FEEL FREE TO CLICK MY NUFFNANG YER...TQVM :)

Oct 21, 2012

Saya Dah NuffX, anda?

Assalamualaikum wbt. 


Ehem, saya memang salah seorang dr beratus mungkin jugak berjuta or mungkin gak berbillion pelanggan Nuffnang. Saya always tiap pagi akan bace blog Kak Jemah n seangkatan dengannya. 

Tetiba one day bila terbace tu, saya ternampak logo ini. 


Jugak agak annoying dengan logo ini.



Dengan annoying tersebut membuat diri ini lebih curious. Apakah itu. Dok melenggang - lenggok di depan mata ku ini dengan iklanan beliau, maka ku terjah lah.

Apatah lagi bile melihat hasilnya sngt indah dan mudah untuk mengomen (bajet ramai pengomen akan mencoret di blog picisan ku hini). Anonymous yg sgt psikonymous pun ramai. Hehe. Maap.

So, godek punye godek (dasar malas buat tutorial), maka terhasillah di blog ku hini.

Kellesssssssssss ken, so, if sape nak buat or masih bolum ada acc nuff, sila daftar dulu di sini. Then, lehlah join Nuffnang X di sini. Tutornye adalah Cik Puan Ceera. If yg sudah join nuffX tp komen NuffX tu enggak muncul gak, jwpn itu ade pada Ceera. Got it? Nice.


Selamat mencuba n all the best.





Yang benar, benar dan benar-benar, benar... 
♥♥♥ T.E.F.i.N ♥♥♥

Oct 18, 2012

Dialog 2 Beranak Bila Selepas HUJAN

Assalamualaikum wbt semua




Malam tadi adalah hujan.

Bangun area 615+++ pagi utk bersiap ke office.

Semua barang dah siap segala. Just get ready untuk dimasukkan dalam keta utk elak kelewatan yg bakal melanda bebila.

Sewaktu si papa membuka pintu, si anak bersuara...

"Hujan!".

"Aha, lah Aisya, hujan. Hujannnnnnnnnnn yang turun..." belum sempat lagu dendangan arwah Sudirman dialunkan, si anak bising.

"Bukan lagu tu lah. Lagu ni, tik tok, tik tok, hujan dah turun...". Haha, i gelak je kat belakang.

Si papa yang masih nak sakat anaknya, terus sambung nyanyi lagu lain...

"Hujannnnnnnnnnnnnnnn, bagai mengundang nestapa...",

"Papaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa"...

















Yang benar, benar dan benar-benar, benar... 
 ♥♥♥ T.E.F.i.N ♥♥♥

Thursday Wordless - Bila Creative Melanda

Assalamualaikum.... wbt



 Creative kan?

Innovative kan?

 Save budget kan?

Lalala...









Yang benar, benar dan benar-benar, benar... 
♥♥♥ T.E.F.i.N ♥♥♥

Oct 15, 2012

Nah Password WiFi, leh try

 Assalamualaikum guyssssssssss...

Tak sangka plak, what the lucky i am. Leh nak share wifi password. Alah, free kan. Hehe. So, suatu hari di kedai mamak, seorang lelaki bertanya kepada seorang mamak yang bekerja di situ...

Hasrul : dey mamak apa
password WIFI kat sini?
Mamak : apa WIFI??
Hasrul : ini kedai punya
internet la..
Mamak : Ooo..itu macam kalu,
password dia tujupakale jugak
Hasrul : hah??
Mamak : “tujupakale..!”
Hasrul : Apa tu..??
Mamak : Aiyoo..awak tanya
passwordkan... tujupakale la..
Hasrul : Password dia
tajupakale..!
Mamak : ya... tujupakale
Hasrul pun menaip
T.U.J.U.P.A.K.A.L.E. (ternyata
salah)
Hasrul : dey, mamak apa
password dia??
Mamak : tujupakale la…sudah
tanya banyak kali jugak..aiyoo!!
Hasrul : kau bagi salah la, tu
yg aku tanya balik
Mamak : mana ada
salah..tujupakale
Hasrul : tak boleh la dey!!
Mamak : boleh la…
Hasrul : ko datang sini tengok
aku taip..(mamak tu pun
datang) kalo tak boleh kepala
ko aku tuju!
Mamak : aiyoo abang jangan
marah la..awak satu kali saya
tengok (Hasrul pun taip)
Hasrul : ko tengok aku taip
T.U.J.U.P.A.K.A.L.E… tengok,
mana dapat!!
Mamak : dey, abang mari sini
saya taip..awak kasi tekan
salah butang jugak..
Hasrul : eh, ye ke…kau tekan
la
Mamak : ini macam tekan la
7777
Hasrul : “ini TUJUH EMPAT
KALI..!!”
Mamak : betul la saya cakap
tujupakale..
Hasrul : %@$#@%#!!!!….




