FEEL FREE TO CLICK MY NUFFNANG YER...TQVM :)

Dec 31, 2012

Kelentong - "Atokkkkkkkkkkkkkkkkkkk, tolong .... "

Assalamualaikum wbt.


Salam pagi senin. Erm... tekak dari semalam sgt tak selesa. Ehem, ehem je dr pagi kelmarin.
Today is ur Monday blues?  Hope, nop lah.

Ok, pe ko nak cite ni Nad. 

Baiklah, merujuk kepada tajuk di atas, bila sebut pasal kelentong, semua orang pandai kelentongkan. Ke tak? Tipulah tak. Let's say, korang dalam toilet and then bff or bf also or gf korang called n on that time korang sedang melepas sesuatu hajat yg arghhhhhhhh, lega n after that didapati bertimbunan missed called yang tak boleh blah n b4 disumpah seranah, korang terus call, so, pe korang akan cakap? Leh ckp terberak? Kalau yang jenis malu kambing tuh, panjang ceghitanya. Haih, so kelentonglah kan dengan jawapan sorrylah, dalam bilik tadi. Watpe kat bilik lama sgt? Nape tak bawak henset skali? Adalah. Adalah hapenye, bgtau jelah. I dah called u banyak kali, no return call from u, itu je jawapan u leh bg kat i? U tido mengeram dalam bilik ke hape? Atau u tengah chatting dengan ex bf u tu? Si member ni dah tahap malu gaban dah nk ckp. Lagilah kalau br makan bulan bercouple. ok fine, i memerut tadi, berak ok, takkanlah semua i kena bgtau u? And takkanlah nak bwk henset sekali. Mana nak cebok, mana nak jirus semua tuh. I nak berak pun tak feel tau tak. huh. Apelah. Kita clash jelah, kita break off terus. Hah, sudah. *pengotorlah ko ni Nad. Macam takde contoh lain nak kasik. Haha.

Hah, kalau yg couple ala-ala hentam sajalah n jenis kepala masuk air, jalan je ckp 'jujur' pe yang telah dilakukan such as, sorrylah, i tercirit td yang. Senang kan?

Herm, btw, last weekend hubby n i pada dasarnya nak ke KB saje jenjalan makan angin. Tp semua plan ke laut. Sebab, risau air banjir tak surut lagi kat area Setiu. Memang cuaca on Friday n Saturday tu sgt alhamdulillah, panas sehingga ke petang. Tapi, risau tak lepas blk nnt kang naya jek. Dahlah cuti tggl sehari suntuk ajek. Dah called member dah pun, tanya jalan ok ke tak. Diorang ckp ok n leh lalu tp peratus kemalasan utk ke sana tu menebal dengan kain tak dibasuh sgt menggunung, rumah harus berkemas so kita round area KT sajelah. My father in law nak carik baju. So kita gi carik. 

Otw to KT, we all singgah ke workshop dulu utk hantar wira. Ada masalah filter. So kita gerak dengan backup car lah. Bilalah nak makeover si wira pujangga ni. Bumbung dah tak mcm bumbung, warna dah kelam kelabu dah kalah keta pomen. Lowered usah ckplah. Saya yang kurang tinggi ni siap leh jentik² tudung botol lagi atas bumbung wira tu. Hehe. Dok pikiaq nak color ape nanti. Warna asal ke, putih diamond ke, takpun warna hello kitty ke *harus kena buli laki mak nanti. Haha. Atau hitam kuning. Aha. Kelak kita decide kan eak. Tak best ckp kalau fulus nan hado secukupnya laie.

Situasi kedudukan dalam kereta. Biasa, my FIL as co-pilot kat sebelah laki mak. Tp dek kerana my hubby pandu wira utk ke pomen, so i drivelah the 2nd car n my FIL aka ayah suami i, dok seat belakang. And our daughter dok potpetpotpet dengan selsemanya ada balik as co-pilot i. Pas * i mean 'lepas' n bukan merujuk parti politik ye, i pick-up my hubby n then heading to KT. Plan nak cr aksesori utk deco² umah n pokok² utk mini landskap. Tak sabar. wuhuuuuuuu. woot, woot, woot katanya. 

Time otw, i pakai lah seat belt n dengan anak i skali i ikat. So, towel lap hingus saya bawak sekali. Maka, no hallah kan. Senang nak lap bila meleleh keluar mukusnya. Time baby lehlah i sedut hingusnya n rasa pure kemasinan hingus itu akan terasa sehingga ke anak tekak. Dah besau ni, haih, pk banyak kali plak nak menyedut. Pakai straw bleh? huhu. Well, bila takde tisu takdelah risau sgt bila meleleh bagai waterfall. Tapi tetiba my hubby plak nak terbersin. And then sy mitak tolong my daughter amikkan tisu kat belakang. Segan nak mtk ngan my FIL. Ayat kelentong anak i kasik bila diminta pertolongan ialah...

"Aisya, tolong mama amikkan tisu kat belakang. Sian papa". Aisya ni dah mcm confuse dah sket. Tangan dia dok tarik² seat belt konon nak bagtau payah nak keluar.
"Camne Aisya nak amik. Aisya tak leh kuar ni. Ada tali ni. Ishhh, ushhh..." ok, fine. Semangat utk menolong dan usaha utk keluar dr terikat bersama mamanya tu ada.
"Ok, jap mama bukakkan". Selesai dah seat belt tertanggal, "Ok, Aisya tolong mama amik tisu eah", tapi leh plak Aisya ckp camni.
































"Atokkkkkkkkkkk, tolong amikkan tisu".


















Dang!

Bertuah punya anak. Gelak laki aku. Haih. Sudahnya, my hubby mtk his father tlg amikkan. 
Kecik² dah pandai kelentong.
Debush.
















Jumpa lagi tahun depan 2013.




Yang benar, benar dan benar-benar, benar... 
♥♥♥ T.E.F.i.N ♥♥♥

Dec 27, 2012

Banjir ow Banjir

Assalamualakum wbt....

Ehem, lama menyepi. Saya yang menyepi dari sebarang anasir luar yang ermmmmmm #TDDMKA gitu. Well, best menyepi di kala hujan melanda area pantai timur. Ade korang kesah ke yang i ni menyepi? nan hado. Hujan tanpa henti dari Ahad minggu lepas sehingga pagi tadi. Dan sekarang around 11.00 am td sehingga petang ni cuaca alhamdulillah, panas. Ehe. Syukur.

Sebut pasal banjir, saya sebenarnya mcm risau jugak. Takut rumah kita naik air ae ow ak air ae ow. Auw...

Btw, Ahad minggu lepas, saya, hubby n anak telah ye telah mengalami peristiwa tersebut. Ok, let me story. Actually, i dah janji ngan my sis utk ronggeng tatkala hujan melanda tempat tumpah darah i ni utk shopping sket sebanyak brg umah n she request a new shoes. Kopak. Haha. Sekali, plan ke banjir dan bukan ke laut. My hubby bekerja as tukang ajar anak orang (takleh bgtau detail sbb nnt ade org google, n org google tu namanya.........syhhhhhhhhhh... hehe, i is perasan. (Katanya saya ni sweet enemy dia. Dahlah anggap enemy tp leh plak dok letak sweet². Gelarkan jelah sour ke hape ke tak pun sweet sour enemy ke kan, katanya, so, abaikan).

