FEEL FREE TO CLICK MY NUFFNANG YER...TQVM :)
Showing posts with label My Wishlist. Show all posts
Showing posts with label My Wishlist. Show all posts

May 19, 2011

Dalam Dilema

Assalamualaikum...

Pernah anda dalam dilema? Tak pernah? Unlogikal lah der. Haha. Saya dalam dilema obes. Uwaaaaaaaa...

Meh saya citer.

Saya pernah kurus time study kat YPM. 55 kg tuh. Pergh. Berat ideal. Ringan jek. B4 that, 78 kg. Sila kira brape loss? Without any supplement or watever products. Zaman tuh student lagik so no money no talk lah nak membeli products kurus bagaikan? Just, bangun awal pagi, mandi n siap cepat² nak bergegas tunggu bas to kolej. Lambat, sila berlari anak menaiki Star LRT area Pandan Indah then walking² to kolej. Almost everyday. Mau tak kurus? Balik umah, naik turun tangga plak. Mana tak slim melim kan? Malam if ade assignment kena proceed, cecepat bersiap, pas maghrib terus berjalan ke LRT lagi. Malam, penat xsempat makan, terus tido. Yang penting, assignment siap. Beres. Perut lapar, otomatik kenyang, suko hati den.

Then time tuh, schoolmate ajak jumpa kat area PWTC. Pe eak mall kat situ. Hah, Lot 10 kan. Dulu pemes tuh Lot 10. Tahun 99 ke 2000. Lupa. Gamble jek jalan sensorang bawak bag pack then jumpa kawan saya. Takde lagi anasir ragut ker, jenayah tegar ke apa kan. Selamat lagilah. Ni nak jumpa BFF gak lah. Sue namanya. (kat sekolah nama glamer Semek dooo. Masuk KL Lumpo, tukar Sue. Haha. Nama betol Suriati. Sorry Sue, seb nama ko x jadi Sally. Apakah?!!).

Jumpa jek, terkujat dia. Nad, ko ke neh? Ko makan pe weh. Ko bagi isi ko kat aku ke. Time sekolah, dia kurus tp time jumpa dia tuh, dia plak bagai di pam². Terus mengajuk ngan saya, coz nak kurus xajak dia. Haha. Siap tanye pe petua lah, itulah inilah. So, saya bagitau je apa yang dinyatakan di atas tu kan.

Bangganye dapat kurus.

Then masuk kerja. Badan maintain lagi. Naik 5kg jek. Still in berat ideal. Nak dekat kawen, naik sket demi sket. Dapat kerja swasta, outstation sana sini, turun sgt banyak sampai opismate tegur dah kurus n perut flat dooo. Haha. Sila maintainkan diameter lobang hidung anda bila dipuji sebegitu.

Start jadi bini orang jek n preggy plak naik hampir 90 ko!. Mau nye tak terkujat mak. Ni anak sulong. Selamat bersalin berjaya turun 10 kg jek. Tupun sebab pantang.

Anak kedua naik sampai 105. Lalala. Pas pantang pening dah camne nak wat neh. Berat turun 90kg jek. Then terjumpalah Kak Lin neh. Tahun 2009. Deal nyer deal, confirm beli produk neh ngan dia. Ni produk dia.

Minum sampai 6 bulan start 26 Mei 2009. Saya bedal minum sampai 12 September 2009, saya berjaya turun 68kg. lagi 8 kg nak berat ideal. Ukuran pinggang semua saya dapat ukuran idaman cuma tang vontot nilah, berat sket. Then saya stop minum sampailah saya preggy anak ke-3. Tau je preggy terus makan xhengat dunia. Tapi takdaklah ikut nafsu makannya. Pe yang diidam, mintak je, alhamdulillah dapat.

Xde rezeki, saya keguguran. Berat dah naik mendadak neh. Fenin mak. Then start diet biasa. Tapi xmoh gak turunnya. Last, saya cuba produk neh. Pakai punyer. Bolehlah dikategorikan sebagai so-so punyer. Proses pembuangan yakni membuang ayaq besau, amat bagus. Setiap hari di pagi hari, saya ke toilet untuk membuang apa yang patot. Dulu, 3hari skali. Payah. Tapi berat n inci lambat giler turun n berkurang. 2 bulan dah pakai. Herm...

So, malam tadi, discuss ngan abang pasal berat bdn nilah. Last, Insya-Allah, we all decide nak bersenam every weekend. Petang ni nak main badminton. Kasi gegar 1 taman. Grrrrrrr. Haha. Sila doakan kami. Sila tau. Jangan bersila nunggu kami bersenam plak. Jiwa senam dah tiba neh. Lagi membuatkan nak bersenam bila tengahari kelmarin, tgh ym ngan member, dia ckp baru sembuh dari sakit. Saya tanyalah sakit hape kan. Ntah. Maybe tegang urat kot. Yelah, tengah tolong wife sidai kain, tetiba, takleh berdiri tegak n membongkok. Tido pun membongkok. Ke hospital pun membongkok. Macam nenek kebayan katanya. Opss, bukan kata saya yer. Kata dia. Ni kali kedua jadik. Takuttttttt.

Last, kepala hotal ligat pikir. Camne badan saya senang nak kurus. Ting! Kuar object lampu. Ting! Time baru kawen mawen dulu, we all g Redang. Dalam 2 hari pergi. Almost everytime kami berenang, snorkeling n so on, Saya yang tak pro berenang neh, leh turun 2 kg tuhhh. Yelah, bila berenang, semua anggota badan bergerak kan. Tadi planning nak g swimming kat Pusat Renang sebelah Spital besar Ganu, HSNZ dan sebelah KFC plak. Hah, elok. Pas swimming kedarah KFC. Kenyang perut suke hati. Diet ke laut. Dahlah pusat renang sebelah laut jek. Elok sangatlah tuh. Semua ke laut.

Btw, start today (berapa hari dah asyik dok cakap, start today, start today sampai ke ceroh) xgak jalan. hehe. Ok, azam suku tahun kedua. Jom kita azam sesama. Azam sebelum raya menjelma. Meh kita sesama kuruskan badan. Saya ada a few tips mahu dishare. Jom if nak joinlah. Ni tips saya. Tapiiiii... esok baru nak start amalkan. Haha.
  1. Amik 1 sudu besar pati Sunquick. Telan cam telan ubat (sesapa tau kesan disebalik peng'amalan' ini, bleh share. Mana tahu perut rosak ke. Tapi saya berjaya turun 1-2 kilo bila amal yg neh. Dicampur turun naik tangga.).

  2. Minum tiap pagi n b4 tido segelas teh tanpa gula. Perah beberapa limau kasturi. Bukan limau bali yer anak². Telan. Pergh, terbaeeeekkkkkkkk rasenyer.

  3. Cam biasa, minum air masak 8 gelas sehari. Saya minum 2 botol kecik air mineral sehari. Toilet sokmo.

  4. Nasi amik seminggu skali jek.

  5. Ni nak start posa Isnin n Khamis. Posa sunat sambil menyihatkan badan.

  6. B4 nak makan, sila makan buah dulu. Senang nak hadam.

  7. Sila amik breakfast (ni saya baru sedar betapa penting breakfast.)

Lain-lain tips. Meh saya share.