♥ sharing : Zon Network









Yang benar, benar dan benar-benar, benar... 
♥♥♥ T.E.F.i.N ♥♥♥

Oct 11, 2012

Penangan Adam & Hawa Bersama My Daughter

 Ehem, assalamualaikum wbt.


Sape peminat setia novel? Angkat tangan. Angkatlah semua ye. Jgn angkat baju n kain sudah. Okeh! Well, since kisah novel Adam n Hawa ni didramakan, saya kalau bleh tak nak miss satu pun episode tp dek kerana saya masih tidak boleh menerima keberkesanan lakonan Nadiya Nissa as Ain Hawani (bajet kalau aku berlakon, aku hebat, aha) sy dah termiss beberapa episode especially episode yg hero n heroin ditangkap kering² tuh. Dahlah time tu ade perlawanan bola. Sebokkkkkkkkkkkkkkkkkkk je papa kan Aisya. Hehe. Mcmlah ada game Perak. Pe lagi Terengganu. Game yg takde kena mengena langsung dengan tempat kelahirang kami suami isteri anak-beranak. Dah tu team yang encik hubby harap menang, kalah plak tuh. Still tak pueh hati lagi neh. Kah. Haih, seb baik on that time Aisya tak fanatik ngan Adam lagi. Cozzzzzzzzzzzzzzz sekarang tidak lagi di mana selepas scene malam tadi...

Tepat jam 10.00. Cite dah start. Dalam 10.30 cam tuh, mata Aisya dah mcm ngantok n mtk susu. Tggu iklan jap terus g wat susu. Nape kena tunggu iklan? Sebab, bila saya nak bangun terus bancuh, leh plak Aisya ni ckp, "Alah, Aisya takut bunyi kapal tebang (kapal terbang), nak puluk (peluk) mama. (Eh, nape Aisya takut bunyik kapal terbang? Rumah sebelah airport ker? Ganasnye. Hebat sgt ke? Propa jek. Haha. Takdelah, area umah mak ni, tempat lalu lalang burung besi ni jek. Takde pepun. Biaselah bebudak ken).  Kebetulan papanya baru nak tunaikan solat Isyak. So, kena tunggu papanya sudah selesai Isyak. So (so lagi), tiba iklan n bila susu sedang nak dibancuh, lobang telinga i terdengar mcm cite dah nak start blk. Tetiba dengar mcm dialih channel. Haha. Terus psiko Aisya.

Me : Aisya, papa tukar cite. Dengan tak menyempat², terus berlari ke depan n meraung siap wat aksi nak swimming di atas lantai lagi. My laki terpinga². Haha. I terus ikut berlari n pujuk dia n ajak bancuh susu sesama street bersama. Haih, berpengaruh sungguh penangan Adam n Hawa nih. Sambil menyusu sambil menonton. Btw, en hubby dah ponen dah bila mama dah ada peminat cite Melayu. Haha. tunggu baby boy eak papa nak ajak tengok bola.

Saat cite dah habis ada lah lagu² background Muara Hati dendangan Dato' Ct n Hafiz AF yang diselitkan bersama cebisan babak lakonan tu kan, n tika tu, saya n Aisya terbaring depan tv. Dengan kepala Aisya berlapikkan lengan tilam gebu saya. Brand dunlop tau my lengan. Haha.

