- Anak Pertama = 2008
- Alhamdulillah hampir terlaksana hajat nak bersulongkan anak lelaki, tp masuk jek 8 bulan plus² yg hanya tinggal a few weeks je lagi nak delivered, Allah swt, menjemput arwah untuk bersamaNya. Which mean, meninggal dalam kandungan. Sedih sgt² apatah lagi masa tu, arwah memang membesar dlm kandungan sehingga 3.83 kg yang mana kalau ditakdirkan (tak baik ckp kalau kan) kemungkinan besar, saya akan melahirkan arwah sekitar 4 kg n plus² gitu. Tengoklah saya kat bwh ni time preggy...... tebabooommmmmmmmm.
- Ok, itu pengalaman pertama n ditambah cabaran sebagai weekend hubby n wife. Hubby masa tu kat cyberjaya, kerja n sy di Terengganu juga bekerja n almost every weekend akan terbang ke sana. Kadang² naik bus jek sehinggalah usia kandungan nak masuk 8 bulan.
- Saya sebenarnya memang sentiasa mengira pergerakan baby sebagaimana nurse pohon yakni 1-10 demi utk mengelakkan terjadinya perkara sebeginilah. Memang padat n membesar sgt saya time tu. Sampaikan geng pejabat ada yg panggil pingu², nyot². Haha. Paling tak boleh blah, ada gak yg panggil itik gembo², sabor jelah. Hidung tak usah ckplah kembang semangkuk. Aha, kalau nak tahu, kalau hidung kembang lebih besar dr saiz biasa, peratus nak dpt anak lelaki adalah tinggi. Percayalah teori ini. Insya-Allah, btol. Confident jek. Saya kan if ternampak wanita preggy terus spot pada hidung. Hihi. Inilah tips utk hr ini.
- Masa hr kejadian, 2,3 hr b4 that sy lenguh kaki n menggatal pergi mengurut, so, excited nak tggu en hubby blk, so ajak my mom g singgah beli brg dapo sket. Mlm tu kot, sy ada perasan nape arwah mcm slow motion je kan so ignore jek sebab memang padat sgt perut masa tu ngan bujurnye, besarnya. So, pg esoknya tanya my mom kenapa mcm mengempis jek. So my mom ckp takdelah, jgn pk bukan². Soalan sama gak ditujukan pada en hubby.
- So, tak sedap hati, wat decision gi Hospital Besar (HSNZ) n check. Masuk bilik khas. Time tu 50-50 jek. So, 3 orang doc check, scan segala. Antara perbualan masih segar diingatan...
- Doc1 : Erm, tiada pergerakan jantung ni.
- Me : Air mata dah mcm bergenang.
- Doc1: Sabar ye, nnt saya panggil sorang lg doc. (Masuk lg sorang juga perempuan.).
- Me : Menanti penuh sabar n kadang² terkeluar dr bibir pohon doc check bebetol.
- Doc2 : Mcm dah takde ni. (Slow je percakapan antara mereka. Even jelas di pendengaran saya)
- Doc1 : Kita panggil doc pakar. (Doc2 menyusul mencari n a few minutes kemudian masuk specialist)
- Specialist : Maaf dik, dah takde ni. (Sebak jek suara doc tu. Seingat saya ketiga² doc tu menitiskan air mata atau pun dua daripadanya).
- Me : Terus menangis. Begitu juga hubby.
- Then, diwarded utk proses bersalin secara normal. Inilah arwah anak kami yang sulong.
- Anak Kedua = 2009
- Alhamdulillah, rezeki Allah swt yang Maha Esa, saya selamat melahirkan Aisya Qistina binti Azwa dengan selamat. Itupun saya diwarded hampir 5 kali sebab alahan, pening n seangkatan dengannya.
- Sepanjang kehamilan, saya menjadi manje terlebih. Hampir semua kerja rumah en hubby yg handle. Paling best, saya selalu nak kacau orang n termasuk my baby suka main². Bila usik jek, dia diam, buat saya risau.
- Bila alunkan zikir, papanya mengaji, dia cepat bg tindak balas, alhamdulillah.
- Satu pagi tu, bila saya bangun terasa macam lendir seakan ketuban. Confuse, samada terkucil or memang ketuban. Report klinik kesihatan n terus refer Hospital Besar (HSNZ) sebab dah ada kes b4 this. So, silalah berkampung di hospital besar (HSNZ) sehingga terberanak yer. Seingat saya, hampir 3 minggu.
- Di HSNZ ni, sebagaimana hospital lain ada 3 class utk ward bersalin. Memula diwarded tu sy di 3rd class. Sebab 1st class penuh kan. Happy kat sini semua nurse kepala masuk air. Hehe. Baru nak comfort, kena move ke 2nd class, owh kat sini nurse agak sedikit kerek. Sket jek. Jgn marah. Hehe. Pastu b4 dipindahkan ke 1st class, deretan doc n nurse mengelilingi my bed untuk check. Aik, sudah risau. Adakah sudah tiba masa untuk dibersalinkan? Owh tidak. Sorang doc bertanya, puan nak bersalin bila? Wah, bleh pilih date ker? Hehe. Boleh jek. Iyelah b4 sumthing happen kan. Selagi boleh kita elak, kita elak tapi itu semua kerja Allah swt. Mau jek nak pilih sama date ngan birthday my hubby. So, sehari dua lepas tu, saya dipindahkan ke 1st class utk 4 org je sebilik. Alhamdulillah sedikit selesa.