PERTAMA : Tips Turunkan Berat Badan Dengan Cepat dan Sihat Versi Cik Tom

Cik tom nak share tips turunkan berat badan dengan cepat tapi sihat dan tidak menyeksakan tubuh badan. Tips ni cik tom amalkan hasil pembacaan dari buku dan juga nasihat dari adik, miss yaty based on experience kawan dia. Sebabnya 2 tahun lepas (2009), berat badan cik tom pernah naik mendadak sehingga 57kg kerana masa tue cik tom makan ubat jenis steroid. Kesan makan ubat tue menyebabkan berat badan cik tom naik secara mendadak dan cik tom rasa self-confident hilang bila orang asyik tegur dan tanya kenapa makin gemuk. So, cik tom terpaksa ambil inisitiatif untuk turunkan berat badan dengan cara yang cepat dan sihat.

gambar diet berat badan

1. Yang penting jangan lupa sentiasa amalkan pengambilan sarapan pagi walaupun korang hanya bersarapan dengan biskut dan segelas air susu atau milo. Elakkan minuman berkafein di pagi hari ye. Tak elok untuk perut. Sarapan pagi ni bagus bagi meningkatkan kadar metabolism dalam badan supaya badan ada tenaga untuk proses pembakaran lemak dalam tubuh badan.

2. Sila minum air masak/ mineral/ kosong dengan banyak sekurang-kurangnya lapan gelas sehari. Air minum kosong ni dapat meneutralkan dan menyahkan kandungan sisa toksik yang terdapat dalam badan kita. Bila sisa toksik dah dikeluarkan akan memudahkan lagi proses turun berat badan secara cepat tapi sihat.

3. Pakai krim losyen pati halia setiap kali selepas mandi di kawasan yang berlemak seperti bawah paha, lengan, perut dan punggung. Krim ni ada macam-macam jenis sekarang di pasaran. Korang boleh cuba jenama mana yang korang suka. Tapi cik tom guna losyen mustajab yang modelnya Nora Danish yang comel tue. Krim ni juga membantu proses pembakaran lemak dengan lebih cepat.

4. Makan malam sebelum pukul 8 malam. Selepas pukul 8 malam elakkan mengambil sebarang makanan termasuklah makanan ringan. Kalau lapar sangat minum air kosong je lepas tue terus masuk tidur.

5. Korang boleh makan nasi seperti biasa pada waktu tengahari tapi elakkan ambil dalam kuantiti terlalu banyak. Kalau boleh cuba makan pada waktu yang sama setiap hari. Biasanya kalau cik tom dah sarapan milo dengan cereal, cik tom hanya makan biskut tengahari dan hanya makan nasi untuk makan malam sahaja.

6. Kunyah makanan lebih kerap untuk memudahkan proses penghadaman makanan. Masa nak cepat turun berat badan tue je cik tom rajin buat. Hehe..

7. Elakkan minum minuman bersusu krimer pekat mahupun cair. Sebab minuman bersusu krimer ni pun salah satu faktor besar menaikkan berat badan. Cik tom still amalkan tips ni sampai sekarang.

8. Elakkan minum minuman berais. Korang cuba la sabar sikit kalau nak berpantang untuk kurus ni sebabnya minuman berais ni boleh menyebabkan buncit dan juga tak elok untuk urat dalam badan.

9. Untuk makan malam, cik tom biasa minum air panas yang dicampur dengan serbuk milo bersama oatmeal atau cereal sahaja tanpa dimasukkan gula atau susu krimer bagi menggantikan makanan berat yang lain.

10. Satu lagi tips pakai korset jenis seluar. Ada pelbagai jenis yang dijual seperti jenama beautiful premium atau mrs kelly. Tapi yang ni kena tengok bajet untuk beli sebab harganya agak mahal. Tapi memang menjadi sebab ia macam berfungsi untuk kemaskan perut kita dan secara tak langsung mengurangkan rasa lapar atau keinginan nak makan secara kerap.

Itulah antara tips yang memang cik tom amalkan sendiri dan alhamdulillah turun berat badan dalam tempoh 2 bulan dari 57kg ke 47kg. Cik tom kurangkan berat badan sebanyak 10 kg dalam masa 2 bulan. Kalau jenis yang kuruskan badan atau diet dengan cara tak makan tue tak bagus untuk badan sebabnya badan takde daya ketahanan pada penyakit bila tak makan makanan berzat. Nak kuruskan badan ni yang penting kena konsisten dan berdisiplin. Kalau hanya semangat setengah jalan memang tak menjadilah. Good luck pada yang nak kuruskan badan.

Mesti ramai di antara anda yang berazam nak kuruskan badan, kan? Tapi, untuk menguruskan badan anda ke tahap ideal, ia bukanlah semudah yang disangka. Anda perlukan komitmen untuk merealisasikannya. Berikan diri anda ruang, masa dan usah cepat berputus asa. Anda pasti boleh!

Kalau anda beriya-iya nak kuruskan badan, sebaik-baiknya usahakannya secara semulajadi. Dengan menggabungkan 2 aspek iaitu pemakanan seimbang dan senaman yang konsisten. Biarpun hasilnya lambat sedikit, ianya pasti berbaloi.

gambar tips kuruskan badan

Gambar hiasan

Salah satu kebaikannya dapat anda lihat melalui kulit. Kulit akan kekal sihat dan tetap tegang sama seperti sebelumnya.

Justeru, terdapat 10 tips ringkas yang boleh anda amalkan demi mencapai impian tersebut iaitu:

1. Tetapkan matlamat anda untuk mengurangkan berat badan secara perlahan-lahan. Iaitu penurunan dalam lingkungan 0.5kg ke 1kg dalam seminggu.

Biasanya 0.5kg adalah angka yang biasa yang mampu dicapai oleh kebanyakan anda. Tapi jangan terlalu memaksa jika anda tak mencapai sasaran awal. Jika anda dapat kurangkan 0.1kg pun dah bagus untuk permulaan.

2. Sebaiknya, lupakan niat anda untuk mengambil sebarang ubat-ubatan dengan tujuan menurunkan berat badan. Lebih-lebih lagi tanpa mendapat nasihat atau kebenaran doktor plak tu.

Bagi anda yang nak menjaga otot, boleh ambil suplemen seperti Glutamin setiap hari selepas sesi senaman.

3. Ambil makanan dan minuman yang rendah kalori dan mempunyai kandungan nutrien yang tinggi. Kurangkanlah sebanyak 500 kalori sehari untuk tujuan mengurangkan berat badan.

Kurangkan juga pengambilan makanan ataupun minuman yang manis (kandungan gula yang tinggi). Lebihkanlah memakan buah-buahan dan sayur-sayuran segar.

4. Elakkan memakan makanan ringan di antara waktu makan. Sebaliknya, anda boleh gantikan dengan sekeping biskut krim kraker dengan secawan kopi atau teh kurang manis (rendah lemak). Ataupun makan saja buah-buahan sebagai ganti.

5. Banyakkan minum air mineral dan jangan meminum minuman beralkohol.

6. Tetapkan waktu makan anda setiap hari.

Sebagai contoh:


  • Sarapan di antara jam 7.00 ke 7.30 pagi,
  • Makan di antara waktu pagi dan tengahari (10.00 - 11.00 pagi),
  • Makan tengahari (12.30 tengahari - 1.30 petang)
  • Minum petang (3.30 - 4.00 petang)
  • Makan malam (6.30 petang - 7.30 malam)
Kemudian, disiplinkan diri anda agar makan pada waktu yang ditetapkan. Jika dicepatkan atau dilambatkan sedikit pun tak mengapa. Ikut keadaan dan kesesuaian anda.

