Feb 14, 2012
+Ve
Test
Test
Uji
Satu, dua, satu, dua...
Alhamdulillah, ok dah.
nnnnnnnnnnnnnnnnnnn
+ve
DONE!
Hehe
" Saya test ape? "
Nanti lah saya ceghita...
Lalala
Dah.............
Yang benar, benar dan benar-benar.......
benar...♥♥♥ T.E.F.i.N ♥♥♥
Feb 13, 2012
Tutorial : Bila Mesyuarat Tingkap dah Xpired
Korang sihat? Napelah eak sy sgt mim alif lam sin nak hapdate blog kesayangan neh. Banyak sgt keje xcept dah fedup n takleh focus barulah saya singgah memblog jap.
Btw, Korang perasan tak sesetengah blog yg dia nyer ruang or dengan kata lain widget utk send msg / chat kat blogger ade yang expired n ade yang tkleh nak komen pepe or tinggalkan pesanan penaja?

Since i am a blogger, saya ade join Shoutmix Chat Widget. But, last 2 weeks tetibe je kena charge. Ape ke hey ni yeop.
Almost 2 weeks saya tak kacau utk update chatbox baru.
Br jek td saya memblog walking n terserempaklah ngan chatbox.
So, sembang punye sembang, sidia ni bagitaulah camne nak menghidupkan balik chatbox ni kan
So, sy registered ngan yg baru nilah.
Mudah jek. Sama je step ngan korang wat dulu.
1st :
- Klik menu SIGN UP
- Kena register cam biasa

2nd :
- Klik button Create my Cbox
- Pastu nanti akan kuar message utk remindkan anda yang anda perlu masuk dalam email anda utk anda klik link utk validkan box anda lah lebih kurang gitu maksudnye coz sy lupa istilah btol gapo dio.

3rd
- Login
- Then adjust pe yang patot pada Account Details anda.
- Dah confirm puas hati, sila klik menu PUBLISH

4th
- bila dah klik PUBLISH tu akan kuar rajah sebagaimana di bawah.
- if still n redha ngan pe yg ade mean taknak ubah pepe, just clik copy to clipboard
- sila login blog anda n paste tang mane anda nak letak. Tau kan.

5th
- if tak berpuas hati ngan saiz font, colour n watsoever, sila scroll ke bawah n klik fine-tune its layout or customize colours and fonts.

- pastukan klik lah button UPDATE at atas tu kan.
- Then klik back COPY TO CLIPBOARD.
- masuk blog anda n paste jek.
- DONE.
OK, all the best.
Nak lagi senang leh ke sini. Just copy jerk.
yang lain just klik here at FreeShoutbox.net
Selamat mencuba. Sharing is scarringggggggggg.
♥ ♥ ♥ TEFiN ♥ ♥ ♥
May 19, 2011
Dalam Dilema
Pernah anda dalam dilema? Tak pernah? Unlogikal lah der. Haha. Saya dalam dilema obes. Uwaaaaaaaa...
Meh saya citer.
Saya pernah kurus time study kat YPM. 55 kg tuh. Pergh. Berat ideal. Ringan jek. B4 that, 78 kg. Sila kira brape loss? Without any supplement or watever products. Zaman tuh student lagik so no money no talk lah nak membeli products kurus bagaikan? Just, bangun awal pagi, mandi n siap cepat² nak bergegas tunggu bas to kolej. Lambat, sila berlari anak menaiki Star LRT area Pandan Indah then walking² to kolej. Almost everyday. Mau tak kurus? Balik umah, naik turun tangga plak. Mana tak slim melim kan? Malam if ade assignment kena proceed, cecepat bersiap, pas maghrib terus berjalan ke LRT lagi. Malam, penat xsempat makan, terus tido. Yang penting, assignment siap. Beres. Perut lapar, otomatik kenyang, suko hati den.
