Assalamualaikum wbt n Morning.
Sihat?
Monday's blues ke? For me takde istilah Monday blues ke Sunday blues ke tapi, Saturday blues ada sebab apa? sebab, Ahad tu mana² kakitangan kerajaan mahupun swasta di Terengganu, Kelantan dan Kedah mula bekerja termasuk yang diarahkan bertugas pada hari minggu. In-shaa Allah, Johor akan menyusul next year kan? Bagus.
Saturday blues. :).
So, camne keje hr ni? Btw, anda semua ke tempat kerja dengan kenaikan apa? Bas? Taxi #wow,brapetambang? Erm, menapak or berbasikal sebab opis sebelah rumah atau satu taman? Kereta sendiri or carpool #erm,nice.jimat. Tp, pepahamlah bila dah carpool ni. Hulur² lah sket kat member wat isi minyak ke, isi perut ke. Ni wat tido time member belok petrol station. Tak baik tau. Kang, tak pepasal korang time tido member ckp dah smpi, tgh mamai² korang turun tp kat lembah mana ntah korang kena campak. Just give n take lah ek.
Erm, masih mengguna perkhidmatan keretapi utk ke tempat kerja? Monorail? Star LRT? Komuter? Putra LRT? ERL? Wah, berbelit lidah i. #alamatsallehnakmenyebutnya.
Saya last n betol² last menggunakan perkhidmatan ni last two weeks. Hehe. Tu pun bila mengikuti en husband ke Sarawak. Lepak di KL n menapak ke KLIA dengan menaiki ERL. Betul² saya menjadi pengguna tegar perkhidmatan ini time jaman study dolu². Lama dah. Dari tahun 1999 - 2006. Star LRT so far oklah. Putra LRT sy lupa pernah naik ke tak.
Senang cerita biar gambar jelah yang berbicara.
Dari komuter yang berjanggut kena menanti setiap kali terlepas dengan delay nya, dengan lambat Ya Allah, tuhan sahaja yang tau, semua ada lah.
Dengan tetiba non-stopnya, stucknya, and ada masa boleh plak stop kat tgh² landasan. Serius dik.
Dengan terkejar-kejarnya kan? Kus, semangat mak.
Apa-apa pun, pada zaman sekarang semua di hujung jari. Dah maju. Handphone semua canggih manggih. Dulu time study mana dapat. Motorola yang besar gedabak n siap mcm bawak briefcase pun dah rasa macam hebak dah time tu. Apa yang pasti semua student pada zaman tu for sure menjadi pengguna setia public phone kan. Syiling siap ada tempat khas nak simpan. Bertabung². Lagi terer yang advance siap tebuk duit 50 sen n letak benang semata² nak free call ngan family semua kan. Elleh family sgt, boipreng n gegurl preng pun kan. Orang belakang beratur korang wat derk je kan. Tak baik xngaku. Pengalaman tu.
Well, di sini saya nak sarankan sesuatu untuk memudahkan diri anda yang masih memegang status pengguna tegar perkhidmatan keretapi ni. Anda tau mengenai
MyTrain?
Sedikit pencerahan berkenaan aplikasi MyTrain utk makluman anda...
Sumber maklumat ini disediakan oleh Puan Nor Aida.