7. Makanlah di ruang makan dan bukannya di depan tv.

8. Biasakan diri menggunakan pinggan yang lebih kecil semasa makan. Tujuannya supaya anda tidak mengambil terlalu banyak atau menambah lauk-pauk yang berlemak atau berkalori tinggi.

9. Penuhkan hari anda dengan melakukan aktiviti tertentu bagi mengelakkan daripada asyik teringatkan makanan.

Sebagai contoh:
  • Lakukan aktiviti senaman 3 hingga 5 kali seminggu. Lakukan selama 30 minit setiap hari.
  • Anda juga boleh pecahkan kepada 3 sesi setiap hari. Iaitu 10 minit untuk setiap sesi. Boleh buat 10 minit di waktu pagi, 10 minit pada waktu tengahari dan 10 minit sewaktu petang.

10. Akhir sekali, pastikan anda mendapatkan rehat secukupnya. Contohnya waktu tidur. Tidurlah dalam 6 hingga 8 jam sehari.

Semoga 10 tips kuruskan badan di atas dapat membantu anda kelihatan lebih langsing ataupun mendapatkan berat badan yang ideal.

Selamat Mencuba!

p.s: Anda masih tak puas hati dengan cara menguruskan atau menurunkan berat badan di atas tadi?

p.p.s: Apakan daya, itulah saja yang termampu saya kongsikan pada ruangan ini. Untuk penerangan yang lebih baik, anda boleh dapatkan tips kuruskan badan tanpa ubat-ubatan di sini yea.

Sumber : Petua Sejagat


KETIGA :7 Sebab Anda Gagal Turunkan Berat Badan


Masalah berat badan sering menghantui kebanyakan individu. Ianya seperti berhantu. Ramai yang dah lama berdiet, namun hasilnya AGAK mengecewakan. Akhirnya, usaha itu terkubur. Memang SEDIH.
Kenapa lar boleh jadi camtu?
Atas sebab itu, anda perlu menilai semula cara diet yang diamalkan selama ini. Mengapa ia kurang berkesan menurunkan berat badan? Kalau turun pun, hanya beberapa kilo aje. Walhal dah lebih 8 bulan berdiet. Penat tau!


Beratku cuma turun 3 kilo je?

Di sini, saya kongsikan 7 sebab yang membuatkan anda gagal mengurangkan berat badan. Sila ambil perhatian ya. Supaya anda tahu punca sebenar diet anda tak menjadi. Bukan tak jadi lah! Kurang menjadi jer


1. Elak waktu makan

Ramai beranggapan dengan "skip" waktu makan, ia merupakan cara terbaik untuk kurus. Sebenarnya TIDAK. Ini bukanlah caranya.


Sebaliknya, anda perlu mengisi perut pada setiap waktu makan. Pilih menu yang sihat dan seimbang. Contohnya sarapan pagi. Ia membekalkan tenaga terpenting untuk memulakan hari anda. Jikalau anda "skip", badan dan otak anda kurang bermaya.

Begitu juga dengan makan malam. Anda sepatutnya makan lebih awal seperti sebelum waktu maghrib. Atau lebih kurang dalam pukul 7 malam.

2. Enggan bersenam

Eeh.. mana boleh camni. Mahu atau tidak, anda MESTI bersenam. Tak cukup sekadar jaga pemakanan. Dengan senaman, kadar metabolisme tubuh anda akan meningkat. Seterusnya ia akan membantu proses pembakaran lemak dalam tubuh. Kemudian, barulah berat badan anda boleh turun.


3. Enggan menyentuh kalori

Badan anda perlukan kalori. Jadi, mahu atau tidak anda mesti ambil kalori. Cuma, jumlah pengambilannya perlulah bersesuaian.

Pengambilan jumlah kalori yang bersesuaian ialah;

  • Lelaki ~ 2500 kalori setiap hari
  • Wanita ~ 2000 kalori setiap hari

Anda tahu tak kesan pengambilan kalori yang terlalu sedikit pada tubuh??

Kadar metabolisme tubuh anda akan turun secara mendadak. Malah ia boleh menyebabkan ANEMIA.


4. Hanya makan buah dan sayur

Jika cuma ambil buah-buahan dan sayuran, tubuh anda tak cukup nutrisi dan mineral. Begitu juga dengan karbohidrat dan lemak. Tubuh anda perlukan semuanya pada kadar yang berpatutan.

Imej - Steve Baccon


5. Suka salad mayonis

Tak dinafikan, salad yang dicampurkan dengan mayonis memang sedap. Tapi jikalau salad yang anda makan telah ditambah pelbagai perisa (tinggi kalori), ianya tak bermakna langsung.

Gerenti berat badan anda takkan turun. Huhuhu...


6. Tak minum susu langsung

Saya tahu ramai yang tak sukakan susu. Terutamanya susu rendah lemak. Sebab tak sedap, kan?

Tapi, pengambilan susu rendah lemak membantu menguatkan tulang, melengkapkan keperluan nutrisi tubuh dan juga menurunkan berat badan anda.

Anda masih ragu-ragu akan kepentingan susu?

Sila ketahui dulu ~ Kenapa Anda Perlu Minum Susu?


7. Penurunan berat badan yang mendadak

Sepatutnya anda perlu risau dengan keadaan ini. Bukannya suka. Mesti ada yang tak kena pada diri anda. Dalam seminggu, penurunan berat IDEAL dalam lingkungan 0.5kg - 1kg.

Jika lebih dari julat tersebut, ia akan menimbulkan komplikasi. Di mana hati dan ginjal anda dipaksa bekerja keras untuk menggantikan glukosa dalam darah.

Sumber : Petua Sejagat

p/s : hermmmmmmmm...bereh? pada cik tom n petua sejagat, saya mintak kongsi yer? tq. Bagus utk saya, manfaat utk kita bersama. Silalah klik link Cik Tom n Petua Sejagat. Banyak giler petua diorang. Happy blogging. Saya bagi tempoh untuk diri sendiri berjaya turun dari 19 Mei 2011 - 19 Julai 2011. Hope berjaya. Chaiyok².

May 16, 2011

Temuduga KPLI

Assalamualaikum....

Skrang bulan Mei kan? Mei ni banyak hari pentingkan? Bukan Februari jek banyak hari penting ye? Bulan lain pun ado. Provokasi di situ. Haha. Taklah, gurau jek. Peace no warkan?. Btw, today is Teacher's Day. So, Happy Teacher's Day especially to my mom n my beloved Mr Hubby as teacher gak. Mama, seorang teacher yang tegar. Sampaikan weekend pun bz ngajor tuisyen sampai ke malam. Ponek kita menengoknya. Pengorbanan yang besau. Huh. Lagi 4 tahun eak mama nak pencen. Kan mama? Tapi, so far takdok sorang lagi anak² beliau mengikut jejak beliau. Buyinnnnnnnn... sila ikut. Bujieeeeeee... sila jadi cekgu inggelih.

Saya? Hampir nak capai position tuh tapi xde rezeki. Butttttttt... pernah mengajor BI, Muzik n lagi pe eak kat Sekolah Kebangsaan Kampung Bukit, Chendering tuh. Wah... vangga x? Hehe. Jangan memain dengan status cikgu ganti tau. Lesen besar tuh if ade sesapa yang memasang niat nak jadi cikgu. Surat tawaran tu leh jadi bukti utk interview cikgu tau. Mahal nilai tuh.