B4 that, pagi tu my parents, my sis n my bro ade wedding invitation kat tmpt i bekerja, alah, ade org sewa kawasan utk wedding dioranglah gitu. Then diorang gi merewang ke mana ntah after that sampailah bila habis office hour, diorang fetch me up. 

Bila dah terang my plan ke banjir so, we all bergegas nak gi amik my daughter at taska. Alhamdulillah, my parents dah tau awal² lagi dah bila my hubby dah called b4 that. Why, my hubby tak pick up je our daughter kan. Hehe, nnt kita cite ek awak. 

Ok, korang bayangkan dengan hujan lebat n jalan pun jame dengan air yang melintas jalan nan henti, memang kena dendalah kalau mak bapak lewat amik anak kat taska ni. Kena dalam RM5.00 ke atas. Tak sure lewat sejam or setengah jam gitu. 

Dengan bergerak mengalahkan semut, we all sampai area berkenaan, sekali jalan takleh lalu ko. Penuh air. Fuh, last year or last 2 years, runtuh tau gate u kat Terengganu ni. Gile kenyang kentang. Kepala ligat dok pikiaq tang mana nak lalu. Arah mana tak banjir. Time tuh dah dekat maghrib.  Semua kenderaan, patah balik.

Tengah dok pening, cikgu my daughter called katanya nak blk dah n nak tak nak, cikgu terpaksa bawak anak i blk jap sbb hari dah nak gelap n b4 jalan ditutup terus kenalah saya redha utk biarkan my daughter ke rumah cikgunya barang seketika cuma. Thanks cikgu.

Called n asyik dok text my hubby, n kesian he still takleh kuar dari his office. Stuck ok. Baik gate depan mahupun gate belakang, semua takleh lalu. Semua staff n bukan staff yang belum lg pulang ditempatkan di pusat penempatan banjir dlm kawasan office beliau. Siap ade yang kena patuk dek ular air, katanyalah. Hope, mangsa dalam keadaan ok n nothing bad happened lah. Insya-Allah, Amiinnn. Btw, laki aku tenang je dia, siap leh main ping-pong. Haih. Sabau jelah.

So, my parents, pusing balik n make decision utk amik my daughter kat umah cikgunya. N thanks Allah swt, my hubby officemate yakni hubby n wife tlg hantarkan blk umah dengan Triton. So, tinggal keta we all kat office je. Air hampir ke lutut tau. 

Kekadang seronok tengok banjir. Tapi nak mengalami suasana pindah randah dek banjir tulah yg tak sanggupnya.

Malam tu semuanya bermalam di rumah i coz my parents takleh pulang ke rumah sebab air dah tggi kat depan sekolah tuh. Semua makan bungkus. Kikiki. Termasuk my father in law. Sorry abah. Lama dok sensorang. Bukan sengaja nak blk lmbt. Keadaan cuaca yang tak mengizinkan dan yang penting, semuanya selamat. Alhamdulillah. Syukur pada Allah swt. 

Pagi besoknya, semua ke tempat keje mitak tlg my mom hantarkan. Syukur, masih ada mak ayah mtk tlg di kala kesesakkan. Hargailah ek selagi masih ada.

Pasal banjir nnt kita story morry lagi yek.

Saya ade kelas petang ni, assalamualaikum semua n happy weekend.










Yang benar, benar dan benar-benar, benar... 
♥♥♥ T.E.F.i.N ♥♥♥

Dec 17, 2012

Addicted, huh

As salam wbt...



i am really addicted this song...





























Yang benar, benar dan benar-benar, benar... 
♥♥♥ T.E.F.i.N ♥♥♥

Everybody Needs a Little Time Away

Everybody needs a little time away, I've heard her say, From each other
Even lovers need a holiday, Far away from each other

Hold me now, It's hard for me to say I'm sorry, I just want you to stay, And after all that you've been through, I will make it up to you, I promise you, baby

And after all that's been said and done, You're just the part of me I can't let go

Couldn't stand to be kept away, Not for a day, From your body
Wouldn't want to be swept away, Far away from the one that I love

Hold me now, It's hard for me to say I'm sorry, I just want you to know
Hold me now, I really want to tell you I'm sorry, I could never let you go

And after all that we've been through, I will make it up to you, I promise you

And after all that's been said and done, You're just a part of me I can't let go, 
 I can't let go.


























Yang benar, benar dan benar-benar, benar... 
 ♥♥♥ T.E.F.i.N ♥♥♥

Dec 11, 2012

Air Money

As salam semuaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Lama tak hapdate belog. Well, ehem, curious bebenor dengan tajuk entry di atas?

Td, br sat td, saya terbaca satu entry kt fb. Nice info. sehingga setiap persoalan yang pernah bermain di fikiran saya dulu ade terjawab. Apa yang pasti semua yang terjadi ada hikmahnya, ada sebabnyakan. Saya baca apa? Baca pasal, alah info berkaitan kawen mawen. Syhhhhhhhhhhh, pasal ade kaitan dengan tajuk entry nilah. 

Btw, sebelum teruskan pembacaan (if ade yang nak baceler). Umur brape? - Entry ni khas untuk yang married only. Bukan niat untuk berlu*c*# ke hape. Sila faham ek.

Perasan tak, kenapa hormon kita akan berubah lepas kita kawen? Maafkan saya kalau sy silap, for sure saya kena lebihhhhhhhhhhhhn banyak membaca. Ehe. Kalau lelaki, even tak banyak, akan membukit sket perutnya. Kekadang saya banyak perasaan ingin tahu. Kenapa kena buncit, kenapa kena gemok lepas kawen? *alah Nad, ko pernah kurus ke Nad? Haha, pernah hokey. Tupun time study. 55kg, haha, mana ko nak dpt. Yelah, masuk YPM, berat mcm tong sampai member aku si Andik leh risau tido bawah aku. Opsssssssss, katil double decker. Saya kat atas, dia kat bawah, yelah, gadis yang awal mendaftar kolej n terus zupzap nak ke asrama chop katil. haha. Sorry Andik. Then, ke kolej, bergegas mengejar bas, if terlepas bas kena berjalan around 500 meter - 1km utk ke Stesen STAR LRT Pandah Indah untuk ke stesen Pandan Jaya. Mana tak kurus kan. Makan plak sekali sehari. Tu pun nasi lauk telur n sambal murah. Hahah. Bila dapat loan barulah berasa seperti OKB. Owh, i missed that moment so much. Mana mampu nak pakai keta sejibik, motolah itulah inilah utk berulang alik ke kolej. Blajo susahlah baru moment itu terlalu indah utk dikenang. Tak perlu mendabik dada dengan harta orang. Hehe. Susah buat cara susah, jgn lah sampai biar papa asal bergaye, tak moh camtu. Tp, atas rezeki memasinglahkan, jgn pulak memaksa pama korang plek. Ops, keluar topik sudah.

Berbalik pada tajuk, meh saya sharekan serba sedikit ek.