Pengenalan – Pengangkutan awam
merupakan elemen yang penting dalam menggerakkan kemajuan ekonomi sesebuah
negara. Kebanyakkan negara maju mempunyai rangkaian pengangkutan awam yang
efiksyen sepertimana yang terdapat di London (“London Tube”), Japan dan
Singapura yang boleh dianggap sebagai antara yang terbaik di dunia. Menyedari
kepentingan pengangkutan awam untuk menjadi nadi kemajuan sesuatu bandar,
kerajaan telah memberi peruntukan yang banyak bagi menyokong infrastruktur dan
infostruktur pengangkutan awam. Penubuhan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat
Malaysia (SPAD) menjadikan pembangunan
tersebut lebih sistematik. Senario kesesakan lalu lintas yang berlaku di kota
metropolitan Kuala Lumpur mendorong kerajaan melakukan beberapa projek mega
khas untuk kemudahan pengangkutan awam. Secara amnya, Kuala Lumpur mempunyai
jaringan pengangkutan awam yang hampir merangkumi semua lokasi. Namun
kekurangan informasi untuk melakukan pertukaran antara stesen-stesen (monorel,
ERL, Putra LRT, STAR LRT, Komuter) menyebabkan ramai pengguna memilih menggunakan
kenderaan sendiri. Di sini lah kepentingan produk MalaysiaTrain dalam
menggalakan penggunaan pengangkutan awam untuk mengelak kesesakan lalulintas.
Sempena tahun melawat Malaysia 2014, MalaysiaTrain juga dilihat sebagai satu
aplikasi yang mempunyai potensi besar untuk digunakan oleh pelancong-pelancong
ke Malaysia.
Apa itu MalaysiaTrain
– MalaysiaTrain merupakan satu aplikasi mudah alih yang dibangunkan bertujuan untuk
memudahkan para pengguna tren di sekitar Lembah Klang terutamanya pelancong,
untuk menguruskan penjadualan masa serta perjalanan seharian mereka menggunakan
perkhidmatan pengangkutan tren. Aplikasi MalaysiaTrain
ini merangkumi semua laluan rangkaian tren di seluruh laluan sekitar Lembah
Klang iaitu ERL, LRT, KTM Komuter dan KL Monorel.
Fungsi – Dengan menggunakan
aplikasi MalaysiaTrain, pengguna
dapat mengetahui jarak dan lokasi stesen tren yang terdekat dengan penggunaan
teknologi GPS untuk mengenalpasti kedudukan semasa pengguna. Aplikasi mampu memaparkan
jarak terdekat pengguna beserta arah laluan kereta ke stesen berkenaan. Untuk menggunakan
perkhidmatan tren, pengguna dapat merancang perjalanan mereka dengan memilih maklumat
tersedia dalam aplikasi stesen bermula serta stesen destinasi dengan serta merta
aplikasi akan memaparkan anggaran masa sampai ke destinasi beserta jumlah tambang
sehala mahupun dua hala. Aplikasi juga cukup pintar untuk memaparkan setiap pertukaran
stesen yang terlibat dan ini sangat memudahkan pengguna yang tidak tahu atau
kurang pasti untuk memilih jenis laluan tren dan di mana perlu membuat
pertukaran stesen untuk sampai ke stesen destinasi. Disamping itu juga, aplikasi
MalaysiaTrain secara pintar membantu
pengguna memilih setiap laluan perjalan yang terpantas mahupun termurah bagi
setiap laluan perjalanan. Pengguna juga boleh memilih paparan peta rangkaian
tren dalam empat versi iaitu Standard,
Setellite, Hybrid serta Metro. Aplikasi
ini direka khas bagi kegunaan iPhone,
iPad dan iPod Touch versi iOS 6.1 ke atas. Aplikasi ini boleh dimuat turun
secara PERCUMA di Apple App Store
dengan menaip kata kekunci “malaysiatrain”
atau “mytrain”. Dalam tempoh 10 hari pertama
aplikasi ini berada di Apple App Store,
aplikasi MalaysiaTrain telah dimuat
turun melebih 500 pengguna dari seluruh dunia dengan nisbah 50:50 pengguna
tempatan dan dari negara lain. InsyaAllah, kami juga akan melancarkan aplikasi MalaysiaTrain untuk versi Android serta Windows Phone dalam masa terdekat. Kami juga sedang menaiktaraf aplikasi kami dengan memasukan
maklumat lokasi menarik pelancongan di sekitar setiap stesen tren, semoga usaha
kami sedikit sebanyak dapat membantu mempromosi industri pelancongan negara
semperna tahun melawat Malaysia 2014 tidak lama lagi.