Then time tuh, schoolmate ajak jumpa kat area PWTC. Pe eak mall kat situ. Hah, Lot 10 kan. Dulu pemes tuh Lot 10. Tahun 99 ke 2000. Lupa. Gamble jek jalan sensorang bawak bag pack then jumpa kawan saya. Takde lagi anasir ragut ker, jenayah tegar ke apa kan. Selamat lagilah. Ni nak jumpa BFF gak lah. Sue namanya. (kat sekolah nama glamer Semek dooo. Masuk KL Lumpo, tukar Sue. Haha. Nama betol Suriati. Sorry Sue, seb nama ko x jadi Sally. Apakah?!!).
Jumpa jek, terkujat dia. Nad, ko ke neh? Ko makan pe weh. Ko bagi isi ko kat aku ke. Time sekolah, dia kurus tp time jumpa dia tuh, dia plak bagai di pam². Terus mengajuk ngan saya, coz nak kurus xajak dia. Haha. Siap tanye pe petua lah, itulah inilah. So, saya bagitau je apa yang dinyatakan di atas tu kan.
Bangganye dapat kurus.
Then masuk kerja. Badan maintain lagi. Naik 5kg jek. Still in berat ideal. Nak dekat kawen, naik sket demi sket. Dapat kerja swasta, outstation sana sini, turun sgt banyak sampai opismate tegur dah kurus n perut flat dooo. Haha. Sila maintainkan diameter lobang hidung anda bila dipuji sebegitu.
Start jadi bini orang jek n preggy plak naik hampir 90 ko!. Mau nye tak terkujat mak. Ni anak sulong. Selamat bersalin berjaya turun 10 kg jek. Tupun sebab pantang.
Anak kedua naik sampai 105. Lalala. Pas pantang pening dah camne nak wat neh. Berat turun 90kg jek. Then terjumpalah Kak Lin neh. Tahun 2009. Deal nyer deal, confirm beli produk neh ngan dia. Ni produk dia.
Minum sampai 6 bulan start 26 Mei 2009. Saya bedal minum sampai 12 September 2009, saya berjaya turun 68kg. lagi 8 kg nak berat ideal. Ukuran pinggang semua saya dapat ukuran idaman cuma tang vontot nilah, berat sket. Then saya stop minum sampailah saya preggy anak ke-3. Tau je preggy terus makan xhengat dunia. Tapi takdaklah ikut nafsu makannya. Pe yang diidam, mintak je, alhamdulillah dapat.
Xde rezeki, saya keguguran. Berat dah naik mendadak neh. Fenin mak. Then start diet biasa. Tapi xmoh gak turunnya. Last, saya cuba produk neh. Pakai punyer. Bolehlah dikategorikan sebagai so-so punyer. Proses pembuangan yakni membuang ayaq besau, amat bagus. Setiap hari di pagi hari, saya ke toilet untuk membuang apa yang patot. Dulu, 3hari skali. Payah. Tapi berat n inci lambat giler turun n berkurang. 2 bulan dah pakai. Herm...
So, malam tadi, discuss ngan abang pasal berat bdn nilah. Last, Insya-Allah, we all decide nak bersenam every weekend. Petang ni nak main badminton. Kasi gegar 1 taman. Grrrrrrr. Haha. Sila doakan kami. Sila tau. Jangan bersila nunggu kami bersenam plak. Jiwa senam dah tiba neh. Lagi membuatkan nak bersenam bila tengahari kelmarin, tgh ym ngan member, dia ckp baru sembuh dari sakit. Saya tanyalah sakit hape kan. Ntah. Maybe tegang urat kot. Yelah, tengah tolong wife sidai kain, tetiba, takleh berdiri tegak n membongkok. Tido pun membongkok. Ke hospital pun membongkok. Macam nenek kebayan katanya. Opss, bukan kata saya yer. Kata dia. Ni kali kedua jadik. Takuttttttt.
Last, kepala hotal ligat pikir. Camne badan saya senang nak kurus. Ting! Kuar object lampu. Ting! Time baru kawen mawen dulu, we all g Redang. Dalam 2 hari pergi. Almost everytime kami berenang, snorkeling n so on, Saya yang tak pro berenang neh, leh turun 2 kg tuhhh. Yelah, bila berenang, semua anggota badan bergerak kan. Tadi planning nak g swimming kat Pusat Renang sebelah Spital besar Ganu, HSNZ dan sebelah KFC plak. Hah, elok. Pas swimming kedarah KFC. Kenyang perut suke hati. Diet ke laut. Dahlah pusat renang sebelah laut jek. Elok sangatlah tuh. Semua ke laut.
