FEEL FREE TO CLICK MY NUFFNANG YER...TQVM :)
Showing posts with label Ahlan Ya Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Ahlan Ya Ramadhan. Show all posts

Jul 31, 2013

Lagu raya : Hari Raya kita saling bermaaf-maafan, Hari Aaaaaaaaa Ya

 As salam


Uit, posa xpenuh ada hati nak raya ye. Malu ai. Normal ok. Tersenyum.

Blk khoje semalam. Macam biasa melayan kerenah bebelan anak sambil berborak dengan en hubby. Borak punye borak sebutlah pasal lagu raya. Biasalah dah penghujung Ramadhan ni, selain berebut-rebut meningkatkan amal ibadah kadang² mood raya juga mencelah dalam tak sedar. Lagilah yang tak sabar nak balik kampung halaman. Like me. Suke. Hehe. Eh, kan org Terengganu keje pun kat Terengganu, nak balik kg mananya? Hai, dah kawen mawen ni, silalah paham. Tahun ni giliran blk umah mak mertua. Perak. Suke dan alhamdulillah sebenarnya. Sebab dapat merasai nikmat suasana balik kampung. Dapat merasai jammed di jalanan (ate kamu nape), suasana dalam jiwa tu lain tau. Pastu otw tu pun balik enjoy. Membawa bersama ole² untuk keluarga mertua. Apatah lagi dah hampir 6 tahun berkahwin, tak pernah lagi saya memasak untuk hidangan Aidilfitri. Menantu hantu. Last, buat laksam. Tapiiiiiiiiiiiiii dalam banyak² laksam yang dibuat, hanya dua je tergulung elok n tak terburai. Malewwww wey, mana nak taruk muka. Dalam periuk laksam? Aha, sila, bersila dalam periuk terus. Mujurla, kuah laksam menjadi n tip top kau. Ko hade. Nape bleh perasan tip top? Sebabbbbbbbbb, en hubby before this takleh telan laksam itu, tetiba boleh menghirup. Hah, majik tak, majik kan. Lompat tikam bintang terus. So, tahun ni nak masak apa? Nasi dagang. Nice menu. Dah tau mende tu leceh n remeh khas untuk pra amatur mcm saya ni lg mahu mencabar diri sendiri nak buat ye. Dipersilakan. Bersilatlah aku kat kampung nanti.

Pepun, semua pengguna jalanraya yg happy nak blk kampung tu termasuk saya, jgnlah terlampau happy tau. Baca doa menaiki kenderaan tu n ayat Qursi banyak². Mohon dipermudahkan dan selamatkan perjalanan kita. Yelah, yg tak enjoynya kalau berselisih dengan pemandu yang lagak macam br je start enjin kereta terus mau segera sampai. Khoje gilo. Mengalahkan pelesit bawa kereta. Slow² lah ek. 

Menyentuh pasal raya ni, saya perasan, mcm sendu je nak sambut raya ye. Hehe. Saya pun xberapa nak shopping lg. Mood takde lagi. Entah sempat ke tidak menjumpai Romadhon kelak. Sedih. Penghujung Ramadhan br berpeluang berpuasa. Alhamdulillah, nikmat Allah swt yang mana mahu kudustakan, kan. Sama² memanjatkan doa agar kita diberi peluang untuk menikmati Ramadhan Al-Mubarak kelak, amiinnn.

Saya kata sendu sebab, kebiasaannya, ade je yang dah post lagu raya kat FB, ni takde, baguslah korang. Tersenyum lagi diri ini. Hasil borak dengan en hubby semalam, en hubby sempat berkongsi video klip lagu raya dendangan band iamNEETA, Najwa Latif, Deanna Hussin & Mimie Haris. Hari Ra Aaaaa Ya... haha. bolehlah, santai. Hangguk-hangguk kepala. Meh, nonton meh. Kita relax jap.


 
Hari Raya kita saling bermaaf-maafan, Hari Aaaaaaaaa Ya


Till then, hati-hati di jalan raya, sentiasa baik sangka sesama kita, usahlah mengata yang diri anda sering dipersenda jika anda sendiri tidak pasti adakah benar mereka mengata tetapi sendiri pula acapkali mengata-ngata walhal disebaliknya adalah tidak.  Ewah. Hindarkan kebusukan hati. Sayangi ibu bapa anda selagi masih ada. Hargai mereka deh. 

Merepek meraban je aku.

Psss, bersungkey di mana hari ni?




 



Yang benar, benar dan benar-benar, benar... 
♥♥♥ T.E.F.i.N ♥♥♥

Aug 12, 2012

1st Time Wat Entry Berbuka

 Assalamualaikummmmmmmmm

Herm, just nak sharing picca. Btw, let's pic talk neh... Selamat berbuka.

