Pernah anda dalam dilema? Tak pernah? Unlogikal lah der. Haha. Saya dalam dilema obes. Uwaaaaaaaa...
Meh saya citer.
Saya pernah kurus time study kat YPM. 55 kg tuh. Pergh. Berat ideal. Ringan jek. B4 that, 78 kg. Sila kira brape loss? Without any supplement or watever products. Zaman tuh student lagik so no money no talk lah nak membeli products kurus bagaikan? Just, bangun awal pagi, mandi n siap cepat² nak bergegas tunggu bas to kolej. Lambat, sila berlari anak menaiki Star LRT area Pandan Indah then walking² to kolej. Almost everyday. Mau tak kurus? Balik umah, naik turun tangga plak. Mana tak slim melim kan? Malam if ade assignment kena proceed, cecepat bersiap, pas maghrib terus berjalan ke LRT lagi. Malam, penat xsempat makan, terus tido. Yang penting, assignment siap. Beres. Perut lapar, otomatik kenyang, suko hati den.
Then time tuh, schoolmate ajak jumpa kat area PWTC. Pe eak mall kat situ. Hah, Lot 10 kan. Dulu pemes tuh Lot 10. Tahun 99 ke 2000. Lupa. Gamble jek jalan sensorang bawak bag pack then jumpa kawan saya. Takde lagi anasir ragut ker, jenayah tegar ke apa kan. Selamat lagilah. Ni nak jumpa BFF gak lah. Sue namanya. (kat sekolah nama glamer Semek dooo. Masuk KL Lumpo, tukar Sue. Haha. Nama betol Suriati. Sorry Sue, seb nama ko x jadi Sally. Apakah?!!).
Jumpa jek, terkujat dia. Nad, ko ke neh? Ko makan pe weh. Ko bagi isi ko kat aku ke. Time sekolah, dia kurus tp time jumpa dia tuh, dia plak bagai di pam². Terus mengajuk ngan saya, coz nak kurus xajak dia. Haha. Siap tanye pe petua lah, itulah inilah. So, saya bagitau je apa yang dinyatakan di atas tu kan.
Bangganye dapat kurus.
Then masuk kerja. Badan maintain lagi. Naik 5kg jek. Still in berat ideal. Nak dekat kawen, naik sket demi sket. Dapat kerja swasta, outstation sana sini, turun sgt banyak sampai opismate tegur dah kurus n perut flat dooo. Haha. Sila maintainkan diameter lobang hidung anda bila dipuji sebegitu.
Start jadi bini orang jek n preggy plak naik hampir 90 ko!. Mau nye tak terkujat mak. Ni anak sulong. Selamat bersalin berjaya turun 10 kg jek. Tupun sebab pantang.
Anak kedua naik sampai 105. Lalala. Pas pantang pening dah camne nak wat neh. Berat turun 90kg jek. Then terjumpalah Kak Lin neh. Tahun 2009. Deal nyer deal, confirm beli produk neh ngan dia. Ni produk dia.
Minum sampai 6 bulan start 26 Mei 2009. Saya bedal minum sampai 12 September 2009, saya berjaya turun 68kg. lagi 8 kg nak berat ideal. Ukuran pinggang semua saya dapat ukuran idaman cuma tang vontot nilah, berat sket. Then saya stop minum sampailah saya preggy anak ke-3. Tau je preggy terus makan xhengat dunia. Tapi takdaklah ikut nafsu makannya. Pe yang diidam, mintak je, alhamdulillah dapat.
Xde rezeki, saya keguguran. Berat dah naik mendadak neh. Fenin mak. Then start diet biasa. Tapi xmoh gak turunnya. Last, saya cuba produk neh. Pakai punyer. Bolehlah dikategorikan sebagai so-so punyer. Proses pembuangan yakni membuang ayaq besau, amat bagus. Setiap hari di pagi hari, saya ke toilet untuk membuang apa yang patot. Dulu, 3hari skali. Payah. Tapi berat n inci lambat giler turun n berkurang. 2 bulan dah pakai. Herm...