Btw, start today (berapa hari dah asyik dok cakap, start today, start today sampai ke ceroh) xgak jalan. hehe. Ok, azam suku tahun kedua. Jom kita azam sesama. Azam sebelum raya menjelma. Meh kita sesama kuruskan badan. Saya ada a few tips mahu dishare. Jom if nak joinlah. Ni tips saya. Tapiiiii... esok baru nak start amalkan. Haha.
- Amik 1 sudu besar pati Sunquick. Telan cam telan ubat (sesapa tau kesan disebalik peng'amalan' ini, bleh share. Mana tahu perut rosak ke. Tapi saya berjaya turun 1-2 kilo bila amal yg neh. Dicampur turun naik tangga.).
- Minum tiap pagi n b4 tido segelas teh tanpa gula. Perah beberapa limau kasturi. Bukan limau bali yer anak². Telan. Pergh, terbaeeeekkkkkkkk rasenyer.
- Cam biasa, minum air masak 8 gelas sehari. Saya minum 2 botol kecik air mineral sehari. Toilet sokmo.
- Nasi amik seminggu skali jek.
- Ni nak start posa Isnin n Khamis. Posa sunat sambil menyihatkan badan.
- B4 nak makan, sila makan buah dulu. Senang nak hadam.
- Sila amik breakfast (ni saya baru sedar betapa penting breakfast.)
Lain-lain tips. Meh saya share.
PERTAMA : Tips Turunkan Berat Badan Dengan Cepat dan Sihat Versi Cik Tom
1. Yang penting jangan lupa sentiasa amalkan pengambilan sarapan pagi walaupun korang hanya bersarapan dengan biskut dan segelas air susu atau milo. Elakkan minuman berkafein di pagi hari ye. Tak elok untuk perut. Sarapan pagi ni bagus bagi meningkatkan kadar metabolism dalam badan supaya badan ada tenaga untuk proses pembakaran lemak dalam tubuh badan.
2. Sila minum air masak/ mineral/ kosong dengan banyak sekurang-kurangnya lapan gelas sehari. Air minum kosong ni dapat meneutralkan dan menyahkan kandungan sisa toksik yang terdapat dalam badan kita. Bila sisa toksik dah dikeluarkan akan memudahkan lagi proses turun berat badan secara cepat tapi sihat.
3. Pakai krim losyen pati halia setiap kali selepas mandi di kawasan yang berlemak seperti bawah paha, lengan, perut dan punggung. Krim ni ada macam-macam jenis sekarang di pasaran. Korang boleh cuba jenama mana yang korang suka. Tapi cik tom guna losyen mustajab yang modelnya Nora Danish yang comel tue. Krim ni juga membantu proses pembakaran lemak dengan lebih cepat.
4. Makan malam sebelum pukul 8 malam. Selepas pukul 8 malam elakkan mengambil sebarang makanan termasuklah makanan ringan. Kalau lapar sangat minum air kosong je lepas tue terus masuk tidur.
5. Korang boleh makan nasi seperti biasa pada waktu tengahari tapi elakkan ambil dalam kuantiti terlalu banyak. Kalau boleh cuba makan pada waktu yang sama setiap hari. Biasanya kalau cik tom dah sarapan milo dengan cereal, cik tom hanya makan biskut tengahari dan hanya makan nasi untuk makan malam sahaja.
6. Kunyah makanan lebih kerap untuk memudahkan proses penghadaman makanan. Masa nak cepat turun berat badan tue je cik tom rajin buat. Hehe..
7. Elakkan minum minuman bersusu krimer pekat mahupun cair. Sebab minuman bersusu krimer ni pun salah satu faktor besar menaikkan berat badan. Cik tom still amalkan tips ni sampai sekarang.