 
 Ikan Talapia selepas disabun dengan rempah ikan bakar yg disponsor

 Bila ianya sudah siap utk dingap

 Nak santek n membangkit selera, kita tabur bedak daun sup

 Ketam masak cili api kecik. Dap!

 Sayur kubis ikan bilis. Hubby mak suke ko. Jarang dia mamam sayur yg tak hijo




Kesudahannya...
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v











 Alhamdulillah... lichinnnnnnnnnnnn. mak shuke. Kelas ko jahhh.



Haih, hilang penat bergegas pulang ke rumah after work then terus masak andddddddddd suami serta anak shuke.
Senyum smpi ke telingaaaaaaaaaaa terus smbung ke belakang.
Bertaut gitewww.









Yang benar, benar dan benar-benar, benar...
♥♥♥ T.E.F.i.N ♥♥♥

Jul 31, 2012

Alahai BORINGNYEEEEEEEEEEEEE

 As salam semua................

Saya adalah B.O = BO, R.I..N.G = RING = BORING!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


Super Duper Yummy BORING....









































Macam nak blk then terus masak...
  • ikan talapia steam
  • ikan masin goreng bawang
  • kailan stupid
  • air soya cincau
Semua menu adalah di'request' oleh mr hubby. Mak tak kesah asalkan mr hubby ngap licin, perut kenyang, suka hati. Anak mak pun sama bedal jek. fuh...

Selamat berbuka n doakan ikan mak masak menjadi nakkkkkkkkk.




Yang benar, benar dan benar-benar, benar...
 ♥♥♥ T.E.F.i.N ♥♥♥

Jul 28, 2012

Salam Ramadhan...

Assalamualaikum wbt semua n salam sejahtera...

Ngantoknye saya. Almost 1am dah. Herm, lama blog saya tak diupdate. Last pasal saya di Jepun (alahai, menyempat membohonginye punkanye)

Huaaaaaaaaarghhh, astaghfirullah halazim... rindunya, eh silap ngantoknyer... tp masih bersengkang mata utk update sket blog.

Okey, 2 weeks b4 Ramadhan nan mulia menjelma, i settlekan segala keje. After that, i got 2 courses which 3 days early are PHP n MySQL punye course. I thought it is very complicated but alhamdulillah n insya-Allah, i will improve my skill to build up a new system at my office, hope so lah. Yelah, orang lain dah muak ngan PHP n MySQL tapi makkkkk, baru nak terhegeh2 nak blajor, btw, better late then never, right? Then, 2 days after, seminar kan Permai Park Inn Hotel at Kuala Terengganu. Herm, mujurlah saya tak lepas seminar ni coz bila dipikirkan blk, memang relate lah between each orther kan. Satu berkenaan database n satu lagi pasal opensource. Alhamdulillah, semua berjalan lancar. 

Penat memang penat jugaklah even tak seberapa. Time saya berkursus, as usual, my hubby pun akan berkursus even lelain tempat. Maybe dah jodoh kot (haha, dah siap kahwin n anak dah hampir 4, still lagi ko nak kate mungkin dah jodoh? pekehey ni yeop), suami pun akan berkursus. 

Contoh eak, katalah blk je umah, mr hubby akan bgtau kat akak, yg dia akan berkursus at sumwhere. N after that, i pun dapat surat utk berkursus di sinun. So, kebetulan lah.

Lepas minggu tu, saya kena gak amik cuti sbb nak moving to somewhere new. haha. ayat tak leh blah. Pindah umah sendiri, alhamdulillah, rezeki Ramadhan, kan. Ikutkan saya, maleh lagi mak nak pindah tp mr hubby beria-ria sgt nak pindah so mak ikut jelah. Yelah, kitchen nye cabinet blom nmpk btg tiang lagi, wardrobe pun ntah ade plan lg ke idok. Bosan sket kalau duduk umah tak ready sepenuhnya. 

Lagipun, risau gak kena bayar double. Umah sewa lagi, umah sendiri lagikan. Ape, ko ingat ko anak OKB, duit dapat ngan petik jari jek nak byr smpi 2 rumah? Nan hado eh jemah wey.

Pastu, masuk jek keje, anak n mamanya plak demam. Hehe. Allah nak bagi bebetol rehat neh.

Malam ni, barulah ade mase sket mencelah nak update. Tupun mengantok tp ditemani oleh si comel kami di sebelah dgn asyiknya menonton PINGU, pingu, pingu.

Ngantoklah, tidur dulu eak.

Nanti sambung blk.

