Ehem, assalamualaikum wbt.
Sape peminat setia novel? Angkat tangan. Angkatlah semua ye. Jgn angkat baju n kain sudah. Okeh! Well, since kisah novel Adam n Hawa ni didramakan, saya kalau bleh tak nak miss satu pun episode tp dek kerana saya masih tidak boleh menerima keberkesanan lakonan Nadiya Nissa as Ain Hawani (bajet kalau aku berlakon, aku hebat, aha) sy dah termiss beberapa episode especially episode yg hero n heroin ditangkap kering² tuh. Dahlah time tu ade perlawanan bola. Sebokkkkkkkkkkkkkkkkkkk je papa kan Aisya. Hehe. Mcmlah ada game Perak. Pe lagi Terengganu. Game yg takde kena mengena langsung dengan tempat kelahirang kami suami isteri anak-beranak. Dah tu team yang encik hubby harap menang, kalah plak tuh. Still tak pueh hati lagi neh. Kah. Haih, seb baik on that time Aisya tak fanatik ngan Adam lagi. Cozzzzzzzzzzzzzzz sekarang tidak lagi di mana selepas scene malam tadi...
Tepat jam 10.00. Cite dah start. Dalam 10.30 cam tuh, mata Aisya dah mcm ngantok n mtk susu. Tggu iklan jap terus g wat susu. Nape kena tunggu iklan? Sebab, bila saya nak bangun terus bancuh, leh plak Aisya ni ckp, "Alah, Aisya takut bunyi kapal tebang (kapal terbang), nak puluk (peluk) mama. (Eh, nape Aisya takut bunyik kapal terbang? Rumah sebelah airport ker?
Ganasnye. Hebat sgt ke? Propa jek. Haha. Takdelah, area umah mak ni,
tempat lalu lalang burung besi ni jek. Takde pepun. Biaselah bebudak
ken). Kebetulan papanya baru nak tunaikan solat Isyak. So, kena tunggu papanya sudah selesai Isyak. So (so lagi), tiba iklan n bila susu sedang nak dibancuh, lobang telinga i terdengar mcm cite dah nak start blk. Tetiba dengar mcm dialih channel. Haha. Terus psiko Aisya.
Me : Aisya, papa tukar cite. Dengan tak menyempat², terus berlari ke depan n meraung siap wat aksi nak swimming di atas lantai lagi. My laki terpinga². Haha. I terus ikut berlari n pujuk dia n ajak bancuh susu sesama street bersama. Haih, berpengaruh sungguh penangan Adam n Hawa nih. Sambil menyusu sambil menonton. Btw, en hubby dah ponen dah bila mama dah ada peminat cite Melayu. Haha. tunggu baby boy eak papa nak ajak tengok bola.
Saat cite dah habis ada lah lagu² background
Muara Hati dendangan Dato' Ct n Hafiz AF yang diselitkan bersama cebisan babak lakonan tu kan, n tika tu, saya n Aisya terbaring depan tv. Dengan kepala Aisya berlapikkan lengan tilam gebu saya. Brand dunlop tau my lengan. Haha.
Me : Habis dah cite Aisya, jom tido.
Aisya : Masih ralit menonton smbil mulut terkumat kamit nak ikut lirik lagu.
Papa : Tidolah Aisya, esok ngantuk. Lambat bangun.
Then, kuarlah wajah Johan diselang seli ngan Adam Mukhriz. Saat wajah Adam kuar, nak tahu pe Aisya leh ckp?
Aisya : Yang ni best (refer pada Adam), pastu kuar Johan plak, yang ni tak best.
Me : Terkejut n i terus tanya papa dia ingin kepastian.
Papa : Aisya cakap, Adam best, si Johan ni tak best. Owwwwwwwww. i c. Gelak jek. Geleng kepala aku.
Apa maksud best n tak best tak tahulah. Samada hensem ke atau lakonan. Tp leh ke budak tiga tahun ukur tahap lakonan? Ehe. No comment. Sabor je mak nak.
Herm, best jugak bila ada teman yang punya minat sama neh. Ken,ken dan ken.
Oklah, selamat menonton sehingga penghujung ye taulan.
Erm, sape yg terlepas mana² episode leh download kat sini. Tapi saya tak pernah download. Haha. Ni pun tercari² imej dua mamat di atas pastu terserempaklah ngan sesi download mendownload ini di sini at
Pereka Cerita.
Ok, tata n happy weekend n Assalamualaikum wbt.
Yang benar, benar dan benar-benar, benar...
♥♥♥ T.E.F.i.N ♥♥♥