FEEL FREE TO CLICK MY NUFFNANG YER...TQVM :)
Showing posts with label Anda Mungkin DIDAKWA. Show all posts
Showing posts with label Anda Mungkin DIDAKWA. Show all posts

May 18, 2011

Blogspot masalah ke atau ade unsur DENGKIAN di situ?

Assalamualaikum

Haiya... manyak sumthing happened lah kat my blog. Ade entry hilang, followers pun sembunyik.

Nanti i carilah pe punca masalah nya.

Samada si SILENT READER yang wat hal jadi HACKERS or wateva.

Xpe... TUNGGULAH.

Ramai gak bloggers adu hal sama kat blog memasing...

herm...

May 4, 2011

Playing For Keeps

Assalamualaikum...

Hampir 2 weeks or maybe terlebih² week saya tidak mengupdate my blog. Sorry sesangat. (Ecece... koya ada reader di situ. haha). Btw, malam tadi menonton sensorang selepas menidurkan my daughter. hehe. Lena dia tido.

Nonton ape yer? Hehe. Selain channel 411 menjadi favi saya, 702 pun saya sgt suka. Coz banyak ditayangkan drama omputih kan di situ. I mean 702 lah. Banyak berkisar kekeluargaan. Kata family woman. Hiho.

Drama semalam bertajuk 'Playing For Keeps'. Drama based on a true story. A white woman becomes pregnant by a married African American man and just fight for custody of their son!.

Aha... nice. Kisahnya, a white woman a.k.a Nicole ni jumpa a African American man (AAM) ni kat kelab. AAM ni pemain bola keranjang terkemuka. Then di situ cinto berputik. Last² Nicole preggy. Then AAM ni xmoh tau baby ni coz dia dah kawen n ade 2 org anak perempuan. Alasan kan.

Tapi AAM ni still bg duit bulanan lah. Last, skali, Nicole bersalin n dapat baby boy. Noah namanya. Bila dengar je dpt baby boy, AAM ni dtg secara mengejut. Tupun pas 4 bulan bersalin.

Hiho pas 4 month, tetiba jek muncul depan pintu.

Hah, dah jumpa jek terus lah sayang n ckp comel dahlah muka takde langsung omputih. Bapa dia jek sejibik. So, bapak mane tak bangga kan? Gen kuat kata ko. Haha.

Last² dalam diam dekat hampir 2 thn anak tu membesar, AAM ni hantar surat mahkamah pohon hak penjagaan. Siot je kan. Dia bukan jaga pun. Bz memanjang ngan game. Yang datang menjemput, wife dia jek. Pe kesss.

Masuk je mahkamah, time perbicaraan tuh, bleh plak si AAM ni jawab bila lawyer tanya, " Saya tak pernah CINTAKAN dia, saya hanya rasa SIMPATI pada dia. Oooooooohhh... ko dah dapat hisap madu n hasil plak terbaekkkkkkkk, leh lak ko ckp camtuh eah. Then sesenang jek nak rampas budak tu dari maknye? Bleh. Bila berduit jek nak tunjuk lah ko tu mampu sara anak ngan duit bagi kemewahan tanpa kasih sayang yang sebenar?


Si Nicole ni memang xberduit, so payahlah nak upah lawyerkan. Last² dia dengan nekad gi cafe Law Courts, berdiri atas kerusi n bagi announce kuat², n minta pertolongan n simpati pada mana² lawyer yang sudi berkhidmat untuknya. But no feedback then dia kuar dr cafe setelah dihalau.

Tup², ada sorang lawyer yang baru nak meningkat naik cuba memberi bantuan. Lari kejar Nicole. Peter namanya. Si Nicole ni ingat memainlah then ckp kat Peter yang dia takde duit so malas nak melayan. Last, Peter ckp FREE n no CHARGE. Wahhhhhh... Ingat x cite Brad Pitt ke Mat Damon yang berlakon tuh. Jd lawyer gak. Yang fight untuk kes insuran tuh. Insuran xmoh bayar pada client dia yang sakit. Last mati gi tu jek. Even menang pun xdpt pepe coz syarikat insuran tuh diisytiharkan muflis. Terang² xleh bayar kat client tuh. Kesian. Nak customer janji bukan main. Dpt duit, wat xtau.

Maka bermulalah sesi perebutan tersebut. 1st perbicaraan, Nicole menang tapi tempoh lawatan ada untuk si AAM or River nama dia if i am not mistakelah. Tak lama lepas tuh, AAM ni xpueh hati wat rayuan utk penjagaan penuh. Diorang menang.