Buncit? Kebuncitan lelaki ini berlaku apabila cecair daripada isteri yang mengalir masuk melalui zakar semasa hubungan kelamin akan membuatkan perubahan hormon dalaman dan sekaligus akan mudah membuatkan perut menjadi buncit. Faktor itu juga menyebabkan zakar lelaki yang berkahwin akan lebih mengembang dan besar berbanding lelaki bujang. Ooo?

Namun jika hubungan kelamin tidak dilakukan dalam tempoh yang lama, perut mereka akan kembali kendur dan zakar pula akan mula mengecut. Selalunya berlaku kepada lelaki yang dah bercerai, mereka yang dah lama menduda atau selalu sibuk dengan kerja sampaikan tuntutan nafkah batin diabaikan.

KHASIAT AIR MANI SUAMI UNTUK ISTERI (jeng-jeng)

Ada khasiat rupanya. Kepada wanita yang sudah berkahwin, dikatakan akan mempunyai kulit yang lebih lembut dan mempunyai mood yang lebih baik. 

Kulit isteri lembut hasil daripada pancutan sperma suami yang mengandungi banyak protein dan berkhasiat. 

Air mani yang dipancut ke dalam rahim isteri bukan sekadar boleh mendatangkan zuriat, ia juga akan bersatu dengan darah dan segala kebaikan air mani suami akan diserap ke dalam tubuh isteri.

Khasiat lain sperma untuk wanita:
  • Rambut isteri semakin hitam dan berkilat.
  • Mengurangkan jerawat.
  • Campuran sperma dalam tubuh isteri akan menghasilkan berjuta2 hormon yang membuatkan wanita lebih ceria dan gembira. (0o0)
  • Sapu pada payudara dan muka jd tegang dan montok (iyeke?)


EDAH DAN AIR MANI

Dalam Islam, tempoh edah diberi kepada isteri yang baru bercerai adalah untuk menghilangkan air mani bekas suami yang masih berada dalam tubuh badan isteri, supaya tak berlaku percampuran air mani jika wanita itu terus melakukan hubungan seks dengan suami baru.
- ini persoalan KENAPA selalu bermain difikiran. Alhamdulillah, baru faham.

Ada logiknya juga. Setiap hukum dan ketentuan dalam Islam mesti mempunyai sebab yang tertentu sama ada kita tahu atau tidak. Tak perlulah buah tafsiran atau tohmahan terhadap agama sendiri hingga terjadinya murtad. Kajilah dulu kalau boleh. Memang diyakini Islam itu benar - SGT SETUJU.




sumber ikhlas : FB Jom Hamil & Majalah Maskulin edisi Ogos 2009.
 


Yang benar, benar dan benar-benar, benar... 
♥♥♥ T.E.F.i.N ♥♥♥

Nov 20, 2012

Lagi Pasal Durian Crepe

So, assalamualaikum wbt semua...


Order utk durian crepe yg pada mulanya leh dapat pada hr Isnin ditunda pada hr ini dengan tambahan order dr 10 packet kepada 15 packet. 

3 yg order bercuti, so kita jual dulu pada yg memerlukan. 

Mcm goreng pisang panas tau. 






Ni dah tinggal 5 packet. Sorang akan dtg area umah i nak dtg pickup utk 2 packet. Lagi 3 packet dah ade org punya. I menjual smbil peragakan tester. Alhamdulillah semua yg br je ngap dah terasa di lidah terus mengangguk nak, nak dan nak. Haha. Masyukkkkkkkkkkk.

So, utk esok, i order lg 10 packet. Nak order ke? Tapi area Kuala Terengganu je lah, ni fb dia Salbanu Bidin. Promotion price RM 10.00 perpacket. Ade 6 keping kesemuanya.

Nak no phone ke? uolls je straight on to her fb n ask her directly, senang sket. Pepe just leave ur comment on this entry yek.








Yang benar, benar dan benar-benar, benar... 
♥♥♥ T.E.F.i.N ♥♥♥

Kisah Semaren (Kelmarin... hahaha)

Assalamualaikum semua...


Wokeh, semaren, _entry ni saya dah draf semaren, so kira entry pasal semaren dululah, yakni Ahad punye) saya ade perihalkan tentang kekosongan jiwa saya itu. Jiwa kosong tp badan punuh lomak, haih. Sigh.

Well, semaren ke tempat kerja - balik berhantar oleh my hubby. Jam 5.26 ptg turun menapak menanti di satu bangku. Menanti sambil berborak bersama pak guard yang membahasakan diri saya as 'kak'. Wah, sudah tua kah aku ini. Biarkan. Kami berborak, saya banyak bertanya perihal tugasannya. Ade kisah menyeramkan di situ. Semua kisah cik ponti, cik langsu dan seangkatan dengannya semua ada sehinggalah terbawak² bila saya sedang enak menelentang di atas sofa di rumah. Nanti saya kisahkan.

SO, seteleh encik hubby dtg menjemput, salam laga semut semua, i pun ceritalah pasal durian crepe. Hehe, duk tanye ape tuh, ape nih. Siap tanya larat tak mama masak, if tak larat kita makan kedai. Owwwwwwww so sweet darling. Btw no, i dah muak mkn kedai. Rela masak even kepala pening sngt semaren.

Smpi je umah, terus hidang durian crepe, utk minum petangkan sementara menantikan air masak utk sediakan sechawen white coffee for him n sementara sediakan dinner utk my hubby. Then my hubby amik satu keping n masuk 1 dlm mulut, nyum², sedap. Dah hantu durian, for sure sedap kan. Ngap lagi, smbil ngap smbil dok tayang kat Aisya. Budak ni, tak moh, skali en hubby offer lg, last² terus tergoda n mtk sekeping. Hah, kan, papa dah ckp, sedap. Durian nih. For me, cukup sekeping utk rase. Dah kenyang bila dapat promote durian crepe hasil tangan my kazen. Inilah ghopenyer.

 
Promotion Price just now RM10.00 per packet (ada 6 keping).  
Add her fb at Salbanu Bidin utk area Kuala Terengganu. Beliau menginap di Umbrella Hill a.k.a Bukit Payong.


Selesai menyedia minum petang n bergegas menyiapkan makan malam, tetiba takde angin, takde ribut, en hubby keluar dr bilik tengah dengan kata², "papa pun ade benda nak bagi kat mama". I time tu tengah mengelap meja makan, terus teruja bila dapat ini. Wah, give n take gitu ken.


Penyangkut beg. I choose the left one. Even dalam hati berterbangan rama² tp dek faktor umur, i choosed the red one dengan sinaran bling²nye.


You know what, seketika, penyangkut beg itu tengah famous, saya memang berkira² nak membeli. Ade je dugaan mendatang, kewangan tak mengizinkanlah, then saya plak jenis berkira. Mahal sgt smpi tak berpadanan dengan benda, sy decide tak perlu beli lagi. Last²,  my lovely hubby yang hadiahkan. Wahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh. syukur, hehe, dah lama kahwen ni, masing² semakin memahami hasrat hati pasangan memasing. So, mereka yg merancang utk berkahwin apatah lg sempena cuti sekolah ni, kahwin lah cepat² noks, hehe. Murah plak tuh. Tak silap RM25.00 jek. Shukeeeeeeeee. Murah, just nice n wallah. Time sy usha dulu, semuanya 50 - 70 ke atas kot. Berkat kesabaran sehingga sy dah lupa nak beli, akhirnya, inilah rezekinya. Thanks my ♥.