Sampai sekrang kalau terjumpa my pupil, dari jauh dah panggil, teacherrrrrrrrrrrrrr... Skarng pun, diorang add i kat FB, bleh saya tanya, sape neh? Huh, dasar!. Sori, teacher Nad x cam kamu. Ayat, baek punya cover. Dah besar dah korang eak. Time tu b4 konvo lagi. Tgh tggu konvo. Tahun 2006. Rezeki pas habeh study terus dpt offer cikgu ganti.

Ni, mama yang teman g submit form cikgu ganti neh. Turun naik opis. Tawakkal. Skali dapat offer n on jelah even kurang minat nak mengajor. Xsampai 2 bulan pun jd cikgu ganti. Btw, tq mama. Then dpt offer keje kat Subang n xsampai setahun dpt offer kerajaan. Alhamdulillah. Rezeki Allah Maha Kuasa.

Sekali dalam diam xdiam dalam keje gomen tuh, bleh plak isi KPLI online. Then, dapat xm kat Sekolah Menengah Sultan Sulaiman. Ni isi pun sebab opismate ajak isi sesama. Tup² a few months tuh, opismate ni bergegas nak jumpa saya then bertembung kat bilik Promosi. Ni tak call tak pe tau nak see me. Datang bersama sekeping kertas. Tahniah weh katanya. Saya, tahniah kenapa?


Mung dapat interview KPLI weh. Hah... cuak di situ. Terus ligat di kepala pe nak jawab, pe nak pakai, style camne. Nak mintak tips n semua ngan sapekan. Haha. Selalu camtukan. Someone yang bersungguh² nak sesuatu tapi orng sekeliling yang menemani yang sekadar bg perangsang n support, orang tu yang mudah dan murah rezekinyakan? Betol ke teori nih? Gasaklah dek non. Hehe. Asal, sampai maksud.

Then, tiba masa, saya pergilah interview ditemani suami, ibu dan adik tersayang. Pesan teman yakni Cik Azua, n geng² yang dah pernah interview KPLI dan bergelar guru dah pun. If time xm tuh, pesan mereka, kalau boleh, time exam tu penampilan silalah dah macam cikgu, pakai name tag, beg bawak ala² cikgu semua kan? So, saya ikutlah. Nmpk cam remeh. Tlglah jangan pakai selipar jamban or sandal nak ke mall. Dah terang nak apply gomen, so please behave. Nak dpt keje bukan senang. Kita dah dpt offer nih, ikutlah peraturan. Mudah. So, saya ikut that tips. Bace pe yang patot pasal isu semasa dan perguruan n Alhamdulillah lulus exam.

Sure korang terpikir, ade ke yang datang check dari A - Z penampilan kita time bz nak exam tu kan? Itu, yang korang pk, so sila pk positif. Manalah tahu, ade di antara calon xm tu, person dari KPM ke, JPA ke kan, sapa tahu? Bersiap sedia sajork. Xpakai pitih pong.

Ok. Time interview. Saya bawak coat. Pakai kasut bertutup lengkap berstokin, name tag. Baju, sila pakai jangan ceria sangat. Naik berpinar interviewer tu nanti. Mood harus ok dan tenang n jangan stress. N jangan over confident dapat n bercakap melalut. Make up sila ala kadar.

Kami bertolak awal. Kena interview di Institut Perguruan Sultan Mizan, Terengganu untuk Kursus Pengajian Kajian Sosial bg Sekolah Rendah. Sampai jek, terus daftar n take mood dengan setenangnya. Harus di situ. Tengok dah ade 2,3 orang dah calon. Then, saya diminta check list yang perlu di bawa sewaktu diinterview. Siap semua then terus maniskan muka bersalaman dengan calon n berkongsi tips. Diorang banyak bawak tips. Saya, zero. Hafal pe yang patot jek. Rukunegara berbuih dah kat mulut. Cea, big talk di situ. Tak baek. Jangan amalkan yer.

Saya tengok penampilan mereka sangat simple. Atau, akukah yang over? Kenapa ade setengah pakai sandal jek? Bukanke nak apply cikgu? Sedikit down di situ. Terus think positive. Watpe ikut orang. X semestinya diorang betol dan kita ni di pihak yang benar? Haha. Sila ikut kata hati tp jangan sampai mati yer.

Sesi pertama interview, kami dipanggil secara berkumpulan. Pesanan interviewer, sila bercakap bila hanya diarahkan. Jangan menyampuk bila calon lain sedang bercakap. Lontarkan idea bila ditanya dan diperlukan sahaja. Jika tidak, pemarkahan mungkin ditolak. So, sila ikut. Alhamdulillah, semua calon adalah, ok.

Sesi kedua, sesi individu. Saya cuba cool. Relax, Nad. Berdebor tunggu calon yang kena interview tuh. Pe lah panel tanyekan. Then a few minutes tuh, sudahlah calon neh. Geleng² kepala, cakap susah. Saya dah, alemak. Pe di tanya? Saya sempat hafal satu dua tiga perkara, pe eak. Lupa. Hafal je satu then pepandailah hurai. Goreng.

Tiba time saya, cool Nad, cool bebeh. So, masuk bilik bagi salam. Ceh, mcm pengantin plak kan. Haha. Ketawa jahat. Kenalkan diri. Disoal segala macam n alhamdulillah dpt jawab dengan baik. Tiba satu soalan yang saya rase tersentap di situ.

" Okey, semua soalan yang diajukan, puan jawab dengan baik. Dan saya suka penampilan puan yang kemas dan bagus. (lebih kuranglah katanye. Aku pun xhengat dah). Cuma satu jek saya nak bertanya...", Panel steady.

" Erm, terima kasih ", balas saya n angguk.

" Puan tengah mengandung ker? ". Pergh, soalan baek punyer. Saya tersentap dan bebetol tergamam. Sebab saya dah tahu prosedur pengambilan dan pemilihan KPLI camne kan.

" Erm... ", saya serba salah. Takkan nak jawab tak kot coz sudah terang lagi bersuluh saya mengandung 2 bulan camtu lah. Tapi kurang nampak n dicover dengan coat. Kebetulan. If saya jawab tak, takut jadi macam kandungan pertama. If menipu, lagi naya. Kursus perguruan ni ketat juga if terpilih kan? Nak ke terboyot kiri kanan kan. wat aktiviti? Susahkan orang plak. So, saya jawab...

" Ya, saya mengandung ". Panel terus menyandar. Diam seketika.

" Saya memang akan pilih awak jika prosedur kami mengizinkan berbuat demikian. Tapi, puan faham kan prosedur kami. Jadi, saya terpaksa KIV puan ". Sedih saya di situ. Tapi, tak tahulah kan maksud di sebaliknya. Btw, anggap je takde rezeki. Mana tahu, Aisya Qistina bakal guru profesional nanti? Ikut jejak Tok Wan dia. Hehe. Amiinnn.

Pepun, Selamat Hari Guru buat semua para guru di dunia. Guru² saya di Tadika Durian Mas, SKDM II, SKDM I (time pertukaran pelajar), SMKDM, SMK(A) Khairiah (kejap jek coz homesick) KYPMKL, UK Malaysia, geng² Sains Pembangunan yang bergelar guru, rakan² yang bergelar guru, guru² yang mengajar saya secara langsung dan tak langsung mean opismate yang ajar saya pasal keje, para ustaz n ustazah yang ajar saya mengaji n so on. Terima kasih di atas jasa baik anda semua dan semoga Allah swt membalasnya. So, berkhidmatlah dengan cemerlang demi anak bangsa, agama dan negara. Ewahhhhhhh...

