Assalamualaikum wbt...
Waduh, lama tak menjenguk kedalaman blog. Pagi ni satu badan lenguh, sengal², gara² program baekkkkkkkkk punya pagi kelmarin. Pasal tu, dekat May nnt baru saya cerita yek.
Balik umah terus fengsan. Mujur sangat gigih bangun awal pagi siapkan sarapan untuk mr hubby, anak dan FIL. Baru tenang nak kemana² menguruskan hal peribadi sendiri. Alhamdulillah, perjalanan ke tempat yang dituju pun lancar dan dipermudahkan apatah lagi bile mendapat restu dan redho dari suami tersayang...
Sedar dari tidur pada jam 4++ petang. lama jugak aku beradu bersama si anak yang sekarang payah no nak tido di siang hari. Suami i, tak payah dipelawa, terus terbongkam sajek.
I bangun pun bila Aisya dok melilau cari papanya. Hehe, mana ntah menghilang. Saya masih bergolek. Mengintai dari pintu kamar kelibat my FIL, tengah bersolat. I? tengah asyik kibarkan flag jepun. Ehe.
Called my hubby tak berangkat, sedar² kereta dah masuk perkarangan umah. La, beli lauk pauk ke. Hehe, bertuah btol menantu. Seisi keluarga lapo tau sebab tukang masak fengsan. Alah, baki sarapan nasi goreng masih ade ngan paulina navarette pau kacang and sardin pun ade. Lek lu. Leh alas perut apa ken.
Hubby masuk hulur lauk. Aku neh tak berapa berkenan nak menghidang lauk kedai so, gigih gak masak kot² my FIL nak makan nasi utk malam tu plak. So, standby ayam masak manis berhalia. Nyummmmmmmsss.
Well, sambil memasak, tetiba terpandang serai, halia, kangkung n daun sup yg tergantung cantek di dalam plastik beg.
Pintu dapo dah terbukak luas, and ayam tengah kepanasan kegorengan di dalam periuk, so, turun dari dapo, amik cangkul maka saya bercucuk tanam dari membiarkan tumbuhan itu keburukkan, kebelendiran dan kebusukan lalu terbuang sebegitu sahaja.
So, ini hasilnya...
Above : pokok kunyit, serai, pokok daun limau purut, pokok daun kari
Below : pokok daun limau purut, pokok daun kari, kangkung (asal boleh ajo, takdok kolam nak campak²kan, ehe), halia, daun sup
Selain tu, selang beberapa bulan bila dah dok umah sendiri ni, ade jugaklah bercucuk menanam sedikit sebanyak before my FIL bercuti di sini. So, kreativiti saya yang tak berapa creative ini ialah...
Just tanam pokok Japanese flower. Yang bunga putih tu, kena ade kuasa magik baru leh mengidam nak jugak.
Hah, tang ni, hasil kerja terbaeeeeeeekkkkkkkk punya dari my FIL. Rumput karpet n sebahagian pokok bungo tuh diimport khas dr Sungai Buloh. Wahhh... jauh bebeno importnye. Clear giler laman umah aku tanpa sebarang rumput pon, Thankslah abah. Gigih tol. Bilalah rumput karpet aku tu nak meliar beranak pinak weh jang... jenuh menunggu ni ha. Tak sabar nak berhindustan laki bini ni.
Nanti antara rumput karpet tu, planning nak tanam pokok lemon, ciku dan cempaka/kenanga atau juga buah nona. Siap berangan mak jenin lagi konon dah berbuah leh main petik jek. Nak tanam epal hijau kot kuarnya epal biru, haih.
Kepingin bebeno nak menanam bunga bercolourful sebegini. Tengok hujung minggu nanti siaplah berborong pasu plastik n benih bunga ni hah. Lagilah teruja lopaih bace entry Dr Fatin ni hah.
Nnt² nak carik pokok²...
- pokok lemon
- bunga ros (kena siapkan rak bunga baru bleh beli si roses nih). Kena pelihara bebetol si mawar berduri ni.
- lengkuas
- pandan
- ciku
- pulasan
- durian belanda
- nona
- rambutan n nangka dah tertuai di luar pagar umah.
- kemboja
- cempaka
- kenanga
- bunga tanjung
Haih, tak sabar, tak sabar, tak sabarrrrrrrrrrrrrr
p/s : hilang tension aku dengan mencucuk tanam dari dok pikiran kerja kat opis ni. huh.Banyak!.
Yang benar, benar dan benar-benar, benar...
♥♥♥ T.E.F.i.N ♥♥♥
No comments:
Post a Comment
Thanks buddy and anonymous also...