Me : Habis dah cite Aisya, jom tido.
Aisya : Masih ralit menonton smbil mulut terkumat kamit nak ikut lirik lagu.
Papa : Tidolah Aisya, esok ngantuk. Lambat bangun.

Then, kuarlah wajah Johan diselang seli ngan Adam Mukhriz. Saat wajah Adam kuar, nak tahu pe Aisya leh ckp?

Aisya : Yang ni best (refer pada Adam), pastu kuar Johan plak, yang ni tak best.
Me : Terkejut n i terus tanya papa dia ingin kepastian.
Papa : Aisya cakap, Adam best, si Johan ni tak best. Owwwwwwwww. i c. Gelak jek. Geleng kepala aku.


Apa maksud best n tak best tak tahulah. Samada hensem ke atau lakonan. Tp leh ke budak tiga tahun ukur tahap lakonan? Ehe. No comment. Sabor je mak nak.

Herm, best jugak bila ada teman yang punya minat sama neh. Ken,ken dan ken.

Oklah, selamat menonton sehingga penghujung ye taulan. 

Erm, sape yg terlepas mana² episode leh download kat sini. Tapi saya tak pernah download. Haha. Ni pun tercari² imej dua mamat di atas pastu terserempaklah ngan sesi download mendownload ini di sini at Pereka Cerita.

Ok, tata n happy weekend n Assalamualaikum wbt.





Yang benar, benar dan benar-benar, benar... 
♥♥♥ T.E.F.i.N ♥♥♥

Oct 9, 2012

Kisah Saya dan Anak²

 Assalamualaikum wbt.


Herm, rindu nak memboyot lagi. Tapi masih takdok rezeki. Sedikit sedutan...
  • Anak Pertama = 2008
    • Alhamdulillah hampir terlaksana hajat nak bersulongkan anak lelaki, tp masuk jek 8 bulan plus² yg hanya tinggal a few weeks je lagi nak delivered, Allah swt, menjemput arwah untuk bersamaNya. Which mean, meninggal dalam kandungan. Sedih sgt² apatah lagi masa tu, arwah memang membesar dlm kandungan sehingga 3.83 kg yang mana kalau ditakdirkan (tak baik ckp kalau kan) kemungkinan besar, saya akan melahirkan arwah sekitar 4 kg n plus² gitu. Tengoklah saya kat bwh ni time preggy...... tebabooommmmmmmmm.

 v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v













 
 kan? tembam kan. ecececee, idok ler, ni zaman selim melim gitu. dok nikoh lagi neh. haih, bilalah, mau ke zaman ini. Jom, sama doakan. Bismillahhhhhhhhhh... semoga, moga dan moganya tuan punya blog ini kembali kurus dan sihat n mudah melaksanakan ibadat kepadaNya... and then saya aminkan. Ehe. Haip, jgn bahankan sy tau. Siap. kita jumpa di court. Don't play² ahhhhhhhhhh.










 lupa brapo bule, kandungan time ni. Sudah membesar bagai johan

 Ni time kursus HRMIS di SUK Terengganu. Memboyot. Semua tengok mcm seram. Kembar 10 ke hape, ken. 
    • Ok, itu pengalaman pertama n ditambah cabaran sebagai weekend hubby n wife. Hubby masa tu kat cyberjaya, kerja n sy di Terengganu juga bekerja n almost every weekend akan terbang ke sana. Kadang² naik bus jek sehinggalah usia kandungan nak masuk 8 bulan.
    • Saya sebenarnya memang sentiasa mengira pergerakan baby sebagaimana nurse pohon yakni 1-10 demi utk mengelakkan terjadinya perkara sebeginilah. Memang padat n membesar sgt saya time tu. Sampaikan geng pejabat ada yg panggil pingu², nyot². Haha. Paling tak boleh blah, ada gak yg panggil itik gembo², sabor jelah. Hidung tak usah ckplah kembang semangkuk. Aha, kalau nak tahu, kalau hidung kembang lebih besar dr saiz biasa, peratus nak dpt anak lelaki adalah tinggi. Percayalah teori ini. Insya-Allah, btol. Confident jek. Saya kan if ternampak wanita preggy terus spot pada hidung. Hihi. Inilah tips utk hr ini.
sudah seperti buah jambu hidungku. Pink bagai

kian mengembang. hehe.