- Hah, time kat sini bila tiba masa untuk check pergerakan baby n jantung, my daughter usik sorang nurse dari Kelantan ni. Hampir setengah jam time nurse ni check, my baby langsung tak bg tindak balas even b4 that, pergerakkannya sangat aktif. Last² that nurse mintak tlg member dia untuk check, skali check jek terus bertindak balas. Haha. Dalam perut dah nakal.
- Bila dah membesar, huh, naik sasau aku. Menjerit jek keje, Last² bila nak marah je ngan peelnya, terus ingat (pesanan picca di bawah), even dah terlepas marah. Ayat yang selalu digunapakai bila saya marah beliau, Nape mama marah Aisya? Haha, terus je sayu jap.
- Bila nak marah je terus cepat² my daughter wat klako. If dia buat silap, terus saya ckp, cakap sorry kat mama. Then bila her papa or i yg wat silap, hah, ckp sorry. Haha, terkena balik. Memang btol lah kan,
- Time nak memerut, sembunyik blk langsir or blakang pintu. See that. Sejibik jek (biarlah rahsia... tersipu malewww).
- Haih, agaknya sure bergaduh ngan abang Darwisynye. Berperang lah korang berdua.
- Anak Ketiga = 2010
- Herm, excited sgt time ni bila Aisya nak dapat adik. Namun masuk jek 4 ke 8 minggu, time tu kalau ikutkan adalah time period, tengok² ade kecoklatan, so, saya dah lemah longlai terus ke HSNZ n jalani proses D n C.
- Anak Keempat = 2011
- Saat ini saya seakan fobia n trauma bila mengenangkan kandungan ketiga dulu. Rezeki untuk memperolehi zuriat seterusnya, masih belum ada. Sebagaimana proses kandungan anak ketiga begitu juga dengan anak keempat. Saya sekali lagi keguguran. Perit hanya Allah swt yang tahu. Kali ni memang saya sedikit kecewa but cepat² beristighfar sebab hanya Allah swt yang tahu apa yang terbaik untuk setiap hambanya. (Maafkan saya jika saya terlebih bijak dalam berbahasa).
- Anak Kelima = ??? Insya-Allah. Tapi xtaulah bila. Ehe, doakan sesama ek.
- ada yang time preggy boleh wat keje berat, bleh drive sana sini, bleh travel ke sana ke mari tanpa perlu risau. Namun tak semua begitu.So, kita semua kena beringat.
- jgn sesekali pandang jelek pada wanita hamil bila mengandung je bertukar jadi yg amat lemah, terlebih manje, mengade, itu tak boleh ini tak boleh n sket² nak pitam, muntah, alahan itu ini TIDAK seperti anda yang hamil namun kuat n bertenaga bagaikan alah bisa tegal biasa. Siap bangga lagi. Tak semua mcm tu tau. Begitu juga bila tiba saat bersalin. Ada yang mcm ni, ada yang mcm tu. Lain semuanya. Semua kerja Allah swt. Whatever pun, sebagai ibu mengandung jangan diikutkan sangat sifat lemah n malas itu, manalah tau kot terkenan kat anak dalam kandungan kan. Bila kuar malas serba-serbi kita jugak yang resah gelisah.
- Malah, for sure sesetengah ibu mengandung tak mintak dia sebegitu. Siap ada sesetengah tu pandang sinis n mengumpat, bila kuar statement, time mengandung je lembik, time mengandung je pening, pesal time aku mengandung dulu bleh je wat semua. Hello, Tuhan kah anda untuk bercakap bongkak sebegitu? Meh, tak mahu tenaga kurang dalam segala sewaktu preggy, moh kite bersenam. 8, 8 lagi, hait.
- Jangan tau, kesian pada ibu mengandung yang masuk dalam golongan ini. Bila keguguran, tau plak senyap, tau plak membisu n haih tau plak kuar nasihat bila mengandung lagi nnt suh jgn wat keje berat, jalan tu pelan², jgn turun naik tangga, drive n so on. Dah, dah, cukup, cukup sudah membabbling ye. Wat derk jek eak. Pepun jgn menunding jari pada sesiapa sebab lg baki 4 jari menuju ke arah kita. Semuanya sebab musabab kejadian adalah kebetulan. So, more info untuk keguguran (juga untuk peringatan pada saya) sila layari Blog Klinik Wanita yg dikendalikan oleh Dr Suhaimi.Amik dari blog Sepet yang shomel n santek :).
- Okey, setiap wanita hamil ada yang peranakkannya rendah, masalah dalam rahim, tak leh wat kerja kasar² n ada yang terpaksa amik cuti tanpa gaji untuk trimester pertama tau. So, ingatlah, lain orang lain belalang. Lain orang, lain ragamnya. Haha. Ada kena mengenakah?
- Saya pun tak paham dengan mentaliti orang kita. Bila kena batang hidung sendiri, anak sendiri, barulah slow² mintak n dengar pandangan pe semua. Haih, pengsan. Macam² cerita dah saya dengar, alami n bace. Sabor jelah. Pepun, hanya anda je tahu tahap keupayaan n kelemahan diri sendiri. Yang menanggung kita. Ingat tu. So, mana² wanita hamil di luar sana, petua or nasihat yang boleh diterima pakai, diterima akal, sila terima dengan hati terbuka. Yang mana tidak berkenan, anggukkan saje ye. Heheh. Pohon pada Allah swt agar kandungan kita sihat walafiat dan selamat dilahirkan tanpa sebarang perkara yang tidak diingini. Aminnn.
- Semua tu kerja Allah swt. Mungkin hari ni bukan rezeki kita. Mungkin akan datang rezeki kita lebih baik. Kan? So, tawakkal je pada Allah SWT. (Memandai je aku, ehe).
Bilalah ye saat indah itu akan kembali...
No comments:
Post a Comment
Thanks buddy and anonymous also...