseorang yang secara sedar—

(a) dengan menggunakan suatu perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi memberikan apa-apa komunikasi lucah bagi maksud komersial kepada mana-mana orang; atau

(b) membenarkan suatu perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi di bawah kawalan orang itu untuk digunakan bagi suatu aktiviti yang diperihalkan dalam perenggan (a),

adalah melakukan suatu kesalahan.

(3) Seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen ini apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan hendaklah juga boleh didenda selanjutnya satu ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

sumber rujukan dari http://www.skmm.gov.my/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...