Dannnnnnn... pada semua student sila HORMATI GURU ANDA. Nanti besar barulah nak menyesal x sudah.

Apr 5, 2011

Lama weh dok panjat gunung

Assalamualaikum...

Ecece... ayat tak ingat eak nak panjat gunung. Ek elleh, sesapa yang kenal saya tuh sure kat mulut terus terkeluar, bleh ke panjat gunung neh. Macam x larat je napok...

Haippppppppp...

Lu x kenal gua, lu jgn manyak bunyik yer...

Berjujuran ayaq liuq tgk Kak Jemah panjat gunung. I missed so much dat time. Jeles!

Gunung pertama saya jejak adalah Gunung Tebu time Jamboree Asia Pasifik di Negeri Terengganu. Wakil pengakap sekolah katakan. Pancit lol. Haha.

Kedua Gunung Nuang. Time tu wakil kolej untuk larian pe ntah. Lupe mak.

Then Gunung Bubu kat Perok ler. Ngan cik abang i lah. Time chinese new year. Bukan ngan cik abang saje tp ada 1 group yang pakar dalam selok belok perhutanan, then geng mr hubby i lah. Kali ni berjaya ke puncak. Ececece... ade BEST supporter kan. Haha. Sure bajet tercabar punyer. Btol x?

Tahun 2008, plan nak g Gunung Kinabalu tp xlepas sebab time tu tengah pantang. MANA ACIIIIIIIIIIIIII... haha terus xkasik mr hubby join. TAK ADILLLLLLLL... haha.

Terus menggeliat betolkan urat menyurat. Bajet leh lagi ke panjat gunung neh. Rindu masuk hutan n join outdoor aktiviti.

Last year plan ngan geng YPM nak g Gunung Stong... Adowwwwwww... semua x jadik pergi. Saya baru je lepas pantang anak kedua. Yang sorang tuh, wife baru bersalin. Si Asri plak no hal tp baru kawen, x syoklah weh nak kacau. Haha. Bila weh nak reunion kat gunung? Gerak² lah weh... Kakaka. Kumpul geng. Ni asyik² reunion kat hotel, kat restoran, kat pantai. Pe kata kita wat kat gunung pleks kan?

Tak pun kita g bukit pe kat area Kajang tuh? Alah lope mak... Tolong ingatkan daku? Cantik tempatnya di situ. Nak pigilah.

Haippppppppppp... panjat² jom... hiyahhhhhhhhhh...

Jan 25, 2011

Just For Me

♫•*¨*•.¸¸♥¸¸.•*¨*•♫♪ Happy Birthday To You♪♫•*¨*•.¸¸ ♥¸¸.•*¨*•♫♪Happy Birthday To You ♥ ♥ ♪♫•*¨*•.¸♥¸¸.¸.•*¨*•♫♪Happy Birthday To Me ♪♫•*¨*•.¸♥¸¸.•♫♪ ♪♫•*¨*•.¸♥¸¸.•*¨*•♫♪Happy Birthday To You ♪♫•*¨*•.¸
ewahhhhhhh...

Mr Hubby aka saya punya suami lah wrote:

"I prayed to Allah for a love so true now, I, realize He already knew. In time my prayer WAS answered, the most wonderful woman HE BLESSED ME WITH YOU...mwah²²²"
♥♥♥

"just for u...:



wahhhhhhhh... so touching.
many thanks Mr Hubbyku. So sweettttttt. uhuk.

:: I ♥ U till the end of my life. ::
:: U're the best i've ever had. Mwahhhh ::

Jan 24, 2011

Esok Hari Ape?

Anybody know what day is tomorrow?
.
.
.
.
.
.
.
Hari ni hari Isnin...
.
.
.
.
.
.
.

Besok hari ape?
.
.
.
.
.
.
.

Selasa?
.
.
.
.
.
.
.

Ye ker?
.
.
.
.
.
.
.
Tgk blk berapa haribulan
.
.
.
.
.
.
.
Tak kisahlah bulan Islam ke?
.
.
.
.
.
.
.
Sapa tau angkat tangan.
.
.
.
.
.
.
.
Tak moh ah angkat penumbuk.
.
.
.
.
.
.
.
Tak moh ah, wat muke " ek elleh". Buruk eh eden nengok weh.
.
.
.
.
.
.
.
" be my guess, my all
dear reader, my ♥..."


p/s : hade haku kesah... hehe.

Jan 20, 2011

Contest Kenapa Tulis Blog

Jom pakat join meh. Hadiah menarik neh. Kat mane? Hah, silalah membaca dulu yek. Jom.


Salam Kak Zaimah - tuan empunyer Blog Beutiful With Brain. hehe.

Kenapa Saya tulis blog?

  • K = Kenapa saya tulis blog?
  • E = Erm, suka suki nak berkongsi pengalaman hidup seharian
  • N = Nak tau bila saya start berblog?
  • A = Actually, start blog on September 2007, almost 4 years kan?
  • P = Pelah, xde orng kisah pun kan? Hehe, kaypoh
  • A = Ala, saje sharing, kate “ Sharing is Caring “, kan?

  • S = Start menulis time tuh, bahasa ala - ala jiwang + blues sket.
  • A = Almaklumlah, time muda belia n baru hbs study.
  • Y = Yeah, sampai terasa rugi coz lambat join blog neh
  • A = Agak memuncak rasa nak menulis di blog bila melihat blog² org,penuh info yang boleh dikongsi, mcm blog V.I.R.U.S.P.A.D.U neh

  • T = Tatkala teruja bila dpt tau, dengan blog kita leh dapat income masyukkkkkkk punye, kan? Tapi kena RAJIN.
  • U = Uhhh, wallah lah wa ckp kat lu. hehe
  • L = Lagipun, xrugi berblog neh, selain kita dapat...
  • I = Isi masa, pengetahuan pun dpt ditambah
  • S = Selain tu, membuatkan kita lebih kreatif + inovatif di dalam berblog

  • B = Biar betik, dengan blog kita jadi lebih kreatif + inovatif?
  • L = La, btol lah. Kreatif lah sampai ligat kepala hotak nak create tajuk entry yg boleh attrack pembaca, tu xmasuk bab mengarang lagi,
  • O = OMG, Inovatif plak? Salah satunye, penampilan blog kita. I mean, hiasan template kat blog kita n so on. Menarik ke x orang nak singgah baca, hah, camtuh. Contohnya lah...
  • G = Gagaga... peberet words Kak Jemah kita. Ehe.


Saya takde blog, teringin nak ada blog?

S. A.Y.A + T.A.K.D.E + B.L.O.G, + T.E.R.I.N.G.I.N + N.A.K + A.D.A + B.L.O.G? =

  • - hah, sape yang takde blog tuh?. Sila wat satu tp niat kena ikhlas n suci dan bukannya create blog semata-mata berniat jahat untuk memalukan dan mengaibkan orang. INGAT!!!. Sekali kita mengaibkan orang, berbillion², kita akan dimalukan. Heheh. Allah itu ada. hehe


Saya suka baca je, sebab?

Saya suka baca je, sebab...