Belek nyer belek, then terus bergegas siapkan malam sementara menanti maghrib. Dinner ringkas jek.

Sotong bersama sayo kubis (kegemaran en hubby), sambal tumis ikan bilis, telur dadar n pencuci mulut sebelum mkn nasi, bukan lepas makan tau. Utk pelawas.


Dan ini baru pencuci mulut sobonarnyo eh...

 Pisang gula. Nak resepi? Hehe, just bogelkan pisang, cmpk pisang dalam kuali yang mengandungi minyak yg dah panas. Ala² dah garing, angkat n hidangkan. Tabur gula n siap utk dingap.


Tapiiiiiiiiiiiiiii, dek kerana penangan DC, en hubby kekenyangan. Last² aku yg tengah diet ni, kena licinkan jugak. Haih. Takpe, kena cuci ngan green tea eak. Singkirkan segala toksid setengah jam b4 sleep, right.

Then, layan en hubby n Aisya mamam, pastu belek lg present yg en hubby kasik then br bersihkan diri, solat n rehat smbil lipat kain. Siap melipat, layan sekejap cite ombak rindu. Time tu dah dekat 12.00 mlm. Time Cinderella nak cabut pulang. Bleh tengah malam ni melayan cite Ombak Rindu (even dah khatam dua tiga kali), sambil main game susun perkataan kat encik hubby nyer phone, tetiba terdengar cam bunyi someone main guli kat tingkat atas my home. Yoyoyo, whats up der. If nak ajak i main skali, jgn bgtau secara halus camni babe. Seram tau. So, i wat derk. Encik hubby, ke mana ntah. Ke toilet ke bersolat isyak kot, lupe. Bunyiknya setakat lantungan 2,3 kali je camtuh. Nape ikut i balik? Tak puas hati eak i cite pasal uolls petang td eak.Ade je kan. Then encik hubby dtg bergegas² bgtau nak tido. I siap chupp jap, tggu i prepared pe yg patot. Then masuk tido. hehe.






Yang benar, benar dan benar-benar, benar... 
 ♥♥♥ T.E.F.i.N ♥♥♥

Nov 18, 2012

Jiwa kosong kembali tak kosong dengan DOGHIAN CREPE

Assalam semua...


Wah, dan, dan, jiwa kosong. Ken? Katenye.

Buat itu, tak kena, buat ini tak kena, last² handle itu ini, tak sedar dah nak siap. Petang semalam dpt msg dr my kazen, katenye ade wat promotion durian crepe. Sana sini, org ckp durian crepe, durian crepe, durian crepe. Jeles tau. Terus pk, ade ke kat Tganu durian crepe? Sedap ker? Tapi, asal pepe produk yang berjenis doghian aje, teman akan ingat shedap. So, dengan laju i msg, i nak dua packet. 

Tup, tup, dan tup td dah smpi durian crepe. Wallah, bau je dah semerbak. Rase belom tentu lagi. Siap dapat 1 free laie. Ko hado. Nyum². 

Senanya i seriau nak cuba bila ingat, inti dalam tu turut terkandung whipped cream. Haih, leh ke aku telan. So, bwk masuk opis terus kasik mek anie rase, terus kaki si minah ni terhentak² ala hanging banging bahawasanya durian crepe my kazen ni adalah sedap. Dah sah hantu doghian kan ko. I pun terus ngap.........ermmmmmmmmmmmmm, ermmmmmmmmmmm dan ermmmmmmmmmm, serius sedap. Terus 1 bilik bau, kesian plak, yelah tak cukup. Mana nak cukup kalau dtg sorang, i suap, terus i msg my kazen, nak 10 packet. Esok pagi. Hahah. 

Harga promotion RM10.00 utk 6 keping DC. Tak sabar, tak sabar, tak sabar nak bg semua merasa besok. 

Nanti nak bg hubby promote kat tempat kerje dia plek.

Esok i upload gambonye neh.

Nyummmmmmmmmmmmmmmm.









Yang benar, benar dan benar-benar, benar... 
 ♥♥♥ T.E.F.i.N ♥♥♥

Nov 11, 2012

Ahad Kurang Catit

Assalamualaikum wbt...








Yang benar, benar dan benar-benar, benar... 
♥♥♥ T.E.F.i.N ♥♥♥

Nov 7, 2012

Saya pada hari ini dan kelmarin...

 As salam semua...


Jejari menaip dengan dihiburkan dengan lagu aku mahu dia dendangan Hazama. Lalala di situ. Buat ketiga kali saya terlewat smpai ke pejabat. Maaf en boss, rekod saya buruk sudah. Sebab merah menyala kedatangan haku. Dek kerana ketiadaan en hubby utk 3 hari (bukan tajuk filem ye dan en hubby ke sana demi mencari rezeki, maka bertabahlah dan sila bersyukur) coz ke Singapurrrrrrr, maka saya bergegas untuk bangun awal. Mujur, alhamdulillah ada ibu dan bapa sudi menemankan anakandanya ini untuk tidur di rumah kami. Terima kasih ma n pa. Mujur jugalah, saya boleh bangun awal around 5.50 am. Awal bagi saya dan bukan anda. Kalau tidak 630 baru terpacak mahu membersihkan diri segera boleh. Segera bangun, siapkan sarapan alas perut dengan menggoreng enam biji popia untuk hidangan mereka dan turut sediakan Mini Glutinous Rice Ball utk my daughter. Dia suke mengadap benda ni sekarang. Apakah itu.





Rasanye sedap. Kenyal dan ada pelbagai perisa. Yang ini kacang merah. Ala² pau kacang merah tu. cara masak mudah shj. Seakan membuat kuih buah melaka. Untuk anak, saya hanya rebus, tunggu mendidih air, masuk kan 12 biji (cukup utk dia), then bila air mendidih, rice ball ni akan timbul dipermukaan, n jalakan mereka masukkan dalam mangkuk bersama air didihan skali td n letak sesudu kecil gula bagi kasik manis sket. kacau n suap ke dalam mulut comel anak² kita. Kalau terlebih creative dan innovative, buat ala² pengat ataupun, amik kepala kelapa, parutkan, then gaul dengan gula dan secubit garam kemudian amik rice ball gaulkan sekali seperti membikin buah melaka atau kami panggil onde² gitu. Yummy. Boleh didapati di pasaraya Giant (yang ada kat ganu ni pun, yang gah sket, giant, mydin n sabasun. Janganlah ko carik Aeon Jusco kat sining, ade yang bunyikkan cengkerik kat ko nnt). Harga around RM 5 - 7 hinggit plus².


