FEEL FREE TO CLICK MY NUFFNANG YER...TQVM :)

Nov 7, 2012

Saya pada hari ini dan kelmarin...

 As salam semua...


Jejari menaip dengan dihiburkan dengan lagu aku mahu dia dendangan Hazama. Lalala di situ. Buat ketiga kali saya terlewat smpai ke pejabat. Maaf en boss, rekod saya buruk sudah. Sebab merah menyala kedatangan haku. Dek kerana ketiadaan en hubby utk 3 hari (bukan tajuk filem ye dan en hubby ke sana demi mencari rezeki, maka bertabahlah dan sila bersyukur) coz ke Singapurrrrrrr, maka saya bergegas untuk bangun awal. Mujur, alhamdulillah ada ibu dan bapa sudi menemankan anakandanya ini untuk tidur di rumah kami. Terima kasih ma n pa. Mujur jugalah, saya boleh bangun awal around 5.50 am. Awal bagi saya dan bukan anda. Kalau tidak 630 baru terpacak mahu membersihkan diri segera boleh. Segera bangun, siapkan sarapan alas perut dengan menggoreng enam biji popia untuk hidangan mereka dan turut sediakan Mini Glutinous Rice Ball utk my daughter. Dia suke mengadap benda ni sekarang. Apakah itu.





Rasanye sedap. Kenyal dan ada pelbagai perisa. Yang ini kacang merah. Ala² pau kacang merah tu. cara masak mudah shj. Seakan membuat kuih buah melaka. Untuk anak, saya hanya rebus, tunggu mendidih air, masuk kan 12 biji (cukup utk dia), then bila air mendidih, rice ball ni akan timbul dipermukaan, n jalakan mereka masukkan dalam mangkuk bersama air didihan skali td n letak sesudu kecil gula bagi kasik manis sket. kacau n suap ke dalam mulut comel anak² kita. Kalau terlebih creative dan innovative, buat ala² pengat ataupun, amik kepala kelapa, parutkan, then gaul dengan gula dan secubit garam kemudian amik rice ball gaulkan sekali seperti membikin buah melaka atau kami panggil onde² gitu. Yummy. Boleh didapati di pasaraya Giant (yang ada kat ganu ni pun, yang gah sket, giant, mydin n sabasun. Janganlah ko carik Aeon Jusco kat sining, ade yang bunyikkan cengkerik kat ko nnt). Harga around RM 5 - 7 hinggit plus².


Itu kelmarin dulu punye ceghita. Pagi ini, rutin sama, celik je mata seawal boleh, goreng popia (lagi), dan sediakan 3 keping roti canai. Kebetulan malam td, my 2nd last bro ade dtg n baru pulang dr Kuantan. Becoming cheffffff, wahhhhhhh gitu. Welcome home bro. Tapiiiiiiiiii, 2 keping roti sanai tu untuk my litte daughter. Haha, cebis²kan, masuk dalam tupperware, taruk gula, sila bekalkan untuk dimakan di dalam kereta. Kesian anak mama. Even suke menangis dan buat perangai, tetapi si kecik ni cukup memahami bila saya sudah kelewatan. Pandai psiko perasaan saya sehingga kadang² buat saya dan en hubby serba salah. Contohnya, ketika di hari minggu dengan aktiviti berjalan² di sekeliling kota ganu. B4 that, banyak kali dah dia request nak main buai. Alah, swing tu kat playground, tetapi dek cuaca tak menentu, dia terus lembut jek bersuara, "sian Aisya, takleh main buai, hujan". Saya dan en hubby saling berpandangan. Terus mengubah haluan ke Giant untuk indoor playground di situ. Cubaan yg sangat nice.

Ok, sambung. Sudah saya persiapkan diri, capai handbag (yg hanya banyak kertas, dan jgn tak tau, plaster yang sengal² otot pun turut tergolong di dalam handbag saya (ko mampu) hehe), capai gugusan kunci dan seliter air n sempat menyuap secebis roti canai ke dalam mulut anak dan Aisya turut bergegas sekali bersama saua untuk menghidupkan enjin kereta seusai bersalaman dengan my dad. Sambil drive sambil suap cebisan demi cebisan roti canai. Sementelah si anak kureng sihat, batuk n dia mahu bermanja. Ketuk kepala sendiri sbb selalu lupa bagi anak minum ubat batuk. Sambil driving sambil suap, bleh ke? tak  dangerous? Saya hanya menyuap ketika berpuluh bonggol jalan yang perlu saya lintasi. Biasaklah, jalan kampung, shortcut ken. Kena hadapilah. Baru je naik mendaki bonggol tersebut, saya menyuap, alhamdulillah selamat ke dalam mulut anak. Muke sedih tak tau kenapa. Mungkin terpaksa bangun awal. Atau rindu sama papanya. Malam ni papa blk tau, kita gi jemput ek. Jommmmmmmmm. Tak awal mana pun Aisya bangun. Dalam 730 mcm tu, n cium² n dakap² sket n mandikan si dia (my daughter). Menangis sambil mandi, dah siap elok je huhahuha. Haha. 