Saya tak nak HANYUT dan saya tak nak JAHAT. Saya suka baca blog yang ada unsur keilmuan dan perkongsian. Jika sedih mahupun rawan, saya boleh MENCARI KONKLUSI sekiranya diri ini sedang mengalami simptom² KEBAHAGIAAN DALAM PERPISAHAN (mintak dijauhkanlah, nauzubillah). Sesungguhnya, pada saya, blog bagaikan PELITA yang seakan menyinari kehidupan ini. Tanpa bacaan dari blog, hidup bagaikan tiada CINTA SEMPURNA. Tapi itu, tidak bermakna mereka yang tidak gemar membaca blog, kehidupan seharian mereka sudah berNOKTAH CINTA. Oh, tidak. Apapun, saya tidak mahu ber DRAMAKING di sini. Hadir saya semata ingin mencuba nasib di contest Kenapa Tulis Blog anjuran V.I.R.U.S.P.A.D.U ini. Oh, ku bersyukur kerana KU ADA KAMU wahai Blog V.I.R.U.S.P.A.D.U. Blog yang EKSTRAVAGANZA gitu. TOLONG INGATKAN AKU untuk BERLARI mengucapkan SELAMAT MALAM kepada penganjur contest ini bila malam menjelma agar beliau bermimpi untuk memilih diri kerdil ini sebagai salah seorang pemenang. Haha. Maaf wahai Kak Zaimah yakni tuan empunyer Blog Beutiful With Brain. hehe.

Salam ikhlas dari SOFEA JANE... tettttttttt. Silap, Puan Nad. Jemput singgah ye makan² kat Desa Maya saya di sini.

p/s : yg ni, yg asal, yg hantar kat penganjur ada editing sket. hehe. Selamat join yer. Hadiah lumayan.

Jan 11, 2011

I ♥ Apple Product

OMG...
U know what. I am really ♥ with Apple Product since saya study dulu. Siap berangan lg nak beli 1 set komputer brand apple (ko hengat ko anak datok nak berangan bagai membeli brand itu mcm? stakat student, ada hati). Sila refer entry lepas di sini.

Kini, dah kerja. Hurm. X pernah lagi neh membeli hadiah utk diri sendiri. I mean yg mahal lah. Owh, saya sudah jatuh hati dengan iphone4 n ipad. So any suggestion? Which one? iphone ke ke ipad. Apa? Kopak poket? Hahah.

Owh wokeh, begini kesahnya. Ramai member kat sini suggest kat i yg i should change my handset...

Kisah Pertama
" tepon ko ke nih, nyah? ko letak memana pun, xhingin org rembat nyah, not style "

Kisah Kedua
" Ya Allah, tuko jelah henset baru bohhh... sian tgk "

Herm... memula tuh, wat bodoh jek. Kata org, alah bisa tegal biasa. Tapi lama kelamaan, aura ingin menukar itu dtg dengan tetiba. Apakah?!!. Adakah dek kerana 2011? Jeng².

Pasal ipad plak.
Semalam on meeting.

Dok sebelah staff neh. Asyik ngan hensetnya. U know what, pe brand dia pakai? Iphone4 bohhh.

" Wah, iphone tu, brape ni? ", terus kepoh kan. Dah minat so kena wat banyak survey. Am i right?

" Dua tujuh ", jwb mamat neh ringkas. 27? Dua ratus tujuh ploh ke, dua riban tujuh ratus? Aku tetiba blur. haha.

" 2700, 32 gig?", biar betik..." wah matik mak kena collect duit neh. Takpe asal puas hati. Aku nak jugak. Motivation for myself.

Tetiba dtg sorang mamat neh dok sebelah kanan saya. Dia the 1st person yg using iphone. Memula iphone 3GS. Now, iphone4 16 gig. Time tu dia beli at UK. Yg 3GS tu, dia kasik wife dia. wah best.

Boraknyer borak, mamat yg dok right me nih, suggest i amik ipad. Coz handset dah ado even cikai tp we should bersyukurlah kan. So, i dah penin.

So, any idea my love buddy oso silent reader? Ape, u all nak hadiahkan i sempena birthday i nnt? Owhhh, so sweeeeeeeeeet. Perasan je mak neh.

p/s : untuk phone, brand yg i minat ialah, 1st ofkos Apple brand. 2nd SONY brand n 3rd NOKIA brand. herm...

Dec 19, 2010

Ai Pad Buah Epal

A new gadget by Apple.
I loike.
Wah... lucky me coz xbeli lappy lagi. Hehe. Beruntung jd orang sabor neh. Sabor ke? hehe.
Btw, mr hubby ku, jom kita rembat.
Dari dulu lg minta barang Apple neh.
Konon time study dulu dapat Mara mau rembat Pc Apple, tp mcm kelasss plek mak nih kan. So, xpe, belajor rerajin, nnt keje ok n stabil, kita beli nak?
So, masa dah time. Jom kita rembat.
RM 1,549.00
Murah tuh, free shipping lg tau dek non.
For more info, just click on
http://www.apple.com/asia/ipad/
&
Ipad Apple Store
also
Ipad Price

Jom kita shopping.

p/s : saya jugak minat Iphone. Hehe. Which one? Dah tetua br nak maniac gadget. Nokia C3 ok ker? Blackberry Bold ada promotion kan? hurm... Sape mau belanja?

Dec 16, 2010

Dah lama dah plan, today baru dipermudahkan...

Ehem. Salam. Tajuk entry mcm tersirat dan tersurat kan. heheh. Btw, pas usai program keagamaan pg tadi, waktu minum pg tiba, sempat jap mencelah ke kedai accessory kereta. Pe saya teringin? Nak pasang alas kaki yang tebal tu, xnmpk sgt kehabukan dan kekotoran keretakan. Sesambil tu g menampal skru yang tertanggal, tepi pintu yg hampir tercabut (xtau pe kebenda org panggil. haha).

Aha, cermat keje Chinese boy nih. then leh nego² plak harga dia. So dapat RM80.00. Asalnya RM100.00 per set. Quite oklah kan. Pe lg bwk opismate yg kenal ngan bro pd Chinese boy nih, so senang citelah. Ade duit lebih sket, pe kata kita tambah lapik utk but belakang plak? Okeh? So, totally is RM 140.00. heheh. Bukan selalu. Nak tahu berapa lama tertangguh neh? huh, almost 2 yearslah. haha. keji kan? Alhamdulillah, sampai gak hajat.

Pe dia? Gambo? As usual, my Sony is kong. Nntlah i hupdate gmbo. Alasan basi.

p/s : xsabo tggu hubby pulang. hehe. Hope selamat tiba.

Nov 23, 2010

Exam Time Fever

haha... muka + badan yg tembam equal demok... time i'm preggy on 1st baby... baby boy... if arwah masih ade, Insya-Alllah dkt 4.0 kg tuh time delivered, xpe Arwah Darwish tggu papa n mama n Adik Comel Kamu, Qisya kat 'sana' ye sayang... Semoga tenang disisiNya. Amiinnn.

by the way, mimik muka di atas boleh tak dikategorikan sebagai tengah menjawab exam atau dengan kata lain, sila buat satu karangan pendek berdasarkan gambarajah di atas. aha, samada si demok di atas sedang pikiran sesuatu mahupun sedang ketiduran mahupun sedang menahan kelaparan yang seakan membunuh (adowww... sebisa lagu Cinta Itu Membunuhku. Tak gitu ♥ E*_Lz? haha... (jgn sesekali cuba mengacau my life jika saya sudah tidak mengganggu hidup anda yer... wahhh takuttttttttt dengan statement tersebut. Maafkan saya. Jom berdamai. haha. saje wat kontroversi. INGATtttttttttt...tingkatkan prestasi, kurangkan kontroversi...eceee).