8. Elakkan minum minuman berais. Korang cuba la sabar sikit kalau nak berpantang untuk kurus ni sebabnya minuman berais ni boleh menyebabkan buncit dan juga tak elok untuk urat dalam badan.
9. Untuk makan malam, cik tom biasa minum air panas yang dicampur dengan serbuk milo bersama oatmeal atau cereal sahaja tanpa dimasukkan gula atau susu krimer bagi menggantikan makanan berat yang lain.
10. Satu lagi tips pakai korset jenis seluar. Ada pelbagai jenis yang dijual seperti jenama beautiful premium atau mrs kelly. Tapi yang ni kena tengok bajet untuk beli sebab harganya agak mahal. Tapi memang menjadi sebab ia macam berfungsi untuk kemaskan perut kita dan secara tak langsung mengurangkan rasa lapar atau keinginan nak makan secara kerap.
Itulah antara tips yang memang cik tom amalkan sendiri dan alhamdulillah turun berat badan dalam tempoh 2 bulan dari 57kg ke 47kg. Cik tom kurangkan berat badan sebanyak 10 kg dalam masa 2 bulan. Kalau jenis yang kuruskan badan atau diet dengan cara tak makan tue tak bagus untuk badan sebabnya badan takde daya ketahanan pada penyakit bila tak makan makanan berzat. Nak kuruskan badan ni yang penting kena konsisten dan berdisiplin. Kalau hanya semangat setengah jalan memang tak menjadilah. Good luck pada yang nak kuruskan badan.
Gambar hiasan
Sebagai contoh:
- Sarapan di antara jam 7.00 ke 7.30 pagi,
- Makan di antara waktu pagi dan tengahari (10.00 - 11.00 pagi),
- Makan tengahari (12.30 tengahari - 1.30 petang)
- Minum petang (3.30 - 4.00 petang)
- Makan malam (6.30 petang - 7.30 malam)
Sebagai contoh:
- Lakukan aktiviti senaman 3 hingga 5 kali seminggu. Lakukan selama 30 minit setiap hari.
- Anda juga boleh pecahkan kepada 3 sesi setiap hari. Iaitu 10 minit untuk setiap sesi. Boleh buat 10 minit di waktu pagi, 10 minit pada waktu tengahari dan 10 minit sewaktu petang.
p.p.s: Apakan daya, itulah saja yang termampu saya kongsikan pada ruangan ini. Untuk penerangan yang lebih baik, anda boleh dapatkan tips kuruskan badan tanpa ubat-ubatan di sini yea.
KETIGA :7 Sebab Anda Gagal Turunkan Berat Badan
Masalah berat badan sering menghantui kebanyakan individu. Ianya seperti berhantu. Ramai yang dah lama berdiet, namun hasilnya AGAK mengecewakan. Akhirnya, usaha itu terkubur. Memang SEDIH.
Kenapa lar boleh jadi camtu?Atas sebab itu, anda perlu menilai semula cara diet yang diamalkan selama ini. Mengapa ia kurang berkesan menurunkan berat badan? Kalau turun pun, hanya beberapa kilo aje. Walhal dah lebih 8 bulan berdiet. Penat tau!
Beratku cuma turun 3 kilo je?
Di sini, saya kongsikan 7 sebab yang membuatkan anda gagal mengurangkan berat badan. Sila ambil perhatian ya. Supaya anda tahu punca sebenar diet anda tak menjadi.Ramai beranggapan dengan "skip" waktu makan, ia merupakan cara terbaik untuk kurus. Sebenarnya TIDAK. Ini bukanlah caranya.
Sebaliknya, anda perlu mengisi perut pada setiap waktu makan. Pilih menu yang sihat dan seimbang. Contohnya sarapan pagi. Ia membekalkan tenaga terpenting untuk memulakan hari anda. Jikalau anda "skip", badan dan otak anda kurang bermaya.
Begitu juga dengan makan malam. Anda sepatutnya makan lebih awal seperti sebelum waktu maghrib. Atau lebih kurang dalam pukul 7 malam.