Nicole tak pueh hati cuba wat keje giler nak larikan Noah. Siap packing, ayah Nicole datang brainwash jap. Peter juga called advice dia. Last, dia ikut. Ikut segala prosedur. Time tuh, si AAM ni dah berpindah jauh. Mean Noah terpaksalah dalam 2 minggu skali naik flight jumpa ayahnya. Last² dimasukkan ke hospital sbb gegendang telinga hampir pecah. (ke dah pecah, lupa). Yelah, bebudak kan. Mana leh tahan naik flight tetiap bulan. Alhamdulillah, my daughter tido sepanjang naik flight ke KL. Allah dah tahu apa yang terbaik untuk umatnya kan.

Tau je his son diwarded, Nicole terus terbang. Sampai jek Beverly ada di situ. Beverly ni wife pada Si AAM nilah. Diorang parents yang bagus. Tapi tulah, xkan sama dengan real mommy kan? Even bagus mana pun kamu tp tatap bukan anak sendiri. Asyik² bagi alasan yang Nicole xmampu sara anak. Ntah apapape². Busan.


Nicole punya nak tunjuk semangat tinggi, dari xde keje ada keje. Dari keje as housekeeper kat hotel terus dinaikkan pangkat bertugas di receptionist.

Balik dari jenguk Noah dengan menaiki bas, Peter datang menjemput dengan membawa khabar berita gembira. Rayuan nak ke Mahkamah Agong telah diterima. Kat sini kena fight kuat sket coz akan timbul isu perkauman. Yelah kulit hitam n kulit putih. Percentage Noah akan dapat di tangan ayahnya adalah tinggi. Alasan yang diberikan sebab Noah langsung takde iras ibunya. Bleh?

Peter pun bagus bekerja. Sanggup fight demi Nicole n Noah.

Last... Nicole berhak terhadap Noah. Hehe. From nobody to somebody si Nicole nih. Even x ramai support Nicole cam her father, her step mother, her bestfriend, dengan semangat kuat dan jitu. Ada jalan yang melancarkan setiap kekangan tersebut. Percayalah. Tazkirah plak mak yer.

Herm, takut dengan ceraiberai n perebutan anak kan. Bukan perebutan 'Pakwe' or 'Makwe' ye. Hiho. Tettttttt...

Mintak jauh.

Mar 24, 2011

Klik², jom mengelik

Assalamualaikum wbt.

Heheh. Tersengih sekejap. Actually udah lama bebenor mak nak try klik mengklik neh. Org lain dah lama mencobe n guna, mak baru nak menerai kata ko. Tupun semangat nak klik ni dtg tetiba after sorang opismate ckp, dia hampir di'blacklist' pasal pinjaman time study dulu xberbayor habis. Saya on that time dah cuak. Woih, baru nak insap ke woih. Haha. Even, terbit insap tu dah lamo since PTPTN dok tayang iklan mcm meresahkan itu. *Ada kena mengenakah gue dgn PTPTN itu*. Alah samo je eh. Pinjaman gak kan. Okeylah tuh, iklan sebegitu, if tak wat gitu, ade korang nak start membayor? Siap tukar channel lagi semata-mata xnak tgk. Takkan. So, pandai guna, pandai lah bayar. Haha. Pepandai je aku neh.
Start bayar pun tenggelam timbul. Kejap bayar, kejap tak. Cube kita ingat balik, pernah ke MARA or PTPTN time kita study dulu bank-in lambat kita nyer pinjaman, tidak kan? Setiap bulan or semester mereka bank-in kan. Jadi, silalah menginsafi di situ.

So, rentetan peristiwa itu, cepat² ajak Mr Hubby g reg klik even dah berpuluh kali reg klik b4 this tp xpernah sahkan at klik nyer web. hehe. sebok bebenor lah katakan.

So, Isnin ke Selasa baru ni, bersamalah Mr Hubby ke CIMB. hehe. Menapak di CIMB setengah jam b4 CIMB dibuka. Suke tgk diorang briefing b4 start keje. Rindu kat tempat keje lama. juga camtuh. Mcm Jepun. Chaiyok².

Today, gaji dah masyuk kan. Pe laie, trylah. 1st, kita settle MARA dulu. Alhamdulillah, success. Then, kita g shopping plak diiiiiiiii Shop-Pink. Beli apa kat
shop-pink? nnt saya cecitalah. hehe. Korang semua dah tahu kat sape owner shop-pink ni kan?