Pernah amik SPM or STPM or STP a.k.a Sijil Tunggu Pinangan? haha. tulah, mak pak suh blajo rerajin, ade kamu mahu? ado? nan hado... last menyesal xsudah. ni mak nak membebel neh. haha.

Tgk adik² selari bergegas time saya ke tempat kerja setiap hari bersama Mr Hubby tercinta teringat n kenangan kembali menggamit tatkala pernah bergelar seorang pelajar sekolah . Sangat manis tika itu tapi kenangan yang mengusik jiwa dan berbekas di hati hanya ketika bergelar siswi di sebuah kolej di Cheras. herm... dek topik berkisar SPM n so on, moh kita story mory pasal SPM n musim exam yang melanda sikalang.

Seperti biasa, bulan exam semakin hampir, time tulah baru saya bx menelaah. itupun gigih study siang malam merempit ke rumah my bestie. siang dengan kelas tambahannya, malam bagaikan burung hantu konon bekerja keras utk raih result bagus. hehe. tapiii... kuar malam dengan izin mak pak tau. siap bwk my little sista lagi wat teman n otw blk umah around 11.00 plus² pm, follow geng laki pulang sekali. lucky me coz dok area sama so alhamdulillah kami selamat. Saya yg penakut tahap gaban neh, press minyak xhengat donialah weh. Seram benar kot² ada minah lampi sesat tumpang bonceng sama. Takut makkk dek non weh. hahah. Tika itu, takde lagilah kes jenayah menggerunkan seperti sekrg neh, naik basikal pun kena tarik pe lagi yg berjalan kaki sensorang. nauzubillah, pohon dilindungi Allah sentiasa kami sekeluarga dan umat yang lain, Ya Allah Maha Kaya.

Kami study dalam 6 - 9 orang camtu kekadang tak cukup korum. Seingat saya, Azlan, Adi, Zuhairi, Sam, Semek a.k.a Suriati, Maisarah, Yana n me. Ade yang terror in Math, Add Math, Sains Tambahan, Ekonomi n so on. Akaun pun ade. hehe. So kami study selalu di rumah si Semek ni lah. Senang sket dia payah nak gerak coz takde kuda nak merempit so we all study situ.

B4 masuk exam hall, ohhh pantang bebenor mak nenek aku bila ade 2,3 student dok bush² bincang pe yg dah study. weh, aku xlehlah, hilang konsentrasi. mcm hilang semua pe dibace. walhal if jika kita x stress n terima dengan tenang n join skali pe yang di debatkan, Insya-Allah, kita akan leh recall blk pe yg dah kita luahkan tadi. Siap leh hurai n rumus lagi di setiap bait pembentangan tadi. Time tulah pe cikgu ajar mencurah² keluar itupun kalau korang pay attention sepenuhnyalah time cikgu cikgi mengajar di depan. Saya suggest ni sbb saya pernah buat. Xpe, sempat lagi utk paper esoknya if ada hati nak try. Ni dok main mate plekkk. Apo kono eh jang dara weh. Time mak pak suh, blajor, blajorlah. Ni kang bebesor matang nnt tgk org pakai keta bebesor, umah bebesor mulalah menyesal merungut xsudah. huh. Menyesal dulu pendapatan, menyesal kemudian...Lu pikirlah sendiri. Taulah even xde sijil punleh berjaya tp pernah dengar kan n selalu dengar kan bahawa ilmu itu penting itu jaminan diri sendiri. ecececeh.

Alhamdulillah time SPM berlangsung, saya menjawab dengan tenang dengan tenaga pengawas peperiksaannya yg sgt sporting time bertugas n sentiasa bagus memberi kerjasama. Time tu tahun 1998. Bila ade student yang buntu, blank, mata melilau kiri kanan, kepala sesetengahnya kalah giraffe, tangan seakan terkena patukan ulau dok mencari kot² ada nota terselit di sisi meja, malah meja siap sedia kukuh berdiri bleh jek tetiba bergoyang sedikit kendian kuat lak bergeraknya pohon perhatian. haha, kelakau plek bila teringat balik. Meh kita cerita cerituk time exam a few subject yg selalu ade student yg seakan bukan student jadinya...

Bahasa Melayu
- Wahhh... kalau subjek neh, herm... fail lah kalau bangsa Melayu x reti menjawab bahasa ibunda sendiri. Selalunya time paper subject neh, memasing tekun menjawab. Garuda lalu pun bagaikan sang bayu mendesir lembut saje. Kecuali kalau bab pilih soklan antara puisi n pantun ke pe or karangan yg mengandungi bahasa zaman P Ramlee dolu-dolu. Saya prefer choose karangan tersebut coz senang nak ulas n alhamdulillah pilihan saya tepat.
- lagi satu tang kena bina ayat dr perkataan yang bunyinya sama tp berlainan maksud. Cthnye eak jap. Time tu x silap saya, peperiksaan penggal ke percubaan ntah. lupa mak. Antara perkataan yang diberi adalah DASAR.
Jawapan pertama pe ayat yang saya berjaya buat adalah dasar laut. Lupa pe ayatnya. Jawapan kedua pe saya buat? Aha, time nilah saya bleh blank n siap semua soklan lain saya jawab tggal ni je last blom dicoret pepun. Last², bila cikgu yang awas periksa tu cakap time's up, saya mulalah gelabah. Jawapan TERBAEEEKKKKKKKKK pernah saya wat adalah... jengjengjeng...
" Dasar lelaki tak guna, sanggup kau buat aku macam ini", kata si polan kepada si polan berkenaan. Hah... camtulah lebih kurang bunyiknye. Pandai tak saya. Haha. Sila gelak if kamu mahu gelak. That cikgu siap sound lagi pas dpt result tuh. utk BM penggal / trial tu kot. Seb baik dia tak ingat sape student tu if tak mau kena bantai gelak seminggu. Cet.

Add Math
- tadi BM nyer paper, Add Math plek? hoh, saya lagilah terer, dahlah math saya paling anti, pernah skali kuiz dalam kelas, tau berapa mark saya dapat utk add math? ni meh mak nak bagitau, 97% tuh, sape nak kasik weh... tp kuiz tu that my cikgu wat utk 1 tajuk jelah. semua kelas hampir score A tau. Bak kate Nabil, semua nak A jelah. Happy je raut wajah cikgu. Tapi serius ckp, saya memang gemar that topic tp xleh gak nak score time SPM coz pening tgk angka berangka neh. Tapi bila exam, pe saya dah buat? terer nyer terer, saya siap salin balik semua formula yang diberi utk setiap soklan. Bijak tak? Memang bijak. Study tp tulah, wat lebih kurang. So jgn jd macam saya, study kena bebetol. Result? pepaham sendirilah weh, 6 pening ke, cangkul ke, korang pepaham lah.
- Tapi hairan bin ajaib plak bila masuk kolej n U jek, leh plak score math nih, paling kurang dapat B. herm... bak kata pepatah, Nak 1000 daya, x hendak 100 plus lah jawabnya. hahah.

Science
- Subjek ni saya suke. Selain ade berkait rapat dengan our life our body, this subject sgt mengujakan n interesting. Leh godeh otak utk terus berfikir. y jd camni y jd camtu. Macam minum Anmum plak kan. Alhamdulillah xsangka leh dapat kredit plak utk this subject.