So, malam tadi, discuss ngan abang pasal berat bdn nilah. Last, Insya-Allah, we all decide nak bersenam every weekend. Petang ni nak main badminton. Kasi gegar 1 taman. Grrrrrrr. Haha. Sila doakan kami. Sila tau. Jangan bersila nunggu kami bersenam plak. Jiwa senam dah tiba neh. Lagi membuatkan nak bersenam bila tengahari kelmarin, tgh ym ngan member, dia ckp baru sembuh dari sakit. Saya tanyalah sakit hape kan. Ntah. Maybe tegang urat kot. Yelah, tengah tolong wife sidai kain, tetiba, takleh berdiri tegak n membongkok. Tido pun membongkok. Ke hospital pun membongkok. Macam nenek kebayan katanya. Opss, bukan kata saya yer. Kata dia. Ni kali kedua jadik. Takuttttttt.
Last, kepala hotal ligat pikir. Camne badan saya senang nak kurus. Ting! Kuar object lampu. Ting! Time baru kawen mawen dulu, we all g Redang. Dalam 2 hari pergi. Almost everytime kami berenang, snorkeling n so on, Saya yang tak pro berenang neh, leh turun 2 kg tuhhh. Yelah, bila berenang, semua anggota badan bergerak kan. Tadi planning nak g swimming kat Pusat Renang sebelah Spital besar Ganu, HSNZ dan sebelah KFC plak. Hah, elok. Pas swimming kedarah KFC. Kenyang perut suke hati. Diet ke laut. Dahlah pusat renang sebelah laut jek. Elok sangatlah tuh. Semua ke laut.
Btw, start today (berapa hari dah asyik dok cakap, start today, start today sampai ke ceroh) xgak jalan. hehe. Ok, azam suku tahun kedua. Jom kita azam sesama. Azam sebelum raya menjelma. Meh kita sesama kuruskan badan. Saya ada a few tips mahu dishare. Jom if nak joinlah. Ni tips saya. Tapiiiii... esok baru nak start amalkan. Haha.
- Amik 1 sudu besar pati Sunquick. Telan cam telan ubat (sesapa tau kesan disebalik peng'amalan' ini, bleh share. Mana tahu perut rosak ke. Tapi saya berjaya turun 1-2 kilo bila amal yg neh. Dicampur turun naik tangga.).
- Minum tiap pagi n b4 tido segelas teh tanpa gula. Perah beberapa limau kasturi. Bukan limau bali yer anak². Telan. Pergh, terbaeeeekkkkkkkk rasenyer.
- Cam biasa, minum air masak 8 gelas sehari. Saya minum 2 botol kecik air mineral sehari. Toilet sokmo.
- Nasi amik seminggu skali jek.
- Ni nak start posa Isnin n Khamis. Posa sunat sambil menyihatkan badan.
- B4 nak makan, sila makan buah dulu. Senang nak hadam.
- Sila amik breakfast (ni saya baru sedar betapa penting breakfast.)
Lain-lain tips. Meh saya share.
PERTAMA : Tips Turunkan Berat Badan Dengan Cepat dan Sihat Versi Cik Tom
1. Yang penting jangan lupa sentiasa amalkan pengambilan sarapan pagi walaupun korang hanya bersarapan dengan biskut dan segelas air susu atau milo. Elakkan minuman berkafein di pagi hari ye. Tak elok untuk perut. Sarapan pagi ni bagus bagi meningkatkan kadar metabolism dalam badan supaya badan ada tenaga untuk proses pembakaran lemak dalam tubuh badan.
2. Sila minum air masak/ mineral/ kosong dengan banyak sekurang-kurangnya lapan gelas sehari. Air minum kosong ni dapat meneutralkan dan menyahkan kandungan sisa toksik yang terdapat dalam badan kita. Bila sisa toksik dah dikeluarkan akan memudahkan lagi proses turun berat badan secara cepat tapi sihat.