2. Enggan bersenam
Eeh.. mana boleh camni. Mahu atau tidak, anda MESTI bersenam. Tak cukup sekadar jaga pemakanan. Dengan senaman, kadar metabolisme tubuh anda akan meningkat. Seterusnya ia akan membantu proses pembakaran lemak dalam tubuh. Kemudian, barulah berat badan anda boleh turun.
Badan anda perlukan kalori. Jadi, mahu atau tidak anda mesti ambil kalori. Cuma, jumlah pengambilannya perlulah bersesuaian.
Pengambilan jumlah kalori yang bersesuaian ialah;
- Lelaki ~ 2500 kalori setiap hari
- Wanita ~ 2000 kalori setiap hari
Anda tahu tak kesan pengambilan kalori yang terlalu sedikit pada tubuh??
Kadar metabolisme tubuh anda akan turun secara mendadak. Malah ia boleh menyebabkan ANEMIA.
Jika cuma ambil buah-buahan dan sayuran, tubuh anda tak cukup nutrisi dan mineral. Begitu juga dengan karbohidrat dan lemak. Tubuh anda perlukan semuanya pada kadar yang berpatutan.
Imej - Steve Baccon
5. Suka salad mayonis
Tak dinafikan, salad yang dicampurkan dengan mayonis memang sedap. Tapi jikalau salad yang anda makan telah ditambah pelbagai perisa (tinggi kalori), ianya tak bermakna langsung.
Gerenti berat badan anda takkan turun. Huhuhu...
Saya tahu ramai yang tak sukakan susu. Terutamanya susu rendah lemak. Sebab tak sedap, kan?
Tapi, pengambilan susu rendah lemak membantu menguatkan tulang, melengkapkan keperluan nutrisi tubuh dan juga menurunkan berat badan anda.
Anda masih ragu-ragu akan kepentingan susu?
Sila ketahui dulu ~ Kenapa Anda Perlu Minum Susu?
Sepatutnya anda perlu risau dengan keadaan ini. Bukannya suka. Mesti ada yang tak kena pada diri anda. Dalam seminggu, penurunan berat IDEAL dalam lingkungan 0.5kg - 1kg.
Jika lebih dari julat tersebut, ia akan menimbulkan komplikasi. Di mana hati dan ginjal anda dipaksa bekerja keras untuk menggantikan glukosa dalam darah.
Sumber : Petua Sejagat
p/s : hermmmmmmmm...bereh? pada cik tom n petua sejagat, saya mintak kongsi yer? tq. Bagus utk saya, manfaat utk kita bersama. Silalah klik link Cik Tom n Petua Sejagat. Banyak giler petua diorang. Happy blogging. Saya bagi tempoh untuk diri sendiri berjaya turun dari 19 Mei 2011 - 19 Julai 2011. Hope berjaya. Chaiyok².
May 15, 2011
Mari Belajar Bahasa Korea.
Eoseo oseyo ke TEFiN blog...
Ececece...speakang Korea aku hari ini. Hehe.
Anda minat cite Korea? Jepun?
Yeah me too. Tapi paham ke pe diorang cakap? Betol ke sesetengah orang sebut n eja time on twitter, sms, fb n so on? Kamsamida... Aniosayo... betol ke spelling tuh. Alah, asal leh sebut sudah. Kan? Itu, yang korang ckp dalam hatikan. Hehe... saya pun xpandai. Tapi, dah tahu xpandai jangan buat memandai-mandai. Haha. Peringatan untuk diri sendiri.
Komputer, lappy, ipad, iphone, bb n wateva dah depan mata. Internet dah di hujung jari. So, pe laie, searchlah how to learn bahasa diorang kan. Hehe. Maka, saya sedia membantu. Eceh, mcm diva je kan ko ni TEFiN. hehe.
Ok, memula, sila klik di sini.
Then akan keluar page like below

Dalam content tu pelbagai fokus yang wajib kita pelajari terlebih dahulu sebelum kita dapat menguasai Bahasa Korea seterrornya. Page ni cam khas untuk yang bakal melancong ke Korea lah. Lebih kurang time saya amik Mandarin dululah kat U. Nak amik Japanese xdpt. 1st daftar, ade je nama, nak confirm blk bila bukak sem, tetiba je tarak. Apeee ah!. Takpe, nanti ade rezeki sampai mase further master, akan ku gagahi jugak untuk amik Japanese. Motivasi untuk diri sendiri.