Itu kelmarin dulu punye ceghita. Pagi ini, rutin sama, celik je mata seawal boleh, goreng popia (lagi), dan sediakan 3 keping roti canai. Kebetulan malam td, my 2nd last bro ade dtg n baru pulang dr Kuantan. Becoming cheffffff, wahhhhhhh gitu. Welcome home bro. Tapiiiiiiiiii, 2 keping roti sanai tu untuk my litte daughter. Haha, cebis²kan, masuk dalam tupperware, taruk gula, sila bekalkan untuk dimakan di dalam kereta. Kesian anak mama. Even suke menangis dan buat perangai, tetapi si kecik ni cukup memahami bila saya sudah kelewatan. Pandai psiko perasaan saya sehingga kadang² buat saya dan en hubby serba salah. Contohnya, ketika di hari minggu dengan aktiviti berjalan² di sekeliling kota ganu. B4 that, banyak kali dah dia request nak main buai. Alah, swing tu kat playground, tetapi dek cuaca tak menentu, dia terus lembut jek bersuara, "sian Aisya, takleh main buai, hujan". Saya dan en hubby saling berpandangan. Terus mengubah haluan ke Giant untuk indoor playground di situ. Cubaan yg sangat nice.

Ok, sambung. Sudah saya persiapkan diri, capai handbag (yg hanya banyak kertas, dan jgn tak tau, plaster yang sengal² otot pun turut tergolong di dalam handbag saya (ko mampu) hehe), capai gugusan kunci dan seliter air n sempat menyuap secebis roti canai ke dalam mulut anak dan Aisya turut bergegas sekali bersama saua untuk menghidupkan enjin kereta seusai bersalaman dengan my dad. Sambil drive sambil suap cebisan demi cebisan roti canai. Sementelah si anak kureng sihat, batuk n dia mahu bermanja. Ketuk kepala sendiri sbb selalu lupa bagi anak minum ubat batuk. Sambil driving sambil suap, bleh ke? tak  dangerous? Saya hanya menyuap ketika berpuluh bonggol jalan yang perlu saya lintasi. Biasaklah, jalan kampung, shortcut ken. Kena hadapilah. Baru je naik mendaki bonggol tersebut, saya menyuap, alhamdulillah selamat ke dalam mulut anak. Muke sedih tak tau kenapa. Mungkin terpaksa bangun awal. Atau rindu sama papanya. Malam ni papa blk tau, kita gi jemput ek. Jommmmmmmmm. Tak awal mana pun Aisya bangun. Dalam 730 mcm tu, n cium² n dakap² sket n mandikan si dia (my daughter). Menangis sambil mandi, dah siap elok je huhahuha. Haha. 

Around 7.45, sudah tiba di taskanya. Alih² tak nak bawak bekal roti canai yang masih berbaki. "Aisya bwk ke taska ek, sambung makan sana", pohon saya. "Taknak, nak makan kat umah". I don't why, maybe kenyang atau maybe segan makanan sikit n nak berkongsi dengan kengkawan. Takpelah, nnt mama jemput, mama sambung suapkan. :).

Selesai usap kepala Aisya bersama kucupan dan dengan pesanan penaja, si anak terkedek² masuk taruk beg pada rak yang disediakan. Then saya melambai melalui celahan tetingkap. Sayu suasananya.

Masuk kereta terus pecut. Sampai pintu gerbang opis, kepala ligat mahu membuat tugasan apa hr ni. Selingan stress adalah berblog sikijap jek. Then ISO, iso, ai es owwwwwwww, dan ISOoooooooo lagi smpe siap. Then, pohon vendor wat kursus LIFERAY, then, rangka sistem, then report beres, then kena prepare 2 kertas kerja. OMI (oh mak i).

Ok, enough, back to work Nad. 





Thanks luangkan masa bace eak. 



p/s : rindu en hubby. cepat pulang dengan selamat hendak-Nya... Aminnn.




Yang benar, benar dan benar-benar, benar... 
 ♥♥♥ T.E.F.i.N ♥♥♥

Oct 21, 2012

Saya Dah NuffX, anda?

Assalamualaikum wbt. 


Ehem, saya memang salah seorang dr beratus mungkin jugak berjuta or mungkin gak berbillion pelanggan Nuffnang. Saya always tiap pagi akan bace blog Kak Jemah n seangkatan dengannya. 

Tetiba one day bila terbace tu, saya ternampak logo ini. 


Jugak agak annoying dengan logo ini.



Dengan annoying tersebut membuat diri ini lebih curious. Apakah itu. Dok melenggang - lenggok di depan mata ku ini dengan iklanan beliau, maka ku terjah lah.

Apatah lagi bile melihat hasilnya sngt indah dan mudah untuk mengomen (bajet ramai pengomen akan mencoret di blog picisan ku hini). Anonymous yg sgt psikonymous pun ramai. Hehe. Maap.

So, godek punye godek (dasar malas buat tutorial), maka terhasillah di blog ku hini.

Kellesssssssssss ken, so, if sape nak buat or masih bolum ada acc nuff, sila daftar dulu di sini. Then, lehlah join Nuffnang X di sini. Tutornye adalah Cik Puan Ceera. If yg sudah join nuffX tp komen NuffX tu enggak muncul gak, jwpn itu ade pada Ceera. Got it? Nice.


Selamat mencuba n all the best.





Yang benar, benar dan benar-benar, benar... 
♥♥♥ T.E.F.i.N ♥♥♥

Oct 18, 2012

Dialog 2 Beranak Bila Selepas HUJAN

Assalamualaikum wbt semua




Malam tadi adalah hujan.

Bangun area 615+++ pagi utk bersiap ke office.

Semua barang dah siap segala. Just get ready untuk dimasukkan dalam keta utk elak kelewatan yg bakal melanda bebila.

Sewaktu si papa membuka pintu, si anak bersuara...

"Hujan!".

"Aha, lah Aisya, hujan. Hujannnnnnnnnnn yang turun..." belum sempat lagu dendangan arwah Sudirman dialunkan, si anak bising.

"Bukan lagu tu lah. Lagu ni, tik tok, tik tok, hujan dah turun...". Haha, i gelak je kat belakang.

Si papa yang masih nak sakat anaknya, terus sambung nyanyi lagu lain...

"Hujannnnnnnnnnnnnnnn, bagai mengundang nestapa...",

"Papaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa"...

















Yang benar, benar dan benar-benar, benar... 
 ♥♥♥ T.E.F.i.N ♥♥♥

Thursday Wordless - Bila Creative Melanda

Assalamualaikum.... wbt



 Creative kan?

Innovative kan?

 Save budget kan?

Lalala...









Yang benar, benar dan benar-benar, benar... 
♥♥♥ T.E.F.i.N ♥♥♥

Oct 15, 2012

Nah Password WiFi, leh try

 Assalamualaikum guyssssssssss...

Tak sangka plak, what the lucky i am. Leh nak share wifi password. Alah, free kan. Hehe. So, suatu hari di kedai mamak, seorang lelaki bertanya kepada seorang mamak yang bekerja di situ...