    • Masa hr kejadian, 2,3 hr b4 that sy lenguh kaki n menggatal pergi mengurut, so, excited nak tggu en hubby blk, so ajak my mom g singgah beli brg dapo sket. Mlm tu kot, sy ada perasan nape arwah mcm slow motion je kan so ignore jek sebab memang padat sgt perut masa tu ngan bujurnye, besarnya. So, pg esoknya tanya my mom kenapa mcm mengempis jek. So my mom ckp takdelah, jgn pk bukan². Soalan sama gak ditujukan pada en hubby.
    • So, tak sedap hati, wat decision gi Hospital Besar (HSNZ) n check. Masuk bilik khas. Time tu 50-50 jek. So, 3 orang doc check, scan segala. Antara perbualan masih segar diingatan...
      • Doc1 : Erm, tiada pergerakan jantung ni.
      • Me    : Air mata dah mcm bergenang.
      • Doc1: Sabar ye, nnt saya panggil sorang lg doc. (Masuk lg sorang juga perempuan.).
      • Me    :  Menanti penuh sabar n kadang² terkeluar dr bibir pohon doc check bebetol.
      • Doc2 : Mcm dah takde ni. (Slow je percakapan antara mereka. Even jelas di pendengaran saya)
      • Doc1 : Kita panggil doc pakar. (Doc2 menyusul mencari n a few minutes kemudian masuk specialist)
      • Specialist : Maaf dik, dah takde ni. (Sebak jek suara doc tu. Seingat saya ketiga² doc tu menitiskan air mata atau pun dua daripadanya).
      • Me    :  Terus menangis. Begitu juga hubby.

    • Then, diwarded utk proses bersalin secara normal. Inilah arwah anak kami yang sulong. 

Inilah arwah Muhammad Amali Darwisy. Semoga gembira di syurga nan indah nak. Mama rindu dengan mu. Bila nak dtg jenguk mama, papa n angah mu lagi dear? Al-fatihah.
  • Anak Kedua = 2009
    •  Alhamdulillah, rezeki Allah swt yang Maha Esa, saya selamat melahirkan Aisya Qistina binti Azwa dengan selamat. Itupun saya diwarded hampir 5 kali sebab alahan, pening n seangkatan dengannya.
    • Sepanjang kehamilan, saya menjadi manje terlebih. Hampir semua kerja rumah en hubby yg handle. Paling best, saya selalu nak kacau orang n termasuk my baby suka main². Bila usik jek, dia diam, buat saya risau.
    • Bila alunkan zikir, papanya mengaji, dia cepat bg tindak balas, alhamdulillah.
    • Satu pagi tu, bila saya bangun terasa macam lendir seakan ketuban. Confuse, samada terkucil or memang ketuban. Report klinik kesihatan n terus refer Hospital Besar (HSNZ) sebab dah ada kes b4 this. So, silalah berkampung di hospital besar (HSNZ) sehingga terberanak yer. Seingat saya, hampir 3 minggu.
    • Di HSNZ ni, sebagaimana hospital lain ada 3 class utk ward bersalin. Memula diwarded tu sy di 3rd class. Sebab 1st class penuh kan. Happy kat sini semua nurse kepala masuk air. Hehe. Baru nak comfort, kena move ke 2nd class, owh kat sini nurse agak sedikit kerek. Sket jek. Jgn marah. Hehe. Pastu b4 dipindahkan ke 1st class, deretan doc n nurse mengelilingi my bed untuk check. Aik, sudah risau. Adakah sudah tiba masa untuk dibersalinkan? Owh tidak. Sorang doc bertanya, puan nak bersalin bila? Wah, bleh pilih date ker? Hehe. Boleh jek. Iyelah b4 sumthing happen kan. Selagi boleh kita elak, kita elak tapi itu semua kerja Allah swt. Mau jek nak pilih sama date ngan birthday my hubby. So, sehari dua lepas tu, saya dipindahkan ke 1st class utk 4 org je sebilik. Alhamdulillah sedikit selesa.
    • Hah, time kat sini bila tiba masa untuk check pergerakan baby n jantung, my daughter usik sorang nurse dari Kelantan ni. Hampir setengah jam time nurse ni check, my baby langsung tak bg tindak balas even b4 that, pergerakkannya sangat aktif. Last² that nurse mintak tlg member dia untuk check, skali check jek terus bertindak balas. Haha. Dalam perut dah nakal. 
    • Bila dah membesar, huh, naik sasau aku. Menjerit jek keje, Last² bila nak marah je ngan peelnya, terus ingat (pesanan picca di bawah), even dah terlepas marah. Ayat yang selalu digunapakai bila saya marah beliau, Nape mama marah Aisya? Haha, terus je sayu jap.
 
