FEEL FREE TO CLICK MY NUFFNANG YER...TQVM :)
Showing posts with label B Silent Reader but not a KILLER READER...scaryyy. Show all posts
Showing posts with label B Silent Reader but not a KILLER READER...scaryyy. Show all posts

Apr 13, 2011

Hye Orang PJ

Assalamualaikum orang PJ



Lama x g PJ.

Umah bapak sedara.

Thanks orang PJ sudi jengah blog saya. Blog Picisan jek.

Tinggal lah jejak or komen ke kan? *memaksa plak kan*

Malas lak announce visitor dr PJ ni. Hehe.

And i will put it as my secret, ssshhhhhhh!

Next time sudilah singgah lagi yer...

Jasamu dikenang...

*lambai²*

Mar 24, 2011

Jangan mengaibkan orang

Wahai anak2ku dan rakan2 sekelian , ingatlah islam menyeru dan menuntut kita buat kebaikkan. Buatlah amal maarof tanpa batas, insyaallah balasan dan ganjaran dari Allah SWT amatlah banyak didunia dan akhirat. Jangan sekali2 buat munkar kerana segala kemunkaran adalah dorongan dan bisikan iblis. Sesungguhnya iblis itu musuh kamu yang nyata.

Mengaibkan orang lain adalah satu dosa besar, semakin ia disebarkan, semakin besar dosa orang yang melakukannya. Dosa itu akan berganda2 dan balasan diakhirat amatlah berat, tidak mampu kita menanggungnya. Siksaan diakhirat tidak ada kesudahannya. Kita hidup didunia hanya sekelip mata berbanding dialam akhirat.


Janganlah kita terlibat dalam perbuatan mengaibkan orang lain, malah bersubahat dengan pembuat fitnah pun akan membakar kita . begitu hebat bahangnya. Jauhilah dari mereka yang terlibat dengan penyebaran fitnah yang amat mengaibkan.


'Jagalah diri kita dan ahli keluarga kita dari bakaran api neraka' - itulah maksud satu ayat dalam surah At Tahrim.


Lebih baik kita sebarkan berita baik , berita yang bolih memberi gembira dan keceriaan kepada orang lain. Ini adalah nasihat dari junjungan kita, Rasulullah Mohammad SAW. Ikuti lah nasihat baginda, belaiu adalah sebaik2 penasihat.


Sumber : Dari blog Doktor Hamid Arshat

Mar 6, 2011

Saya tahu ANDA sedang n selalu memerhati saya.

Assalamualaikum.

Jeng... jeng... jeng...

Kepada siapakah saya tuju tajuk entry di atas?

Hehe...

If anda tidak memakan cili sudah semestinya tidak merasa kepedasannya itu.

Hye my sweet enemy * lambai²*.

Suke ye jadikan saya bahan kutukan kamu. Bahan umpatan kamu?

Sila klik di sini jika terbit rase insaf dalam diri.

Berdendamlah kamu sehingga ke liang lahad. Saya bukan sesiapa untuk menghalang kamu berbuat demikian.

Tapi, hidup kamu for sure tidak tenteram kerana maybe tiap hari sebok nak mengambil tahu hal saya. Terima kasih.

Tapi ingat, Allah Subhanahu Wataala Maha Adil dan Bijaksana.

Kenapa saya gelarkan kamu as sweet enemy? Coz jawapan ada pada diri dan dalam hati kamu. Tepuk dada, tanya selera. *bukan ke itu, gelaran yang kamu berikan kepada saya, lupe?*

Suke sangat muncul sebagai ANONYMOUS tanpa sebarang pengenalan.

Btw, saya xpernah menganggap kamu musuh saya even sekelumit pun. So, terpulang.

Jika lebih dr biasa, kita ada undang² utk itu. ('c')v (peace no war kan.)

gmbar sekadar hiasan. Coz, KAMU pun dok area sini kan?
dan kepada my beloved reader yg juga dok area sini, semoga sentiasa ceria dan berblogging secara sihat.


p/s: Saya bleh beza, mana Anonymous yang anggap saya sweet enemy dia tuh n mana yang anonymous yang ikhlas dan baik budi pekertinya tanpa sebarang prasangka dan busuk hati yang melampau. Sudah² lah tuh weh.

Jan 5, 2011

Sape pernah TAK buat silap, angkat tangan?


Assalamualaikum n salam sejahtera.

Anda malaikat ke sampai xpernah mengaku pernah buat silap? Normal lah kan, banyak perkara baik kita buat, yg sebesar kuman silap tulah cuba diungkitnya. Tetapi kita xpernah sedar n xpernah belek n tilik diri sendiri. Hebat sangat ke aku coz cepat sgt menuding jari pada seseorang insan tersebut sampai sanggup menganggap musuh? pepun, itu hak memasing, sedangkan Nabi ampunkan umatkan (sure sesapa yg suke melihat kesilapan org akan berkata mcm ni " Sorry, aku bukan nabi nak sesenang maafkan orang", btol tak?... Nauzubillah, mintak simpang malaikat 44).