Hasrul : dey mamak apa
password WIFI kat sini?
Mamak : apa WIFI??
Hasrul : ini kedai punya
internet la..
Mamak : Ooo..itu macam kalu,
password dia tujupakale jugak
Hasrul : hah??
Mamak : “tujupakale..!”
Hasrul : Apa tu..??
Mamak : Aiyoo..awak tanya
passwordkan... tujupakale la..
Hasrul : Password dia
tajupakale..!
Mamak : ya... tujupakale
Hasrul pun menaip
T.U.J.U.P.A.K.A.L.E. (ternyata
salah)
Hasrul : dey, mamak apa
password dia??
Mamak : tujupakale la…sudah
tanya banyak kali jugak..aiyoo!!
Hasrul : kau bagi salah la, tu
yg aku tanya balik
Mamak : mana ada
salah..tujupakale
Hasrul : tak boleh la dey!!
Mamak : boleh la…
Hasrul : ko datang sini tengok
aku taip..(mamak tu pun
datang) kalo tak boleh kepala
ko aku tuju!
Mamak : aiyoo abang jangan
marah la..awak satu kali saya
tengok (Hasrul pun taip)
Hasrul : ko tengok aku taip
T.U.J.U.P.A.K.A.L.E… tengok,
mana dapat!!
Mamak : dey, abang mari sini
saya taip..awak kasi tekan
salah butang jugak..
Hasrul : eh, ye ke…kau tekan
la
Mamak : ini macam tekan la
7777
Hasrul : “ini TUJUH EMPAT
KALI..!!”
Mamak : betul la saya cakap
tujupakale..
Hasrul : %@$#@%#!!!!….




♥ sharing : Zon Network









Yang benar, benar dan benar-benar, benar... 
♥♥♥ T.E.F.i.N ♥♥♥

Oct 11, 2012

Penangan Adam & Hawa Bersama My Daughter

 Ehem, assalamualaikum wbt.


Sape peminat setia novel? Angkat tangan. Angkatlah semua ye. Jgn angkat baju n kain sudah. Okeh! Well, since kisah novel Adam n Hawa ni didramakan, saya kalau bleh tak nak miss satu pun episode tp dek kerana saya masih tidak boleh menerima keberkesanan lakonan Nadiya Nissa as Ain Hawani (bajet kalau aku berlakon, aku hebat, aha) sy dah termiss beberapa episode especially episode yg hero n heroin ditangkap kering² tuh. Dahlah time tu ade perlawanan bola. Sebokkkkkkkkkkkkkkkkkkk je papa kan Aisya. Hehe. Mcmlah ada game Perak. Pe lagi Terengganu. Game yg takde kena mengena langsung dengan tempat kelahirang kami suami isteri anak-beranak. Dah tu team yang encik hubby harap menang, kalah plak tuh. Still tak pueh hati lagi neh. Kah. Haih, seb baik on that time Aisya tak fanatik ngan Adam lagi. Cozzzzzzzzzzzzzzz sekarang tidak lagi di mana selepas scene malam tadi...

Tepat jam 10.00. Cite dah start. Dalam 10.30 cam tuh, mata Aisya dah mcm ngantok n mtk susu. Tggu iklan jap terus g wat susu. Nape kena tunggu iklan? Sebab, bila saya nak bangun terus bancuh, leh plak Aisya ni ckp, "Alah, Aisya takut bunyi kapal tebang (kapal terbang), nak puluk (peluk) mama. (Eh, nape Aisya takut bunyik kapal terbang? Rumah sebelah airport ker? Ganasnye. Hebat sgt ke? Propa jek. Haha. Takdelah, area umah mak ni, tempat lalu lalang burung besi ni jek. Takde pepun. Biaselah bebudak ken).  Kebetulan papanya baru nak tunaikan solat Isyak. So, kena tunggu papanya sudah selesai Isyak. So (so lagi), tiba iklan n bila susu sedang nak dibancuh, lobang telinga i terdengar mcm cite dah nak start blk. Tetiba dengar mcm dialih channel. Haha. Terus psiko Aisya.

Me : Aisya, papa tukar cite. Dengan tak menyempat², terus berlari ke depan n meraung siap wat aksi nak swimming di atas lantai lagi. My laki terpinga². Haha. I terus ikut berlari n pujuk dia n ajak bancuh susu sesama street bersama. Haih, berpengaruh sungguh penangan Adam n Hawa nih. Sambil menyusu sambil menonton. Btw, en hubby dah ponen dah bila mama dah ada peminat cite Melayu. Haha. tunggu baby boy eak papa nak ajak tengok bola.

Saat cite dah habis ada lah lagu² background Muara Hati dendangan Dato' Ct n Hafiz AF yang diselitkan bersama cebisan babak lakonan tu kan, n tika tu, saya n Aisya terbaring depan tv. Dengan kepala Aisya berlapikkan lengan tilam gebu saya. Brand dunlop tau my lengan. Haha.

Me : Habis dah cite Aisya, jom tido.
Aisya : Masih ralit menonton smbil mulut terkumat kamit nak ikut lirik lagu.
Papa : Tidolah Aisya, esok ngantuk. Lambat bangun.

Then, kuarlah wajah Johan diselang seli ngan Adam Mukhriz. Saat wajah Adam kuar, nak tahu pe Aisya leh ckp?

Aisya : Yang ni best (refer pada Adam), pastu kuar Johan plak, yang ni tak best.
Me : Terkejut n i terus tanya papa dia ingin kepastian.
Papa : Aisya cakap, Adam best, si Johan ni tak best. Owwwwwwwww. i c. Gelak jek. Geleng kepala aku.


Apa maksud best n tak best tak tahulah. Samada hensem ke atau lakonan. Tp leh ke budak tiga tahun ukur tahap lakonan? Ehe. No comment. Sabor je mak nak.

Herm, best jugak bila ada teman yang punya minat sama neh. Ken,ken dan ken.

Oklah, selamat menonton sehingga penghujung ye taulan. 

Erm, sape yg terlepas mana² episode leh download kat sini. Tapi saya tak pernah download. Haha. Ni pun tercari² imej dua mamat di atas pastu terserempaklah ngan sesi download mendownload ini di sini at Pereka Cerita.

Ok, tata n happy weekend n Assalamualaikum wbt.





Yang benar, benar dan benar-benar, benar... 
♥♥♥ T.E.F.i.N ♥♥♥

Oct 9, 2012

Kisah Saya dan Anak²

 Assalamualaikum wbt.


Herm, rindu nak memboyot lagi. Tapi masih takdok rezeki. Sedikit sedutan...
  • Anak Pertama = 2008
    • Alhamdulillah hampir terlaksana hajat nak bersulongkan anak lelaki, tp masuk jek 8 bulan plus² yg hanya tinggal a few weeks je lagi nak delivered, Allah swt, menjemput arwah untuk bersamaNya. Which mean, meninggal dalam kandungan. Sedih sgt² apatah lagi masa tu, arwah memang membesar dlm kandungan sehingga 3.83 kg yang mana kalau ditakdirkan (tak baik ckp kalau kan) kemungkinan besar, saya akan melahirkan arwah sekitar 4 kg n plus² gitu. Tengoklah saya kat bwh ni time preggy...... tebabooommmmmmmmm.

 v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v













 
 kan? tembam kan. ecececee, idok ler, ni zaman selim melim gitu. dok nikoh lagi neh. haih, bilalah, mau ke zaman ini. Jom, sama doakan. Bismillahhhhhhhhhh... semoga, moga dan moganya tuan punya blog ini kembali kurus dan sihat n mudah melaksanakan ibadat kepadaNya... and then saya aminkan. Ehe. Haip, jgn bahankan sy tau. Siap. kita jumpa di court. Don't play² ahhhhhhhhhh.