Sains Tambahan
- wah, ingat leh scorelah this subject tp xlucky. Saya suke cikgu yang mengajar this subject. Masyuk jek. Lagi best bila exam besar tuh, ade pengawas yg baik hati betolkan pe saya silap then saya pe lagi siap amik kesempatan menyoal soalan berdekatan samada btol ke idok kan. hehe, malas nak melayan, so dia btolkan n iyakan sajork pe saya jwb atas paper tuh. hahah.

Bahasa Inggeris
- ehem, subject ni saya suka coz my mom is a teacher. But she is teaching at primary school. so, i am her daughter should be success in this subject. Every year since form 1 until 5, i always struggle to improved my english. Right now pun my grammar out of service. haha. not very well in English.
- xsangka plak bila result sobonar keluar, i got credit for this paper n i was surprised when my teacher Mrs Marina target me leh score for this subject. hehe. Thanks madam, you are the best. Sukeeeeeeeee n sukieeeeeeeeeeeeeee...

Lain-lain Subject
- ade sesetengah tu pantang lepa sket je pengawas, ade terus kertas melayang dari meja A ke meja B, then si B cepat² menyalin semua jawapan. haha. lehlah ko marks kat situ. Lucky mung ah weh. Aku je terkulat² tgk tp, i baek eak, takde ah jeles tahap gaban g bangun ngadu pe kawan wat kat belakang or depan kita. Takpe, pe yg penting Allah ada, bergantung n tawakkal je padaNya. Dia Maha Adil n Bijaksana kan?

- ade jugak yang terer taruk buku dalam toilet. Sekejap² si polan ni plak terkencing, siap² si anu tu plak terberak, ade sajork yang menyusul. Dpt pengawas sporting, no hal lah kan, semua jalan. hehe. time tuh dah tak nmpk dah signage toilet laki ke pompuan, main blasah jek, yang penting mahu hidup tp berkat ker? hah, menjawablah korang. hehe.

- pe laie esei nak cito eak. korang ade nak kongsi?

p/s : jomlah kita share coz sharing is caring but kate sumone yang owex xpueh hati ngan i "SHARING IS SCARINGGGGGGGGGGGG..." kesian that person. sudah²lah tuh yer...

By the way...
ALL THE BEST TO ALL SPM n STPM CANDIDATES...
MAY ALLAH BLESS U n DO THE BEST...
Bace doa bebanyak, ayat Qursi tu amalkan. Insya-Allah, mudah n terang hati kamu semua.

Jangan lak jd mcm kat bwh neh yer...

selamat nyer jawapan

ecece... korang pernah guna ayat style cenggini utk mendapatkan jawapan soklan lain punnnn? xkan xde punnn kan...

pic neh, korang yg xpaham ke korang nak wat pe sobonar eah...

that pic so funny. so be careful, pandai mkn pandai simpan.

GOOD LUCK DIK...

Nov 1, 2010

Doa Untuk Memperolehi Anak Lelaki


Ehem...
Actually doa ini boleh diamalkan untuk anak dalam kandungan dipelihara Allah S.W.T dan juga sebagai doa untuk memperolehi anak lelaki.

Cara amalannya adalah :
  • Doa ini dibaca sebanyak 3x (oleh suami) dengan meletakkan tangan di perut isteri yang sudah hamil 3 atau 2 bulan.
Doa ni saya dpt time g teman my opismate, mek Anie yg g scan her 1st baby. Alhamdulillah dah besau panjang pun anak dia. Baby boy. Time tulah i got this doa. Ade pahem. Dah start keje pun si ibu neh.

p/s : So, selamat beramal and senantiasa bertawakkal kepada Allah S.W.T yer. Saya hanya berkongsi.

Oct 27, 2010

Time Management

Something will master and something will serve. Either you run the day or the day runs you; either you run the business or the business runs you.

Learn how to separate the majors and the minors. A lot of people don't do well simply because they major in minor things.

Don't mistake movement for achievement. It's easy to get faked out by being busy. The question is: Busy doing what?

Days are expensive. When you spend a day you have one less day to spend. So make sure you spend each one wisely.

Sometimes you need to stay in touch but be out of reach.

Time is our most valuable asset, yet we tend to waste it, kill it, and spend it rather than invest it.

We can no more afford to spend major time on minor things than we can to spend minor time on major things.

Time is more valuable than money. You can get more money, but you cannot get more time.

Never begin the day until it is finished on paper.

Learn how to say no. Don't let your mouth overload your back.

Time is the best-kept secret of the rich.

~ Jim Rohn ~

Makluman Kepada DISTURBER yang gemar ANNOYING.

Penafian @ Pemberitahuan...

Makluman kepada semua

PEMBACA SETIA saya (kalau adalah. Hehe) n also my SILENT READER (yelah dah xboleh nak ganggu i guna anonymous kat commentkan, so terpaksalah DECIDE jd silent reader jek, huhu... so good luck too lah yer. Selagi rase panjang umur nak mengganggu hidup orang. OBSERVElah selagi MAMPU n jgn sampai bahankan saya. So, sure x takutkan jika diri anda xsempat pohon MAAF) n also yang menganggap diri kerdil saya ni sebagai MUSUH kepada diri anda sendiri, yang bahawasanya…

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di Bukan lagi Finger Note's - kini notapuan – nad Blog ini tidak boleh ditiru mahupun diplagiat, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada Tuan Empunyer Bukan lagi Finger Note's - kini notapuan - nad.

Juga dimaklumkan dan diperingatkan sekali lagi bahawa apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi seperti mencanang perkara yang tidak baik, buruk, memalukan, mengaibkan berkenaan perihal diri saya juga seluruh keluarga kaum kerabat saya di blog kepunyaan anda (termasuk laman sosial yang lain), sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik (media elektronik) termasuk di media massa, adalah melakukan suatu kesalahan, TINDAKAN BOLEH DIAMBIL mengikut akta

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998. If terasa DIVA n BERKUASA sgt nak menganggu n mencuba sesuatu yang membuatkan saya tak akan sesekali menimbangtara untuk mengambil TINDAKAN terhadap anda, dipersilakan. If you are PLAYING FOR KEEPS, so, pleased. I will do a same thing. So, good luck!

Sesungguhnya, setiap gerak geri buruk anda yang cuba bersikap

PENGGANGGU boleh dikesan secara terus. Harap Maklum n beware.

\('c*)v :: Peace no war n

u ollsss.

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

BAHAGIAN X - AM Bab 2 - Kesalahan Dan Penalti Tambahan

Seksyen 233. Penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian, dll.

(1) Seseorang yang—

(a) dengan menggunakan mana-mana kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi secara sedar—

(i) membuat, mewujudkan atau meminta-minta; dan

(ii) memulakan penghantaran,

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau

(b) memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik,

adalah melakukan suatu kesalahan—

(2) Seseorang yang secara sedar—

(a) dengan menggunakan suatu perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi memberikan apa-apa komunikasi lucah bagi maksud komersial kepada mana-mana orang; atau

(b) membenarkan suatu perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi di bawah kawalan orang itu untuk digunakan bagi suatu aktiviti yang diperihalkan dalam perenggan (a),

adalah melakukan suatu kesalahan.

(3) Seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen ini apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan hendaklah juga boleh didenda selanjutnya satu ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

sumber rujukan dari http://www.skmm.gov.my/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...