    •  Bila nak marah je terus cepat² my daughter wat klako. If dia buat silap, terus saya ckp, cakap sorry kat mama. Then bila her papa or i yg wat silap, hah, ckp sorry. Haha, terkena balik. Memang btol lah kan, 
Ingat yer para ibubapak :)

    • Time nak memerut, sembunyik blk langsir or blakang pintu. See that. Sejibik jek (biarlah rahsia... tersipu malewww).
tengah watpe tu darling mama.


    • Haih, agaknya sure bergaduh ngan abang Darwisynye. Berperang lah korang berdua.

  • Anak Ketiga = 2010
    •  Herm, excited sgt time ni bila Aisya nak dapat adik. Namun masuk jek 4 ke 8 minggu, time tu kalau ikutkan adalah time period, tengok² ade kecoklatan, so, saya dah lemah longlai terus ke HSNZ n jalani proses D n C.

  • Anak Keempat = 2011
    • Saat ini saya seakan fobia n trauma bila mengenangkan kandungan ketiga dulu. Rezeki untuk memperolehi zuriat seterusnya, masih belum ada. Sebagaimana proses kandungan anak ketiga begitu juga dengan anak keempat. Saya sekali lagi keguguran. Perit hanya Allah swt yang tahu. Kali ni memang saya sedikit kecewa but cepat² beristighfar sebab hanya Allah swt yang tahu apa yang terbaik untuk setiap hambanya. (Maafkan saya jika saya terlebih bijak dalam berbahasa).

  • Anak Kelima = ??? Insya-Allah. Tapi xtaulah bila. Ehe, doakan sesama ek.


Pepun, setiap kehamilan wanita adalah berbeza.
  • ada yang time preggy boleh wat keje berat, bleh drive sana sini, bleh travel ke sana ke mari tanpa perlu risau. Namun tak semua begitu.So, kita semua kena beringat.
  • jgn sesekali pandang jelek pada wanita hamil bila mengandung je bertukar jadi yg amat lemah, terlebih manje, mengade, itu tak boleh ini tak boleh n sket² nak pitam, muntah, alahan itu ini TIDAK seperti anda yang hamil namun kuat n bertenaga bagaikan alah bisa tegal biasa. Siap bangga lagi. Tak semua mcm tu tau. Begitu juga bila tiba saat bersalin. Ada yang mcm ni, ada yang mcm tu. Lain semuanya. Semua kerja Allah swt. Whatever pun, sebagai ibu mengandung jangan diikutkan sangat sifat lemah n malas itu, manalah tau kot terkenan kat anak dalam kandungan kan. Bila kuar malas serba-serbi kita jugak yang resah gelisah.
  • Malah, for sure sesetengah ibu mengandung tak mintak dia sebegitu. Siap ada sesetengah tu pandang sinis n mengumpat, bila kuar statement, time mengandung je lembik, time mengandung je pening, pesal time aku mengandung dulu bleh je wat semua. Hello, Tuhan kah anda untuk bercakap bongkak sebegitu? Meh, tak mahu tenaga kurang dalam segala sewaktu preggy, moh kite bersenam. 8, 8 lagi, hait. 
 