Around 7.45, sudah tiba di taskanya. Alih² tak nak bawak bekal roti canai yang masih berbaki. "Aisya bwk ke taska ek, sambung makan sana", pohon saya. "Taknak, nak makan kat umah". I don't why, maybe kenyang atau maybe segan makanan sikit n nak berkongsi dengan kengkawan. Takpelah, nnt mama jemput, mama sambung suapkan. :).

Selesai usap kepala Aisya bersama kucupan dan dengan pesanan penaja, si anak terkedek² masuk taruk beg pada rak yang disediakan. Then saya melambai melalui celahan tetingkap. Sayu suasananya.

Masuk kereta terus pecut. Sampai pintu gerbang opis, kepala ligat mahu membuat tugasan apa hr ni. Selingan stress adalah berblog sikijap jek. Then ISO, iso, ai es owwwwwwww, dan ISOoooooooo lagi smpe siap. Then, pohon vendor wat kursus LIFERAY, then, rangka sistem, then report beres, then kena prepare 2 kertas kerja. OMI (oh mak i).

Ok, enough, back to work Nad. 





Thanks luangkan masa bace eak. 



p/s : rindu en hubby. cepat pulang dengan selamat hendak-Nya... Aminnn.




Yang benar, benar dan benar-benar, benar... 
 ♥♥♥ T.E.F.i.N ♥♥♥

Makluman Kepada DISTURBER yang gemar ANNOYING.

Penafian @ Pemberitahuan...

Makluman kepada semua

PEMBACA SETIA saya (kalau adalah. Hehe) n also my SILENT READER (yelah dah xboleh nak ganggu i guna anonymous kat commentkan, so terpaksalah DECIDE jd silent reader jek, huhu... so good luck too lah yer. Selagi rase panjang umur nak mengganggu hidup orang. OBSERVElah selagi MAMPU n jgn sampai bahankan saya. So, sure x takutkan jika diri anda xsempat pohon MAAF) n also yang menganggap diri kerdil saya ni sebagai MUSUH kepada diri anda sendiri, yang bahawasanya…

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di Bukan lagi Finger Note's - kini notapuan – nad Blog ini tidak boleh ditiru mahupun diplagiat, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada Tuan Empunyer Bukan lagi Finger Note's - kini notapuan - nad.

Juga dimaklumkan dan diperingatkan sekali lagi bahawa apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi seperti mencanang perkara yang tidak baik, buruk, memalukan, mengaibkan berkenaan perihal diri saya juga seluruh keluarga kaum kerabat saya di blog kepunyaan anda (termasuk laman sosial yang lain), sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik (media elektronik) termasuk di media massa, adalah melakukan suatu kesalahan, TINDAKAN BOLEH DIAMBIL mengikut akta

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998. If terasa DIVA n BERKUASA sgt nak menganggu n mencuba sesuatu yang membuatkan saya tak akan sesekali menimbangtara untuk mengambil TINDAKAN terhadap anda, dipersilakan. If you are PLAYING FOR KEEPS, so, pleased. I will do a same thing. So, good luck!

Sesungguhnya, setiap gerak geri buruk anda yang cuba bersikap

PENGGANGGU boleh dikesan secara terus. Harap Maklum n beware.

\('c*)v :: Peace no war n

u ollsss.

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

BAHAGIAN X - AM Bab 2 - Kesalahan Dan Penalti Tambahan

Seksyen 233. Penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian, dll.

(1) Seseorang yang—

(a) dengan menggunakan mana-mana kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi secara sedar—

(i) membuat, mewujudkan atau meminta-minta; dan

(ii) memulakan penghantaran,

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau

(b) memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik,

adalah melakukan suatu kesalahan—

(2) Seseorang yang secara sedar—

(a) dengan menggunakan suatu perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi memberikan apa-apa komunikasi lucah bagi maksud komersial kepada mana-mana orang; atau

(b) membenarkan suatu perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi di bawah kawalan orang itu untuk digunakan bagi suatu aktiviti yang diperihalkan dalam perenggan (a),

adalah melakukan suatu kesalahan.

(3) Seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen ini apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan hendaklah juga boleh didenda selanjutnya satu ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

sumber rujukan dari http://www.skmm.gov.my/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...