Btw, salam Ramadhan, semoga ibadat Ramadhan kita semua diberkati dan diredhai Allah swt jua hendak-Nya. Aminnn. Maafkan saya di atas segala kekhilafan saya. Sesapa rase saya ni SWEET ENEMY dia, udah2lah tu, buang yg keruh amik yg jernih coz saya tak pernah pun anggap diri ini ada musuh. pe aku merepek ni, dahlah, ngantok.

Night...
Sweet dream...
Sleep tight...

Bace doa sebelum tido.


Yang benar, benar dan benar-benar, benar... 
♥♥♥ T.E.F.i.N ♥♥♥

Aug 15, 2011

Cara menyempurnakan Solat Sunat Taubat

Seperti yang pernah disiarkan oleh blog — justkhai.com beberapa minggu lalu, kami di Oh! Islam menyiarkan’nya kembali bagi memudahkan anda membuat rujukan. InsyaAllah suatu hari nanti, semua orang Islam akan memerlukan ini.

Sumber rujukan: Solat Taubat (Panduan Penjernihan Jiwa)
Muhammad Isa Selamat

ALLAH swt sentiasa memerintahkan kita supaya bertaubat, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang sebenar.” (At-Tahrim: 8.)

Allah telah membuka pintu harapan kepada hamba-hambaNya: “Katakanlah; wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampunkan dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Az-Zumar: 53)

Syarat-syarat taubat :

  1. Ikhlas ingin bertaubat
  2. Tidak akan mengulangi perbuatan dosa itu lagi
  3. Menyesal atas perbuatan yang telah dilakukan
  4. Harus mempunyai tekad di dalam hati tidak akan melakukan dosa itu untuk selama-lamanya
  5. Dikerjakan sebelum ajal tiba

Jika salah satu syarat tidak dipenuhi, maka taubat yang dilakukan itu tidaklah sah. Jika dosa berkaitan dengan manusia yang lain, maka syaratnya ditambah lagi, iaitu harus dapat membebaskan diri dari hak orang yang berkaitan. Contohnya jika hal itu berbentuk harta, harus dikembalikan. Jika berbentuk hukuman, ia harus menyerahkan diri mohon dimaafkan. Jika hal berupa cacian dan sebagainya, maka ia harus memohon keredhaannya.

Waktu melaksanakan taubat :

Taubat tidak boleh diundur-undur atau ditunda. Kerana jika demikian ia sangat berbahaya bagi hati manusia. Jika tidak segera menyucikan diri sedikit demi sedikit, maka pengaruh dosa itu akan bertompok-tompok, dan akhirnya akan merosakkan hati sehingga tertutup dari cahaya kebenaran.

Di antara penyebab yang akan membangkitkan jiwa bertaubat seseorang itu adalah jiwa yang selalu mengingati hari kematian dan hidup bersendirian di dalam kubur. Kata-kata mati adalah sesuatu yang sangat menakutkan kebanyakan manusia. Mati beerti berpisah dengan segala yang disayangi atau dicintai. Hari terputusnya segala nikmat. Sedangkan berpisah sebentar sahaja dengan anak atau isteri, dapat mengalirkan air mata kesedihan, apa lagi berpisah untuk selamanya

Firman Allah: “Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati pula.” (Az-Zumar: 30)

Di samping mengingat tentang azab penderitaan yang bakal dihadapi oleh orang-orang yang berdosa mengingat kenikmatan syurga yang bakal ditempati oleh orang-orang yang soleh juga akan dapat membangkitkan keinginan jiwa untuk melakukan taubat dengan segera.

Cara melaksanakan solat taubat :

Cara melaksanakan solat taubat ini sama dengan solat biasa, iaitu setelah berwuduk dengan sempurna, lalu berdiri di tempat yang suci, menghadap kiblat;

  • Waktu di lakukan – bila-bila masa merasa telah berbuat dosa (kecuali waktu makruh tahrim utk melakukan solat)*. Sebaik-baiknya 2/3 malam (pukul 2 pagi ke atas), semasa Qiyamullail
  • Lafaz niat: “Sahaja aku mengerjakan solat sunat taubat dua rakaat kerana Allah Ta’ala.” (Cukup di dalam hati, ada perbahasan ulama’ tentang lafaz niat dlm ibadah – sila rujuk kpd pakar feqah)
  • Rakaat pertama membaca (disunatkan membaca doa Iftitah) kemudian surah Al-Fatihah. Selepas itu mana2 ayat atau surah dalam al-Quran.
  • Rakaat kedua membaca surah Al-Fatihah. Selepas itu mana2 ayat atau surah dalam al-Quran.
  • Semasa sujud akhir rakaat kedua, ucapkanlah Doa Nabi Yunus sebanyak 40 kali (bersungguh-sungguh di dalam hati memohon keampunan dari Allah Ta’ala),
  • 027alquran3.gif

    Ertinya: “Tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim.”

