FEEL FREE TO CLICK MY NUFFNANG YER...TQVM :)

Nov 13, 2011

PANDUAN MENDIDIK ANAK

Assalamualaikum wbt.

PENATNYEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEE.

Hadui. Kelmarin, family day Qisya. Anak kami kan dah masuk taska. Hehe. Best, nnt sy cerita lanjut eak. semua picca ada ngan papaya dia. Around 1.30 petang, semua beres, kemas² blk umah n rehat. Konon xnak tido, layan angry birds. Skali krohhhhhhhhhh jugak. Bangun je, bersiap cr tepung nak wat Kek Gula Hangus, permintaan my mom utk jamuan akhir tahun di sekolah beliau. Settle semua dalam 1.15 pagi. Tupun sambil tggu kek dibakar dengan baik, sambil menggosok baju untuk seminggu sekaligus. 10 pasang bersamaan dengan 20 helai. Tu x termasuk baju dres Qisya lagi. Haha. Saya xsuka tengok baju berkedut tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii SANGAT MALAS MELIPAT KAIN yang dah berbulan berlonggok walhal melipat amik masa tak sampai a few hours. Teruk kan. Rela sapu habuk keliling rumah, berkemas dari dok melenguhkan pinggan melipat kain apatah lagi saya lebih sanggup menggosok baju berbakul². Haih...

So, skrg ni, badan saya sgt lenguh. Kenapa? Semalam tengah buat kek, tetiba cam nak fengsan n pening. Paksa suami goreng nugget even b4 that dah balun sejibik green apple. Konon diet, kata ko. Pas santap sket baru hilang. Lapor eak. Haha. Tq suamiku tolong clear pinggan n menggoreng utk kami.

Wellllll... berbalik pada tajuk, saya nak sharing sumthing neh yang kekadang buat kita x tersedarkan, dr terus melarat baik kita kawal.

Jom, sesama bace.



PANDUAN MENDIDIK ANAK

1) Jangan pukul anak dari lutut keatas ~ sape pernah pukul cara ni sila ubah cara cam no 3

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. Nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control.

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya. Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak ~ Btol, cam kita wat refleks kat kaki tu kan.

Sabda Rasulullah s.a.w.

“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”

4). Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan) ~ Nama yang b4 this ada makna, tetiba kita singkat sehingga tiada makna langsung. Tiada makna ok lagi dr tetiba membawa makna yang bukan². Nauzubillah.

5). Berikan anak anda pelukkan setiap hari. (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk) ~ Kita pun antara hubungan suami dan isteri suka gak dipeluk kan, camtu gak anak² kita semua.

6). Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran) ~ Kita pandang suami, suami pandang kita pun free² jek dpt pahala tau, apatah lagi anak², amanah Allah untuk kita.

7). Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan. (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya) ~ orang dewasa pun suka dipuji kan. Amalkan utk si kecil kita.

8). Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap ~ jangan tetiba korang tgk anak korang cam takut² nak join pepe aktiviti cam hari keluarga taska ke sekolah ke, tp kat umah bukan main perform, terus korang down pk anak² bukan². Jangan paksa tau even dalam hati memberontak nak paksa gak anak². haha. Macam aku kelmarin, sabo jelah.

9). Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali) ~ mendalam neh maksud.

10). Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban ~ insaf².

11). Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap) ~ SETUJU 100%.

12). Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya ~ sayalah tempat Qisya ingin perhatian setiap kali merajuk ngan mamaya dia nilah.

13). Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya ~ btol².

14). Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain) ~ erm... patotlah.

15). Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali ~ yeah, ini sangat betol.

16). Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri ~ ini selalu kami amalkan. Suke tengok anak² happy. Maybe anak² akan rase selamat.

17). Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18). Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian ~ sama jugak time anak tengah tido. Perlu mintak izin nak bukak lampu even mereka tengah tido. Belajar untuk menghormati bukan biadab n berkurang ajor.

19). Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam ~ untuk suami n isteri perlu amalkan jugak neh. Haha. Pahala free tau.

20). Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa ~ Baik...

21). Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga ~ hah dengar tuh, even berkali² saya pernah wat blk lappy tp tak pernah dibukak pun coz kesian tengok anak² yang hanya seketika je masa dengan kita. Yelah, kiralah time kita sehari dengan anak berapa lama?

22). Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri ~ nothing to say coz saya sgt garang kecuali papaya diaa. Huh. Biasalah, perlu ade sorang yg pro n sorg yang kontra tp jgn samapi mendera bagai.

“Anak- Anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya menjadi yahudi, nasrani atau majusi”...

No comments:

Post a Comment

Thanks buddy and anonymous also...

Makluman Kepada DISTURBER yang gemar ANNOYING.

Penafian @ Pemberitahuan...

Makluman kepada semua

PEMBACA SETIA saya (kalau adalah. Hehe) n also my SILENT READER (yelah dah xboleh nak ganggu i guna anonymous kat commentkan, so terpaksalah DECIDE jd silent reader jek, huhu... so good luck too lah yer. Selagi rase panjang umur nak mengganggu hidup orang. OBSERVElah selagi MAMPU n jgn sampai bahankan saya. So, sure x takutkan jika diri anda xsempat pohon MAAF) n also yang menganggap diri kerdil saya ni sebagai MUSUH kepada diri anda sendiri, yang bahawasanya…

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di Bukan lagi Finger Note's - kini notapuan – nad Blog ini tidak boleh ditiru mahupun diplagiat, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada Tuan Empunyer Bukan lagi Finger Note's - kini notapuan - nad.

Juga dimaklumkan dan diperingatkan sekali lagi bahawa apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi seperti mencanang perkara yang tidak baik, buruk, memalukan, mengaibkan berkenaan perihal diri saya juga seluruh keluarga kaum kerabat saya di blog kepunyaan anda (termasuk laman sosial yang lain), sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik (media elektronik) termasuk di media massa, adalah melakukan suatu kesalahan, TINDAKAN BOLEH DIAMBIL mengikut akta

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998. If terasa DIVA n BERKUASA sgt nak menganggu n mencuba sesuatu yang membuatkan saya tak akan sesekali menimbangtara untuk mengambil TINDAKAN terhadap anda, dipersilakan. If you are PLAYING FOR KEEPS, so, pleased. I will do a same thing. So, good luck!

Sesungguhnya, setiap gerak geri buruk anda yang cuba bersikap

PENGGANGGU boleh dikesan secara terus. Harap Maklum n beware.

\('c*)v :: Peace no war n

u ollsss.

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

BAHAGIAN X - AM Bab 2 - Kesalahan Dan Penalti Tambahan

Seksyen 233. Penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian, dll.

(1) Seseorang yang—

(a) dengan menggunakan mana-mana kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi secara sedar—

(i) membuat, mewujudkan atau meminta-minta; dan

(ii) memulakan penghantaran,

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau

(b) memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik,

adalah melakukan suatu kesalahan—

(2) Seseorang yang secara sedar—

(a) dengan menggunakan suatu perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi memberikan apa-apa komunikasi lucah bagi maksud komersial kepada mana-mana orang; atau

(b) membenarkan suatu perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi di bawah kawalan orang itu untuk digunakan bagi suatu aktiviti yang diperihalkan dalam perenggan (a),

adalah melakukan suatu kesalahan.

(3) Seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen ini apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan hendaklah juga boleh didenda selanjutnya satu ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

sumber rujukan dari http://www.skmm.gov.my/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...