 lupa brapo bule, kandungan time ni. Sudah membesar bagai johan

 Ni time kursus HRMIS di SUK Terengganu. Memboyot. Semua tengok mcm seram. Kembar 10 ke hape, ken. 
    • Ok, itu pengalaman pertama n ditambah cabaran sebagai weekend hubby n wife. Hubby masa tu kat cyberjaya, kerja n sy di Terengganu juga bekerja n almost every weekend akan terbang ke sana. Kadang² naik bus jek sehinggalah usia kandungan nak masuk 8 bulan.
    • Saya sebenarnya memang sentiasa mengira pergerakan baby sebagaimana nurse pohon yakni 1-10 demi utk mengelakkan terjadinya perkara sebeginilah. Memang padat n membesar sgt saya time tu. Sampaikan geng pejabat ada yg panggil pingu², nyot². Haha. Paling tak boleh blah, ada gak yg panggil itik gembo², sabor jelah. Hidung tak usah ckplah kembang semangkuk. Aha, kalau nak tahu, kalau hidung kembang lebih besar dr saiz biasa, peratus nak dpt anak lelaki adalah tinggi. Percayalah teori ini. Insya-Allah, btol. Confident jek. Saya kan if ternampak wanita preggy terus spot pada hidung. Hihi. Inilah tips utk hr ini.
sudah seperti buah jambu hidungku. Pink bagai

kian mengembang. hehe.

    • Masa hr kejadian, 2,3 hr b4 that sy lenguh kaki n menggatal pergi mengurut, so, excited nak tggu en hubby blk, so ajak my mom g singgah beli brg dapo sket. Mlm tu kot, sy ada perasan nape arwah mcm slow motion je kan so ignore jek sebab memang padat sgt perut masa tu ngan bujurnye, besarnya. So, pg esoknya tanya my mom kenapa mcm mengempis jek. So my mom ckp takdelah, jgn pk bukan². Soalan sama gak ditujukan pada en hubby.
    • So, tak sedap hati, wat decision gi Hospital Besar (HSNZ) n check. Masuk bilik khas. Time tu 50-50 jek. So, 3 orang doc check, scan segala. Antara perbualan masih segar diingatan...
      • Doc1 : Erm, tiada pergerakan jantung ni.
      • Me    : Air mata dah mcm bergenang.
      • Doc1: Sabar ye, nnt saya panggil sorang lg doc. (Masuk lg sorang juga perempuan.).
      • Me    :  Menanti penuh sabar n kadang² terkeluar dr bibir pohon doc check bebetol.
      • Doc2 : Mcm dah takde ni. (Slow je percakapan antara mereka. Even jelas di pendengaran saya)
      • Doc1 : Kita panggil doc pakar. (Doc2 menyusul mencari n a few minutes kemudian masuk specialist)
      • Specialist : Maaf dik, dah takde ni. (Sebak jek suara doc tu. Seingat saya ketiga² doc tu menitiskan air mata atau pun dua daripadanya).
      • Me    :  Terus menangis. Begitu juga hubby.

    • Then, diwarded utk proses bersalin secara normal. Inilah arwah anak kami yang sulong. 

Inilah arwah Muhammad Amali Darwisy. Semoga gembira di syurga nan indah nak. Mama rindu dengan mu. Bila nak dtg jenguk mama, papa n angah mu lagi dear? Al-fatihah.
  • Anak Kedua = 2009
    •  Alhamdulillah, rezeki Allah swt yang Maha Esa, saya selamat melahirkan Aisya Qistina binti Azwa dengan selamat. Itupun saya diwarded hampir 5 kali sebab alahan, pening n seangkatan dengannya.
    • Sepanjang kehamilan, saya menjadi manje terlebih. Hampir semua kerja rumah en hubby yg handle. Paling best, saya selalu nak kacau orang n termasuk my baby suka main². Bila usik jek, dia diam, buat saya risau.
    • Bila alunkan zikir, papanya mengaji, dia cepat bg tindak balas, alhamdulillah.
    • Satu pagi tu, bila saya bangun terasa macam lendir seakan ketuban. Confuse, samada terkucil or memang ketuban. Report klinik kesihatan n terus refer Hospital Besar (HSNZ) sebab dah ada kes b4 this. So, silalah berkampung di hospital besar (HSNZ) sehingga terberanak yer. Seingat saya, hampir 3 minggu.
    • Di HSNZ ni, sebagaimana hospital lain ada 3 class utk ward bersalin. Memula diwarded tu sy di 3rd class. Sebab 1st class penuh kan. Happy kat sini semua nurse kepala masuk air. Hehe. Baru nak comfort, kena move ke 2nd class, owh kat sini nurse agak sedikit kerek. Sket jek. Jgn marah. Hehe. Pastu b4 dipindahkan ke 1st class, deretan doc n nurse mengelilingi my bed untuk check. Aik, sudah risau. Adakah sudah tiba masa untuk dibersalinkan? Owh tidak. Sorang doc bertanya, puan nak bersalin bila? Wah, bleh pilih date ker? Hehe. Boleh jek. Iyelah b4 sumthing happen kan. Selagi boleh kita elak, kita elak tapi itu semua kerja Allah swt. Mau jek nak pilih sama date ngan birthday my hubby. So, sehari dua lepas tu, saya dipindahkan ke 1st class utk 4 org je sebilik. Alhamdulillah sedikit selesa.
    • Hah, time kat sini bila tiba masa untuk check pergerakan baby n jantung, my daughter usik sorang nurse dari Kelantan ni. Hampir setengah jam time nurse ni check, my baby langsung tak bg tindak balas even b4 that, pergerakkannya sangat aktif. Last² that nurse mintak tlg member dia untuk check, skali check jek terus bertindak balas. Haha. Dalam perut dah nakal. 
    • Bila dah membesar, huh, naik sasau aku. Menjerit jek keje, Last² bila nak marah je ngan peelnya, terus ingat (pesanan picca di bawah), even dah terlepas marah. Ayat yang selalu digunapakai bila saya marah beliau, Nape mama marah Aisya? Haha, terus je sayu jap.
 
    •  Bila nak marah je terus cepat² my daughter wat klako. If dia buat silap, terus saya ckp, cakap sorry kat mama. Then bila her papa or i yg wat silap, hah, ckp sorry. Haha, terkena balik. Memang btol lah kan, 
Ingat yer para ibubapak :)

    • Time nak memerut, sembunyik blk langsir or blakang pintu. See that. Sejibik jek (biarlah rahsia... tersipu malewww).
tengah watpe tu darling mama.


    • Haih, agaknya sure bergaduh ngan abang Darwisynye. Berperang lah korang berdua.

  • Anak Ketiga = 2010
    •  Herm, excited sgt time ni bila Aisya nak dapat adik. Namun masuk jek 4 ke 8 minggu, time tu kalau ikutkan adalah time period, tengok² ade kecoklatan, so, saya dah lemah longlai terus ke HSNZ n jalani proses D n C.

  • Anak Keempat = 2011
    • Saat ini saya seakan fobia n trauma bila mengenangkan kandungan ketiga dulu. Rezeki untuk memperolehi zuriat seterusnya, masih belum ada. Sebagaimana proses kandungan anak ketiga begitu juga dengan anak keempat. Saya sekali lagi keguguran. Perit hanya Allah swt yang tahu. Kali ni memang saya sedikit kecewa but cepat² beristighfar sebab hanya Allah swt yang tahu apa yang terbaik untuk setiap hambanya. (Maafkan saya jika saya terlebih bijak dalam berbahasa).