Ok, sambung.
Lepas tu, korang usha² lah pe yang patot. Better korang klik step by step lah eak. Takdelah ketinggalan. Ni khas untuk yang bebetol nak kuasai Korea Languange dan bercita² nak berhoneymoon di Korea. Abg, jom bang. Hehe.
Then, sila scroll ke bawah n akan terpampang page ini. Bahagian 2 : Tiba di Korea.

Ok, korang klik pada Pelajaran Pertama. Ada cikgu yang ajar. Tak caya, trylah. Tapi kena klik pada Flash Dialog tuh. If xde flash, sila download dulu yer.

Hah, nilah cikgu yang mengajarnya... Annyeong-haseyo. Apa khabar kalian semua? Cikgu ini berasal dari Indoenesia. Haha.Dah, khatam Bahagian Pertama dan Kedua, bolehlah terus ke Bahagian Ketiga.
Mar 24, 2011
Klik², jom mengelik
Heheh. Tersengih sekejap. Actually udah lama bebenor mak nak try klik mengklik neh. Org lain dah lama mencobe n guna, mak baru nak menerai kata ko. Tupun semangat nak klik ni dtg tetiba after sorang opismate ckp, dia hampir di'blacklist' pasal pinjaman time study dulu xberbayor habis. Saya on that time dah cuak. Woih, baru nak insap ke woih. Haha. Even, terbit insap tu dah lamo since PTPTN dok tayang iklan mcm meresahkan itu. *Ada kena mengenakah gue dgn PTPTN itu*. Alah samo je eh. Pinjaman gak kan. Okeylah tuh, iklan sebegitu, if tak wat gitu, ade korang nak start membayor? Siap tukar channel lagi semata-mata xnak tgk. Takkan. So, pandai guna, pandai lah bayar. Haha. Pepandai je aku neh. Start bayar pun tenggelam timbul. Kejap bayar, kejap tak. Cube kita ingat balik, pernah ke MARA or PTPTN time kita study dulu bank-in lambat kita nyer pinjaman, tidak kan? Setiap bulan or semester mereka bank-in kan. Jadi, silalah menginsafi di situ.
So, rentetan peristiwa itu, cepat² ajak Mr Hubby g reg klik even dah berpuluh kali reg klik b4 this tp xpernah sahkan at klik nyer web. hehe. sebok bebenor lah katakan.
So, Isnin ke Selasa baru ni, bersamalah Mr Hubby ke CIMB. hehe. Menapak di CIMB setengah jam b4 CIMB dibuka. Suke tgk diorang briefing b4 start keje. Rindu kat tempat keje lama. juga camtuh. Mcm Jepun. Chaiyok².
Today, gaji dah masyuk kan. Pe laie, trylah. 1st, kita settle MARA dulu. Alhamdulillah, success. Then, kita g shopping plak diiiiiiiii Shop-Pink. Beli apa kat shop-pink? nnt saya cecitalah. hehe. Korang semua dah tahu kat sape owner shop-pink ni kan?
Worait, how to settle MARA with CIMBCLICKS? Let me show u even sebahagian anda sudah mengetahuinya.
Memula...
- Sila ke MARA e-bayar or klik here
- Then kita ke BIL 3 n terus ke PANDUAN BAYARAN untuk klik pada address link CIMB

- Maka, akan terpampanglah segala panduan atau tatacara penggunaan CIMBCLICKS untuk mereka yang memasang niat ingin menjelaskan hutang MARA melalui kelik mengelik di CIMBCLICKS
- Takpun korang terus je klik di sini yakni PANDUAN BAYARAN MARA via CIMBCLICKS
- Mudah kan? Semuanya hanya di hujung jari anda. Jadi, hendak 100 dalih, tak hendak, bermacam dalihlah korang rekakan. Tepuk dada, tanye selera.
