FEEL FREE TO CLICK MY NUFFNANG YER...TQVM :)

Nov 17, 2013

Sponsored Post Opportunity: NESTLE Natural Set Yogurt Recipe Challenge - Udang Sambal NESTLE Natural Set Yogurt

  Sponsored Post Opportunity


Assalamualaikum semua.

Fuh, Blank. Totally blank. Tak tahu nak start macamana. Nebes. Hikhik.

Oklah, i just wanna ask u sumthing. Pernah makan yogurt? Suke makan yogurt? Minum yogurt? Suke kan? Me too.

My daughter everyday nak minum yogurt. Satu botol hanya dia seorang. I nak minum, kena mintak izin. Nnt jenuh nak menjawab kenapa air strawberry Aisya habis, sapa minum, bla, bla n bla, bla, bla. Every week dalam peti ais wajib kena ada Bliss Yogurt Drink Strawberry. Habis je pesan mtk beli. Itu je yang dia nak if singgah di mana² mall mahupun kedai runcit. Dua-dua nak. Samada yang bersaiz besar mahupun yang 200g tu. Haih, sabo jelah. Dengan saya berjangkit nak yogurt setiap hari. Sedap and mengenyangkan malah apa yang penting menyihatkan. Encik hubby ikutkan saja.







gambar ihsan google 


 
gambar ihsan google


Mahu dijadikan cerita, last day mengikuti Kursus IPv6 di bandar Kuala Terengganu, sempat menyemak email. Email,  Sponsored Post Opportunity: NESTLE Natural Set Yogurt Recipe Challenge. Wallah. My eyes berpusing² bagaikan unbelievable gitu. Alhamdulillah, many thanks Nuffnang team. Hugs.

So, inilah wajah baru NESTLE Natural Set Yogurt



Meh saya story mory sket apa kebaikan NESTLE Natural Set Yogurt. Ia dicipta khas untuk menambah kelainan di dalam setiap masakan harian kita sehingga menjadikan hidangan sesuatu yang luar biasa. NESTLE Natural Set Yogurt berperanan menggantikan santan yang tinggi kolesterol termasuk susu. Setiap 100gram kandungan di dalam NESTLE Natural Set Yogurt ini hanya mempunyai 57 kalori dan 1.6g lemak sahaja tau berbanding santan yang mengandungi 28.3g kolesterol. Tinggikan. So, start from now, kita sama-sama menggunakan NESTLE Natural Set Yogurtek. Jangan tak tau, NESTLE Natural Set Yogurt bagus untuk diet. Kolesterol kurang, badan sihat, harian cemerlang. Ewah.

http://www.nestle.com.sg/brands/chilled_dairy/nestle_natural_set_yogurt

Malah, NESTLE Natural Set Yogurt begitu menyihatkan kerana kurang lemak, tiada gula dan perasa tambahan serta mengandungi kalsium yang berupaya menguatkan tulang dan juga gigi. Mereka yang tak suka susu termasuk yang menulis ni, boleh mengamalkan NESTLE Natural Set Yogurt di dalam setiap hidangan harian anda.

Dengan NESTLE Natural Set Yogurt, pelbagai hidangan boleh dicipta dan diaplikasikan mengikut kreativiti kita. Tepuk dada, tanya selera.

Baiklah. Kebetulan kursus tamat on Thursday, so weekend kat sini on Friday. Bagai pucuk dicita ulam mendatang, saya jenuh whatsapp member kamceng pe idea nak masak hidangan yang telah dikategorikan. Antaranya :-
  • Main Dish
  • Baking
  • Dessert
  • Beverage
Nak wat dessert, kemahiran seakan kurang. Nak bergabung tenaga dengan adik, dia sibuk bekerja ikut shift. Tak sempat. So, buke peti ais, tengok udang yang telah siap dibersihkan. Jenguk luar tingkap dapur, daun kunyit ada, serai pun ada, jimat bajet, Main petik je kan. Kepala ligat dok fikir pe patut dibuat. Berkongsi idea dengan Encik hubby.  Lepas solat Jumaat, mtk tlg Encik hubby belikan NESTLE Natural Set Yogurt. So, saya pilih MAIN DISH dan i masaklah Udang Sambal NESTLE Natural Set Yogurt. Ini resepinya.