  • Selepas salam, perbanyakkan istighfar seperti,

munajat1.jpg

Ertinya: Ampunilah hamba Ya Allah. Tuhan yang Maha Agung. Tiada Tuhan yang lain melainkan hanya Engkau. Dialah Tuhan yang Maha Hidup lagi Maha Perkasa dan hamba bertaubat kepada Engkau ya Allah.

  • dan berdoa dengan Penghulu Istighfar,

penghulu.jpg

Ertinya: “Ya, Allah Engkaulah Tuhanku, Tidak ada Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku. Sedang aku adalah hamba-Mu dan aku di dalam genggaman-Mu dan di dalam perjanjian setia ( beriman dan taat ) kepada-Mu sekuat mampuku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang telah ku lakukan. Aku mengakui atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada ku dan aku mengaku segala dosaku. Maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau.”


sumber rujukan : Ohislam.com

p/s : sama-sama kita bertaubat agar mendapat keberkatan dan keredhaan Allah swt.

Aug 7, 2011

Menu Sahur Buat Suami

Assalamualaikum...


Erm... 1st week berpuasa, wat bergedil. Sedang elok letak dalam freeze for a one week. His peberet lah neh.

2nd week, wat sambal ikan bilis goreng kering. Suka tgk Mr hubby, krup, krap meratah. Owh... awesome. Sedaplah.

3rd week? Ehem... permintaan my mom nak Caramel Pudding. Boleh tuh. Esok ke kan?

Google...google...recipe. Yuk...

Makluman Kepada DISTURBER yang gemar ANNOYING.

Penafian @ Pemberitahuan...

Makluman kepada semua

PEMBACA SETIA saya (kalau adalah. Hehe) n also my SILENT READER (yelah dah xboleh nak ganggu i guna anonymous kat commentkan, so terpaksalah DECIDE jd silent reader jek, huhu... so good luck too lah yer. Selagi rase panjang umur nak mengganggu hidup orang. OBSERVElah selagi MAMPU n jgn sampai bahankan saya. So, sure x takutkan jika diri anda xsempat pohon MAAF) n also yang menganggap diri kerdil saya ni sebagai MUSUH kepada diri anda sendiri, yang bahawasanya…

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di Bukan lagi Finger Note's - kini notapuan – nad Blog ini tidak boleh ditiru mahupun diplagiat, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada Tuan Empunyer Bukan lagi Finger Note's - kini notapuan - nad.

Juga dimaklumkan dan diperingatkan sekali lagi bahawa apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi seperti mencanang perkara yang tidak baik, buruk, memalukan, mengaibkan berkenaan perihal diri saya juga seluruh keluarga kaum kerabat saya di blog kepunyaan anda (termasuk laman sosial yang lain), sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik (media elektronik) termasuk di media massa, adalah melakukan suatu kesalahan, TINDAKAN BOLEH DIAMBIL mengikut akta

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998. If terasa DIVA n BERKUASA sgt nak menganggu n mencuba sesuatu yang membuatkan saya tak akan sesekali menimbangtara untuk mengambil TINDAKAN terhadap anda, dipersilakan. If you are PLAYING FOR KEEPS, so, pleased. I will do a same thing. So, good luck!

Sesungguhnya, setiap gerak geri buruk anda yang cuba bersikap

PENGGANGGU boleh dikesan secara terus. Harap Maklum n beware.

\('c*)v :: Peace no war n

u ollsss.

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

BAHAGIAN X - AM Bab 2 - Kesalahan Dan Penalti Tambahan

Seksyen 233. Penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian, dll.

(1) Seseorang yang—

(a) dengan menggunakan mana-mana kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi secara sedar—

(i) membuat, mewujudkan atau meminta-minta; dan

(ii) memulakan penghantaran,

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau

(b) memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik,

adalah melakukan suatu kesalahan—

(2) Seseorang yang secara sedar—

(a) dengan menggunakan suatu perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi memberikan apa-apa komunikasi lucah bagi maksud komersial kepada mana-mana orang; atau

(b) membenarkan suatu perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi di bawah kawalan orang itu untuk digunakan bagi suatu aktiviti yang diperihalkan dalam perenggan (a),

adalah melakukan suatu kesalahan.

(3) Seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen ini apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan hendaklah juga boleh didenda selanjutnya satu ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

sumber rujukan dari http://www.skmm.gov.my/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...