  • Anak Kelima = ??? Insya-Allah. Tapi xtaulah bila. Ehe, doakan sesama ek.


Pepun, setiap kehamilan wanita adalah berbeza.
  • ada yang time preggy boleh wat keje berat, bleh drive sana sini, bleh travel ke sana ke mari tanpa perlu risau. Namun tak semua begitu.So, kita semua kena beringat.
  • jgn sesekali pandang jelek pada wanita hamil bila mengandung je bertukar jadi yg amat lemah, terlebih manje, mengade, itu tak boleh ini tak boleh n sket² nak pitam, muntah, alahan itu ini TIDAK seperti anda yang hamil namun kuat n bertenaga bagaikan alah bisa tegal biasa. Siap bangga lagi. Tak semua mcm tu tau. Begitu juga bila tiba saat bersalin. Ada yang mcm ni, ada yang mcm tu. Lain semuanya. Semua kerja Allah swt. Whatever pun, sebagai ibu mengandung jangan diikutkan sangat sifat lemah n malas itu, manalah tau kot terkenan kat anak dalam kandungan kan. Bila kuar malas serba-serbi kita jugak yang resah gelisah.
  • Malah, for sure sesetengah ibu mengandung tak mintak dia sebegitu. Siap ada sesetengah tu pandang sinis n mengumpat, bila kuar statement, time mengandung je lembik, time mengandung je pening, pesal time aku mengandung dulu bleh je wat semua. Hello, Tuhan kah anda untuk bercakap bongkak sebegitu? Meh, tak mahu tenaga kurang dalam segala sewaktu preggy, moh kite bersenam. 8, 8 lagi, hait. 
 
boleh cuba cara di atas atau di bawah

 

atau melalui pembacaan di sini :- Senaman Yang Disarankan Sepanjang Tempoh Kehamilan 
  • Jangan tau, kesian pada ibu mengandung yang masuk dalam golongan ini. Bila keguguran, tau plak senyap, tau plak membisu n haih tau plak kuar nasihat bila mengandung lagi nnt suh jgn wat keje berat, jalan tu pelan², jgn turun naik tangga, drive n so on. Dah, dah, cukup, cukup sudah membabbling ye. Wat derk jek eak. Pepun jgn menunding jari pada sesiapa sebab lg baki 4 jari menuju ke arah kita. Semuanya sebab musabab kejadian adalah kebetulan. So, more info untuk keguguran (juga untuk peringatan pada saya) sila layari Blog Klinik Wanita yg dikendalikan oleh Dr Suhaimi.Amik dari blog Sepet yang shomel n santek :).
  • Okey, setiap wanita hamil ada yang peranakkannya rendah, masalah dalam rahim, tak leh wat kerja kasar² n ada yang terpaksa amik cuti tanpa gaji untuk trimester pertama tau. So, ingatlah, lain orang lain belalang. Lain orang, lain ragamnya. Haha. Ada kena mengenakah?
  • Saya pun tak paham dengan mentaliti orang kita. Bila kena batang hidung sendiri, anak sendiri, barulah slow² mintak n dengar pandangan pe semua. Haih, pengsan. Macam² cerita dah saya dengar, alami n bace. Sabor jelah. Pepun, hanya anda je tahu tahap keupayaan n kelemahan diri sendiri. Yang menanggung kita. Ingat tu. So, mana² wanita hamil di luar sana, petua or nasihat yang boleh diterima pakai, diterima akal, sila terima dengan hati terbuka. Yang mana tidak berkenan, anggukkan saje ye. Heheh. Pohon pada Allah swt agar kandungan kita sihat walafiat dan selamat dilahirkan tanpa sebarang perkara yang tidak diingini. Aminnn.
  • Semua tu kerja Allah swt. Mungkin hari ni bukan rezeki kita. Mungkin akan datang rezeki kita lebih baik. Kan? So, tawakkal je pada Allah SWT. (Memandai je aku, ehe). 


sumber : Journey of With Love and Blog Ibu Hamil, Blog Klinik Wanita juga pakcik Google. Thanks.



Bilalah ye saat indah itu akan kembali...



Yang benar, benar dan benar-benar, benar... 
♥♥♥ T.E.F.i.N ♥♥♥

Makluman Kepada DISTURBER yang gemar ANNOYING.

Penafian @ Pemberitahuan...

Makluman kepada semua

PEMBACA SETIA saya (kalau adalah. Hehe) n also my SILENT READER (yelah dah xboleh nak ganggu i guna anonymous kat commentkan, so terpaksalah DECIDE jd silent reader jek, huhu... so good luck too lah yer. Selagi rase panjang umur nak mengganggu hidup orang. OBSERVElah selagi MAMPU n jgn sampai bahankan saya. So, sure x takutkan jika diri anda xsempat pohon MAAF) n also yang menganggap diri kerdil saya ni sebagai MUSUH kepada diri anda sendiri, yang bahawasanya…

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di Bukan lagi Finger Note's - kini notapuan – nad Blog ini tidak boleh ditiru mahupun diplagiat, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada Tuan Empunyer Bukan lagi Finger Note's - kini notapuan - nad.

Juga dimaklumkan dan diperingatkan sekali lagi bahawa apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi seperti mencanang perkara yang tidak baik, buruk, memalukan, mengaibkan berkenaan perihal diri saya juga seluruh keluarga kaum kerabat saya di blog kepunyaan anda (termasuk laman sosial yang lain), sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik (media elektronik) termasuk di media massa, adalah melakukan suatu kesalahan, TINDAKAN BOLEH DIAMBIL mengikut akta

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998. If terasa DIVA n BERKUASA sgt nak menganggu n mencuba sesuatu yang membuatkan saya tak akan sesekali menimbangtara untuk mengambil TINDAKAN terhadap anda, dipersilakan. If you are PLAYING FOR KEEPS, so, pleased. I will do a same thing. So, good luck!

Sesungguhnya, setiap gerak geri buruk anda yang cuba bersikap

PENGGANGGU boleh dikesan secara terus. Harap Maklum n beware.

\('c*)v :: Peace no war n

u ollsss.

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

BAHAGIAN X - AM Bab 2 - Kesalahan Dan Penalti Tambahan

Seksyen 233. Penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian, dll.

(1) Seseorang yang—

(a) dengan menggunakan mana-mana kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi secara sedar—

(i) membuat, mewujudkan atau meminta-minta; dan

(ii) memulakan penghantaran,

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau

(b) memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik,

adalah melakukan suatu kesalahan—

(2) Seseorang yang secara sedar—

(a) dengan menggunakan suatu perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi memberikan apa-apa komunikasi lucah bagi maksud komersial kepada mana-mana orang; atau

(b) membenarkan suatu perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi di bawah kawalan orang itu untuk digunakan bagi suatu aktiviti yang diperihalkan dalam perenggan (a),

adalah melakukan suatu kesalahan.

(3) Seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen ini apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan hendaklah juga boleh didenda selanjutnya satu ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

sumber rujukan dari http://www.skmm.gov.my/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...