boleh cuba cara di atas atau di bawah

 

atau melalui pembacaan di sini :- Senaman Yang Disarankan Sepanjang Tempoh Kehamilan 
  • Jangan tau, kesian pada ibu mengandung yang masuk dalam golongan ini. Bila keguguran, tau plak senyap, tau plak membisu n haih tau plak kuar nasihat bila mengandung lagi nnt suh jgn wat keje berat, jalan tu pelan², jgn turun naik tangga, drive n so on. Dah, dah, cukup, cukup sudah membabbling ye. Wat derk jek eak. Pepun jgn menunding jari pada sesiapa sebab lg baki 4 jari menuju ke arah kita. Semuanya sebab musabab kejadian adalah kebetulan. So, more info untuk keguguran (juga untuk peringatan pada saya) sila layari Blog Klinik Wanita yg dikendalikan oleh Dr Suhaimi.Amik dari blog Sepet yang shomel n santek :).
  • Okey, setiap wanita hamil ada yang peranakkannya rendah, masalah dalam rahim, tak leh wat kerja kasar² n ada yang terpaksa amik cuti tanpa gaji untuk trimester pertama tau. So, ingatlah, lain orang lain belalang. Lain orang, lain ragamnya. Haha. Ada kena mengenakah?
  • Saya pun tak paham dengan mentaliti orang kita. Bila kena batang hidung sendiri, anak sendiri, barulah slow² mintak n dengar pandangan pe semua. Haih, pengsan. Macam² cerita dah saya dengar, alami n bace. Sabor jelah. Pepun, hanya anda je tahu tahap keupayaan n kelemahan diri sendiri. Yang menanggung kita. Ingat tu. So, mana² wanita hamil di luar sana, petua or nasihat yang boleh diterima pakai, diterima akal, sila terima dengan hati terbuka. Yang mana tidak berkenan, anggukkan saje ye. Heheh. Pohon pada Allah swt agar kandungan kita sihat walafiat dan selamat dilahirkan tanpa sebarang perkara yang tidak diingini. Aminnn.
  • Semua tu kerja Allah swt. Mungkin hari ni bukan rezeki kita. Mungkin akan datang rezeki kita lebih baik. Kan? So, tawakkal je pada Allah SWT. (Memandai je aku, ehe). 


sumber : Journey of With Love and Blog Ibu Hamil, Blog Klinik Wanita juga pakcik Google. Thanks.



Bilalah ye saat indah itu akan kembali...



Yang benar, benar dan benar-benar, benar... 
♥♥♥ T.E.F.i.N ♥♥♥

Oct 1, 2012

Bangi To Bali : Day 2 at Bali

Assalamualaikum wbt

Hollah. Ehem. Baru nak dicontinue. Sowwy, khoje manyak, ni curi masa jap. Refer pada tajuk entry, ni bukan 2nd daylah eak, kira entry Bali To Bangi : Day 1 at Bali tu boleh dianggap perjalanan ke Bali lah. It's ok, takde hal, iye dok.

Sampai je Holiday Inn, Baruna Bali, kami disambut mesra oleh penyambut tetamu juga receptionist hotel tersebut. Serius, hilang segala kepenatan. Sedang register kami dihidangkan oleh dua gelas minuman yang ala² berperisa straeberry n ada rasa soda sket. Nice. Tak sabar nak Zzzzzzzzzzzzz.

Silalah tengok gambonya yeh...

 sekitar lobi Holiday Inn Resort. Time sedang registration

Dapat je kunci bilik, terus bergegas dengan ditunjuk arah oleh penyambut tetamu. Masuk jek, Ya Allah, hilang segala penat utk 3 jam perjalanan dengan berlengasnya, haih. SANGAT CANTIK. Puas round² sekitarnya, terus dakap en hubby dr belakang (hoih, dangerous weh), n ucap mekasih... ehe. Iyelah, mak menumpang je time² en hubby ada conference ken. Rezeki. Thanks suamiku. Haha. Ayat mintak nak g jalan lagi. Bandung jom? Leh pekena mee bandung, syrup bandung, pe lagi yang bandung? hehhehheh.