Worait, how to settle MARA with CIMBCLICKS? Let me show u even sebahagian anda sudah mengetahuinya.

Memula...
  1. Sila ke MARA e-bayar or klik here
  2. Then kita ke BIL 3 n terus ke PANDUAN BAYARAN untuk klik pada address link CIMB
  3. Maka, akan terpampanglah segala panduan atau tatacara penggunaan CIMBCLICKS untuk mereka yang memasang niat ingin menjelaskan hutang MARA melalui kelik mengelik di CIMBCLICKS
  4. Takpun korang terus je klik di sini yakni PANDUAN BAYARAN MARA via CIMBCLICKS
  5. Mudah kan? Semuanya hanya di hujung jari anda. Jadi, hendak 100 dalih, tak hendak, bermacam dalihlah korang rekakan. Tepuk dada, tanye selera.
  6. Sesiapa yang tarak lagi akaun klik - mengelik, silalah berbuat sedemikian sebelum menerima surat ♥ dari lawyer yang bertauliah. Haha *ketawa jahat*.
p/s : Mari kita bersama menjelaskannya ye sayang.

Jan 11, 2011

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Akhirnya...

Many thanks to Kak Jemah coz mengizinkan tuan hamba untuk mengopy AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998 dr blog tuan n paste pd blog hamba yg sekadar di pinggiran sajokkk. hehe.

Lega sket bila ada akta ini. Hopefully takdelah si pengganggu dtg mengganggu yer. So, semua, silalah membaca ye.

Thanks akak. Mwahhh.

Makluman Kepada DISTURBER yang gemar ANNOYING.

Penafian @ Pemberitahuan...

Makluman kepada semua

PEMBACA SETIA saya (kalau adalah. Hehe) n also my SILENT READER (yelah dah xboleh nak ganggu i guna anonymous kat commentkan, so terpaksalah DECIDE jd silent reader jek, huhu... so good luck too lah yer. Selagi rase panjang umur nak mengganggu hidup orang. OBSERVElah selagi MAMPU n jgn sampai bahankan saya. So, sure x takutkan jika diri anda xsempat pohon MAAF) n also yang menganggap diri kerdil saya ni sebagai MUSUH kepada diri anda sendiri, yang bahawasanya…

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di Bukan lagi Finger Note's - kini notapuan – nad Blog ini tidak boleh ditiru mahupun diplagiat, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada Tuan Empunyer Bukan lagi Finger Note's - kini notapuan - nad.

Juga dimaklumkan dan diperingatkan sekali lagi bahawa apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi seperti mencanang perkara yang tidak baik, buruk, memalukan, mengaibkan berkenaan perihal diri saya juga seluruh keluarga kaum kerabat saya di blog kepunyaan anda (termasuk laman sosial yang lain), sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik (media elektronik) termasuk di media massa, adalah melakukan suatu kesalahan, TINDAKAN BOLEH DIAMBIL mengikut akta

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998. If terasa DIVA n BERKUASA sgt nak menganggu n mencuba sesuatu yang membuatkan saya tak akan sesekali menimbangtara untuk mengambil TINDAKAN terhadap anda, dipersilakan. If you are PLAYING FOR KEEPS, so, pleased. I will do a same thing. So, good luck!

Sesungguhnya, setiap gerak geri buruk anda yang cuba bersikap

PENGGANGGU boleh dikesan secara terus. Harap Maklum n beware.

\('c*)v :: Peace no war n

u ollsss.

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

BAHAGIAN X - AM Bab 2 - Kesalahan Dan Penalti Tambahan

Seksyen 233. Penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian, dll.

(1) Seseorang yang—

(a) dengan menggunakan mana-mana kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi secara sedar—

(i) membuat, mewujudkan atau meminta-minta; dan

(ii) memulakan penghantaran,

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau

(b) memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik,

adalah melakukan suatu kesalahan—

(2) Seseorang yang secara sedar—

(a) dengan menggunakan suatu perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi memberikan apa-apa komunikasi lucah bagi maksud komersial kepada mana-mana orang; atau

(b) membenarkan suatu perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi di bawah kawalan orang itu untuk digunakan bagi suatu aktiviti yang diperihalkan dalam perenggan (a),

adalah melakukan suatu kesalahan.

(3) Seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen ini apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan hendaklah juga boleh didenda selanjutnya satu ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

sumber rujukan dari http://www.skmm.gov.my/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...