Cetusan Idea – Idea untuk
membangunkan aplikasi ini tercetus ketika saya melancong ke Hong Kong dan Shenzen,
China bersama kawan. Di sana kami mengalami kesukaran untuk berkomunikasi
dengan penduduk di China yang tidak tahu bertutur dalam bahasa Inggeris serta
kesukaran untuk mengetahui lokasi stesen terdekat. Sebagai pelancong, kami juga
mengalami kesukaran untuk ke tempat menarik di sekitar Shenzen dan Hong Kong
kerana maklumat tersebut sukar untuk didapati. Memahami masalah yang sama mungkin
dihadapi oleh pelancong yang datang ke Malaysia, maka cetusan idea untuk
membangunkan aplikasi ini disamping ingin membantu rakyat Malaysia sendiri terutamanya
bagi penduduk luar yang tidak biasa menggunakan perkhidmatan tren di Lembah
Klang.
Anugerah Dimenangi – Aplikasi
ini telah di pertandingkan dalam International
Conference and Exposition on Invention of Institutions of Higher Learning (PECIPTA’13) pada 7 – 9 November lalu
bertempat di Kuala Lumpur Convention
Centre dan telah mendapat penghargaan dengan memenangi dua anugerah iaitu
Pingat Emas dan Anugerah Khas dari Korea
University Invention Association.
PECIPTA 2013
Featured in Sinar Harian, 04 Disember 2013
UNISZA
Penyelidik Terlibat – Kajian
untuk aplikasi MalaysiaTrain ini
terdiri empat orang kakitangan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) iaitu
tiga orang pensyarah dari Fakulti Informatik dan Komputeran (FIK) serta seorang
Pegawai Teknologi Maklumat dari Pusat Teknologi Maklumat (PTM). Penghasilan
inovasi aplikasi MalaysiaTrain ini
dapat direalisasikan apabila setelah mendapat kepercayaan daripada pihak Universiti
dengan mendapat dana geran khas di bawah Pusat Keusahawan, UniSZA. Untuk pengembangan
pengkomersialan yang lebih efisyen, kami akan menubuhkan satu syarikat di bawah
UniSZA Holdings. Kami mengalu-alukan mana-mana pihak yang berminat untuk bekerjasama
dengan pihak kami boleh menghubungi Aida – 0199398023 atau Hasbullah –
0137977032.
Barisan Penyelidik Muda Yang Berbakat. Dari sebelah kiri ke kanan : Puan Nor Aida binti
Mahiddin (Ketua), Encik Wan Mohd
Hasbullah Wan Abdul Rahman, Encik Ahmad Nazari bin
Mohd Rose dan Encik Azwa bin Abdul
Aziz aka encik husband penulis.
Alhamdulillah, tahniah. In-Shaa Allah, next year kita bekerjasama ye.
Sekilas Aplikasi MyTrain...
Last
but not least, In-Shaa Allah dengan MyTrain, perjalanan anda berjalan lancar tp
make sure battery phone anda adalah full bar. Rancang perjalanan anda dengan MyTrain.
Ewah.
Dan, jgn lupa download aplikasi MyTrain di telefon anda. Cara-caranya... #khasuntukIOSsahaja.
Sila ke App Store
Search aplikasi MyTrain dan tekan button INSTALL dan masukkan apple ID anda. Tggu seketika utk proses pemasangan atau instalasi.
Icon MyTrain terpapar setelah beres di download.
Paparan peta
Paparan MyTrain
Sebahagian daripada Stesen-stesen di dalam aplikasi MyTrain
Feel free to access :-
Link Youtube :
Link Facebook :
Link Apple App Store :
p/s : Terima kasih tidak terhingga kerana meluangkan masa anda utk eksporasi MyTrain.
♥.
Yang benar, benar dan benar-benar, benar...
♥♥♥ T.E.F.i.N ♥♥♥
No comments:
Post a Comment
Thanks buddy and anonymous also...