Udang Sambal NESTLE Natural Set Yogurt

1. Bahan Untuk Digoreng (A)
    • Udang dalam 400gram (kiraa dalam 10-15 ekor udanglah) yang telah dibersihkan
    • 1 sudu besar serbuk kunyit
    • 2 cubit garam
    • 2 sudu besar NESTLE Natural Set Yogurt
    • Minyak masak 

2. Bahan Tumbuk (B)
    • 1 biji kentang yang telah dikupas kulit
    • 1 labu bawang putih

3. Lain-lain Bahan
    • 1 sudu besar penuh NESTLE Natural Set Yogurt
    • 1 labu bawang besar dimayang
    • 1 batang serai diketuk
    • 2 sudu besar lada giling
    • 1 biji cili besar dibuang biji
    • Belacan dalam separuh ibu jari
    • Gula melaka
    • 2 sudu besar Sos Tomato MAGGI yang telah dicampur 3 sudu besar air (ganti asam jawa)
    • Cuka (optional)
    • Gula (optional)
    • Garam secukup rasa
    • Serbuk lada sulah
    • Air masak 
    • Minyak untuk menumis

4. Bahan Hiasan
    • Daun Bawang dipotong dalam setiap 1/2 inci
    • Sehelai daun kunyit dihiris nipis


 Cara memasak:-

  • Amik semua bahan A. Gaulkan bersama sehingga sekata
  • Panaskan minyak dan goreng bahan A.
 




  • Agak² separuh masak, udang bolehlah diangkat dan ditoskan minyak. 
  • If taknak buat sambal, ratah udang yang siap digoreng pun boleh jugak. Lagi membangkitkan rasa, celup sahaja udang goreng dengan NESTLE Natural Set Yogurt dan NGAP!
  • Menggunakan kuali yang sama untuk menumis, asingkan sedikit minyak dalam anggaran 2-3 sudu besar minyak untuk menumis





  •   Tumis bahan B bersama belacan sehingga naik bau


 


  • Kemudian, masukkan lada giling dan gula melaka
  • Tumis seketika dan masukkan serai yang telah diketuk
  • Tumis sehingga pecah minyak
  • Masukkan Sos Tomato MAGGI yang telah dicampur dengan 3 sudu air masak. I guna sos tomato sebab asam jawa dah habis. Ehe.
  • Masukkan beberapa titik cuka jika anda suka
  • Tumis lagi sehingga betul-betul pecah minyak
  • Masukkan NESTLE Natural Set Yogurt
  • Kacau rata 


   

 
  • Masukkan udang yang telah digoreng tadi
  • Gaul sebati
  • Jika pekat, masukkan sedikit air.
  • Masukkan bawang besar yang telah siap dimayang bersama cili besar
  • Kacau lagi.


  


  • Bila sudah hampir masak dan sekata, masukkan hirisan daun kunyit dan daun bawang jika suka.
  • Just untuk wangikan masakan.
  • Taburkan sedikit serbuk lada sulah jika perlu.
  • Biar seketika





dannnnnnnnnnnn



TARAAAAAAAAAAAAAAA














Boleh dimakan bersama roti dan absolutely nasi panas. Jemputsss.

Saya pilih nasi.


So, kesimpulannya... hidangan Udang Sambal bersama NESTLE Natural Set Yogurt ini menghasilkan rasa lemak berkrim disaluti manis udang segar yang masih ada dan sedikit masam yogurt terasa. Apa yang penting, Encik hubby suka tau #nadabisikbisik. Cubalah.


Alhamdulillah, penyediaan untuk resepi ni ambil masa kurang lebih 15 hingga 20 minit. Erm, kos pulak saya just beli beberapa bahan je sebab semua dah ada di dapur kesayangan. Antaranya...
  • Udang 400 gram = RM 10.00
  • NESTLE Natural Set Yogurt = RM 5.90
  • Daun kunyit, serai dan lain-lain bahan sedia ada di dapur dah.

Dapatkan pelbagai khasiat NESTLE Natural Set Yogurt di sini.

Selamat mencuba kesayangan saya ye.











Yang benar, benar dan benar-benar, benar... 
♥♥♥ T.E.F.i.N ♥♥♥

Sponsored Post

Hyeeeeeeeeee...