 Sebahagian yg sempat saya snap bilik kami menginap


 Ada tersedia dvd player, 2 bijik Plasma TV, 1 dlm bilik, 1 kat hall, balcony yang indah mengadap kolam, jam (no idea dah nak letok gambo nape). Haha


So, puas menatap bilik nan indah seperti kejakunan ala mata Shin Chan yang bersinar itu, 

 
kami terus je bersihkan diri n dek kerana kelambatan meng'update' cerita baliband ini, aku dah terlupa. Nyanyuk sudah. Asyik terlupe jek since lately. Maybe oksigen tak smpi ke otak sepenuhnya kotkan. Haha. Maybe, laki aku g beli makanan kotkan then makan² time pastu tido style ulau melingkau right. Haih. Asik bangat tidur di atas tilam nan empukkkkkkkkkkk. Huh. Nite.




Nnt kita sambung lagi untuk hari seterusnya...



Yang benar, benar dan benar-benar, benar... 
♥♥♥ T.E.F.i.N ♥♥♥

Makluman Kepada DISTURBER yang gemar ANNOYING.

Penafian @ Pemberitahuan...

Makluman kepada semua

PEMBACA SETIA saya (kalau adalah. Hehe) n also my SILENT READER (yelah dah xboleh nak ganggu i guna anonymous kat commentkan, so terpaksalah DECIDE jd silent reader jek, huhu... so good luck too lah yer. Selagi rase panjang umur nak mengganggu hidup orang. OBSERVElah selagi MAMPU n jgn sampai bahankan saya. So, sure x takutkan jika diri anda xsempat pohon MAAF) n also yang menganggap diri kerdil saya ni sebagai MUSUH kepada diri anda sendiri, yang bahawasanya…

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di Bukan lagi Finger Note's - kini notapuan – nad Blog ini tidak boleh ditiru mahupun diplagiat, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada Tuan Empunyer Bukan lagi Finger Note's - kini notapuan - nad.

Juga dimaklumkan dan diperingatkan sekali lagi bahawa apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi seperti mencanang perkara yang tidak baik, buruk, memalukan, mengaibkan berkenaan perihal diri saya juga seluruh keluarga kaum kerabat saya di blog kepunyaan anda (termasuk laman sosial yang lain), sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik (media elektronik) termasuk di media massa, adalah melakukan suatu kesalahan, TINDAKAN BOLEH DIAMBIL mengikut akta

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998. If terasa DIVA n BERKUASA sgt nak menganggu n mencuba sesuatu yang membuatkan saya tak akan sesekali menimbangtara untuk mengambil TINDAKAN terhadap anda, dipersilakan. If you are PLAYING FOR KEEPS, so, pleased. I will do a same thing. So, good luck!

Sesungguhnya, setiap gerak geri buruk anda yang cuba bersikap

PENGGANGGU boleh dikesan secara terus. Harap Maklum n beware.

\('c*)v :: Peace no war n

u ollsss.

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

BAHAGIAN X - AM Bab 2 - Kesalahan Dan Penalti Tambahan

Seksyen 233. Penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian, dll.

(1) Seseorang yang—

(a) dengan menggunakan mana-mana kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi secara sedar—

(i) membuat, mewujudkan atau meminta-minta; dan

(ii) memulakan penghantaran,

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau

(b) memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik,

adalah melakukan suatu kesalahan—

(2) Seseorang yang secara sedar—

(a) dengan menggunakan suatu perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi memberikan apa-apa komunikasi lucah bagi maksud komersial kepada mana-mana orang; atau

(b) membenarkan suatu perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi di bawah kawalan orang itu untuk digunakan bagi suatu aktiviti yang diperihalkan dalam perenggan (a),

adalah melakukan suatu kesalahan.

(3) Seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen ini apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan hendaklah juga boleh didenda selanjutnya satu ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

sumber rujukan dari http://www.skmm.gov.my/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...