Lantaklah labu. Asalkan happy sudah. Tapikan, bila pikir blk, sure hati xtenangkan bila dalam hati sentiasa ada PHD (perasaan hasad dengki) bukan dalam hati hanya ada taman sajork. hahah. Buat keje pun serba tak kena. Last², keje xbuat dok intai life orang then makan gaji buta. herm. blajor tetinggi pun nan ado. Pe yang penting, saya xkuasa nak menyebok hal anda. Terima kasih.

Ya Allah, tabahkanlah hatiku, kuatkan semangatku...

Sedikit renungan...

Persoalan :

Apakah benar doa orang teraniaya akan dikabulkan, oleh Allah SWT meskipun doanya untuk mencelakakan orang yg menganiaya dirinya?

Jawab :

Memang demikian sebagaimana sabda Nabi saw.,”Doa orang yang teraniaya itu mustajab (dikabulkan oleh Allah). Maka jika ia durhaka, kedurhakaan itu tanggung jawabnya sendiri.” (H.R. Thalami dari Abu Hurairah r.a.). Meskipun doanya mustajab, namun sebaiknya justru berdoalah dengan doa yang baik, misalnya agar orang yang menganiayanya disadarkan dan diberi petunjuk oleh Allah swt. Tentu saja hal ini jauh lebih baik ketimbang mendoakan kejelekan baginya. Perhatikan lagi penggalan terakhir hadits di atas : “…maka jika ia durhaka, itu tanggung jawabnya sendiri.” Artinya, kalau berdoa yang baik-baik saja. Sebab kalau doanya buruk, akibat dari keburukan dari doa tersebut harus ditanggung pula oleh orang yang berdoa. Jadi, doakan yang baik-baik saja ya…!

p/s : Alhamdulillah, inilah doa yang dipohon oleh saya untuk mereka yg ada xpuashati dengan saya. Amalkan yer. Sentiasa mendoakan yang terbaik.

Sumber dari : http://ustadzgawatdarurat.net

Makluman Kepada DISTURBER yang gemar ANNOYING.

Penafian @ Pemberitahuan...

Makluman kepada semua

PEMBACA SETIA saya (kalau adalah. Hehe) n also my SILENT READER (yelah dah xboleh nak ganggu i guna anonymous kat commentkan, so terpaksalah DECIDE jd silent reader jek, huhu... so good luck too lah yer. Selagi rase panjang umur nak mengganggu hidup orang. OBSERVElah selagi MAMPU n jgn sampai bahankan saya. So, sure x takutkan jika diri anda xsempat pohon MAAF) n also yang menganggap diri kerdil saya ni sebagai MUSUH kepada diri anda sendiri, yang bahawasanya…

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di Bukan lagi Finger Note's - kini notapuan – nad Blog ini tidak boleh ditiru mahupun diplagiat, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada Tuan Empunyer Bukan lagi Finger Note's - kini notapuan - nad.

Juga dimaklumkan dan diperingatkan sekali lagi bahawa apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi seperti mencanang perkara yang tidak baik, buruk, memalukan, mengaibkan berkenaan perihal diri saya juga seluruh keluarga kaum kerabat saya di blog kepunyaan anda (termasuk laman sosial yang lain), sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik (media elektronik) termasuk di media massa, adalah melakukan suatu kesalahan, TINDAKAN BOLEH DIAMBIL mengikut akta

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998. If terasa DIVA n BERKUASA sgt nak menganggu n mencuba sesuatu yang membuatkan saya tak akan sesekali menimbangtara untuk mengambil TINDAKAN terhadap anda, dipersilakan. If you are PLAYING FOR KEEPS, so, pleased. I will do a same thing. So, good luck!

Sesungguhnya, setiap gerak geri buruk anda yang cuba bersikap

PENGGANGGU boleh dikesan secara terus. Harap Maklum n beware.

\('c*)v :: Peace no war n

u ollsss.

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

BAHAGIAN X - AM Bab 2 - Kesalahan Dan Penalti Tambahan

Seksyen 233. Penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian, dll.

(1) Seseorang yang—

(a) dengan menggunakan mana-mana kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi secara sedar—

(i) membuat, mewujudkan atau meminta-minta; dan

(ii) memulakan penghantaran,

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau

(b) memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik,

adalah melakukan suatu kesalahan—

(2) Seseorang yang secara sedar—

(a) dengan menggunakan suatu perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi memberikan apa-apa komunikasi lucah bagi maksud komersial kepada mana-mana orang; atau

(b) membenarkan suatu perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi di bawah kawalan orang itu untuk digunakan bagi suatu aktiviti yang diperihalkan dalam perenggan (a),

adalah melakukan suatu kesalahan.

(3) Seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen ini apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan hendaklah juga boleh didenda selanjutnya satu ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

sumber rujukan dari http://www.skmm.gov.my/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...