Assalamualaikum dan salam sejahtera eeeeeeeeeee kehidupan pun. Hehe.

1st of all, saya mengucapkan jutaan terima kasih kpd pihak Nuffnang sbb sudi emailkan saya berkenaan Sponsored Post Opportunity #ayatakbolehblah. Senang cite invite saya utk join this challenge lah. Challenge apa yek. Fuh, tengah menaip pun boleh nervous. Honestly, saya baru 1st time terima email mcm ni. Alah, blogger picisan kan. Tapi, alhamdulillah, nuffnang sudi memberi peluang. 

Btw, alhamdulillah, last day menghadiri Kursus iPV6 selama 4 hari berturut di sekitar Kuala Terengganu, terdetik di hati untuk menyemak setiap email yang diterima masuk. Sangat teruja bila menerima email sebegini daripada Nuffnang.  Sekali lagi ayat puyus.

Maka, terus otak ligat berfikir, what to cook, what to buy, what to do. Kenapa what to cook? Kena masak ke? Apa yang perlu dibeli ye? Dan apa yang perlu dibuat pulak? 

Apa kena mengena dengan email tersebut?

Apa yang Nuffnang email ek?

Nnt saya cerita ye.












Yang benar, benar dan benar-benar, benar... 
♥♥♥ T.E.F.i.N ♥♥♥

Makluman Kepada DISTURBER yang gemar ANNOYING.

Penafian @ Pemberitahuan...

Makluman kepada semua

PEMBACA SETIA saya (kalau adalah. Hehe) n also my SILENT READER (yelah dah xboleh nak ganggu i guna anonymous kat commentkan, so terpaksalah DECIDE jd silent reader jek, huhu... so good luck too lah yer. Selagi rase panjang umur nak mengganggu hidup orang. OBSERVElah selagi MAMPU n jgn sampai bahankan saya. So, sure x takutkan jika diri anda xsempat pohon MAAF) n also yang menganggap diri kerdil saya ni sebagai MUSUH kepada diri anda sendiri, yang bahawasanya…

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di Bukan lagi Finger Note's - kini notapuan – nad Blog ini tidak boleh ditiru mahupun diplagiat, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada Tuan Empunyer Bukan lagi Finger Note's - kini notapuan - nad.

Juga dimaklumkan dan diperingatkan sekali lagi bahawa apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi seperti mencanang perkara yang tidak baik, buruk, memalukan, mengaibkan berkenaan perihal diri saya juga seluruh keluarga kaum kerabat saya di blog kepunyaan anda (termasuk laman sosial yang lain), sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik (media elektronik) termasuk di media massa, adalah melakukan suatu kesalahan, TINDAKAN BOLEH DIAMBIL mengikut akta

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998. If terasa DIVA n BERKUASA sgt nak menganggu n mencuba sesuatu yang membuatkan saya tak akan sesekali menimbangtara untuk mengambil TINDAKAN terhadap anda, dipersilakan. If you are PLAYING FOR KEEPS, so, pleased. I will do a same thing. So, good luck!

Sesungguhnya, setiap gerak geri buruk anda yang cuba bersikap

PENGGANGGU boleh dikesan secara terus. Harap Maklum n beware.

\('c*)v :: Peace no war n

u ollsss.

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

BAHAGIAN X - AM Bab 2 - Kesalahan Dan Penalti Tambahan

Seksyen 233. Penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian, dll.

(1) Seseorang yang—

(a) dengan menggunakan mana-mana kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi secara sedar—

(i) membuat, mewujudkan atau meminta-minta; dan

(ii) memulakan penghantaran,

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau

(b) memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik,

adalah melakukan suatu kesalahan—

(2) Seseorang yang secara sedar—

(a) dengan menggunakan suatu perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi memberikan apa-apa komunikasi lucah bagi maksud komersial kepada mana-mana orang; atau

(b) membenarkan suatu perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi di bawah kawalan orang itu untuk digunakan bagi suatu aktiviti yang diperihalkan dalam perenggan (a),

adalah melakukan suatu kesalahan.

(3) Seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen ini apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan hendaklah juga boleh didenda selanjutnya satu ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

sumber rujukan dari http://www.skmm.gov.my/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...