- Sesiapa yang tarak lagi akaun klik - mengelik, silalah berbuat sedemikian sebelum menerima surat ♥ dari lawyer yang bertauliah. Haha *ketawa jahat*.
Jun 13, 2010
New Templates from Blosgspot to Blogger
May 24, 2010
Hari Kedua Kursus...

Apakah???!!!... mohon jgn saman gue kerna logonya seriusly sgt lain... ampun mbakkk...saya hanya amatur...br belajarrrrrr
hebat x? roket Malaysia akan dtg??? ahaksss... gambar asal nnt gue pastekan...May 23, 2010
Saya tiada di pejabat...y? sakitkah... cutikah???...
i am away from my office...y? because i got kursus at ICT Center in front of Istana Maziah... apakah btol my English... hahaharun...
Kursus Adobe Illustrator CS4... biasa bg anda n kurang biasa bg saya... lalala...ni tgh rehat... Sila jgn salah faham... bukan sy tgh mencurik masa berblogging... owhhh...itu tidak ye anak²...
Antara hasil pembelajaran hari ini...
Apr 22, 2010
Simply Fabolous Blogger Templates
Feel free to fresh
http://www.simplyfabulousbloggertemplates.com/
Jan 15, 2010
Tutorial on my blog
Makluman Kepada DISTURBER yang gemar ANNOYING.
Penafian @ Pemberitahuan...
Makluman kepada semua
PEMBACA SETIA saya (kalau adalah. Hehe) n also my SILENT READER (yelah dah xboleh nak ganggu i guna anonymous kat commentkan, so terpaksalah DECIDE jd silent reader jek, huhu... so good luck too lah yer. Selagi rase panjang umur nak mengganggu hidup orang. OBSERVElah selagi MAMPU n jgn sampai bahankan saya. So, sure x takutkan jika diri anda xsempat pohon MAAF) n also yang menganggap diri kerdil saya ni sebagai MUSUH kepada diri anda sendiri, yang bahawasanya…
Segala isi kandungan dan gambar-gambar di Bukan lagi Finger Note's - kini notapuan – nad Blog ini tidak boleh ditiru mahupun diplagiat, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada Tuan Empunyer Bukan lagi Finger Note's - kini notapuan - nad.
Juga dimaklumkan dan diperingatkan sekali lagi bahawa apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi seperti mencanang perkara yang tidak baik, buruk, memalukan, mengaibkan berkenaan perihal diri saya juga seluruh keluarga kaum kerabat saya di blog kepunyaan anda (termasuk laman sosial yang lain), sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik (media elektronik) termasuk di media massa, adalah melakukan suatu kesalahan, TINDAKAN BOLEH DIAMBIL mengikut akta
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998. If terasa DIVA n BERKUASA sgt nak menganggu n mencuba sesuatu yang membuatkan saya tak akan sesekali menimbangtara untuk mengambil TINDAKAN terhadap anda, dipersilakan. If you are PLAYING FOR KEEPS, so, pleased. I will do a same thing. So, good luck!
Sesungguhnya, setiap gerak geri buruk anda yang cuba bersikap
PENGGANGGU boleh dikesan secara terus. Harap Maklum n beware.
\('c*)v :: Peace no war n
♥ u ollsss.
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998
Seksyen 233. Penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian, dll.
(1) Seseorang yang—
(a) dengan menggunakan mana-mana kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi secara sedar—
(i) membuat, mewujudkan atau meminta-minta; dan
(ii) memulakan penghantaran,
apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau
(b) memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik,
adalah melakukan suatu kesalahan—
(2) Seseorang yang secara sedar—
(a) dengan menggunakan suatu perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi memberikan apa-apa komunikasi lucah bagi maksud komersial kepada mana-mana orang; atau
(b) membenarkan suatu perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi di bawah kawalan orang itu untuk digunakan bagi suatu aktiviti yang diperihalkan dalam perenggan (a),
adalah melakukan suatu kesalahan.
(3) Seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen ini apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan hendaklah juga boleh didenda selanjutnya satu ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.
sumber rujukan dari http://www.skmm.gov.my/