3. Pakai krim losyen pati halia setiap kali selepas mandi di kawasan yang berlemak seperti bawah paha, lengan, perut dan punggung. Krim ni ada macam-macam jenis sekarang di pasaran. Korang boleh cuba jenama mana yang korang suka. Tapi cik tom guna losyen mustajab yang modelnya Nora Danish yang comel tue. Krim ni juga membantu proses pembakaran lemak dengan lebih cepat.
4. Makan malam sebelum pukul 8 malam. Selepas pukul 8 malam elakkan mengambil sebarang makanan termasuklah makanan ringan. Kalau lapar sangat minum air kosong je lepas tue terus masuk tidur.
5. Korang boleh makan nasi seperti biasa pada waktu tengahari tapi elakkan ambil dalam kuantiti terlalu banyak. Kalau boleh cuba makan pada waktu yang sama setiap hari. Biasanya kalau cik tom dah sarapan milo dengan cereal, cik tom hanya makan biskut tengahari dan hanya makan nasi untuk makan malam sahaja.
6. Kunyah makanan lebih kerap untuk memudahkan proses penghadaman makanan. Masa nak cepat turun berat badan tue je cik tom rajin buat. Hehe..
7. Elakkan minum minuman bersusu krimer pekat mahupun cair. Sebab minuman bersusu krimer ni pun salah satu faktor besar menaikkan berat badan. Cik tom still amalkan tips ni sampai sekarang.
8. Elakkan minum minuman berais. Korang cuba la sabar sikit kalau nak berpantang untuk kurus ni sebabnya minuman berais ni boleh menyebabkan buncit dan juga tak elok untuk urat dalam badan.
9. Untuk makan malam, cik tom biasa minum air panas yang dicampur dengan serbuk milo bersama oatmeal atau cereal sahaja tanpa dimasukkan gula atau susu krimer bagi menggantikan makanan berat yang lain.
10. Satu lagi tips pakai korset jenis seluar. Ada pelbagai jenis yang dijual seperti jenama beautiful premium atau mrs kelly. Tapi yang ni kena tengok bajet untuk beli sebab harganya agak mahal. Tapi memang menjadi sebab ia macam berfungsi untuk kemaskan perut kita dan secara tak langsung mengurangkan rasa lapar atau keinginan nak makan secara kerap.
Itulah antara tips yang memang cik tom amalkan sendiri dan alhamdulillah turun berat badan dalam tempoh 2 bulan dari 57kg ke 47kg. Cik tom kurangkan berat badan sebanyak 10 kg dalam masa 2 bulan. Kalau jenis yang kuruskan badan atau diet dengan cara tak makan tue tak bagus untuk badan sebabnya badan takde daya ketahanan pada penyakit bila tak makan makanan berzat. Nak kuruskan badan ni yang penting kena konsisten dan berdisiplin. Kalau hanya semangat setengah jalan memang tak menjadilah. Good luck pada yang nak kuruskan badan.
Gambar hiasan
Sebagai contoh:
- Sarapan di antara jam 7.00 ke 7.30 pagi,
- Makan di antara waktu pagi dan tengahari (10.00 - 11.00 pagi),
- Makan tengahari (12.30 tengahari - 1.30 petang)
- Minum petang (3.30 - 4.00 petang)
- Makan malam (6.30 petang - 7.30 malam)
Sebagai contoh:
- Lakukan aktiviti senaman 3 hingga 5 kali seminggu. Lakukan selama 30 minit setiap hari.
- Anda juga boleh pecahkan kepada 3 sesi setiap hari. Iaitu 10 minit untuk setiap sesi. Boleh buat 10 minit di waktu pagi, 10 minit pada waktu tengahari dan 10 minit sewaktu petang.
p.p.s: Apakan daya, itulah saja yang termampu saya kongsikan pada ruangan ini. Untuk penerangan yang lebih baik, anda boleh dapatkan tips kuruskan badan tanpa ubat-ubatan di sini yea.
KETIGA :7 Sebab Anda Gagal Turunkan Berat Badan
Masalah berat badan sering menghantui kebanyakan individu. Ianya seperti berhantu. Ramai yang dah lama berdiet, namun hasilnya AGAK mengecewakan. Akhirnya, usaha itu terkubur. Memang SEDIH.
Kenapa lar boleh jadi camtu?Atas sebab itu, anda perlu menilai semula cara diet yang diamalkan selama ini. Mengapa ia kurang berkesan menurunkan berat badan? Kalau turun pun, hanya beberapa kilo aje. Walhal dah lebih 8 bulan berdiet. Penat tau!
Beratku cuma turun 3 kilo je?
Di sini, saya kongsikan 7 sebab yang membuatkan anda gagal mengurangkan berat badan. Sila ambil perhatian ya. Supaya anda tahu punca sebenar diet anda tak menjadi.Ramai beranggapan dengan "skip" waktu makan, ia merupakan cara terbaik untuk kurus. Sebenarnya TIDAK. Ini bukanlah caranya.
Sebaliknya, anda perlu mengisi perut pada setiap waktu makan. Pilih menu yang sihat dan seimbang. Contohnya sarapan pagi. Ia membekalkan tenaga terpenting untuk memulakan hari anda. Jikalau anda "skip", badan dan otak anda kurang bermaya.
Begitu juga dengan makan malam. Anda sepatutnya makan lebih awal seperti sebelum waktu maghrib. Atau lebih kurang dalam pukul 7 malam.
2. Enggan bersenam
Eeh.. mana boleh camni. Mahu atau tidak, anda MESTI bersenam. Tak cukup sekadar jaga pemakanan. Dengan senaman, kadar metabolisme tubuh anda akan meningkat. Seterusnya ia akan membantu proses pembakaran lemak dalam tubuh. Kemudian, barulah berat badan anda boleh turun.
Badan anda perlukan kalori. Jadi, mahu atau tidak anda mesti ambil kalori. Cuma, jumlah pengambilannya perlulah bersesuaian.
Pengambilan jumlah kalori yang bersesuaian ialah;
- Lelaki ~ 2500 kalori setiap hari
- Wanita ~ 2000 kalori setiap hari
Anda tahu tak kesan pengambilan kalori yang terlalu sedikit pada tubuh??
Kadar metabolisme tubuh anda akan turun secara mendadak. Malah ia boleh menyebabkan ANEMIA.
Jika cuma ambil buah-buahan dan sayuran, tubuh anda tak cukup nutrisi dan mineral. Begitu juga dengan karbohidrat dan lemak. Tubuh anda perlukan semuanya pada kadar yang berpatutan.
Imej - Steve Baccon
5. Suka salad mayonis
Tak dinafikan, salad yang dicampurkan dengan mayonis memang sedap. Tapi jikalau salad yang anda makan telah ditambah pelbagai perisa (tinggi kalori), ianya tak bermakna langsung.
Gerenti berat badan anda takkan turun. Huhuhu...
Saya tahu ramai yang tak sukakan susu. Terutamanya susu rendah lemak. Sebab tak sedap, kan?
Tapi, pengambilan susu rendah lemak membantu menguatkan tulang, melengkapkan keperluan nutrisi tubuh dan juga menurunkan berat badan anda.
Anda masih ragu-ragu akan kepentingan susu?
Sila ketahui dulu ~ Kenapa Anda Perlu Minum Susu?
Sepatutnya anda perlu risau dengan keadaan ini. Bukannya suka. Mesti ada yang tak kena pada diri anda. Dalam seminggu, penurunan berat IDEAL dalam lingkungan 0.5kg - 1kg.
Jika lebih dari julat tersebut, ia akan menimbulkan komplikasi. Di mana hati dan ginjal anda dipaksa bekerja keras untuk menggantikan glukosa dalam darah.
Sumber : Petua Sejagat
p/s : hermmmmmmmm...bereh? pada cik tom n petua sejagat, saya mintak kongsi yer? tq. Bagus utk saya, manfaat utk kita bersama. Silalah klik link Cik Tom n Petua Sejagat. Banyak giler petua diorang. Happy blogging. Saya bagi tempoh untuk diri sendiri berjaya turun dari 19 Mei 2011 - 19 Julai 2011. Hope berjaya. Chaiyok².